Boleh dikatakan kualiti air di sesetengah tempat di negara kita masih belum mencapai tahap kualiti optimum untuk kegunaan harian.
Jadi, banyak pengguna yang mengambil keputusan untuk memasang penapis air luar rumah.
Bukan apa, penapis air outdoor berfungsi untuk menapis dan mengasingkan bendasing seperti karat, pasir dan lumpur untuk masuk terus ke sistem paip rumah.
Sekarang memang dah banyak pilihan water filter air rumah outdoor terbaik, dan harga penapis air luar rumah ini tidaklah mahal sangat.
Bagi anda yang ingin memasang filter air luar rumah, jom lihat senarai dan jenis penapis air luar rumah terbaik yang kami senaraikan ini.
Penyunting
Hamka Rosli chevron_right
Table of Contents
Senarai 13 Penapis Air Luar Rumah Terbaik
Sebab Menjadi Pilihan Utama:
Dari segi harga cukup berpatutan sama dengan kualiti penapisan, dan yang paling penting mudah untuk dipasang sendiri dan diselenggara.
Ciri-ciri:
Mempunyai lima lapis bahan penapis dari karbon dan pasir yang dapat menapis kekotoran air.
Saiz tangki yang sederhana (9 inci (diameter) x 35 inci (tinggi)) mampu menarik air 33L per minit air dengan tekanan 150psi.
Sudah tentu tiada masalah saliran air dan anda boleh gunakan paip air rumah dengan senang.
Anda juga boleh selenggara penapis air Aquaman sendiri kerana dilengkapi pengawal injap tangki ini mempunyai tiga mod iaitu filter mod (aliran tapisan air), backwash mode (pengumpulan kotoran) dan rinse mode (membersih dan membilas tangki).
Body penapis air ini diperbuat dari tujuh lapisan fiber tahan lasak yang dapat menampung tekanan air maksimum 150psi.
Selain itu, turut lengkap dengan jaminan 10 tahun body dan 1 tahun untuk pengawal injap.
Penapis air outdoor boleh digunakan di kediaman jenis rumah teres, flat, kondominium dan apartment.
Review:
“Boleh pasang sendiri dengan mudah! Hari kedua air di rumah semakin bersih, penapis air ini sangat berbaloi.”
Walaupun penapis air luar rumah kecil tapi tetap memberi kesan air yang bersih.
Tahap kebersihan air dijamin 99% dapat menghalang bakteria, bendasing dalam air dan kotoran lain seperti debu dan lumpur dari memasuki sistem saluran paip rumah.
Saiz kapasiti 600l/h sudah memadai bagi anda yang tinggal rumah yang kecil atau tidak ramai penghuni.
Penapis air ini mempunyai tapisan air sangat halus iaitu anggaran 0.01Micron (ultra-filter) dan mempunyai rongga kecil untuk menahan kotoran.
Reka bentuknya pula cantik dengan material stainless steel yang tahan karat sesuai untuk diletakkan diluar rumah anda.
Jualan di Shopee hampir 300 buah dan ulasan kebanyakan pengguna berpuas hati dengan kebersihan air dan cara pasang filter yang sangat mudah.
Jenama AQUACO antara jenama penapis air yang bukan sahaja mendapat kelulusan sijil Halal dari JAKIM.
Malah turut diperakui keberkesanan dan keselamatan dari Persatuan Peniaga Penapis Air Malaysia (MWFA).
Aquaco merupakan sebuah tangki penapis air yang tahan lama dan tahan lasak kerana menggunakan 10 bar berbanding badan tangki lain yang hanya 6 bar.
Jadi tiada risiko tangki cepat rosak, kemek dan bocor pada jangka masa panjang.
Menarik tentang penapis ini adalah mengguna bahan-bahan karbon organik dari gentian kelapa dan gentian halus penapis 0.6mm.
Ini dapat memberi kelebihan dari menapis pasir, karat, klorin dan banyak lagi supaya air rumah anda sentiasa bersih.
Untuk teknik bersih backwash, anda boleh tolak sahaja pengawal injap penapis. Lakukan setiap seminggu sekali bagi memastikan penapis sentiasa bersih.
Penapis air 1000l/h dari Besuto ini patut menjadi pilihan kerana mudah dipasang, diselenggara sendiri dan dapat menjaga kualiti air kediaman anda.
Penapisan yang halus dengan kadar boleh memerangkap 0.01Micron kotoran dan dapat menapis segala bakteria yang membiak didalam tangki air.
Malah kadar mineral dalam air juga sentiasa segar dan tidak hilang.
Anda boleh memasang penapis air secara menegak atau melintang dan sedia untuk diletakkan diluar rumah kerana casing penapis ini dari stainless steel tahan lasak.
Sama seperti penapis air yang lain, boleh dicuci dengan teknik backwashing bagi memastikan penapis dan tangki terhindar dari masalah tersumbat.
Buat anda yang tinggal di flat, apartment atau kondominium bersama penghuni 2-3 orang, water filter Besuto ini sudah memadai.
Harga untuk penapis air luar rumah ini cukup murah, kurang pada RM300 untuk sebuah penapis air berkapasiti 3000l/h.
Penapis air ini menggunakan penapis jenis ultra filter dimana boleh memerangkap sehalus-halus kotoran 0.01Micron berbanding penapis air yang menggunakan karbon dan pasir.
Istimewa tentang penapis air dari jualan Aiyoyo adalah dari jenis membrane dimana terdapat kajian menunjukkan penapis ini mampu menyingkarkan patogen.
Patogen ini penyebab penyakit seperti bakteria, virus, parasit dan banyak lagi.
Cara servis water filter ini pun tidak perlu kos tambahan lain, anda boleh lakukan sendiri dengan teknik backwashing.
Paling penting pasang dimana-mana pun boleh sebab casing water filter dari besi keluli tahan karat dan sesuai untuk cuaca hujan dan panas di Malaysia.
Biasa kita dengar penapis air minuman Cuckoo sahaja kan? Tapi Cuckoo juga menyediakan pilihan penapis air untuk satu rumah anda.
Model water filter Prime X3 antara yang terbaik kerana mempunyai kapasiti 2000l/h dengan saiz tekanan 20 - 60 psi bagi memastikan kelancaran air sepanjang masa.
Ciri-ciri kualiti yang patut anda lihat pada penapis Cuckoo ialah menggunakan penapis jenis membran PDVF (0.01Microns).
Penapis ini mempunyai sistem pembilasan automatik serta lengkap bersama teknologi penapisan ‘Nano Positive Filter’ hanya dikeluarkan oleh Cuckoo.
Bukan sahaja membersih air dari kotoran bahaya untuk tubuh badan, malah memberi kebaikan baru pada air rumah anda.
Penapis ini juga boleh menghasilkan air beralkali rendah dan sesuai untuk diminum untuk semua peringkat umur.
Rekaan penapis juga minimalistik dengan casing stainless steel dengan kemampuan menahan suhu dari 4°C sehingga 38°C.
Anda ingin menjaga kualiti persekitaran yang baik untuk anda dan keluarga, boleh pilih Cuckoo!
Datang dengan tiga saiz berbeza, penapis ini direka khas untuk dipasang di luar rumah anda agar kualiti air yang disalurkan ke dalam rumah anda bersih untuk digunakan.
Kebolehupayaan penapis ini boleh dilihat melalui tujuh tahap lapisan yang mampu menghasilkan air yang lebih jernih daripada penapis biasa.
Malah, terdapat juga lapisan karbon teraktif disahkan halal yang memastikan kualiti air bukan sahaja bersih tetapi sesuai diminum bagi mereka yang beragama Islam.
Penapis air Waterman yang diperbuat daripada bahan bermutu tinggi ini juga menawarkan body tahan lasak, dengan kemampuan menahan tekanan sehingga 100 psi.
Lasak di dalam dan luar, penapis Waterman ini tidak akan mengecewakan anda.
Filken ialah suatu jenama tidak asing lagi dalam kerja-kerja menapis air bersih ke rumah.
Diperbuat daripada bahan ultra membrane, produk di bawah jenama ini boleh menapis sehingga 99.9% kotoran dan kuman halus yang mencemarkan air.
Ditambah pula dengan sistem fiber ultrafiltration, kerja-kerja menapis air menjadi lebih berkesan.
Ia juga mudah diselenggara, mengambil masa hanya 30 saat untuk melakukan flashing kendiri setiap minggu bagi menghilangkan segala kotoran yang terperangkap.
Walaupun hanya sekadar penapis air luar rumah, reka bentuknya cantik dan mampu tahan lama dengan binaan stainless steel.
Hujan, ribut atau terik panas, semuanya boleh diatasi oleh penapis serba boleh ini.
Bagi rumah anda yang mempunyai masalah air kotor atau bau klorin, beli je water filter outdoor terbaik dari jenama Kemflo.
Dengan ketumpatan ultra-penapis sehingga 0.01 mikron, penapis air outdoor ini mampu menyingkirkan bakteria berbahaya, virus, dan bendasing air sehingga 99.99%.
Jadi, air dalam rumah anda lagi bersih dan selamat digunakan terutamanya untuk mandi dan memasak.
Direka dengan ciri penjimatan tenaga, kos penyelenggaraan rendah, dan diperbuat dari bahan SUS304 keluli tahan karat.
Boleh dipasang menegak atau melintang tanpa memerlukan elektrik.
Proses pembersihan yang mudah dengan fungsi backwash, kapilari jenis Inside-Out Hollow fiber dan jaminan selama 3 tahun.
Penapis air outdoor Bersehco dilengkapi 6 lapisan penapisan yang cekap iaitu karbon aktif halal, antrasit, zeolite, pasir halus, pasir kasar dan kerikil.
Tabung penapis air diperbuat daripada bahan berkualiti tinggi yang tahan tekanan sehingga 100 psi dan tahan suhu sehingga 110 darjah Fahrenheit.
Penapis air mempunyai 3 sistem injap iaitu backwash, bilas, dan tapis yang membolehkan air dipindahkan dengan lancar, cepat dan menjimatkan penyelenggaraan.
Bukan sahaja dapat memanjangkan hayat penapis air di rumah, malah menjimatkan kos menukar penapis air dan pakaian yang dicuci lebih bersih.
Mudah dipasang sendiri dan semua rumah perlu pasang filter air luar rumah ni supaya air yang diterima dalam rumah bersih, tidak berbau atau berkarat.
Anda mencari penapis air buatan Malaysia yang halal dan dijamin dapat menapis air sebersihnya? Boleh cuba penapis air luar rumah Hijrah ini.
Penapis air ni dilengkapi dengan teknologi 7 lapisan yang canggih, yang boleh memastikan setiap titisan air ditapis dengan sempurna.
Lapisan ini boleh menghilangkan kekotoran, bau, dan mendakan, menjadikan air selamat dan berkualiti tinggi untuk keperluan rumah anda.
Selain itu, penapis air ini dijamin tiada masalah dengan paip berkarat, tekanan air rendah, atau tersumbat.
Untuk pembelian, hanya RM350 sahaja untuk deposit pertama dan pelan pembayaran bulanan yang mudah sebanyak RM100.00 selama 16 bulan melalui Standing Instruction.
Penapis Air Luar Rumah Coway Bamboo ini dilengkapi dengan teknologi terkini untuk memastikan tahap kebersihan dan keselamatan tertinggi bagi bekalan air anda.
Ciri-ciri utama:
- Membran Alpha µF: Menggunakan membran µF pertama Coway dengan 7-pora kapilari dan saiz permukaan pora 3000 kali lebih kecil daripada rambut manusia, Alpha 7 mampu bertahan dalam pelbagai tahap pH, suhu tinggi, dan tekanan tinggi.
- All-in-one Controller: Penapis ini dilengkapi dengan controller yang mudah digunakan untuk operasi yang lancar, termasuk fungsi penapisan, flush, backwash, dan bypass.
- Pemasa Automatik: Sistem penapisan dibersihkan secara automatik dengan Pemasa Flush Automatik, memastikan prestasi penapisan yang konsisten tinggi dengan menghapuskan sehingga 99.99% virus dan bakteria.
Penapis Air Luar Rumah Coway Bamboo bukan sahaja memastikan kualiti air yang terbaik tetapi juga menyediakan penyelenggaraan yang mudah, menjadikannya pilihan yang sempurna untuk anda yang mencari penyelesaian penapisan air yang boleh dipercayai dan cekap.
Penapis Air Luar Rumah Ultra Membrane Jumbo ACQUA X5 5000 L/H ini direka untuk prestasi dan ketahanan terbaik, menjamin kualiti air yang optimum sambil mengurangkan kos penyelenggaraan.
Dengan setiap pembelian anda akan diberikan jaminan sehingga 5 tahun, jadi tidak perlu risau jika ia rosak pada tahun-tahun pertama selepas pemasangan.
Selain itu, ia mempunyai kadar aliran air tinggi dengan kadar aliran tertapis maksimum sebanyak 5000 liter sejam.
Penapis air ini boleh menapis sehingga 0.01 mikron, menghilangkan 99.99% bakteria dan virus.
Tambahan lagi, proses pembersihan penapis ini sangat mudah, hanya buka paip dan cuci seperti biasa.
Sekali gus, ia dapat mengurangkan kos penyelenggaraan keseluruhan dan memanjangkan jangka hayat membran.
Cara Pilih Penapis Air Luar Rumah
Terdapat banyak saiz, kapasiti, model dan jenama penapis air luar rumah.
Kami kongsikan cara memilih outdoor water filter yang terbaik untuk anda dan keluarga.
Tapi sebelum tu jom dengarkan penerangan ringkas cara pilih penapis air dalam video berikut.
-
Material badan tangki penapis (body)
Terdapat beberapa jenis material body penapis air biasanya diperbuat dari bahan tahan lasak dari cuaca panas dan sejuk.
Anda boleh pilih dari jenis reinforced fiber glass atau stainless steel.
-
Saiz dan kapasiti penapis air
Subjek kepada keluaran kilang atau jenama tertentu. Saiz tangki air boleh dipilih dari diameter 8 inci hingga 10 inci.
Manakala ketinggian dari 44 inci atau bergantung pada model pilihan anda.
Begitu juga dengan kapasiti penapis yang anda boleh dapat dari 33 liter hingga 1000 liter perminit bersama unjuran tekanan air maksimum 120psi.
Semakin besar saiz penapis air, semakin baik kerana ia boleh memberi kesan penapis yang lebih efektif.
Anda boleh dapatkan nasihat penjual untuk kesesuaian saiz/kapasiti tangki untuk saiz rumah anda.
-
Info produk
Sentiasa berwaspada dengan bahan-bahan penapis yang digunakan. Dapatkan jenama penapis air yang telah diluluskan sebagai contoh dari FDA, NSA dan lain-lain.
-
Jaminan
Jangan lupa tentang tempoh jaminan produk yang boleh anda terima dari 10 tahun untuk kebocoran casing dan sebagainya.
Fungsi Penapis Air Luar Rumah
Tujuan utama pemasangan penapis air diluar rumah supaya dapat terus menapis dan mengasingkan bendasing atau kotoran air sebelum mengalir kedalam saluran paip rumah.
Selain itu, dapat membekalkan air bersih menyeluruh ke untuk rumah anda.
Tidak seperti penapis air konvensional yang dipasang pada sinki atau penapis air minuman.
Itu hanya untuk kegunaan memasak atau menyediakan minuman.
Manakala, bagi penapis air luar atau ‘home system water filter’, menjana air bersih untuk pelbagai kegunaan selain memasak seperti membersih rumah, mencuci pakaian dan mandi.
Erti kata lain, tiada lagi masalah air berkarat, kuning dan rasa atau pap bau klorin.
Jika anda mengutamakan kebersihan dan ingin hindar dari masalah kulit sensitif akibat air.
Kami sarankan pasang penapis air pada rumah kerana tidak memerlukan kos yang tinggi hanya perlu sentiasa pantauan tukaran penapis dan selenggara bulanan.
Cara Mencuci Penapis Air Luar Rumah
Setiap penapis air di rumah perlu dicuci dan diselenggara secara berkala bagi mengelakkan berlaku kerosakan dan tidak berlaku pencemaran pada penapis.
Jika anda menggunakan pakej penapis air bersama khidmat selenggara secara percuma, tidak perlu khuatir kerana pihak penjual akan sentiasa memastikan penapis air anda diselenggara setiap 6 bulan sehingga 12 bulan.
Apa pun bergantung kepada model dan harga pakej.
Bagi anda yang memasang sendiri penapis air, sudah tentu perlu mencuci sendiri penapis air tersebut.
Mari kami bantu dengan beberapa tip dan cara untuk mencuci penapis air luar rumah;
- Tukar penapis air anda sekurang-kurang setiap tahun atau 6 bulan hingga 12 bulan.
- Cuci bahagian tangki air supaya terhindar dari saki baki kotoran seperti pasir, habuk dan bakteria.
- Pastikan juga paip tangki penapis dan paip penyambung dibersihkan serta disanitasi tidak lebih dari 2 tahun.
- Bersihkan penapis air hanya menggunakan air suam dan jangan berus bahagian penapis dengan kuat.
- Elakkan juga mencuci penapis dengan produk peluntur atau campuran bahan kimia yang lain.
Anda juga boleh membersih penapis dengan kaedah ‘backwashing filter’ untuk seminggu sekali selama 10 minit.
Teknik ‘flush’ ini akan memerangkap kotoran dalam tangki penapis kemudian mengeluarkan air kotor tadi.
Sekaligus membersihkan penapis dan mengimbangi semula tekanan air.
Jika anda tidak dapat bayangan cara mencuci filter airluar rumah, jom saksikan video berikut.
Kelebihan Penapis Air Luar Rumah
Bagi yang ada niat untuk memasang dan ingin tahu apa kelebihan memasang penapis air luar rumah ini, anda datang di tempat yang tepat. Antara kelebihan penapis air luar rumah adalah:
- Membersihkan pelbagai kotoran air mentah yang masuk ke dalam rumah, termasuk sisa logam, pasir, klorin, dan bakteria.
- Memberi rasa dan bau yang lebih baik kerana penapis air luar ini dapat menyingkirkan klorin dan bahan kimia lain yang boleh memberi rasa logam atau tidak sedap kepada air.
- Masalah paip juga akan berkurangan dan jangka hayat alat dapur menjadi lebih panjang kerana water filter tersebut boleh melembutkan air anda dan menyingkirkan mineral lain yang boleh menyebabkan masalah paip dan merosakkan alat dapur.
- Penapis air luar rumah juga boleh menjimatkan duit anda daripada perlu membeli air mineral di kedai.
Jadi secara keseluruhan, pemasangan penapis air luar boleh memberikan anda kualiti air yang lebih baik dan juga mampu menjimatkan kos bulanan anda terhadap air minuman berkualiti.