Kadang kala memilih foundation yang sesuai dengan jenis kulit kita boleh jadi mengelirukan. Pernah tak anda memakai foundation tetapi nampak pelik dan membuatkan muka kelabu?
Mungkin kerana anda mempunyai kulit jenis tona tidak sekata atau kulit jenis kusam. Nah, harini kami akan membantu anda memilih foundation yang sesuai dengan tona kulit kusam anda ini.
Apakah warna foundation yang sesuai untuk kulit kusam?
Sebenarnya warna kulit kusam susah untuk dipadankan kerana tona wajah tidak sekata mungkin kerana hiperpigmentasi atau kesan lingkaran gelap dibawah mata yang membuatkan anda kelihatan sunggul dan tak bermaya. Tona foundation yang anda perlukan ialah yang mempunyai asas warna Peach dan Oren kerana ianya akan melindungi cela gelap dan parut hitam.
Jom lihat senarai foundation bersesuaian untuk anda yang miliki masalah kulit kusam.
10 Foundation Untuk Menyerikan Kembali Kulit Kusam di Malaysia

Foundation ini amat sesuai jika anda yang berkulit kusam inginkan kulit kelihatan cerah sekata dan natural. Tidak cakey dan tebal, foundation ini diformulasi bebas minyak. Sesuai untuk kulit berminyak dan jerawat.
Foundation ini juga akan melindungi kulit daripada cahaya UV dan juga bersifat bebas daripada pewangi tiruan, jadi ianya amat sesuai digunakan oleh kulit sensitif.

Jika anda memiliki kulit kusam dan keliru dengan foundation yang anda harus cuba, nah, cubalah Rimmel Match Perfection ini. Dengan variasi warnanya, pasti akan menjumpai yang sesuai dengan tona tidak sekata anda.
Sesuai untuk kulit kusam, kerana foundation ini mempunyai kemasan dewy dan akan memberi efek glowy ke atas kulit dan membuatkan anda lebih berseri serta tidak tampil sugul lagi!

Foundation ini mempunyai kemasan yang dewy dan akan mengembalikan cahaya kepada wajah anda yang sugul dan keletihan. Dengan bertekstur ringan dan nipis, fondation ini akan memberi kesan natural beauty dan amat sesuai untuk hasil ‘no makeup, makeup look’.

Foundation ini memberi kesan dan kemasan yang serupa dengan harga ¾ lebih murah berbanding jenama terkenal. Sesuai dipakai setiap hari kerana ianya tahan lama, mempunyai formula lapisan perlindungan daripada radikal bebas, menyelamatkan kulit daripada kekusaman.
Ianya memberi efek pencerahan dengan kandungan SPF30 PA +++ yang akan melindungi wajah daripada cahaya UVB dan UVA. Amat sesuai untuk anda yang sering berada di luar atau ketika travel, supaya kulit sentiasa kelihatan segar, dewy dan tahan lama!

Walaupun foundation ini disyorkan untuk kulit jenis kering kerana kesan dewy, namun formula foundation ini bersifat non-comedoenic dan bebas dari minyak. Jadi, kulit jenis berminyak juga amat sesuai untuk menggunakan foundation ini tanpa ada masalah.
Didatangi dalam 4 warna berasaskan peach dan oren yang akan mengembalikan seri muka dan membaiki masalah tona tidak sekata.

Jika anda mempunyai masalah hiperpigmentasi dan memerlukan foundation dengan kemasan full coverage, pasti anda memerlukan sesuatu untuk melindungi cela, bukan? Nah, foundation daripada NYX ini pasti untuk anda!
Dengan formula medium coverage, lapisan foundation ini boleh dibina sehingga menjadi full coverage tanpa membuatkan kulit menjadi cakey dan sentiasa terhidrat, glowy dan dewy!

Foundation ini amat bagus sekali jika anda mempunyai kulit kusam dan kering. Diperkaya dengan bahan hidrasi, akan mengunci lembapan di dalam kulit lalu menghasilkan kemasan solekan yang lembap, glowy dan berseri.
Bukan itu sahaja, warnanya juga yang mempunyai pigmen peachy akan membetulkan tona tidak sekata di bawah mata dan sekeliling mulut untuk mengelakkan kulit kelihatan kusam.

Foundation ini bertekstur ringan dan tipis, diperkaya dengan pigmen ‘luminising’ dan Vitamin C akan membantu mengembalikan kecerahan serta menaikkan kembali seri kulit. Dengan tesktur yang nipis, foundation ini tidak akan merengsakan kulit.
Tahap ketebalannya dibina untuk menyembunyikan masalah jerawat kemerahan. Diformulasi dengan SPF15 untuk membantu melindungi kulit daripada sinaran cahaya matahari yang kasar.

Foundation yang menakjubkan ini mempunyai 40 warna yang pasti padan dengan wajah kusam anda! Ianya tahan selama 24 jam untuk mengunci dan mengekalkan lembapan serta memberi kesan kulit glowing dan berseri. Sesuai digunakan untuk semua jenis kulit kerana formulanya yang non-comedogenic dan tidak akan menyumbat pori.
Anda juga tidak perlu untuk touch-up solekan selalu kerana foundation ini sememangnya tahan lama dan memang diperbuat supaya tahan cuaca panas terik, hujan, berangin, dan juga melindungi muka dari radikal bebas.

Sediakah anda untuk memanjakan kulit anda dengan foundation mewah daripada Bobbi Brown ini? Foundation ajaib ini mengandungi serum yang akan mengubah keadaan kulit dan mengembalikan penampilan kulit lebih glowing dan berseri.
Bukan sahaja dapat mengembalikan seri wajah dan mencegah daripada kulit rosak akibat pencemaran alam sekitar. Foundation ini juga dapat membetulkan tona warna kulit yang tidak sekata sehingga tidak lagi tampil kusam.