Keibubapaan

Galakkan Perkembangan Minda Anak Anda Dengan Peralatan Mewarna Dan Melukis

Seni lukisan penting untuk perkembangan otak! Ini senarai kelengkapan mewarna & melukis untuk kanak-kanak seperti pensel warna, sharpener & poster colour.


Editor · 18 Feb 2020, 3:56pm

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

Galakkan Perkembangan Minda Anak Anda Dengan Peralatan Mewarna Dan Melukis

Antara kemahiran terawal yang ibubapa akan lihat pada kanak-kanak seawal setahun dua ialah kemahiran serta mengekspresikan diri kanak-kanak itu sendiri dalam aktiviti melukis dan mewarna.

Seni lukisan ini bukan sahaja membantu mengembangkan otak kanan kanak-kanak, malah ia juga menggalakkan perkembangan kemahiran-kemahiran penting yang lain pada seorang kanak-kanak. 

Kandungan

Bagaimanakah seni kreatif membantu perkembangan kanak-kanak?

Antara kemahiran penting yang dapat diperkembangkan semasa kanak-kanak melukis dan mewarna termasuklah:

  • Perkembangan kemahiran motor ketika kanak-kanak hendak menggunakan dan  memegang berus, pensil dan sebagainya.
  • Perkembangan bahasa dengan mempelajari bentuk, warna, corak dan imej yang dilukis atau diwarnai.
  • Membantu membuat keputusan ketika memilih apa lukisan yang hendak dilukis atau warna yang hendak dipilih.
  • Menyambungkan sel-sel saraf yang melibatkan pelbagai deria mata, mulut, telinga dan sebagainya.

Oleh yang demikian, ibu bapa harus menggalakkan anak-anak untuk terus berkreatif melalui seni lukis. Ayuh lihat alatan menarik buat si kecil anda; 

10 Bahan-bahan Mewarna Dan Melukis untuk Kanak-kanak di Malaysia

Marker pen alternatif untuk mewarna lukisan dengan sempurna 1 daripada 10
Faber-Castell Magic Colour Pens
Partnership with Faber-Castell
Dari RM8.10

Selain daripada crayon, warna pensil dan cat air, Faber Castell Magic Colour Pens ini juga boleh dijadikan koleksi bahan untuk melukis dan mewarna. Ideal untuk melukis dan melakar, hujung pen yang menggunakan bola mata fine point menghasilkan warna yang menarik. Ia boleh digunakan untuk kanak-kanak berumur 3 tahun ke atas.

Colouring book lengkap dengan set animasi pintar 2 daripada 10
ALIF & AMANI AR Colouring Book Set
Partnership with
Dari RM5

Aliff dan Amani ialah karakter dari siri animasi kanak-kanak yang mengajar kanak-kanak pelbagai panduan seperti asas menulis, mengira, mengeja, berdoa dan cara hidup kanak-kanak Islam. Set Aliff dan Amani AR Colouring Book ini boleh digunakan oleh anak-anak sambil belajar daripada siri animasinya yang dimuat turun melalui aplikasi di smartphone. 

Ia membantu kanak-kanak berinteraksi antara dunia digital dan fizikal dengan set buku mewarna ini. Si kecil pasti gembira semasa menggunakan set Alif & Amani ini! 

Cat air untuk bantuan mewarna dengan harga yang murah 3 daripada 10
Nikki Water Colour
Partnership with Nikki
Dari RM3.71

Cat air telah mula digunakan sejak 1750an dan kini menjadi satu alatan yang tidak mahal untuk mengasah bakat kanak-kanak dalam bidang seni.  Cat air Nikki ini sesuai dan selamat digunakan oleh kanak-kanak kerana ianya tidak bertoksik dan tiada bahan kimia tambahan. 

Sketchbook untuk kanak-kanak berkarya 4 daripada 10
ARTO Hard Cover Sketch Book
Partnership with
Dari RM9

Sketchbook Arto yang dikeluarkan oleh jenama Campap ini menggunakan kertas tebal 110gsm bebas asid. Ianya sesuai untuk kanak-kanak yang suka berkarya, melukis mahupun yang ingin membuat mini projek koleksi lukisan atau komik.

Setiap jenis alatulis seperti oil pastels, cat air mahupun pen berdakwat untuk melukis dan mewarna menggunakan sketchbook ini. 

Poster colour yang selamat – bebas bahan kimia merbahaya 5 daripada 10
Buncho Poster Colour
Partnership with Buncho
Dari RM17.01

Berbanding dengan cat air, poster colour mengambil masa yang lebih cepat untuk kering. Ia diperbuat daripada Acrylic iaitu sejenis bahan kimia daripada plastik. Poster colour Buncho ini disahkan selamat untuk kegunaan kanak-kanak mengikut sistem piawaian European Safety Standard E71. Warna-warnanya lebih terang dan tebal serta mudah untuk dicuci jika terkena pakaian.  

Crayon yang boleh dibersihkan dengan mudah 6 daripada 10
Crayola Washable Crayon (24 colors)
Partnership with Crayola
Dari RM14.90

Didatangi dengan warna yang terang dan segar, crayon Crayola memberi kepuasan pada kanak-kanak yang memilikinya. Ia memberi hasil pewarnaan yang berkualiti tinggi, tahan lama dan juga mudah dicuci jika terkena pakaian kanak-kanak ketika mereka menggunakannya. 

Pencil colour untuk mewarna – uji daya kreativiti si kecil 7 daripada 10
Staedtler Luna Long Colour Pencil (48’s)
Partnership with Staedtler
Dari RM60.62

Pensil warna Luna keluaran Steadtler ini menambahkan kreativiti anak ke satu peringkat selepas anak mula melukis. Didatangi dengan warna-warna yang lembut dan menarik serta ia juga telus air di mana dengan lukisan yang diwarnai dengan pensil warna ini boleh bertukar menjadi warna air. Ia juga didatangi dengan bekas yang mempunyai pemegang untuk memudahkan ia dibawa kemana-mana. 

Pensil lukisan melengkapkan karya seni 8 daripada 10
Staedtler Mars Lumograph Pencils Set
Partnership with Staedtler
Dari RM18.90

Kini menjadi trending anak-anak melukis komik dan pelbagai lukisan sketch hanya menggunakan pensil. Set pensil Mars Lumograph daripada Staedtler ini mengandungi pensil sehingga 12 jenis (8B, 7B, 6B, 4B, 3B, 2B, B, HB, H, 2H, 4H dan 6H) yang menghasilkan tona pensil berbeza. 

Ia mempunyai kualiti yang sangat bagus untuk menulis, melukis dan melakar atas kertas. Lead pensil ini sangat kuat dan tidak mudah patah.

Oil pastels jenis berpigmen dengan pelbagai warna 9 daripada 10
Pentel Arts Oil Pastels (50’s)
Partnership with Pentel
Dari RM17.90

Oil pastel digunakan sebagai alat mewarna dan mempunyai karakteristik sama dengan krayon kerana ianya mengandungi pigmen yang dicampur dengan lilin dan minyak. Oil pastels Pentel ini adalah salah satu medium yang dapat membantu uji minda kanak-kanak agar lebih kreatif. Ia mengandungi warna-warna yang mudah dicampurkan dan menghasilkan tona berbeza dan cantik. 

Sharpeners yang tajam dan mudah untuk digunakan 10 daripada 10
Astar Pencil Sharpener A620
Partnership with Astar
Dari RM25.90

Pengasah pensil Astar Table Top Sharpener adalah pengasah manual untuk mengasah pensil sehingga tajam bagi memudahkan aktiviti melukis dan mewarna. Malah, dengan pensil yang tajam, anak-anak pasti dapat menghasilkan satu karya seni yang indah. 

Pengasah pensil ini didatangi dengan desk clamp untuk memastikan ianya stabil semasa digunakan. Sesuai untuk digunakan dengan pensil yang berdiameter sehingga 8mm.

Lagi daripada ProductNation