Tahukah anda, apa kepentingan memakai pelembap tidak kira samada orang dewasa atau remaja? Pelembap sebenarnya wajib digunakan setiap hari. Ini kerana selepas mencuci muka, wajah anda akan secara automatik menjadi kering dan sensitif. Disinilah kegunaan pelembap itu penting. Ianya dapat membantu menjadikan kulit lebih sihat dan kekal anjal. Pelembap juga dapat mengunci lembapan pada kulit wajah.
Bilakah usia sesuai untuk menggunakan pelembap?
Tidak hanya tertumpu kepada yang berusia sahaja, penggunaan moisturizer atau pelembap seharusnya diambil serius seawal usia 20an lagi. Ini kerana, buat anda yang masih muda remaja, kulit seringkali terdedah pada sinaran UV serta persekitaran dan pencemaran yang tidak sihat. Jadi, dengan mengunakan bahan pelembap yang konsisten, ianya dapat membaikpulih keadaan kulit yang telah rosak.
Tetapi memilih produk terbaik boleh menjadi satu masalah jika tidak menggunakannya dengan tepat. Tak perlu beli yang mahal, cukuplah sekadar boleh menjaga wajah dengan baik. Mari ikut senarai dibawah untuk mengetahui pelembap sesuai untuk kulit remaja:
10 Pelembap/Moisturizer Terbaik Untuk Kegunaan Remaja di Malaysia

Ringan dan lembut pada wajah, Organic Aid Vitamin Moisturizing cream ini sangat sesuai untuk semua jenis kondisi kulit dari normal hingga ke sensitif. Dengan kandungan asid Amino serta Vitamin E, krim pelembap ini membantu kulit anda agar kekal terhidrat sepanjang hari hanya dengan satu sapuan.
Pelembap ini juga bebas dari kesan melekit dan berminyak, membuatkan kulit anda kelihatan bermaya sepanjang hari.

Dengan tekstur yang ringan dan tidak melekit, Hiamalaya Herbals Nourishing Skin Cream ini amat sesuai untuk penggunaan harian. Ia menyediakan sistem lembapan yang berkhasiat serta memberi perlindungan terhadap kesan minyak sepanjang hari.
Diperkaya dengan ekstrak Aloe Vera, Cherry dan Pokok Kino, krim pelembap ini akan menjaga kulit anda sepenuhnya dari polusi dan pencemaran alam sekitar. Kini, anda tidak perlu risau tentang kerosakan kulit lagi!

Dengan mengandungi bahan berasaskan air, Safi Balqis White Trilogy Hydragel Facial Moisturizer ini adalah pelembap terbaik buat para remaja. Kandungan asid Hyaluronik, Arbutin, Nano BioWhite dan ekstrak buah Kiwi dalam pelembap ini pula berkesan dalam mencerah serta mengekalkan kesegaran sepanjang hari.
Ianya juga dapat melindungi kulit wajah dari radikal bebas serta pencemaran udara yang kotor. Buat yang gemar melakukan aktiviti outdoor, gunakan sahaja pelembap ini!

Miseoul Soothing and Moisture mengandungi 92% lidah buaya semulajadi, sesuai untuk melembapkan bahagian tubuh seperti muka, lengan, kaki dan rambut. Formulanya ringan dan bebas daripada paraben, minyak mineral dan warna tiruan, produk ini dapat membantu untuk memberi kelegaan pada kulit beriritasi dan gatal.
Lidah buaya sememangnya kaya dengan khasiat yang dapat merawat kulit yang bermasalah tidak kira alahan, sensitif dan juga kulit berjerawat.

Krim anti penuaan dari jenama Olay ini bukan sahaja mampu melambatkan kesan penuaan, malah menghalang dari terjadinya penghasilan minyak yang berlebihan. Krim yang dilengkapi dengan bahan-bahan bernutrisi tinggi seperti Green Tea, Vitamin Pro-B5, B3 dan E ini juga sesuai dijadikan sebagai asas make up atau atau primer.
Dengan kandungan SPF15 di dalamnya, kini kulit anda bebas dari sebarang kedutan, garis halus serta pori tersumbat!

Untuk pemilik kulit berminyak, masalah utama yang selalu anda adalah di bahagian T-Zone pada kulit wajah. Krim pelembap ini bertekstur sangat ringan, tidak berminyak dan sesuai untuk anda yang berkulit kombinasi kerana ianya mampu untuk melembapkan bahagian kulit yang kekeringan.
Sistem Microsponge yang terdapat dalam krim pelembap ini bertindak untuk mengawal minyak dari terhasil pada kulit wajah dengan kemasan matte sebagai sentuhan terakhir.

Diformulasi dengan bahan seperti Vitamin E dan B3, Glycerin serta Sweet Almond Oil, krim pelembap ini mampu mengekalkan hidrasi sehingga 24 jam. Simple Protecting Moisturizing Cream, ini juga dirumus khas dengan bahan anti-lekit, menjadikan kulit anda bebas kilau serta tampil cerah berseri sepanjang hari.
Kini, tiada lagi penampilan kedut atau garis halus pada kulit wajah anda!

Garnier Sakura White Day Cream ini sangat popular kerana kepantasannya dalam mencerahkan kulit dengan berkesan. Pelembap serasi dengan semua kondisi kulit ini mengandungi kandungan SPF21 yang tinggi demi memberi perlindungan secukupnya buat kulit anda.
Ekstrak Sakura, Vitamin B3 dan C di dalamnya pula akan membuatkan kulit anda terasa lebih lembut, gebu serta licin selepas hanya empat minggu menggunakannya.

Clinelle Pure Swiss Hydra Calm Moisturizer Cream ini mengandungi kepekatan asid Hyaluronik yang tinggi, menyerap pantas ke dalam lapisan kulit anda dan memberi lembapan sehingga 72 jam lamanya. Dilengkapi dengan Bio-Calm Complex dan Pure Swiss Thermal Spring, krim bertekstur ringan ini dapat menenangkan ketegangan serta memperkuatkan sistem pertahanan kulit agar kekal awet muda sentiasa. Selamat tinggal kesan kedutan!

Bio-Essence Hydra Aqua Moisturizing ini mengandungi 3x penyerapan terus ke dalam lapisan kulit demi menjaga keanjalan dan penghidratan kulit wajah. Krim pelembap yang bersifat gel ini sesuai digunakan pada bila-bila masa terutama di saat cuaca di Malaysia yang tidak menentu ini.
Dengan mengandungi bahan-bahan organik yang sihat seperti ekstrak Cranberry, minyak zaitun dan alga Jeju Marine, pelembap ini akan sentiasa melindingi kulit anda dari polusi serta radikal bebas yang berbahaya.