Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Wajib Cuba! 10 Snek Lokal Yang Sedap Dan Citarasa Orang Malaysia

Pelbagai macam rupanya snek dari jenama tempatan

Tak kira tua atau muda, snek atau makanan ringan pasti menjadi kegemaran sesiapa pun. Ia sesuai untuk dijadikan kudap-kudapan pada bila-bila masa. Kalau ke kedai runcit atau pasaraya besar pasti ada sahaja deretan snek yang tersusun.

Bukan hanya 1 – 2 jenama tetapi lebih dari 10 jenama makanan ringan yang berada dipasaran. Tak kira samada dari jenama antarabangsa mahupun tempatan sudah tentu pembeli ambil yang mengikut citarasa masing-masing.

Apakah keburukan makanan ringan pada kanak-kanak?

Trend ibu bapa memberi makanan ringan pada anak-anak kini semakin terbuka. Ibu bapa berasa lebih mudah jika dituruti kehendak anak sehingga tidak memikirkan kesan pada masa jangka panjang. Makanan ringan atau snek, pasti anda sedia tahu ianya mengandungi gula, garam, lemak, pengawet, pewarna dan Monosodium Glutamat (MSG) boleh mengakibatkan kanak – kanak terdedah kepada pelbagai jenis penyakit.

Masalah kesihatan seperti obesiti, kencing manis, darah tinggi, sakit jantung dan masalah buah pinggang boleh terkena pada mereka walau diusia kecil. Diingat juga kepada ibu yang mengandung untuk tidak sekali menjadikan makanan ringan sebagai regim diet harian.

Ia boleh memberi kesan kepada tumbuhbesaran bayi. Bukan tak boleh makan langsung tetapi biarlah pengambilannya bersederhana sahaja agar tidak terkena penyakit merbahaya.

Buat anda yang memang gemar dengan makanan ringan, kami ada sediakan seleksi pilihan dari jenama tempatan. Sambil makan, bolehlah kita support industri makanan tempatan!

10 Snek Ringan Terkenal di Pasaran Lokal Malaysia

Muruku ikan Popo, snek paling legend di Malaysia!
Semak Popo Muruku Ikan Popo (30pek x 12g) harga dibawah:

Setiap kali menjamah snek murukku Popo pasti terimbas kenangan waktu kanak-kanak dahulu. Snek kecil dan padat dengan muruku perisa ikan ini memang sangat enak. Sekali makan memang tidak pernah jemu untuk makan lagi. Pada harga yang berpatutan, anda boleh jadikan snek ini sebagai door gift atau hidangan sampingan dalam majlis santai bersama keluarga.

Tak suka snek rangup, boleh cuba snek ikan yang lembut
Dahfa
Semak Dahfa Dried Fish Fillet harga dibawah:

Snek ikan ini sesuai buat anda yang gemar memakan snek yang lembut dan tidak menyakitkan gigi. Kualiti snek ikan dari jenama Dahfa ini cukup baik kerana produk yang digunakan dari isi ikan mentah segar. Kemudian diproses bersih dan dipantau kawalan kualiti setiap produk. Snek ini tinggi protein, mineral, karbohidrat dan kalsium. Sudahlah sedap, bernutrisi pula.

Snek kentang rangup sampai rasa tak cukup
Semak Win2 Potato Crisp (30 paket) harga dibawah:

Satu lagi jenama makanan ringan buatan Malaysia iaitu Win2. Produk paling popular mereka ialah snek Potato Crisp yang hadir dalam 6 perisa pilihan. Potongan kentang yang nipis dan rangup ini memang tak cukup. Satu kotak Potato Crisp yang mempunyai 30 pek isinya 2 keping kentang. Beli banyak-banyak boleh buat stok dekat rumah.

Snek comel untuk yang sukakan makanan laut
Ika's
Semak Ika's Kara Squid Fish Snack (30 pek) harga dibawah:

Harga yang berpatutan untuk 30 pek kecil dimana sesuai untuk dijadikan hidangan sampingan parti hari jadi dan sebagainya. Snek perasa sotong ini sangat sedap, disalut gula dan kaya dengan aroma sotong segar. Jangan risau, semua produk dari Ika’s dijamin Halal kerana ia 100% dari buatan tempatan. 

Terdapat 3 perisa istimewa iaitu Hot & Spicy, Original dan Honey. Selamat mencuba!

Kekacang rangup pelbagai perisa lazat
Wany's
Semak Wany's Kacang Ringan harga dibawah:

Sambil menonton televisyen atau filem di rumah, jadikan snek kekacang ini sebagai penganti bertih jagung. Satu botol berisi 240gram kacang ini boleh dinikmati tak kira orang dewasa mahupun kanak-kanak. Kacang dari jenama Wany’s ini mengeluarkan 4 perisa kacang bersalut seperti Original, Pedas, Rangup (Dal) dan Licin (Madu). Kacang yang digunakan sudah tentu kacang tanah yang berkualiti Gred A.

Kek brownies dalam bentuk kerepek
Bronis
Semak Bronis Kerepek Bronis harga dibawah:

Cukup ketagih bila dapat makan kerepek bronis ini. Kalau anda sukakan kek brownies memang wajib cuba kerana rasa, kemanisan dan pekat coklat cukup sama dengan kek. Jenama Bronis diperkenalkan oleh usahawan tempatan dan antara pengeluar snek paling berjaya di Malaysia. Kalau makan snek ini kena sorok-sorok dari anak sebab tak cukup satu pek!

Cukup rasa ikan, rangup dan tak puas sebungkus!
Semak Keropok Ikan Tamban Mok Jaroh Kuala Terengganu harga dibawah:

Keropok ikan cukup sinonim bagi Negeri Terengganu. Tapi nak mencari keropok ikan yang paling sedap mungkin payah. Apa kata anda dapatkan keropok dari Keropok Ikan Tamban Mak Jaroh ini. Ia nipis, rangup dan paling penting rasa manis ikan tamban secukupnya. Penambah selera makan bersama bihun goreng, nasi goreng atau sedap hanya dicicah sos cili!

Kerepek sihat dan paling popular ketika Hari Raya
Semak Kerepek Famous Kerepek Pisang Tanduk harga dibawah:

Bila dihari perayaan bukan sahaja kuih-muih tapi pelbagai kerepek turut menjadi sajian. Kerepek yang sering menjadi tumpuan ialah kerepek pisang terutamanya dari Pisang Tanduk. Baka pisang ini mempunyai rasa lemak dan bila digoreng crunchy tidak mengecewakan. Sesuai dimakan untuk semua peringkat umur, tidak kira tua atau muda pasti menggemari kerepek pisang ini.

Snek kulit ikan viral dekat Malaysia sekarang
Semak Chipzy Salted Egg Dory Fish Skin harga dibawah:

Didatangi dengan tiga perisa iaitu Tom Yam, Hot & Spicy dan klasik Cheezy Salted Egg. Snek yang dihasilkan dari kulit ikan dory ini digoreng rangup kemudian diperasakan. Snek dari kulit ikan mula popular di Malaysia pada tahun 2018 dan kini telah menjadi snek pilihan hati penggemarnya. 

Jika dulu hanya jenama-jenama luar sahaja yang ada namun setelah beberapa tahun ini kita dapat lihat sudah ramai pengusaha tempatan mula mengeluarkan snek untuk mengikut permintaan peminat.

Mee siput snek warisan bangsa Johor
Semak SYOK Crispy Mee Siput (10pek) harga dibawah:

Jika anda pertama kali mendengar mee siput jangan salah sangka. Ia bukan mee untuk direbus atau digoreng tapi mee rangup untuk dimakan bersama sos pencicah. Mee Siput berasal dari daerah Muar, Johor yang cukup popular kerana kelazatan dan rasa kerangupannya. Jika zaman dahulu, remaja sekolah sangat gemarkan ia dan dijadikan sebagai snek selepas makan tengahari.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!

End of Article