Ketika hendak membeli vacuum cleaner, pasti kita tertanya apakah perkara yang perlu dipertimbangkan bagi memastikan alatan yang kita beli terbaik dan bersesuaian dengan kehendak kita. Selain dari jenis vacuum, kuasa dan cara penggunaan, penapisan atau filter yang digunakan juga merupakan ciri yang harus diambilkira sebelum membeli vacuum cleaner.
Apakah yang dilakukan oleh HEPA filter pada vacuum cleaner?
HEPA adalah singkatan untuk terma "High Efficiency Particulate Air" iaitu merujuk kepada bagaimana penapis atau filter vacuum dikilangkan, diuji, disahkan dan dilabel mengikut sistem piawaian HEPA filter yang standard.
Vacuum cleaner menggunakan filter HEPA mampu memerangkap partikel kecil dalam kuantiti yang banyak berbanding vacuum cleaner biasa yang hanya akan mengitarkan kembali partikel-partikel yang disedut ke udara.
Maka dengan itu vacuum cleaner dengan filter HEPA mampu mengurangkan habuk, debu dan pelbagai alergen di rumah dengan lebih efisien. Berikut adalah senarai vacuum cleaner dengan HEPA yang ada di pasaran Malaysia kini.
9 Vacuum Cleaner Lengkap Dengan HEPA Filter

Vacuum cleaner Deerma model DM717 ini menawarkan harga yang berpatutan dan mampu berkerja seperti vacuum cleaner yang lain. Ianya kuat, tahan lasak dan berkuasa untuk menyedut kotoran pada lantai, katil, sofa dan sebagainya. Ianya mudah digunakan dan boleh dibawa kemana-mana sahaja.

Vacuum cleaner Electrolux Z1231 ini antara vacuum cleaner yang beroperasi secara senyap dan tidak bising. Ianya mempunyai speed regulator yang mengawal kelajuan sedutan, malah dengan kuasa sedutannya boleh mencapai sehingga 320W dengan fungsi sebaiknya. Ianya ringan dan mudah dibawa ke mana-mana serta menjimatkan ruangan penyimpanan.

Mempunyai motor yang berkuasa sehingga 20002, vacuum cleaner Sharp ini sesuai digunakan di pelbagai kawasan termasuklah celah katil, pintu mahupun di sofa. Ia direka dengan 4 peringkat filter HEPA dan tidak mempunyai bag, jadi memudahkan anda untuk menanggal dan membersihkan bekas habuk. Ia juga mempunyai LED yang akan menyala apabila bekas habuknya sudah penuh atau tersekat.

Vacuum cleaner Black & Decker BDWD15-XD ini mempunyai dua sistem iaitu menggunakan bag debu atau dust bag dan HEPA filter. Untuk penggunaan yang melibatkan sedutan debu dan habuk yang banyak, dicadangkan untuk menggunakan dust bag manakala untuk debu kotoran halus dan sedikit bolehlah menggunakan HEPA filter.
Vacuum cleaner ini sangat tahan lasak dan boleh digunakan dalam dua keadaan permukaan iaitu permukaan kering atau basah.

Vacuum cleaner KHIND VC9675 ini menggunakan teknologi cyclone dan mengedut habuk dengan efisien. Ianya vacuum yang mempunyai HEPA filter dan boleh digunakan tanpa memerlukan anda menyambung pada plug.
Bateri yang digunakan adalah bateri litium-ion bertahan untuk jangka masa lebih panjang. Saiz bekas habuknya adalah sebesar 0.5L yang mudah untuk ditanggal dan dibersihkan.

Vacuum cleaner Samsung menggunakan filter HEPA dan kuasa cyclone untuk menyedut debu dan kotoran. Ia juga mempunyai turbin yang anti-kusit dan menghalang dari tersumbat sekaligus memudahkan tenaga sedutan dipantau. Ia juga menghalang debu kotoran dari tersekat di berusnya. Vacuum cleaner ini bersaiz kecil dan mudah disimpan di ruang yang terhad.

Vacuum cleaner Panasonic model MC-CL563 ini adalah vacuum tanpa bag dan menggunakan filter HEPA. Ia didatangi dengan bekas untuk mengumpul habuk sehingga 2.0L dan juga nozzle lengkap yang sesuai untuk menyedut kotoran dan debu di karpet yang tebal mahupun nipis. Tiada lagi masalah untuk menyedut habuk ‘degil’ yang melekap pada permukaan karpet anda.

Vacuum cleaner Hitachi ini mempunyai empat jenis nozzle termasuklah nozzle utama, 2-peringkat nozzle pelbagai sudut, berus habuk dan berus crevice. Ia menggunakan 7 peringkat penapisan termasuk filter nano titanium HEPA. Dengan mempunyai kuasa sehingga 2200W, vacuum cleaner ini mampu menyedut habuk dan debu sekecil bulu kucing yang halus itu.

Mungkin harganya agak tinggi, tetapi iRobot Roomba 890 series ini menggunakan teknologi pintar di mana anda boleh memberi arahan menggunakan telefon pintar dan suara anda. Ianya mampu membersih kediaman dengan tiga peringkat iaitu kotoran di lantai, mengangkat dan menyedut habuk dengan sempurna.
Bateri litium-ion yang digunakan oleh vacuum cleaner robot ini tahan 3 kali lebih lama daripada bateri biasa.
Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!