Secara umumnya, sudah tentu anda ketahui kegunaan concealer dalam rutin semasa memakai solekan. Concealer dapat menutup cela-cela yang tampil di kulit wajah dan ianya juga didatangi dalam pelbagai bentuk seperti, krim, cecair juga stick.
Adakah selamat memakai concealer sekiranya mempunyai kulit jerawat?
Kebanyakan produk concealer menggunakan formula atau inti pati yang tinggi. Selain mampu menutup kesan jerawat dan parut pada wajah, concealer juga berguna untuk melindungi kulit anda daripada sinaran cahaya matahari. Disebabkan inilah pentingnya untuk anda memilih concealer bertekstur lightweight, kalis air atau kalis peluh.
Elakkan daripada menggunakan concealer berformula rumit yang berat kerana ia akan cenderung bergerak atau cair apabila bercampur dengan minyak semulajadi pada kulit. Ayuh lihat senarai concealer terbaik untuk kulit berjerawat;
11 Concealer Untuk Lindungi Kulit Akibat Parut Dan Jerawat
Walaupun harga mesra poket, kualiti produk concealer Stay All Day dari jenama Essence ini mampu bertahan selama 16 jam tanpa menyebabkan ketidakselesaan kepada si pemakai. Teksturnya sangat lembut dan berkrim, membantu menyembunyikan lingkaran hitam di bawah mata serta bintik-bintik merah yang terdapat di sekitar wajah.
Sesuai untuk kulit wanita Asia, mata anda kini tampak lebih bermaya. Ucap selamat tinggal pada eyebag!
Dengan mengandungi Sodium Hyaluronate dan ekstrak Fraxinus Excelsior Bark, concealer ini bertujuan memberi lembapan pada kulit wajah agar tampak lebih segar dan awet muda. Sangat sesuai buat kamu yang mempunyai masalah kulit kering dan inginkan penghidratan berkekalan. Hanya dengan sekali usap, produk ini mampu menutup ketidaksempurnaan di wajah.
Kini, anda tidak perlu risau tentang mengaplikasikannya berulang kali. Sekali pakai tahan selama sehari.
Diperkaya dengan air glasier Mont Blanc juga asid Hyaluronik, serasi buat kamu yang berkulit sensitif. Bukan sahaja ia membantu menghidrat semula kulit, produk ini juga merapi serta mencegah tanda awal penuaan. Dirumus bersama Vitamin, concealer dengan Wand Applicator ini memastikan kulit menjadi lebih cerah dan berseri.
Selamat dari kesan iritasi, ia memberi perlindungan berpanjangan dan membantu menyembunyikan lingkaran hitam, bengkak di bahagian mata, kedutan serta garis halus.
L’Oreal Infallible Concealer telah direka bagi membantu mencerahkan tona kulit kusam atau tidak sekata. Hadir dalam 6 tona berbeza, ianya memberi liputan tinggi atau full coverage untuk kemasan sempurna serta memperbaiki tekstur kulit. Buat kamu yang mengalami masalah kulit jeragat, kekusaman atau sering mencari produk untuk menyembunyikan tanda-tanda keletihan, cuba produk ini.
Selamat digunakan setiap hari, wajah akan tampak lebih glowing selepas satu sapuan. Tampil penuh keyakinan dengan wajah terlindung dari cela.
Dihasil dengan formula aktif Haloxyl dan Berry Goji, Maybelline Instant Age Rewind concealer ini membantu melawan sebum berlebihan serta memberi pertahanan terhadap kesan peluh dan panas.
Selain membantu dalam memberi hidrasi di bawah mata, concealer ini juga bersifat non-comedogenic sesuai digunakan setiap hari sebagai pelengkap solekan. Gunakan bersama berus atau span, wajah anda akan kekal segar dan bebas kilauan sepanjang hari!
Bebas minyak, tanpa wangian dan bebas paraben. Revlon PhotoReady Concealer mempunyai formula yang direka secara profesional dengan pigmen photochromatic untuk memberi pencerahan dan meninggalkan kulit tampak lebih flawless dan airbrush. Teksturnya unik, ringan serta berkrim menutup segala kelemahan yang terdapat pada wajah anda.
Ianya juga mengandungi SPF20 bagi memberi kelembapan pada kulit kering atau dehidrasi. Hadir dalam bentuk stick, senang digunakan terutamanya jika anda mahu mengejar masa.
Selamat digunakan pada setiap hari, concealer Milani Perfect Longwear ini telah direka demi keserasian semua jenis kulit, terutama buat beginner yang sedang menyesuaikan diri dengan penggunaan make-up.
Terdapat dalam 5 tona berbeza, rumusan cecair yang selesa ini memberi liputan matte berpanjangan sehingga 24 jam. Ringan, kalis air serta berpigmentasi, gunakan bersama span atau berus kabuki untuk menghasilkan kemasan lebih perfect dan flawless.
Hadir dalam 10 tona pilihan, MAC Pro Long Wear Concealer ini telah menjadi pilihan ramai di dalam industri kecantikan kerana walaupun bertekstur ringan, ianya mampu memberi hasil kemasan full coverage sehingga 15 jam. Hanya dengan satu atau dua titisan, sudah cukup untuk menutup segala cela dan noda gelap.
Buat anda yang germar berseflie, concealer ini mungkin menjadi pilihan terbaik. Ia tidak akan memberi kesan ‘cakey’ biarpun sedang berdiri di bawah sinaran terik matahari. Kini, wajah anda akan kekal cantik bersinar pada setiap foto.
Seperti yang diketahui umum, Fenty Beauty keluaran Rihanna adalah di antara jenama popular yang mengandungi bahan vegan atau cruelty free, selamat dan selesa dipakai walaupun setiap hari. Pro Filt'r Instant Retouch Concealer ini telah dihasil bagi mencerah, melancar serta membantu kulit kelihatan lebih bermaya selepas setiap aplikasi.
Dengan hasil kemasan matte yang nampak semula jadi pada kulit, concealer ini membuatkan kulit terasa segar dan selesa sepanjang hari. Tidak melekit pun!
Seperti yang diketahui umum, Tarte adalah antara jenama popular yang mengandungi bahan vegan atau cruelty free, selamat dan selesa dipakai walaupun setiap hari. Shape Tape Contour Concealer ini juga tidak kurang hebatnya. Ia membantu mencerah, melancar dan membantu kulit kelihatan lebih bermaya pada setiap aplikasi. Kandungan Mango Seed dan Shea Butter di dalam, memberi hidrasi secukupnya pada kulit dan memerangi kesan penuaan awal.
Bebas dari minyak mineral, paraben dan gluten, concealer ini menjadikan kulit terasa segar sepanjang hari. Ianya terbukti berkesan untuk melindungi kulit selama 24 jam.
Diperkaya dengan air glasier Niacinamide juga Sodium Hyaluronate, IT Comestic Bye Bye Under Eye ini sangat serasi buat kamu yang mempunyai masalah mata panda atau mata sensitif. Bukan sahaja ia membantu menghidrat semula kulit, produk ini juga merapi serta mencegah tanda awal penuaan.
Selamat dari kesan iritasi, ia memberi perlindungan berpanjangan dan membantu menyembunyikan lingkaran hitam atau bengkak di bahagian mata, kedutan serta garis halus.