Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

8 First Aid Kit Yang Wajib Ada Untuk Waktu Kecemasan

Sentiasa berhati-hati ketika waktu kecemasan!

Tidak kira di mana, mahupun di rumah amat penting untuk mempunyai First Aid Kit atau peti pertolongan kecemasan untuk sentiasa bersedia bagi kegunaan merawat dan sebagainya. Mempunyai peti kecemasan semasa melakukan aktiviti juga amat penting, hal ini demikian kerana pelbagai kemalangan yang tidak dijangka mungkin akan berlaku dan peti pertolongan cemas dapat membantu dalam pelbagai situasi.

Apakah fungsi First Aid Kit dan barangan yang perlu ada di dalamnya?

Kit pertolongan cemas direka untuk merawat semua jenis kecederaan termasuk pemotongan asas, luka dan lecuran. Penyediaan awal dapat mengurangkan panik dan memberi bantuan yang diperlukan atas kecederaan tersebut. Menyimpan peti ini dapat melakukan pertolongan cemas bagi menyelamatkan nyawa, menghalang kesan cedera menjadi lebih teruk dan bertujuan untuk menggalakkan penyembuhan luka. 

Kandungan First Aid Kit yang disyorkan oleh JKKP (Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan) adalah;

  • Dressing kecil - berubat atau tidak yang dicuci hama untuk jari-jari
  • Dressing sederhana - berubat atau tidak yang telah dicuci hama untuk kaki dan tangan
  • Dressing besar – berubat atau tidak yang telah dicuci hama untuk bahagian lain
  • Dressing luka jenis pelekat – besar / kecil
  • Balut segitiga
  • Balut gulung (bandage) – 1” / 2”
  • Plaster pelekat
  • Kapas
  • Splint 
  • Ubat mata yang diluluskan oleh KKM
  • Pad mata yang telah dicuci hama
  • Balut getah atau tekanan
  • Campuran iodin alkohol 2% atau campuran air (gentian violet) 1% dalam botol tertutup 2oz
  • 1 botol ‘sal volatile’ dengan arahan kegunaan yang tercatit pada label
  • Gunting bedahan (hujung tumpul)
  • Safety pin

Ayuh lihat senarai First Aid Kit dibawah yang perlu ada pada kediaman rumah, pejabat atau premis perniagaan anda;

8 First Aid Kit Yang Wajib Ada 

First Aid Kit murah dan mudah untuk disimpan dalam kereta
Semak Light And Durable Medical Trauma First Aid Kit harga dibawah:

First Aid Kit ini sangat ringan dan padat, sesuai untuk dibawa kemana-mana dan mudah untuk disimpan. Produk ini mempunyai 14 jenis komponen kecemasan kit dan pertolongan cemas asas. Beg First Aid Kit ini juga dihasilkan dengan kain nilon tahan lasak dan kalis air. Sesuai untuk perjalanan, kereta, di luar, dan di rumah.

Malang semestinya tidak berbau. Jadi, lebih baik kita sediakan barangan kecemasan sebelum terjadinya perkara yang tidak diingini.

First Aid Kit untuk rumah - sesuai untuk merawat luka ringan
Prado
Semak Prado Malaysia 44pcs Emergency Lightweight Medical First Aid Kit harga dibawah:

First Aid Kit ini sangat ringan dan padat, mempunyai 17 jenis komponen kit kecemasan bantuan asas. Dengan menggunakan beg EVA tahan lama dan kalis air yang sesuai digunakan semasa travel, kereta, di luar, rumah dan sebagainya. 

Membantu kecemasan keluarga anda yang boleh digunakan untuk meletakkan ubat harian seperti selesema, demam, kecederaan atau ubat-ubatan bagi penjagaan khas terutamanya buat bayi atau orang tua.

First aid kit bersaiz kompak, mudah dibawa semasa camping
Semak Cute Mini EVA Hardcase First Aid Kit for home office travel and camping harga dibawah:

Walaupun peti pertolongan cemas ini sangat kecil dan comel, namun ianya dilengkapi dengan bahan pertolongan cemas yang mencukupi ketika melakukan aktiviti-aktiviti di luar. Dengan bersaiz yang sangat kompak dan mudah dibawa kemana sahaja, ianya juga sangat ringan dan menjimatkan ruangan penyimpanan.

First Aid Kit dari drugstore dengan menggunakan bahan yang berkualiti
Watsons
Semak Watsons First Aid Kit Large 1's harga dibawah:

First Aid Kit ini daripada kedai drugstore iaitu Watson dengan bersaiz besar yang dilengkapi pelbagai alatan untuk merawat kecederaan cemas atau ringan. Peti kecemasan ini sesuai digunakan di rumah tapi tidak kompak dan agak susah untuk dibawa kemana-mana sahaja kerana tidak tahan lasak. Mempunyai penutup yang lutsinar bagi memudahkan untuk mencari barang dan keperluan.

First Aid Kit untuk travelling dengan case yang ringan
Xiaomi
Semak Xiaomi Portable Medical First Aid Kit Emergency Rescue Supplies harga dibawah:

First Aid Kit ini memberi akses kepada kandungan barangan yang terdapat di dalamnya. Diperbuat daripada material polyester untuk ketahanan lebih lasak dan poket dalamannya juga memudahkan anda untuk menyusun serta menyimpan barang kecemasan dengan teratur. 

Dilengkapi dengan 9 barangan yang boleh digunakan untuk merawat luka kecil dan ringan. Terbaik untuk dibawa semasa camping, travelling, hiking atau backpacking kerana saiz yang kompak serta menjimatkan ruang penyimpanan.

First Aid Kit khas digunakan untuk premis perniagaan
Semak First Aid Kit Medical Box harga dibawah:

Kit pertolongan cemas ini sangat diperlukan supaya anda dapat merawat penyakit dan kecederaan yang berlaku di rumah ataupun di mana sahaja. Dari luka kecil kepada kecederaan yang lebih serius, kit pertolongan pertama dapat membantu mengurangkan risiko jangkitan atau keparahan kecederaan tersebut. 

First aid kit ini sesuai digunakan untuk perniagaan atau di kedai kerana isi kandungan lengkap dengan ubat-ubatan untuk merawat sebarang kecemasan.

Khas untuk sekolah dengan kuantiti barangan yang banyak
Semak Peti Pertolongan Cemas (First Aid Kit) harga dibawah:

First Aid Kit ini merupakan peti pertolongan cemas yang bersaiz besar dan dilengkapi dengan bahan-bahan yang mencukupi dalam kuantiti banyak. Peti pertolongan cemas ini sangat bagus untuk sekolah kerana sekolah mempunyai ramai pelajar dan untuk merawat pelajar yang cedera memerlukan kuantiti barang yang lengkap.

First Aid Kit yang lengkap - sedia untuk merawat sebarang luka
Semak Professional Medical PVC First Aid Kit Box Complete Set (Medium) harga dibawah:

First Aid Kit ini sangat baik dan lengkap untuk merawat kecederaan ringan dengan memberi pertolongan cemas. Produk ini dapat digunakan ketika kecemasan yang tidak terduga dengan mudah dan pantas kerana susunan yang teratur menyebabkan mudah untuk anda mencari barang. 

Ianya juga sangat padat dengan barang-barang keperluan dan sangat ringan untuk disediakan di rumah, perjalanan, kereta, karavan, berkhemah, mendaki, memancing dan lain-lain.

End of Article