Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Dapatkan Bentuk Wajah Runcing Idaman Dengan 8 Contour Stick Dari Sephora

Pembedahan plastik? Ugh tidak perlu!

Siapa yang tidak mahu bentuk pipi tirus dan hidung mancung? Dengan bantuan contour, semua kekurangan yang ada pada wajah seperti pipi bulat atau double chin boleh diselesaikan. Contour terdapat dalam tiga jenis iaitu bedak, krim dan juga stick. Kalau anda tidak biasa dengan teknik contour, stick adalah jenis terbaik sebagai permulaan kerana ianya mengandungi pigmentasi tinggi dan senang untuk di blend samada menggunakan berus mahupun span. 

Bagaimanakah cara contour yang betul dengan menggunakan stick?

Seperti yang sudah anda ketahui, teknik contouring adalah untuk menaikkan keruncingan tulang pipi. Jadi,  teknik yang paling mudah adalah dengan membuat angka 3 pada bagian pipi. Mulakan dari area telinga, bawa ke arah pipi, seterusnya hingga ke bahagian dagu. Setelah itu, blend menggunakan berus kabuki atau span sebelum menyapu blusher atau bronzer di permukaan wajah. Senang kan? 

8 Contour Stick Terbaik Pilihan Pengguna dari Sephora

Contour stick mampu milik dari Sephora
Sephora Collection
mulai
RM52.00
Semak Sephora Collection Color & Sculpt Stick harga dibawah:

Didatangi dengan dua tona berbeza, produk unggul daripada Sephora ini mampu menghasilkan kemasan matte yang tahan lama walaupun dengan harga yang mampu milik. Sapukan sahaja pada wajah lalu blend menggunakan berus lembut atau span, ia akan memberi efek sun-kissed yang semula jadi pada wajah anda. 

Untuk kemasan yang lebih natural, anda boleh menggunakan jari untuk aplikasi secara merata. Senang bukan?

Contour stick sesuai untuk berkulit sawo matang, dengan efek semulajadi
Cover FX
mulai
RM89.00
Semak Cover FX Click Foundation & Concealer harga dibawah:

Bebas paraben, sulfate serta pewangi tiruan, contour stick berformulasi vegan dari Cover FX ini mempunyai fungsi duo iaitu warna gelap sebagai contour bagi menambah dimensi pada wajah. Highlight pula untuk memastikan cahaya ilusi menyinari wajah anda. Anda tidak perlu risau kerana produk ini akan menghasilkan efek natural. 

Tidak nampak seperti menggenakan solekan tebal. Sesuai untuk semua jenis kulit terutama buat anda yang bersawo matang, kini kecantikan anda setanding aktress popular di kaca TV.

Contour stick untuk berkulit gelap - kulit tampil lebih eksotik
Fenty Beauty
mulai
RM82.00
Semak Fenty Beauty Match Stix Matte Skinstick harga dibawah:

Rangkaian produk solekan terkenal keluaran artis sensasi Rihanna, Fenty Beauty Match Stix Matte Skinstick amat mudah digunakan dan sesuai untuk anda yang inginkan solekan full glamor dari siang hingga malam. Sesuai buat anda yang berkulit normal hingga kombinasi, produk ini tidak akan mengeringkan muka walaupun memberi hasil kemasan matte. 

Teksturnya nipis, memberi solekan tampak bebas ‘cakey’ atau bercapuk. Anda kini senang bergambar dari sudut berbeza, tidak perlu bimbang tentang double chin.

Contour stick untuk kulit kuning langsat - hadir dengan pelbagai fungsi
Anastasia Beverly Hills
mulai
RM120.00
Semak Anastasia Beverly Hills Stick Foundation harga dibawah:

Foundation, concealer, contour juga highlight. Itulah kehebatan Anastasia Beverly Hills Stick Foundation yang hadir dengan fungsi yang berbeza. Dengan 20 tona untuk dipilih, setiap satunya sesuai digayakan pada wajah berkulit kuning langsat. 

Kepekatan pigmen yang tinggi, contour stick ini akan meninggalkan kesan glowing tahan lama tanpa aplikasi berulang kali. Contour stick ini juga dihasilkan khas untuk solekan ‘photo ready’, membuatkan anda kelihatan flawless di setiap sudut. 

Contour stick khas dari Sephora, pilihan penggaya solekan antarabangsa
Burberry Beauty
mulai
RM144.00
Semak Burberry Beauty Face Contour Pen harga dibawah:

Pernahkah anda terfikir bagaimana model serta penggaya antarabangsa mempunyai bentuk dan raut wajah yang sangat menawan? Rahsianya, Beauty Face Contour Pen dari jenama A-lister, Burberry. Burberry adalah di antara jenama kosmetik yang sering menggeluarkan produk berkualiti tinggi serta popular. 

Dengan kemasan separa dewy hingga matte, contour stick ini amat sesuai untuk semua jenis kulit tidak kira kondisi. Ditambah pula dengan formula krim yang berpigmen tinggi. Efek natural atau glamour? Contour pen ini akan menjadi sahabat baikmu!

Contour stick terbaik untuk pemula (beginner)
Nudestix
mulai
RM145.00
Semak Nudestix Matte All Over Face Color Blush and Bronze harga dibawah:

Nudestix Matte All Over Face adalah di antara produk contour terbaik buat anda yang ingin mencuba teknik sculpting buat pertama kali. Dilengkapi dengan berus lembut di bahagian belakang, membuatkan anda lebih pantas dalam aplikasi solekan. 

Produk multifungsi ini juga sesuai digunakan setiap hari untuk merias keseluruhan wajah termasuk bahagian mata, pipi, hidung dan dagu. Ianya juga mempunyai formula matte yang mampu bertahan sehingga 12 jam, membuatkan wajah anda tampak lebih cantik sempurna.

Cream contour stick terbaik untuk kulit berminyak
Benefit Cosmetics
mulai
RM147.00
Semak Benefit Cosmetics Hoola Quickie Cream-To-Powder Contour Stick harga dibawah:

Siapa saja yang tidak kenal akan keunggulan produk Hoola Bronzer Powder dari jenama Benefit Cosmetic ini? Dengan kejayaan nya yang telah mendapat tempat di hati peminat, mereka kini telah melancarkan bronzer berbentuk stick atau contour pula. Menggunakan formula yang sama, cream contour stick ini amat sesuai untuk yang berkulit berminyak. 

Sangat tahan lama, produk berbentuk stick ini akan meluncur dengan lembut di permukaan kulit anda dengan kemasan yang bersih dan sempurna. Pipi anda kini akan nampak lebih cengkung!

Contour stick dengan fungsi 2-dalam-1 untuk anda yang berkulit cerah
Make Up For Ever
mulai
RM188.00
Semak Make Up For Ever Ultra HD Stick Foundation harga dibawah:

Inginkan raut wajah runcing bak selebriti Hollywood? Ataupun anda seorang ratu selfie yang gemar berposing di sosial media? Gunakan MakeUp Ultra HD Stick Foundation untuk menaikkan lagi seri di wajah anda. Dilengkapi dengan formula 2-dalam-1, produk ini bukan sahaja boleh digunakan sebagai teknik sculpting malah sebagai asas solekan atau foundation

Sesuai untuk yang berkulit normal hingga kering, ianya mudah dibawa kemana sahaja sekiranya anda inginkan aplikasi berganda. Hanya touch up sedikit sebelum berswafoto, kini anda tampil lebih glowing.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!

End of Article