Bulu mata yang panjang dan lentik dianggap cantik oleh kaum wanita kerana dipercayai dapat menyumbang kepada karakter yang lebih manis terhadap penampilan seseorang. Itu memang betul. Akan tetapi, mengapa perlu berhabisan duit dengan rawatan eyelash extension sedangkan anda boleh menggunakan maskara yang dapat memanjang dan melebatkan bulu mata pada bila-bila masa? Lepas ini bolehlah ucapkan selamat tinggal pada bulu mata palsu tu ya.
Bagaimanakah cara untuk mengelakkan mascara smudge?
Maskara yang tahan lama biasanya dilengkapi formula waterproof, oilproof, atau smudgeproof. Pilihlah jenis maskara yang sesuai dengan keselesaan bulu mata anda. Ketahui efek serta fungsi sebelum membeli maskara. Jangan sampai boleh mengugurkan bulu mata pula! Ayuh lihat senarai maskara dibawah terbaik dari drugstore;
11 Maskara dari Drugstore Terbaik untuk Anda

Meskipun berharga mesra poket, jenama Essence ini sebenarnya adalah di antara jenama mekap yang boleh tahan daya kehebatannya. Seperti maskara I Love Extreme Volume ini, ia membantu menukar bulu mata anda yang kelihatan nipis dan tidak bermaya, terus menjadi lebih tebal! Efeknya yang natural, sesuai untuk kegunaan harian.

Jenama yang berasal dari Indonesia ini memiliki formula yang tahan lebih lama walaupun mata terkena rembesan air, minyak mahupun peluh. Dilengkapi dengan ciri berus maskara yang inovatif, maskara EyeExpert Aqua Lash ini akan memastikan bulu mata anda kekal melentik sehingga 24 jam lamanya. Dengan harganya mampu milik, tunggu apa lagi?

Buat anda yang mempunyai masalah mata atau bulu mata sensitif, nah gunakan Rimmel 100% Waterproof Mascara ini. Telah diuji secara klinikal oleh ahli Opthamologi, maskara bersifat anti basah dan peluh ini akan memastikan bulu mata anda kekal melentik tanpa membuatkannya terasa lekit atau pedih.
Sangat sesuai buat anda yang bermata sensitif, berusnya tidak terlalu tebal juga akan membantu aplikasi maskara anda menjadi lebih mudah.

Diperkaya dengan bahan berprotein tinggi seperti Panthenol serta Vitamin E, Wet n Wild MegaClear mascara ini sememangnya hadir untuk memberi hasil bulu mata yang tampak lebih menarik dan sihat. Dengan adanya protein soya, ia sekaligus dapat meningkatkan kesihatan dan menguatkan bulu mata dan kening. Tiada lagi masalah bulu mata gugur!

Maskara Lash Define dari IN2IT ini telah dihasilkan mengikut kesesuaian mata wanita asia. Dengan inovasi berusnya yang unik, maskara ini akan memberikan efek fibre 3D pada mata anda seolah olah anda memakai fake lashes yang panjang dan tebal. Bersifatkan waterproof, maskara ini akan memastikan bulu mata anda kekal kelihatan tebal dan cantik tidak kira kondisi cuaca.

Dengan harga yang sangat berpatutan, maskara dari Silkygirl diformulasi dari bahan smudge-proof dan waterproof. Ianya bukan sahaja dapat memanjangkan bulu mata sebanyak 80%, malah melentikkan bulu mata anda sehingga 20% dari kondisi sebelumnya.
Walaupun bersifat waterproof, maskara ini juga sangat senang ditanggalkan dengan hanya menggunakan air. Tidak perlu menggunakan makeup remover.

Jika anda inginkan maskara yang memberi kesan ekstra dan oomf! pada mata anda, Revlon Volumizing Mascara ini akan menjadi penyelesaian buat masalahmu. Bertekstur pigmen hitam yang pekat, ia membantu mata anda seolah olah mendapat rawatan extension.
Tidak perlulah berhabisan duit membuat rawatan eyelash jika maskara ini memberi hasil yang serupa!

Ini dia, jenama buatan lokal Malaysia, SO.LEK yang sedang mencipta nama dalam industri kecantikan. SOL.LEK Lentik Fiber Mascara ini telah terbukti kehebatannya dalam memberi efek lentikan dan ketebalan hanya dengan beberapa sapuan. Formula yang ringan dan tidak melekit dari maskara ini, sesuai buat para remaja yang sukakan teknik berasaskan solekan natural.

Selain formula kalis air, maskara ini mempunyai kesan yang lebih istimewa iaitu bulu mata akan kelihatan lebih eksotik dan unik! Sama ada pada bulu mata atas mahupun bawah, maskara Maybelline The Flasies Push Up ini membuatkan aplikasi make up terasa lebih mudah dan pantas tanpa memerlukan pergerakan tangan yang sukar.

Antara maskara yang hangat dipasaran, L’Oreal Voluminous Lash Paradise ini mengandungi lebih 200 bulu yang dapat membantu dalam memberi kesan bulu mata tampil panjang dan lebat. Manakala pigmen hitam yang terdapat di dalamnya pula boleh memberi rupa paras yang sangat dramatik dan eksotik.
Dengan adanya maskara unik seperti ini, tidak perlu lagi membeli bulu mata palsu!
Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!