Bedak asas atau lebih popular disebut sebagai foundation adalah antara salah satu produk make-up yang paling penting bagi setiap wanita. Foundation bukan sekadar bertindak sebagai kanvas untuk seluruh solekan tetapi juga menyembunyikan ketidaksempurnaan dan menyatukan nada kulit agar dapat memberi hasil sempurna.
Adakah tona foundation perlu dipilih lebih cerah atau gelap dari kulit?
Menurut pakar solekan antarabangsa, cara yang betul dalam memilih shade atau tona foundation adalah dengan memilih satu tona lebih gelap berbanding warna asal kulit anda. Ini kerana selepas aplikasi solekan penuh termasuk concealer, powder serta blusher, kulit anda akan memberi ilusi atau warna yang lebih cerah berbanding sebelumnya. Jadi, hati-hati ketika memilih tona foundation. Anda mesti tidak mahu kelihatan seperti badut, bukan?
Ayuh lihat senarai foundation bersesuai dengan tona kulit anda;
10 Foundation Terbaik untuk Kulit Sawo Matang
Bersifat non-komedogenik serta mengandungi serbuk mikro, Maybelline Fit Me! Matte+Poreless foundation ini telah terbukti berkesan buat yang mempunyai kulit cenderung minyak. Ianya memberi hasil kemasan matte untuk mampu menutup segala cela serta memberi pengawasan minyak selama 24 jam.
Sesuai buat kaum wanita Asia yang berkulit sawo matang, foundation dengan variasi warna 16 tona ini akan meninggalkan kulit wajah anda dengan kemasan semulajadi yang halus.
Katakan selamat tinggal kepada parut jerawat, bintik hitam dan kemerahan pada kulit wajah anda dengan Infallible Pro Matte Foundation ini. Ia membantu menyembunyikan ketidaksempurnaan serta kesan pigmentasi untuk hasil kulit yang lebih licin dan berseri.
Dengan kehebatan 12 tona pilihan untuk anda berkulit sawo matang, foundation mampu milik ini telah terbukti setanding jenama mahal yang terdapat di pasaran.
Ringan, kalis air serta berpigmentasi tinggi, foundation keluaran NYX ini memang serasi buat anda yang memiliki kulit bersawo matang.. Terdapat dalam 45 warna berbeza, rumusan cecair yang selesa ini memberikan liputan matte berpanjangan sehingga 24 jam.
Selamat digunakan setiap hari, foundation ini telah direka demi kesesuaian semua jenis kulit. Gunakan foundation ini bersama berus kabuki atau beauty blender untuk hasil kemasan yang perfect.
Foundation kegemaran ramai dari Revlon ini menghidrat serta membantu melindungi kulit anda dari sinaran UV dengan SPF20 selama 24 jam. Formula asas bebas asid Hyaluronik yang terkandung di dalamnya juga akan menawarkan kelembapan berpanjangan buat kulit wajah anda.
Dengan 24 pilihan warna sepadan dengan kulit wanita Asia, foundation ini mampu memberi liputan penuh dengan hasil kemasan semula jadi.
Dicipta dengan rangkaian 40 tona berbeza mengikut kesesuaian tona dan jenis kulit, ia mampu memberi hasil kemasan matte yang tampak sangat natural. Melitupi segala ketidaksempurnaan, bebas minyak, kalis air serta tahan di bawah terikan matahari.
Estee Lauder Double Wear Stay In Place ini sangat sesuai untuk yang berkulit kombinasi kerana ianya mengekalkan hidrasi dalam pada masa yang sama - mengawal akses lebihan sebum.
Dengan campuran ekstrak bunga Gardenia, minyak kelapa serta alga demi menyokong gentian anjal kulit, foundation Tarte Rainforest of The Sea ini juga membantu melembap tekstur kulit dari masa ke semasa untuk cahaya optimum sehingga 12 jam.
Bukan sahaja mempunyai 20% air, foundation dengan 30 variasi tona ini mampu menghidrat kulit kering malahan formula cecair lengkapnya juga melembutkan liang pori dan melawan garis halus!
Dilengkapi dengan bahan utama yang berkemampuan melawan jerawat seperti Vitamin E, Peptida dan kolagen, foundation ini memberi ketenangan ketika memakai. Ianya bebas dari iritasi dan membantu mencegah pertumbuhan jerawat serta kawalan sebum berlebihan.
Tekstur foundation dari Mary Kay yang ringan ini juga berfungsi untuk meredakan keradangan kulit serta bintik-bintik merah akibat iritasi. Memberi perlindungan kulit dengan kesan yang berpanjangan!
Born This Way Foundation dari Too Faced ini mampu memberi hidrasi dengan kemasan medium to full coverage tanpa menghasilkan peluh sehingga 12 jam. Intipati air kelapa di dalamnya akan menaikkan tahap kelembapan kulit serta esen Alpine Rose menampilkan kulit yang lebih licin, bersih dan awet muda.
Terdapat sehingga 36 tona di pasaran, wajah anda kini tidak akan tampil berkilau. Tiada masalah mengambil selfie dari pelbagai angle!
Diproses dengan gabungan serum serta Vitamin E, formula cecair long-wear ini memberi pertahanan terhadap kesan peluh dan panas. Tidak kira apa jua jenis cuaca, Rimmel Lasting 25 Hour Foundation ini membantu menghidrat dengan serta merta tanpa mengeringkan kulit.
Foundation heat dari London dengan SPF20 ini akan membantu anda mencapai kulit idaman dengan lancar serta memberi keselesaan sepanjang hari. Kulit anda pastinya akan nampak lebih flawless!
Hanya dengan 1 atau 2 titisan kecil, foundation ini mampu menutup segala kesan cela yang ada, meninggalkan kulit nampak sempurna bak sutera. Bukan sahaja ianya kalis air, malah diformulasi dengan teknologi penyesuaian iklim yang tidak mengganggu kulit atau menyumbat liang pori.
Dengan kehebatan pilihan 50 tona berbeza termasuk anda berkulit gelap, teksturnya terasa ringan pada kulit dan hanya bahan semula jadi yang unik diproses untuk memberi liputan penuh dan fleksible!
Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!