Sesetengah daripada anda yang gemar bersolek, pasti menggunakan makeup brush untuk menatarias wajah. Setiap makeup brush ada kegunaan yang berbeza. Ada yang untuk mata, bibir, pipi, alis mata, kening dan sebagainya. Kadangkala sampai keliru hendak membeli yang mana satu atau produk terbaik untuk makeup brush.
Usah keliru! Dibawah terdapat senarai makeup brush yang halal dan terbaik untuk anda;
Apakah cara terbaik untuk membersihkan makeup brush?
Terdapat pelbagai cara yang berkesan untuk membersih wajah. Antaranya ialah brush cleanser yang ada di pasaran. Tetapi bagi anda yang bukan bekerjaya sebagai profesional MUA dan punya lebih masa, eloklah jika anda gunakan cara semulajadi. Bahan-bahannya adalah;
- ½ cawan air
- ¼ cawan pencuci pinggan
- ¼ cawan Olive Oil (minyak zaitun)
Tips untuk membersihkan makeup brush;
- Campurkan kesemua bahan tersebut di dalam satu bekas
- Celupkan makeup brush anda ke dalam bahan tersebut dan kemudian gosokkan berus itu ke tapak tangan bagi teknik pembersihan lebih sempurna
- Bilas dengan air bagi menghilangkan sisa sabun dan minyak
10 Makeup Brush Yang Sesuai Untuk Anda
Jika anda mempunyai adik atau anak perempuan yang masih dalam lingkungan remaja tetapi gemar untuk mengenakan solekan, hadiahkan makeup brush ini. Walaupun berharga murah tetapi kualitinya juga setanding yang mahal. Bulu berus diperbuat daripada material fiber sintetik yang halal, halus, lembut dan semulajadi.
Pemegangnya tidak licin dan sangat ergonomik. Memudahkan anda untuk menyolek wajah tanpa perlu ‘grip’ dengan kuat.
Untuk anda yang baru mula berjinak menggunakan alat solekan, jenama Cerro Qreen ini direkomendasi oleh ramai pengguna beginner. Set makeup brush berkualiti tinggi ini tidak setanding dengan harganya. Dengan menggunakan pemegang kayu jenis eco-friendly dan diperbuat daripada bulu kuda padi semulajadi.
Lengkap dengan set makeup brush yang diperlukan dalam rutin solekan seperti eyeliner, eyeshadow, blusher dan eyelash, menjadikannya antara pilihan pengguna di pasaran.
Makeup brush yang diperbuat daripada bulu jenis Nylon Fiber ini mempunyai kegunaan secara multifungsi. Anda boleh menggunakan semasa mengaplikasi solekan asas ke wajah tidak kira samada jenis krim, cecair atau powder, berus ini dapat meratakannya ke seluruh wajah.
Bagi anda penggemar kecantikan, ianya terbaik untuk digunakan semasa melakukan teknik shading, highlight dan contouring. Kini wajah anda akan tampil lebih anggun!
Direka khas untuk remaja dan Halal untuk digunakan oleh pengguna muslimah kerana ianya diperbuat daripada bahan bebas haiwan. Diperbuat daripada 100% bahan sintetik semulajadi, blusher dari jenama ini dapat meratakan rona ke seluruh pipi anda tanpa perlu aplikasikannya berulang-kali.
Ingin kulit pipi anda tampil rosy-cheeks? Tiada masalah. Gunakan sahaja makeup brush dari Amaxmall ini.
Sendayu Tinggi sudah lama bertapak di dalam pasaran Malaysia yang memperkenalkan set penjagaan kulit wajah. Kemudian, ST mengeluarkan set solekannya sehingga menjadi kegemaran ramai wanita. Kini, rangkaian terbaru set berus mekap dari ST yang dilengkapi 7pcs dalam 1 set, memudahkan wanita untuk bersolek pada bila-bila masa sahaja.
Vegan makeup brush ini diperbuat daripada 100% bahan semulajadi dan cruelty-free. Solekan juga mudah menyerap pada kulit wajah jika anda menggunakan berus dari jenama tempatan ini.
Blending foundation pada kulit wajah tidak lagi menjadi masalah dengan makeup brush dari Innisfree ini. Ianya akan membuatkan wajah anda kelihatan glowing dan tidak bercapuk semasa mengaplikasikan solekan. Dengan kemasan akhir matte, brush makeup ini dapat menutup cela yang tampil pada kulit wajah.
Anda akan tampil yakin dan menawan selepas mengenakan solekan lebih tepat dengan teknik yang betul.
Siapa yang tak kenal dengan jenama keluaran penyanyi antarabangsa Rihanna ini? Fenty Beauty terkenal dengan rangkaian krim asasnya yang lebih kepada kulit wanita gelap dan sawo matang. Kini, rangkaian makeup brush dari jenama sama mula mendapat tempat dikalangan MUA. Bentuknya direka tirus untuk membolehkan wajah anda ‘terukir’ dengan sempurna.
Diperbuat daripada bahan sintetik yang tidak akan menyebabkan iritasi atau kerengsaan pada kulit wajah. Sesuai untuk semua jenis kulit.
Brush makeup dari jenama dUCk ini direka terbaik untuk anda menggunakannya semasa melakukan teknik blending agar ianya memberi litupan penuh (full-coverage) pada kulit wajah. Didatangi dalam 6pcs berbeza seperti Flat Foundation, Buffing, Plush Powder, Angled, Blusher dan Fan Brush yang sesuai digunakan untuk meratakan bedak atau krim asas pada wajah.
Sesuai untuk kegunaan semasa travelling, menjimatkan ruang penyimpanan dan ringan dibawa kemana sahaja.