Menurut kajian saintifik, bayi dan kanak-kanak lebih cenderung memilih alat permainan mengikut jantina disebabkan hormon dan pendedahan pemikiran sejak dari kecil lagi. Ini juga bergantung kepada minat masing-masing. Jika anda berniat untuk memberi hadiah, pastikan terlebih dahulu jantina si kecil sebelum membuat keputusan membelinya.
Apakah permainan terbaik untuk kanak-kanak perempuan?
Melalui penyelidikan yang dijalankan, imej wajah lebih digemari oleh kanak-kanak perempuan manakala kanak-kanak lelaki lebih gemar pada imej peralatan beroda. Sehubungan itu, jika hendak membeli mainan untuk kanak perempuan, anak patung atau ‘soft toys’ pasti lebih digemari berbanding kereta. Anda juga boleh membeli permainan seperti alat deko, buku, alatan kraf dan perhiasan diri sebagai hadiah permainan kepada kanak-kanak perempuan.
Berikut kami senaraikan permainan sesuai untuk kanak-kanak perempuan sebagai cadangan bagi memudahkan pemilihan dibuat.
10 Permainan Terbaik untuk Kanak-Kanak Perempuan
![Wooden Congkak Board with Marbles.jpg](http://cdn1.productnation.co/stg/sites/2/5df85ab07bba9.jpeg)
Permainan tradisional congkak ini merupakan mainan unik yang mengasyikkan dan dapat melatih minda menyusun strategi. Selain daripada meningkatkan kepekaan mata, tangan dan minda, ia dapat meningkatkan kemahiran motor si kecil untuk bekerja lebih keras.
Harganya agak berpatutan pasti memberi kepuasan bukan sahaja pada anak, malahan ibu bapa dan keluarga. Sekarang, ini adalah aktiviti bersama yang boleh dilakukan di masa terluang.
![Khemah princess heksagon.jpg](http://cdn1.productnation.co/stg/sites/2/5df85bf6e88e8.jpeg)
Pastinya seronok jika anak dapat khemah heksagon ini sebagai hadiah hujung tahun. Mereka boleh menghiasnya dengan hiasan serta mempunyai tempat bermain yang selesa. Diperbuat dari bahan material polyester, fiber, PVC dan fabrik nylon, ianya 100% selamat untuk kanak-kanak. Khemah ini berukuran 140 x 135 x 70 cm dan boleh memuatkan lebih kurang 5 orang dalam suatu masa.
Didatangi dengan langsir serta mempunyai pilihan warna merah jambu, hijau dan biru, pastinya khemah ini menjadi pilihan si kecil. Dapatkan khemah ini untuk anak-anak mengeksplorasi daya kreatif mereka.
![FISHER-PRICE Laugh & Learn Smart Stages Tablet.jpg](http://cdn1.productnation.co/stg/sites/2/5df85d657529e.jpeg)
Tidak dinafikan gajet pasti akan menarik minat anak-anak. Bagi mengurangkan pengunaan gajet buat si kecil seawal usia 3 tahun, ibubapa boleh pertimbangkan untuk membeli mainan Fisher-Price® Laugh & Learn® Smart Stages™ Tablet ini. Ia dilengkapi dengan teknologi yang membuatkan pembelajaran lebih menarik untuk anak kecil sedang membesar.
Teknologi Smart Stages™ beri pilihan kepada anak perempuan anda untuk memilih butang ‘app’ yang akan mengaktifkan bunyi dan nada yang berbeza sambil belajar. Ia juga mudah dibawa ke mana sahaja terutamanya semasa travelling.
![MATTEL.jpg](http://cdn1.productnation.co/stg/sites/2/5df85e6220ab0.jpeg)
Apabila di peringkat sekolah rendah, anak sudah pandai menjaga barang permainan dan sesuai dihadiahkan mainan yang lebih ‘details’ serta halus pembuatannya. Adalah idaman semua anak-anak perempuan di sekolah rendah memiliki BARBIE® and Travel Set ini sebagai salah satu koleksi mainan mereka.
Ia membantu anak berimaginasi tinggi untuk lebih kreatif dan mengembangkan bakat serta berkongsi idea yang ada di dalam pemikiran mereka sambil bermain. Mainan ini memberi peluang untuk anak-anak menggunakan semua bahan dan koleksi yang anda untuk menampilkan gaya yang unik dan bersesuaian.
![DISNEY Children's Makeup Cosmetic Set.jpg](http://cdn1.productnation.co/stg/sites/2/5df85f2c6369e.jpeg)
Anak perempuan memang suka alat permainan seperti hiasan diri atau ‘make-over’. Sebenarnya aktiviti ini adalah normal bagi anak yang membesar dan daripada mereka menggunakan barang-barang makeup ibu yang berharga, hadiah Disney Makeup set ini amat sesuai untuk kanak-kanak perempuan.
Lengkap dengan pemerah pipi, lipstick, eye shadow, lip gloss dan berus serta cermin, pasti anak-anak leka dengan mainan ini. Ia juga selamat dan tidak bertoksik untuk kegunaan si kecil.
![LEAPFROG Learn & Groove Mixmaster Scout.jpg](http://cdn1.productnation.co/stg/sites/2/5df86007e81bf.jpeg)
Kanak-kanak berumur dalam lingkungan 2 tahun lebih terangsang dan mudah bertindak balas dengan cahaya dan bunyi sekeliling mereka. Mainan Leapfrog Learn & Groove Mixmaster Scout ini sesuai untuk diberi pada kanak-kanak perempuan yang berumur 2 tahun. Ia mempunyai lebih kurang 30 muzik bagi bayi comel beraksi sebagai DJ dengan menekan butang-butang sedia ada.
Setiap kali butang ditekan, bayi akan diperkenalkan dengan instrumen-instrumen yang ada serta warna-warna terlibat sebagai usaha pendidikan sambil berhibur.
![FISHER-PRICE Soothe 'n Snuggle Otter.jpg](http://cdn1.productnation.co/stg/sites/2/5df860a0b6d40.jpeg)
Mempunyai 11 aktiviti sensor yang menggalakkan perkembangan kanak-kanak seawal 1 tahun untuk bertindak balas, alat mainan Fisher-Price Soothe ‘n Snuggle Otter ini mengembangkan daya rangsangan seperti deria penglihatan, pendengaran dan sentuhan.
Ia juga menghasilkan pergerakan berirama yang menenangkan anak dan diperbuat daripada bahan fabrik lembut serta boleh dibasuh untuk keselesaan dan keselamatan bayi.
![LEGO Duplo My First Large Playground Brick Box.jpg](http://cdn1.productnation.co/stg/sites/2/5df8616e447aa.jpeg)
Kanak-kanak di peringkat taska akan lebih gemar untuk mempelajari mengenai keadaan di sekeliling mereka. Oleh sebab itu, permainan yang melibatkan pembinaan struktur dan sebagainya sesuai untuk mereka, samada kanak-kanak lelaki atau perempuan. Permainan Lego Duplo ini dilengkapi dengan treehouse, gelungsur, buaian, kereta gegar, tangga, pintu dan banyak lagi.
Ia mengembangkan daya kreativiti anak dan set yang besar sesuai untuk kanak-kanak perempuan yang masih di peringkat taska. Warna yang terang dan menarik juga akan membuatkan anak menjadi asyik dan leka bermain dengannya.
![REALEOS Wooden Kitchen.jpg](http://cdn1.productnation.co/stg/sites/2/5df86332230a6.jpeg)
Kanak-kanak di peringkat tadika ini lebih gemar bermain dengan peralatan realistik yang boleh didapati di sekitar rumah. Alat mainan Realeos Wooden Kitchen ini sesuai untuk kanak-kanak perempuan di peringkat ingin melangkah ke alam persekolahan.
Diperbuat daripada bahan kayu ‘eco-friendly’ dan dicat dengan cat kalis air, ia juga dilengkapi dengan pelbagai aksesori replika barangan dapur bagi mengembangkan daya imaginasi anak. Ianya mudah untuk dipasang dan boleh disusun mengikut sudut ruang mainan yang ada.
![MAMAKIDDIES Mini Trampoline.jpg](http://cdn1.productnation.co/stg/sites/2/5df863ff0892c.jpeg)
Mungkin ramai yang menghadapi kesukaran untuk memilih hadiah mainan yang sesuai buat anak-anak berkeperluan khas seperti Autisma, ADHD, Hyperactive, Dyslexia dan sebagainya. Buat anda yang mencari mainan sesuai untuk anak-anak sebegini, Mamakiddies Mini Trampoline ini adalah salah satu pilihan yang boleh anda pertimbangkan.
Diperbuat dari bahan besi kuat dan kukuh serta dilengkapi dengan net dan kod bungee untuk keselamatan anak, ianya pasti membuatkan si kecil gembira mendapat mainan ini.
Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!