Bila bersolek cara paling senang nak tampil ayu, cantik dan segar dalam sekelip mata ialah dengan hanya layangkan warna pemerah pipi. Ia sudah dapat memberi efek segar dan kulit sihat pada si pemakai.
Ada kajian mengatakan warna merah pada bahagian wajah terutamanya pipi boleh menambah daya tarikan. Jadi memang patut pun ramai yang suka pakai blusher sebab senang nak nampak cantik!
Jika dahulu, tidak banyak shade blusher yang dikeluarkan, namun kini, evolusi industri solekan menyasarkan variasi warna produk untuk semua jenis tona kulit wanita. Tiada lagi yang rasa terkecuali untuk mendapatkan warna blusher.
Warna blusher apa yang sesuai untuk kulit gelap?
Pastikan anda tahu warna kulit yang tepat sebelum membeli blusher. Rona yang paling tepat untuk mereka yang berkulit sawo matang sehinggalah hitam manis, sebaiknya memilih rona merah jambut pekat, warm mauve atau jingga pekat. Jauhkan dari memilih warna-warna terang atau cerah. Ia akan memberi efek kelabu pada kulit dan sekaligus mencacatkan solekan anda.
Cara untuk warna blusher lebih tahan lama?
-
Kenali jenis kulit anda
Terdapat pelbagai jenis formula blusher antaranya jenis bedak, krim, gel-tint dan cushion. Bagi anda yang berkulit kering dinasihatkan memakai blusher dari formula cecair seperti krim, gel tint atau cushion. Manakala untuk kulit normal, berminyak dan kombinasi paling sesuai ialah jenis bedak.
-
Teknik rahsia jurusolek
Gunakan teknik blusher ‘tanam’ yang dipopularkan oleh para jurusolek iaitu menggunakan dua formula blusher krim dan bedak. Layangkan dahulu blusher krim dan kemudian ditambah blusher bedak.
Pastikan kedua-dua blusher dalam rona yang sama. Layangkan sedikit demi sedikit untuk mendapatkan warna yang kemas. Teknik ini sesuai untuk solekan pengantin, majlis atau acara ekslusif.
Selain untuk pipi, blusher juga boleh digunakan sebagai eyeshadow atau kemasan gincu bibir. Produk blusher yang diperkenalkan dalam artikel kali ini fokus buat anda yang berkulit sawo matang hingga si hitam manis.
Jom kita lihat yang rona mana yang agaknya sesuai buat anda.
10 Blusher Sesuai Untuk Kulit Si Hitam Manis
Pada harga yang rendah anda dapat dua rona blusher sebagai imbasan warna keemasan. Diformulasi menggunakan partikel paling halus dengan menghasilkan warna hanya dengan satu sapuan. Rekaan produk juga kecil dan padat mudah untuk dibawa kemana-mana. Naikkan seri kulit hitam manis anda dengan shade yang betul agar tampil lebih menawan dan anggun!
Pemerah pipi dari SilkyGirl ini cukup unik dan sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah kulit kering terutamanya dibahagian pipi. Tekstur lembut blusher jelly ini sangat mudah dilayang pada pipi dengan hanya menggunakan jari.
Ekstrak jus anggur dan Vitamin E yang terkandung dalam blusher ini dapat melembap dan menyihatkan kulit. Gelato antara 3 warna paling tepat untuk si kulit gelap dan sesuai dipakai setiap hari.
Lembut dan bertekstur baldu blusher dari Missha ini sangat mudah untuk disapu pada kulit. Rona Sunny Afternoon terus seragam dengan warna kulit anda. Bedak yang dicipta pula khas untuk mengawal sebum minyak supaya warna blusher terus melekap pada kulit.
Jika anda mahukan koleksi blusher dari jenama K-Beauty, kami sarankan untuk mendapatkan dari Mishha. Pasti berbaloi!
Tidak pelik jika anda mengalami masalah kulit kombinasi yakni kering dan berminyak pada tempat yang sama. Blusher paling sesuai untuk pipi berkulit kombinasi adalah dari jenama Maybelline rangkaian Fit Me! Blush. Fomula bedak ringan dan lembut pada kulit, mudah untuk di’blend’ dan menaikkan lagi seri wajah dalam sekelip mata.
Diuji secara klinikal oleh ahli dermatologi, blusher ini bebas dari sebarang comedogenic - penyebab pori-pori tersumbat. Rona 50 Wine adalah shade yang paling tepat untuk kulit sawo matang dan hitam manis.
Rona Vintage Pink, merah jambu pekat yang sangat serasi dengan gadis berkulit gelap. Jenama SimplySiti ini dijual pada harga yang berpatutan dan sangat travel-friendly. Rekaan pembungkusan yang memudahkan pengguna tanpa perlu bawa berus blusher dan punya cermin sekali! Finishing pula memberi efek glow serta mempunyai perlindungan SPF30.
Jenama Anas tidak asing lagi untuk peminat produk kecantikan tempatan. Kod warna Peach Please blusher paling laris dan cukup sesuai untuk semua jenis tona kulit. Blusher dari jenis powder ini sangat tahan lama dan memberi warna semulajadi pada pipi anda. Tips dari Anas untuk blusher lebih tahan lama ialah menggunakan berus bersih dan pastikan layang produk dengan lembut pada pipi.
Walaupun ia berpigmentasi pekat, blusher NYX ini tetap beri warna serata tanpa kesan bercapuk yang mengakibatkan anda tampil seperti ‘badut’. Produk merupakan best-seller NYX ini mengandungi bahan vegan dan diinfus formula micropearl sebagai tambahan sinaran pada pipi. Warna ungu gelap dari kod Bang Bang paling padan untuk anda berkulit hitam.
Jenama Alha Alfa cukup bijak mengeluarkan pemerah pipi mengandungi formula yang boleh merawat kulit wajah. Blusher jenis cushion ini mempunyai kebaikan kolagen biji anggur untuk membaiki struktur kulit dan mengecilkan pori-pori.
Kod Cherry paling tepat untuk anda yang berstatus medium to dark skin tone. Blusher cushion sangat mudah dipakai dan sesuai untuk teknik blusher ‘tanam’ tanpa meninggalkan kesan bercapuk.
Beautyra jenama kecantikan pioneer dalam mengeluarkan pelbagai warna pemerah pipi. Ia sentiasa menjadi buah mulut pengguna media sosial. Warna blusher cukup sesuai untuk wanita Asia dan mereka yang baru mula berjinak dalam dunia solekan.
Bukan sahaja warna blusher, rekaan bekas blusher cukup aesthetic untuk dijadikan sebagai koleksi. Kalau anda mahu sokong produk tempatan
Adunan pigmentasi dan bedak padat jenis matte ini mampu kekal bertahan diatas kulit berminyak. Gabungan asid Salicylic dan Vitamin C juga dapat merawat dan mengurangkan masalah berminyak berlebihan di kawasan wajah.
Dari 8 rona yang dikeluarkan NRC Cosmetics, Poppy khas untuk berkulit gelap. Rona ungu gelap ini mampu beri efek segar dan anggun tanpa menganggu warna sebenar kulit anda.