Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

11 Hair Dryer/Pengering Rambut Terbaik di Malaysia 2024

Hair dryer dapat bantu mempercepatkan pengeringan rambut.

Pemanas rambut atau pengering rambut boleh dikatakan penting bagi sebahagian besar golongan wanita kerana dapat membantu mempercepatkan pengeringan rambut.

Malah, bukan saja golongan wanita, lelaki yang mempunyai rambut yang tebal atau panjang juga memerlukan hair dyer yang bagus untuk merapi rambut mereka.

Lagipun hair dryer berfungsi meluruskan rambut, bantu curly, mengelakkan rambut dari kembang dan bagi yang berhijab dapat mengelakkan rambut berbau kepam.

Jadi bagi yang ingin upgrade hair dryer terbaru atau baru nak beli hair dryer, jom lihat senarai jenama pengering rambut dan juga harga hair dryer berbaloi di bawah.


Penyunting

Hamka Rosli chevron_right

Editor rasmi untuk ProductNation Bahasa Melayu. Mula aktif menulis sejak melangkahkan kaki ke menara gading, dan pernah bergelar w ...

Senarai 11 Hair Dryer Terbaik & Bagus

Hair dryer terbaik secara keseluruhan
Dyson Supersonic ™ Hairdryer
Dyson
dyson supersonic hair dryer
From
RM1,999.00
Check Dyson Supersonic ™ Hairdryer price below:
add_circle Ringan
add_circle Suhu boleh laras
add_circle Mempunyai teknologi flyaway
add_circle Pengeringan rambut yang cepat
remove_circle Harga mahal

Sebab menjadi pilihan utama:

Hair dryer Dyson Supersonic mampu mengeringkan rambut anda dengan cepat walapun suhu yang dihasilkan tidak terlalu panas.

Ciri-ciri:

Mempunyai teknologi baru iaitu flyaway yang mampu menghasilkan tekstur rambut yang lembut dan berkilat seakan di saloon.

Selain itu, hair dryer Dyson Suprsonic ini mampu mengukur suhu 40 kali per saat dan mengawal haba supaya dapat melindungi rambut anda dari rosak.

Mempunyai aksesori untuk kepelbagaian styling rambut yang anda inginkan dan terdapat 3 kelajuan dan 4 tahap suhu yang berbeza:

  • 100°C - Pengeringan yang cepat dan styling.
  • 80°C - Pengeringan biasa.
  • 60°C - Pengeringan lembut.
  • 28°C - Pengeringan sejuk untuk kegunaan after styling.

Walaupun hair dryer ini panjang, 245mm tapi tidak berat kerana beratnya 0.659kg menjadikan tangan anda tidak lenguh utuk kegunaan lama.

Paling best, bahagian aksesori Dyson Supersonic semuanya jenis magnetic supaya memudahkan untuk anda menanggal dan memasang kepala aksesori.

Review:

"Walaupun mahal tapi berbaloi sebab panas hair dryer tak terlalu panas tapi mampu mengeringkan rambut dengan cepat."

Hair dryer travel terbaik
Panasonic Nanoe Hair Dryer - EHNA45P
Panasonic
Panasonic Nanoe Hair Dryer
From
RM13.90
Check Panasonic Nanoe Hair Dryer - EHNA45P price below:
add_circle Mudah dikeringkan
add_circle Pemegang boleh dilipat
add_circle Mempunyai mode yang pelbagai
remove_circle Harga mahal

Jika anda memiliki rambut yang tebal dan panjang, kami sarankan beli Panasonic Nanoe Hair Dryer jenis EHNA45P ini.

Kuasa hair dryer ini 1600W dengan ciri quick dry nozzle menjadikan tempoh masa untuk anda mengeringkan rambut sekejap.

Terdapat enam jenis mode dengan pelbagai suhu tapi untuk suhu yang tepat untuk tidak rambut rosak adalah 50°C.

Pada bahagian pemegang hair dryer ini boleh dilipat menjadikan mudah untuk dibawa ke mana saja. 

Hair dryer mini terbaik
CANEL&CO Big Wind Blue Ray Ionic Tech 2200
CANEL&CO
canel&co hair dryer
From
RM13.90
Check CANEL&CO Big Wind Blue Ray Ionic Tech 2200 price below:
add_circle Ringan
add_circle Harga murah
add_circle Sesuai untuk travel
remove_circle Tidak sesuai untuk rambut lebat

Bagi yang sukakan travel dan memerlukan hari dryer sepanjang percutian, kami sarankan hair dryer jenama CANEL&CO ini.

Bersaiz kompak 19cm (tinggi) x 6.5cm (lebar), menjadikan mudah disimpan di dalam bagasi tanpa memerlukan ruang yang banyak.

Terdapat dua mode iaitu udara biasa dan udara panas dengan kuasa 1000W dan ciri lain, anti jatuh.

Paling best, terdapat banyak pilihan warna iaitu pink, hitam, putih, biru, kelabu dan hijau. Warna pun sesuai untuk lelaki dan wanita.

Hair dryer murah
Khind Hair Dryer - HD1400
Khind
Khind Hair Dryer HD1400
From
RM46.00
Check Khind Hair Dryer - HD1400 price below:
add_circle Pemegang boleh lipat
add_circle Sesuai untuk travel
add_circle Ringan
remove_circle Satu pilihan warna sahaja

Mungkin ada yang berambut keriting dan memerlukan hair dryer yang betul untuk mengeringkan rambut jenis ini.

Jadi, hair dryer Khind jenis HD1400 adalah pilihan tepat kerana dengan kuasa 1400W dapat mempercepatkan proses pengeringan rambut.

Malah, dengan berat 0.6kg tangan anda tidak lenguh untuk mengeringkan rambut anda yang keriting dalam jangka masa panjang.

Tambah pula dengan ciri premium metal honeycomb Air-Intel grille rambut anda tidak akan mudah rosak atau retak akibat haba yang terlalu panas.

Bahagian suhu terdapat 3 jenis kelajuan dan kepanasan yang anda boleh laras serta mempunyai Cool Shot Button.

Hair dryer ceramic
DESSINI ITALY Professional Ionic Ceramic Hair Dryer (3000W)
DESSINI ITALY
dessini hair dryer
From
RM49.90
Check DESSINI ITALY Professional Ionic Ceramic Hair Dryer (3000W) price below:
add_circle Harga murah
add_circle Anti-radiasi
add_circle Pengeringan cepat
remove_circle Besar

Pengering rambut dari jenama Dessini Italy model DS-5581 ini sesuai untuk semua jenis rambut tidak kira keriting atau lurus.

Ini kerana kuasanya 3000W dan mempunyai 6 tahap kelajuan dan suhu boleh laras mengikut kesesuaian jenis rambut anda.

Terdapat juga turbo boost untuk pengeringan rambut yang lebih cepat jika anda mempunyai rambut tebal atau panjang.

Dengan penggunaan teknologi suhu berterusan dapat menjadikan rambut anda lebih bersinar dan licin.

Jangan risau rambut retak akibat hair dryer kerana hair dryer ini menggunakan anti-radiasi dimana dapat mengelakkan rambut dari rosak.

Tidak hairanlah jika ada sering lihat hair dryer ini digunakan di saloon rambut wanita.

Hair dryer salon terbaik
Philips 3000 Series Hair Dryer BHD308/13
Philips
Philips 3000 series
From
RM129.00
Check Philips 3000 Series Hair Dryer BHD308/13 price below:
add_circle Pemegang boleh lipat
add_circle Jenis ThermoProtect
add_circle Mempunyai cool air
remove_circle Harga mahal

Bagi mereka yang sertiap hari mengeringkan rambut menggunakan hair dryer, pilihlah hair dryer Philips 3000 Series Hair Dryer BHD308/13 ini.

Ini kerana hair dryer ini direka mempunyai sistem ThermoProtect yang mencampurkan udara panas dan sejuk untuk penjagaan rambut harian.

Terdapat 3 suhu dan kelajuan boleh laras serta terdapat sistem cool air untuk finishing bagi mengelakkan rambut anda dari rosak atau retak.

Jangan risau, hair dryer ini mudah dibawa kemana saja kerana bahagian pemegang boleh dilipat supaya tidak makan banyak ruang.

Hair dryer untuk rambut keriting
Elba 3-heat Setting Hair Dryer With Cool Shot Function EHD-G2037(BK)
Elba
elba 3-heat Setting Hair Dryer
From
RM55.44
Check Elba 3-heat Setting Hair Dryer With Cool Shot Function EHD-G2037(BK) price below:
add_circle Mempunyai cop SIRIM
add_circle Mempunyai 3 laras suhu
add_circle Tidak bising
remove_circle Besar

Pengering rambut ini menggunakan power sebanyak 1,800-2,000W untuk mengeringkan rambut selama 5 hingga 8 minit bergantung pada panjang dan ketebalan rambut.

Mempunyai 3 jenis panas boleh laras dengan 2 kelajuan yang boleh dikawal jadi jika hair dryer anda terlalu panas, anda boleh laraskan kepada kurang panas.

Penggunaan mod ini bergantung pada keadaan rambut anda. Jika nipis gunakan paling perlahan, jika tidak, sebaliknya.

Lagi satu, anda tidak perlu risau mesin hair dryer panas jika keringkan terlalu panas sebab terdapat Overheating Protection.

Jika anda berambut kerinting, anda boleh tukar kepala hair dryer kepada aksesori Big Diffuser untuk keringkan rambut.

Hair dryer ion terbaik
GAABOR Ultra High Speed Hair Dryer
Gaabor
GAABOR Ultra High Speed Hair Dryer
From
RM459.00
Check GAABOR Ultra High Speed Hair Dryer price below:
add_circle Mengeringkan rambut dalam 1-3 minit
add_circle Kurang bunyi bising (57dB)
add_circle 8 mod pengeringan
remove_circle Harga sedikit mahal

Pengering Rambut jenama GAABOR ini direka dengan ciri-ciri canggih, dilengkapi dengan aliran udara ultra-kuat 13,000 RPM.

Ia boleh mengeringkan rambut anda dalam masa 1 hingga 3 minit sahaja, sangat cepat!

680 juta ion negatif juga dilepaskan bagi mengunci nutrisi rambut, memastikan rambut lebih licin dan sihat. 

Selain itu, ia mempunyai nozel sedutan magnetik yang membolehkan penggayaan yang tepat, manakala reka bentuk yang ringan memudahkan anda membawanya jika perlu travel.

Dengan 8 mod pengeringan dan tetapan kelajuan dan suhu yang boleh disesuaikan (2 kelajuan + 4 suhu), anda boleh menyesuaikan hair dryer ini mengikut keperluan semasa anda. 

Tambahan lagi, hair dryer ini dilengkapi teknologi kawalan suhu NTC yang akan memantau suhu 100 kali sesaat untuk mengelakkan kerosakan rambut. 

Antara ciri menarik lain, mesin pengering rambut ini tidak menghasilkan bunyi bising yang terlalu kuat dengan teknologi pengurangan bunyi 57dB.

Pengering rambut watt kecil
Simplus ULTRA HIGH SPEED Hair Dryer
Simplus
From
RM989.00
Check Simplus ULTRA HIGH SPEED Hair Dryer price below:
add_circle Tidak merosakkan rambut
add_circle Melepaskan 400 juta ion negatif
add_circle Ringan dan saiz kecil
remove_circle Harga sedikit mahal

Hair dryer jenama Simplus ini mempunyai aliran udara kuat 63.3M/S, mengeringkan rambut anda dengan cekap tanpa bergantung sepenuhnya pada haba.

Disebabkan ia tidak menghembuskan udara panas untuk mengeringkan rambut, jadi ia dapat memastikan tiada kerosakan pada rambut. 

Selain itu, ia diperkaya dengan 400 juta ion negatif, memberikan penjagaan ion negatif yang terbaik dan menjadikan rambut anda lebih licin dan sihat. 

Dengan 2 kelajuan dan 4 tetapan suhu (Panas, Suam, Sejuk, Edaran Panas & Sejuk), anda boleh menyesuaikan mod pengeringan mengikut keperluan anda. 

Pengering rambut ini dilengkapi dengan pemegang magnet yang mudah dan muncung magnet yang boleh tanggal untuk penggayaan yang tepat dan penyimpanan yang mudah.

Portable hair dryer
Xiaomi Mijia Hair Dryer Negative Ion Anion H101 2nd Generation
Xiaomi Mijia
Xiaomi Mijia Hair Dryer Negative Ion Anion H101 2nd Generation
From
RM78.80
Check Xiaomi Mijia Hair Dryer Negative Ion Anion H101 2nd Generation price below:
add_circle Harga mampu milik
add_circle Diperkaya ion negatif
add_circle Boleh lipat dan saiz kecil
remove_circle Jaminan sebulan sahaja

Pengering rambut Xiaomi Mijia Ion Negatif Anion H101 Generasi ke-2 ini merupakan hair dryer boleh dilipat, padat dan mudah alih 

Ia direka untuk penggunaan yang mudah di rumah atau mudah dibawa jika anda pergi travel

Selain itu, ia mempunyai magnetik anti-melecur 360° yang menghantar aliran udara berkelajuan tinggi untuk pengeringan cepat sambil memastikan keselamatan dengan reka bentuk struktur dua lapisan.

Dikuasakan dengan motor berkelajuan tinggi 20,000 RPM dan dilengkapi dengan angin kuat 15m/s dan 6 bilah airfoil, pengering rambut ini menawarkan jumlah udara yang kuat untuk pengeringan cepat dan cekap. 

Tambahan lagi, hair dryer ini juga tidak menghasilkan bunyi bising yang kuat.

Hair dryer Russell Taylors
Russell Taylors Quick & Shine Hair Dryer (1800W) HD2
Russell Taylors
From
RM139.99
Check Russell Taylors Quick & Shine Hair Dryer (1800W) HD2 price below:
add_circle Jaminan sehingga 24 bulan
add_circle Selesa dipegang dengan ciri ergonomik
add_circle Saiz kecil dan ringan
remove_circle 2 pilihan kelajuan sahaja

Pengering rambut ini mempunyai saiz yang kecil dan ia ringan, menjadikannya mudah digunakan dan dibawa sekiranya anda perlu pergi travel.

Reka bentuk ergonomiknya mengelakkan kekejangan lengan, memastikan anda boleh pegang dengan selesa dan tak cepat rasa penat.

Dengan tiga tetapan suhu dan dua tetapan kelajuan, anda boleh adjust pengering rambut ini mengikut keperluan anda.

Pengering rambut ini juga dilengkapi dengan penapis yang boleh ditanggalkan, membolehkan pembersihan habuk dan rambut dengan mudah, memastikan prestasi yang optimum. 

Sementara itu, turut ada fungsi cool shot bagi melicinkan cuticle rambut, mencipta kilauan dan kelembutan maksimum rambut anda. 

Inilah hair dryer yang sesuai untuk semua jenis rambut.


Fungsi Hair Dryer

Pengering rambut adalah alat yang sangat berguna dalam rutin penjagaan rambut harian anda.

Ia berfungsi untuk mengeringkan rambut dengan cepat selepas mencuci atau mandi, menjimatkan masa berbanding pengeringan secara semula jadi.

Pengering rambut juga membantu dalam penggayaan rambut dengan memberikan bentuk dan kelantangan.

Dengan tetapan suhu dan kelajuan yang boleh disesuaikan, pengering rambut dapat disesuaikan mengikut jenis dan keperluan rambut anda.

Fungsi cool shot, yang terdapat pada banyak model juga dapat membantu melicinkan cuticle rambut untuk memberikan kilauan dan kelembutan maksimum.

Selain itu, pengering rambut dengan teknologi ion negatif membantu mengurangkan keriting dan statik, menjadikan rambut lebih licin dan mudah diurus.

Hair dryer juga sangat berguna untuk membuat pelbagai gaya rambut, dari lurus hingga beralun, sesuai untuk setiap mempersiapkan anda ke majlis atau keluar bersiar bersama tersayang.


Tips Pilih Hair Dryer Terbaik

Memilih hair dryer yang sesuai boleh memberikan perbezaan besar dalam rutin penjagaan rambut anda. 

Berikut adalah beberapa tips yang anda boleh ikut untuk membantu memilih pengering rambut terbaik:

  1. Daya dan Kelajuan

Pilih pengering rambut dengan kuasa tinggi (sekitar 1800W atau lebih) untuk pengeringan yang cepat dan efisien.

Pengering rambut dengan pelbagai tetapan kelajuan dan suhu dapat memberikan anda kawalan yang lebih baik dan melindungi rambut daripada kerosakan haba.

  1. Teknologi Ionik

Pengering rambut dengan teknologi ion negatif membantu mengurangkan keriting dan statik, menjadikan rambut lebih licin dan bersinar.

Ion negatif juga membantu mengeringkan rambut lebih cepat dengan memecahkan molekul air.

  1. Fungsi Cool Shot

Fungsi cool shot membantu mengunci gaya rambut anda dengan melepaskan udara sejuk untuk menutup cuticle rambut, memberikan kilauan dan kelembutan maksimum.

  1. Berat dan Reka Bentuk Ergonomik

Pilih pengering rambut yang ringan dan mempunyai reka bentuk ergonomik untuk mengelakkan kekejangan lengan dan memberikan keselesaan semasa penggunaan.

Pengering rambut yang boleh dilipat sangat sesuai untuk dibawa semasa travel.

  1. Aksesori Tambahan

Nozel dan diffuser adalah aksesori berguna yang membantu dalam penggayaan rambut yang lebih khusus.

Nozel membantu mengarahkan aliran udara untuk pengeringan tepat, manakala diffuser membantu dalam mengeringkan rambut keriting tanpa mengganggu bentuk ikal semula jadi.

  1. Penapis yang Boleh Ditanggalkan

Penapis yang boleh ditanggalkan memudahkan pembersihan pengering rambut dan memastikan prestasi yang optimum.

  1. Kawalan Suhu

Pengering rambut dengan pelbagai tetapan suhu membolehkan anda menyesuaikan panas mengikut jenis rambut anda. 

Rambut halus memerlukan suhu yang lebih rendah, manakala rambut tebal boleh bertoleransi dengan suhu yang lebih tinggi.

  1. Jangka Hayat dan Jaminan

Pastikan pengering rambut yang anda pilih mempunyai jangka hayat yang panjang dan dilengkapi dengan jaminan untuk perlindungan tambahan.

Dengan mempertimbangkan faktor-faktor ini, anda dapat memilih pengering rambut yang terbaik untuk memenuhi keperluan dan jenis rambut anda, serta memastikan rambut anda sentiasa sihat dan bergaya.


Perbezaan Ceramic Dan Ionic Hair Dryer

Memilih hair dryer yang sesuai adalah penting untuk memastikan hasil penggayaan yang terbaik dan dalam masa yang sama menjaga kesihatan rambut anda. 

Dua jenis pengering rambut yang popular adalah pengering rambut seramik dan ionic

Pengering rambut seramik menggunakan elemen pemanasan yang diperbuat daripada seramik atau mempunyai lapisan seramik, menghasilkan haba yang sekata dan konsisten yang kurang merosakkan rambut. 

Ia sesuai untuk semua jenis rambut, terutama rambut halus atau mudah rosak kerana haba yang lembut dan sekata mengurangkan risiko kerosakan. 

Namun, ia mungkin kurang efektif untuk mengeringkan rambut yang sangat tebal atau kasar dengan cepat. 

Sebaliknya, pengering rambut ionic menghasilkan ion negatif yang memecahkan molekul air menjadi lebih kecil, mempercepat proses pengeringan dan mengurangkan masa pengeringan sehingga 50%. 

Pengering rambut ionic juga mengurangkan keriting dan statik dengan membantu menutup cuticle rambut, menjadikan rambut lebih licin dan bersinar. 

Ia sangat efektif untuk rambut tebal dan keriting tetapi mungkin tidak sesuai untuk rambut halus kerana boleh menyebabkan rambut kelihatan rata atau tidak lebat.

Selain itu, pengering rambut ionic biasanya lebih mahal daripada pengering rambut seramik. 

Memilih antara pengering rambut seramik dan ionic bergantung pada jenis rambut dan keperluan penggayaan anda. 

Pengering rambut seramik lebih sesuai untuk rambut halus atau mudah rosak, manakala pengering rambut ionic lebih sesuai untuk rambut tebal atau keriting yang memerlukan pengeringan cepat dan pengurangan keriting. 


Artikel Berkaitan

End of Article