Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Makeup Tahan Lebih Lama dengan 10 Primer ‘Underdog’ dari Drugstore

Hadiri event 24 jam pun tiada masalah!

Primer adalah produk makeup seperti foundation yang diaplikasi pada kulit wajah untuk dijadikan base layer. Ianya datang dalam bentuk gel, krim dan powder. Kebanyakan daripada kita mengabaikan primer kerana menganggapnya tidak penting. 

Adakah penggunaan primer penting?

Jawapannya adalah ya. Penggunaan primer sebelum bersolek mempunyai kelebihannya tersendiri. Primer membantu mengurangkan efek kulit bersinar akibat minyak berlebihan serta menjadikan kulit lebih sekata. Dengan penggunaan primer, hasil solekan akan lebih tahan lama, lebih-lebih lagi jika anda terdedah pada keadaan cuaca yang panas. 

Selain itu, anda hanya perlu menggunakan jumlah alat solek yang nipis jika menggunakan primer kerana produk makeup akan lebih mudah diserap dan sekata pada kulit. Jika anda masih tercari-cari primer yang bersesuaian dengan anda, ayuh kita lihat rekomendasi dibawah untuk membantu anda membuat pembelian. 

Gunakan 10 Primer Ini untuk Makeup Tahan Lebih Lama

Primer murah dan berkualiti – kulit terasa lebih lembut
IN2IT Makeup Fix Primer
IN2IT
mulai
RM19.70
Semak IN2IT Makeup Fix Primer harga dibawah:

Murah tidak semestinya tidak bagus. Primer ini lengkap dengan Vitamin E dan ekstrak Damask Rose untuk menampilkan kulit lembut serta makeup yang tahan lama. Ianya sesuai untuk kesemua jenis kulit kerana sifatnya bebas minyak dan kalis air. All-in-one dalam satu tiub pada harga yang berpatutan.

Primer pilihan terbaik untuk kulit kering – tidak iritasi
Pixy Make It Glow Beauty Skin Primer
Pixy
mulai
RM24.57
Semak Pixy Make It Glow Beauty Skin Primer harga dibawah:
add_circle Mempunyai SPF35
add_circle Dapat mencerahkan kulit
add_circle Mengandungi titanium oxide
add_circle Menjadikan tona kulit lebih sekata
remove_circle Tidak menutup liang pori

Diperkaya dengan minyak zaitun, Jojoba dan ekstrak Yuzu, kulit anda akan kekal lembap walaupun menggunakan makeup sepanjang hari. Teksturnya lembut meninggalkan kulit sentiasa merasa smooth. Primer ini juga memberi kulit glowing disamping menyembunyikan cela, pori dan tona tidak sekata. Dengan adanya SPF, primer ini lengkap untuk kegunaan harian.

Primer pilihan terbaik untuk kulit sensitif
Bourjois Healthy Mix Primer (20ml)
Bourjois
mulai
RM32.93
Semak Bourjois Healthy Mix Primer (20ml) harga dibawah:

Primer yang lengkap dengan A, C dan B5 ini menjanjikan kulit yang segar, bermaya dan sihat tanpa kompromi terhadap produk makeup yang lain. Ianya sesuai untuk anda yang mempunyai kulit sensitif. 

Primer ini membantu menutup garis halus, pori terbuka dan tona tidak sekata. Plus point, produk ini tidak melekit dan mudah untuk diaplikasi pada kulit wajah.

Primer terbaik untuk mengecilkan liang pori besar
Wet n Wild Photofocus Matte Face Primer
Wet n Wild
mulai
RM33.84
Semak Wet n Wild Photofocus Matte Face Primer harga dibawah:

Masalah pori besar kini boleh diatasi dengan primer ini. Ianya mengisi ruangan pori terbuka, garis halus dan kedutan pada wajah menjadikan kulit halus dan flawless untuk aplikasi makeup. Diperkaya dengan ekstrak sapphire putih, kristal bertukar krim ini adalah primer must-have

Ianya boleh mengelakkan daripada foundation kelihatan bercapuk atau ‘cakey sekaligus memberi tona kulit yang lebih berseri.

Primer pilihan terbaik untuk kulit rawan jerawat
Kate Tokyo Powder in Water Primer (30ml)
Kate Tokyo
mulai
RM38.25
Semak Kate Tokyo Powder in Water Primer (30ml) harga dibawah:

Primer berasaskan air dan powder ini sesuai untuk kulit berjerawat. Ini kerana masalah jerawat akan lebih teruk jika terkena produk kulit yang berminyak. Primer ini tidak menyumbatkan pori dan memberi hasil kulit yang lebih cerah. 

Formula bebas minyak primer ini memberi rasa kulit yang lebih segar walaupun mengenakan makeup untuk masa yang panjang.

Primer pilihan terbaik untuk kulit kombinasi
Milani Prime Shield Matt + Pore-Min Primer
Milani
mulai
RM57.25
Semak Milani Prime Shield Matt + Pore-Min Primer harga dibawah:

Memiliki kulit kombinasi tidaklah sekronik memiliki kulit berminyak. Namun, pemilihan primer yang bersesuaian boleh membantu menangani masalah kulit bersinar akibat minyak di kawasan T pada kulit wajah. 

Primer Milani ini bebas minyak sekaligus memberi kulit kemasan matte, mudah untuk disolek. Kulit yang lembut dan matte lebih mudah menyerap produk makeup untuk hasil lebih cantik serta flawless.

Primer pilihan terbaik untuk kulit normal
L'oreal Paris Base Magique Primer (15ml)
L'oreal Paris
mulai
RM46.90
Semak L'oreal Paris Base Magique Primer (15ml) harga dibawah:

Dapatkan tekstur kulit umpama baldu dengan primer ini. Ianya memberi kulit yang licin dengan tona sekata tanpa menyumbatkan pori anda. Diformulasi bebas minyak dan pewangi, sesuai untuk kulit normal. Primer ini diyakini oleh ahli dermatologi untuk memberi coverage penuh.

Primer dengan kandungan SPF – lindungi kulit dari sinar UV
Revlon Colorstay UV Primer SPF40+++
Revlon
Primer terbaik drugstore dengan perlindungan SPF
mulai
RM55.92
Semak Revlon Colorstay UV Primer SPF40+++ harga dibawah:

Jika anda khuatir terhadap sinaran matahari yang boleh mengancam kulit, dapatkan primer yang mengandungi bahan pelindung seperti SPF. Primer ini mempunyai SPF 40 PA+++ untuk melindungi kulit kita. Ianya sesuai untuk kesemua jenis kulit. 

Disamping menyembunyikan pori dan garis halus, primer ini juga melembap dan mengawal minyak pada wajah untuk makeup yang tahan lebih dari 12 jam.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!

End of Article