Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

10 Rona Blusher Paling Cantik Dilayang Pada Si Pipi Kulit Hitam Manis!

Shade blusher haruslah ikut rona kulit agar tidak tampil seperti ‘badut’!

Bila bersolek cara paling senang nak tampil ayu, cantik dan segar dalam sekelip mata ialah dengan hanya layangkan warna pemerah pipi. Ia sudah dapat memberi efek segar dan kulit sihat pada si pemakai.

Ada kajian mengatakan warna merah pada bahagian wajah terutamanya pipi boleh menambah daya tarikan. Jadi memang patut pun ramai yang suka pakai blusher sebab senang nak nampak cantik!

Jika dahulu, tidak banyak shade blusher yang dikeluarkan, namun kini, evolusi industri solekan menyasarkan variasi warna produk untuk semua jenis tona kulit wanita. Tiada lagi yang rasa  terkecuali untuk mendapatkan warna blusher. 

Warna blusher apa yang sesuai untuk kulit gelap?

Pastikan anda tahu warna kulit yang tepat sebelum membeli blusher. Rona yang paling tepat untuk mereka yang berkulit sawo matang sehinggalah hitam manis, sebaiknya memilih rona merah jambut pekat, warm mauve atau jingga pekat. Jauhkan dari memilih warna-warna terang atau cerah. Ia akan memberi efek kelabu pada kulit dan sekaligus mencacatkan solekan anda. 

Cara untuk warna blusher lebih tahan lama?

  • Kenali jenis kulit anda

Terdapat pelbagai jenis formula blusher antaranya jenis bedak, krim, gel-tint dan cushion. Bagi anda yang berkulit kering dinasihatkan memakai blusher dari formula cecair seperti krim, gel tint atau cushion. Manakala untuk kulit normal, berminyak dan kombinasi paling sesuai ialah jenis bedak. 

  • Teknik rahsia jurusolek

Gunakan teknik blusher ‘tanam’ yang dipopularkan oleh para jurusolek iaitu menggunakan dua formula blusher krim dan bedak. Layangkan dahulu blusher krim dan kemudian ditambah blusher bedak.

Pastikan kedua-dua blusher dalam rona yang sama. Layangkan sedikit demi sedikit untuk mendapatkan warna yang kemas. Teknik ini sesuai untuk solekan pengantin, majlis atau acara ekslusif. 

Selain untuk pipi, blusher juga boleh digunakan sebagai eyeshadow atau kemasan gincu bibir. Produk blusher yang diperkenalkan dalam artikel kali ini fokus buat anda yang berkulit sawo matang hingga si hitam manis.

Jom kita lihat yang rona mana yang agaknya sesuai buat anda.  

10 Blusher Sesuai Untuk Kulit Si Hitam Manis

Pemerah pipi paling murah dan cantik warnanya!
Wardah Blush On A
Wardah
From
RM14.76
Check Wardah Blush On A price below:

Pada harga yang rendah anda dapat dua rona blusher sebagai imbasan warna keemasan. Diformulasi menggunakan partikel paling halus dengan menghasilkan warna hanya dengan satu sapuan. Rekaan produk juga kecil dan padat mudah untuk dibawa kemana-mana. Naikkan seri kulit hitam manis anda dengan shade yang betul agar tampil lebih menawan dan anggun!

Terbaik untuk kulit kering – tekstur lembut dan ringan
Silky Girl Jelly Cheek Tint
Silky Girl
From
RM19.92
Check Silky Girl Jelly Cheek Tint price below:

Pemerah pipi dari SilkyGirl ini cukup unik dan sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah kulit kering terutamanya dibahagian pipi. Tekstur lembut blusher jelly ini sangat mudah dilayang pada pipi dengan hanya menggunakan jari. 

Ekstrak jus anggur dan Vitamin E yang terkandung dalam blusher ini dapat melembap dan menyihatkan kulit. Gelato antara 3 warna paling tepat untuk si kulit gelap dan sesuai dipakai setiap hari.

Khas dari Korea - blusher kegilaan peminat K-Beauty
MISSHA Cotton Blusher Sunny Afternoon
MISSHA
From
RM28.00
Check MISSHA Cotton Blusher Sunny Afternoon price below:

Lembut dan bertekstur baldu blusher dari Missha ini sangat mudah untuk disapu pada kulit. Rona Sunny Afternoon terus seragam dengan warna kulit anda. Bedak yang dicipta pula khas untuk mengawal sebum minyak supaya warna blusher terus melekap pada kulit. 

Jika anda mahukan koleksi blusher dari jenama K-Beauty, kami sarankan untuk mendapatkan dari Mishha. Pasti berbaloi!

Kulit pipi berminyak dan kering, cuba blusher ini
Maybelline Fit Me! Blush 50 Wine
Maybelline
From
RM21.00
Check Maybelline Fit Me! Blush 50 Wine price below:

Tidak pelik jika anda mengalami masalah kulit kombinasi yakni kering dan berminyak pada tempat yang sama. Blusher paling sesuai untuk pipi berkulit kombinasi adalah dari jenama Maybelline rangkaian Fit Me! Blush. Fomula bedak ringan dan lembut pada kulit, mudah untuk di’blend’ dan menaikkan lagi seri wajah dalam sekelip mata. 

Diuji secara klinikal oleh ahli dermatologi, blusher ini bebas dari sebarang comedogenic - penyebab pori-pori tersumbat. Rona 50 Wine adalah shade yang paling tepat untuk kulit sawo matang dan hitam manis.

Blusher terbaik dari drugstore dengan harga mesra poket
SimplySiti Simply Elegant Blusher Vintage Pink
SimplySiti
From
RM26.53
Check SimplySiti Simply Elegant Blusher Vintage Pink price below:

Rona Vintage Pink, merah jambu pekat yang sangat serasi dengan gadis berkulit gelap. Jenama SimplySiti ini dijual pada harga yang berpatutan dan sangat travel-friendly. Rekaan pembungkusan yang memudahkan pengguna tanpa perlu bawa berus blusher dan punya cermin sekali! Finishing pula memberi efek glow serta mempunyai perlindungan SPF30.

Blusher tahan lama, tak perlu aplikasi berulang-kali
Anas Pressed Powder Blusher Peach Please
ANASism
From
RM45.00
Check Anas Pressed Powder Blusher Peach Please price below:

Jenama Anas tidak asing lagi untuk peminat produk kecantikan tempatan. Kod warna Peach Please blusher paling laris dan cukup sesuai untuk semua jenis tona kulit. Blusher dari jenis powder ini sangat tahan lama dan memberi warna semulajadi pada pipi anda. Tips dari Anas untuk blusher lebih tahan lama ialah menggunakan berus bersih dan pastikan layang produk dengan lembut pada pipi.

Blusher dengan warna pigmen padat
Nyx Professional Makeup Sweet Cheeks Creamy Powder Blush Glow Bang Bang
Nyx Professional Makeup
From
RM38.40
Check Nyx Professional Makeup Sweet Cheeks Creamy Powder Blush Glow Bang Bang price below:

Walaupun ia berpigmentasi pekat, blusher NYX  ini tetap beri warna serata tanpa kesan bercapuk yang mengakibatkan anda tampil seperti ‘badut’. Produk merupakan best-seller NYX ini mengandungi bahan vegan dan diinfus formula micropearl sebagai tambahan sinaran pada pipi. Warna ungu gelap dari kod Bang Bang paling padan untuk anda berkulit hitam.

Kulit pipi sensitif dan jerawat sesuai guna pemerah pipi ini
Alha Alfa Cushion Blusher Cherry
Alha Alfa
From
RM50.00
Check Alha Alfa Cushion Blusher Cherry price below:

Jenama Alha Alfa cukup bijak mengeluarkan pemerah pipi mengandungi formula yang boleh merawat kulit wajah. Blusher jenis cushion ini mempunyai kebaikan kolagen biji anggur untuk membaiki struktur kulit dan mengecilkan pori-pori. 

Kod Cherry paling tepat untuk anda yang berstatus medium to dark skin tone. Blusher cushion sangat mudah dipakai dan sesuai untuk teknik blusher ‘tanam’ tanpa meninggalkan kesan bercapuk.

Jenama blusher lokal paling laris!
BeauTYRA Born to Blush Unicorn (BB04)
BeauTYRA
From
RM55.00
Check BeauTYRA Born to Blush Unicorn (BB04) price below:

Beautyra jenama kecantikan pioneer dalam mengeluarkan pelbagai warna pemerah pipi. Ia sentiasa menjadi buah mulut pengguna media sosial. Warna blusher cukup sesuai untuk wanita Asia dan mereka yang baru mula berjinak dalam dunia solekan. 

Bukan sahaja warna blusher, rekaan bekas blusher cukup aesthetic untuk dijadikan sebagai koleksi. Kalau anda mahu sokong produk tempatan

Elakkan masalah blusher bercapuk akibat kulit berminyak
NRC Luxury Matte Blusher Poppy
NR Cosmetics
From
RM49.90
Check NRC Luxury Matte Blusher Poppy price below:

Adunan pigmentasi dan bedak padat jenis matte ini mampu kekal bertahan diatas kulit berminyak. Gabungan asid Salicylic dan Vitamin C juga dapat merawat dan mengurangkan masalah berminyak berlebihan di kawasan wajah

Dari 8 rona yang dikeluarkan NRC Cosmetics, Poppy khas untuk berkulit gelap. Rona ungu gelap ini mampu beri efek segar dan anggun tanpa menganggu warna sebenar kulit anda.

End of Article