Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

10 Sabun Mandi Terbaik Untuk Elakkan Bau Badan Yang Kurang Menyenangkan

Biar orang lain selesa semasa mendekati anda

Sabun mandi yang biasa sahaja tidak mencukupi untuk menghilangkan bau badan yang kurang menyenangkan. Malaysia merupakan negara yang mempunyai kepanasan suhu sangat terik dan ianya akan sentiasa menyebabkan badan mudah berpeluh dan berbau. Gunakan sabun yang wangi untuk mengurangkan bau badan agar orang lain lebih selesa semasa berada dekat dengan anda

Penyunting

Aishamza chevron_right

An inspired novelist dream to explore the world of creative writing.

Adakah menggunakan sabun mandi dapat membunuh kuman?

Kebanyakan sabun mandi cecair biasa mengandungi bahan kimia, seperti alkohol atau klorin, yang boleh membunuh bakteria. Sabun yang dilabelkan sebagai ‘antibakteria’ mengandungi bahan kimia yang mampu membunuh bakteria tambahan seperti triclosan atau triclocarban. Jadi, jawapannya ialah, ya sabun mandi juga mampu membunuh kuman.

Jom lihat senarai sabun mandi yang terbaik untuk menghapuskan bau badan yang membuatkan anda juga kurang selesa;

10 Sabun Mandi yang Terbaik untuk Menghilangkan Bau Badan

Sabun mandi untuk kulit kering – elak kulit tambah ‘kemarau’
Nivea Shower Crème & Oil Pearl - Cherry Blossom (250ml)
Nivea
From
RM7.00
Check Nivea Shower Crème & Oil Pearl - Cherry Blossom (250ml) price below:

Diformulasi berkrim dengan mutiara minyak berharga yang mampu melembutkan kulit dengan buih baldu yang diperkaya dengan minyak argan dan ditambah pula, dengan aroma bunga ceri yang halus. Untuk pembersihan lembut dan rasa kulit yang halus yang sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit kering.

Sabun mandi untuk kulit gatal - tiada kesan iritasi atau kemerahan
Good Virtues Co. Anti-Bacterial & Hydrating Shower Cream (300ml)
Good Virtues Co.
From
RM8.90
Check Good Virtues Co. Anti-Bacterial & Hydrating Shower Cream (300ml) price below:

Produk ini merupakan body wash yang anti-bakteria dan anti-oksidan, baik untuk semua jenis kulit. Diperkaya dengan kandungan Organik Habbatus Sauda dan minyak Organic Black Seed, ianya mampu untuk membersih dan menyah toksin. Sifat-sifat anti bakteria juga menjadikan kulit lebih sihat dan bersih. 

Diformulasi dengan perlindungan penghidratan secara intensif yang menambah lembapan semulajadi kulit untuk kelembutan yang boleh dirasakan sepanjang hari.

Sabun mandi yang dapat mencerahkan kulit dengan baik
Shokubutsu Shower Foam Sakura Whitening (550g)
Shokubutsu
From
RM10.90
Check Shokubutsu Shower Foam Sakura Whitening (550g) price below:

Produk ini merupakan sabun mandi yang berfungsi untuk memberikan pencerahan dan sinaran pada kulit. Produk ini diformulasikan dengan bahan anti-oksida, seperti bunga Sakura yang memberikan haruman bunga yang sangat harum dan lembut. Sabun ini sesuai digunakan bagi mereka yang ingin mencerahkan kulit.

Related articles

Sabun mandi jenis skrub, masa untuk hapuskan sel kulit mati
Ginvera Real Spa Green Tea Shower Scrub
Ginvera
From
RM14.37
Check Ginvera Real Spa Green Tea Shower Scrub price below:

Sabun mandi ini diperkaya dengan esen Green Tea, manik Jojoba, Tea Tree Leaf dan Ginseng, beri pengalaman baru semasa mandi sambil memanjakan kulit badan anda. Ia adalah penjagaan badan harian yang ideal dengan bau dapat memberi tenaga sambil menghidrat kulit dan menghapus sel-sel kulit mati dengan sabun mandi jenis skrub ini

Ianya dapat membersih secara berkesan, menjadikan kulit anda bertambah licin, lembut dan elastik selepas digunakan. Minyak wangi yang menyegarkan juga membantu anda berehat dan lebih relaks.

Sabun mandi wangi - beri haruman yang berkekalan sepanjang hari
Lux Shower Gel Magical Spell (950ml)
Lux
From
RM15.88
Check Lux Shower Gel Magical Spell (950ml) price below:

Produk ini merupakan pencuci badan yang berfungsi untuk membersih dengan memberi haruman yang wangi. Diperkaya dengan bauan daripada ekstrak bunga orkid yang dapat mengekalkan wangian sepanjang hari. Tidak perlu lagi spray minyak wangi ke kulit badan, hanya gunakan sabun mandi ini, kulit anda akan kekal harum sentiasa.

Sabun mandi dengan kadar moisturizer tertinggi untuk beri lembapan ekstra
Dove Shower Beauty Moisture (1000ml)
Dove
From
RM20.50
Check Dove Shower Beauty Moisture (1000ml) price below:

Produk ini merupakan sabun mandian yang memberi kebangkitan lembut untuk minda dan kulit anda. Nikmatilah bauan yang kaya dan menghidupkan semula deria bau anda dengan ekstrak delima dan lemon verbena. Gunakannya secara konsisten kerana ianya akan melembutkan dan kulit lebih halus setiap kali menggunakan sabun ini.

Sabun mandi terbaik untuk penjagaan kulit sensitif
Florentina Fiona Organic Moisturizing Anti-Bacterial Body Wash
Florentina Fiona
From
RM36.00
Check Florentina Fiona Organic Moisturizing Anti-Bacterial Body Wash price below:

Produk ini merupakan sabun mandi yang mengandungi bahan-bahan semulajadi dan organik dan dicampur pula dengan minyak wangi segar yang ringan. Ianya merupakan sabun yang memberi perlindungan daripada bakteria sehingga 24 jam. 

Diformulasi untuk memberi dan mengekalkan lembapan pada kulit, terbaik buat anda yang alami masalah kulit sensitif. Sabun mandi ini juga bebas SLS / SLES dan paraben, pasti tidak akan menyebabkan masalah kulit iritasi atau merengsa.

Sabun mandi yang kandungan pH rendah
Neutrogena Rainbath Shower Gel - Pear & Green Tea (473ml)
Neutrogena
From
RM30.68
Check Neutrogena Rainbath Shower Gel - Pear & Green Tea (473ml) price below:

Produk ini merupakan sabun mandi yang mempunyai campuran haruman yang unik dari buah pear dan teh hijau, ianya berfungsi untuk membersih kulit dengan kandungan pelembapnya. Pembersih wangian pear dan teh hijau ini tidak akan meninggalkan sebarang lebihan kotoran yang akan membebankan kulit badan.

Sabun mandi yang tidak menggunakan bahan kimia
The Body Shop® Jumbo Wild Argan Oil Shower Gel (750ml)
The Body Shop
From
RM79.90
Check The Body Shop® Jumbo Wild Argan Oil Shower Gel (750ml) price below:

Produk ini merupakan gel mandian yang berfungsi untuk membersih kulit tanpa mengandungi bahan sabun. Bertekstur minyak yang sangat lembut dan licin pada kulit dan mempunyai bau yang sangat harum iaitu bau haruman diekstrak daripada minyak Argan. Kulit anda akan terasa lebih lembut dan segar setiap kali selepas mandian.

Sabun mandi untuk kulit berjerawat dan melambatkan kadar kulit ‘breakout’
Neutrogena Body Clear Acne Body Wash
Neutrogena
From
RM94.00
Check Neutrogena Body Clear Acne Body Wash price below:

Produk ini merupakan sabun mandi yang mengandungi formulasi untuk mencuci badan yang lembut dengan mengandungi bahan pencegah jerawat seperti asid Salicylic dan Glycerin. Ianya bahan yang terbaik digunakan untuk merawat dan membantu mencegah jerawat. 

Sabun mandi ini dirumus khas untuk kulit yang rawan jerawat bagi membantu membersihkan kulit dan merawat jerawat.

Artikel Berkaitan

End of Article