Kecantikan

Dapatkan Bentuk Wajah Runcing Idaman Dengan 8 Contour Stick Dari Sephora

Ini review 8 contour stick dari Sephora jenis cream untuk kulit berminyak, putih, sawo matang, kuning langsat, gelap dari jenama seperti Fenty & Nudestix.


Editor · Updated 5 Feb 2020

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

Dapatkan Bentuk Wajah Runcing Idaman Dengan 8 Contour Stick Dari Sephora

Siapa yang tidak mahu bentuk pipi tirus dan hidung mancung? Dengan bantuan contour, semua kekurangan yang ada pada wajah seperti pipi bulat atau double chin boleh diselesaikan. Contour terdapat dalam tiga jenis iaitu bedak, krim dan juga stick. Kalau anda tidak biasa dengan teknik contour, stick adalah jenis terbaik sebagai permulaan kerana ianya mengandungi pigmentasi tinggi dan senang untuk di blend samada menggunakan berus mahupun span. 

Kandungan

Bagaimanakah cara contour yang betul dengan menggunakan stick?

Seperti yang sudah anda ketahui, teknik contouring adalah untuk menaikkan keruncingan tulang pipi. Jadi,  teknik yang paling mudah adalah dengan membuat angka 3 pada bagian pipi. Mulakan dari area telinga, bawa ke arah pipi, seterusnya hingga ke bahagian dagu. Setelah itu, blend menggunakan berus kabuki atau span sebelum menyapu blusher atau bronzer di permukaan wajah. Senang kan? 

8 Contour Stick Terbaik Pilihan Pengguna dari Sephora

Contour stick mampu milik dari Sephora 1 daripada 8
Sephora Collection Color & Sculpt Stick
Partnership with Sephora Collection
Dari RM52
Lihat harga di Sephora Malaysia

Didatangi dengan dua tona berbeza, produk unggul daripada Sephora ini mampu menghasilkan kemasan matte yang tahan lama walaupun dengan harga yang mampu milik. Sapukan sahaja pada wajah lalu blend menggunakan berus lembut atau span, ia akan memberi efek sun-kissed yang semula jadi pada wajah anda. 

Untuk kemasan yang lebih natural, anda boleh menggunakan jari untuk aplikasi secara merata. Senang bukan?

Contour stick sesuai untuk berkulit sawo matang, dengan efek semulajadi 2 daripada 8
Cover FX Click Foundation & Concealer
Partnership with Cover FX
Dari RM89
Lihat harga di Sephora Malaysia

Bebas paraben, sulfate serta pewangi tiruan, contour stick berformulasi vegan dari Cover FX ini mempunyai fungsi duo iaitu warna gelap sebagai contour bagi menambah dimensi pada wajah. Highlight pula untuk memastikan cahaya ilusi menyinari wajah anda. Anda tidak perlu risau kerana produk ini akan menghasilkan efek natural. 

Tidak nampak seperti menggenakan solekan tebal. Sesuai untuk semua jenis kulit terutama buat anda yang bersawo matang, kini kecantikan anda setanding aktress popular di kaca TV.

Contour stick untuk berkulit gelap - kulit tampil lebih eksotik 3 daripada 8
Fenty Beauty Match Stix Matte Skinstick
Partnership with Fenty Beauty
Dari RM137.94
Lihat harga di Shopee Malaysia

Rangkaian produk solekan terkenal keluaran artis sensasi Rihanna, Fenty Beauty Match Stix Matte Skinstick amat mudah digunakan dan sesuai untuk anda yang inginkan solekan full glamor dari siang hingga malam. Sesuai buat anda yang berkulit normal hingga kombinasi, produk ini tidak akan mengeringkan muka walaupun memberi hasil kemasan matte. 

Teksturnya nipis, memberi solekan tampak bebas ‘cakey’ atau bercapuk. Anda kini senang bergambar dari sudut berbeza, tidak perlu bimbang tentang double chin.

Contour stick untuk kulit kuning langsat - hadir dengan pelbagai fungsi 4 daripada 8
Anastasia Beverly Hills Stick Foundation
Partnership with Anastasia Beverly Hills
Dari RM120
Lihat harga di Shopee Malaysia

Foundation, concealer, contour juga highlight. Itulah kehebatan Anastasia Beverly Hills Stick Foundation yang hadir dengan fungsi yang berbeza. Dengan 20 tona untuk dipilih, setiap satunya sesuai digayakan pada wajah berkulit kuning langsat. 

Kepekatan pigmen yang tinggi, contour stick ini akan meninggalkan kesan glowing tahan lama tanpa aplikasi berulang kali. Contour stick ini juga dihasilkan khas untuk solekan ‘photo ready’, membuatkan anda kelihatan flawless di setiap sudut. 

Contour stick khas dari Sephora, pilihan penggaya solekan antarabangsa 5 daripada 8
Burberry Beauty Face Contour Pen
Partnership with Burberry Beauty
Dari RM144
Lihat harga di Shopee Malaysia

Pernahkah anda terfikir bagaimana model serta penggaya antarabangsa mempunyai bentuk dan raut wajah yang sangat menawan? Rahsianya, Beauty Face Contour Pen dari jenama A-lister, Burberry. Burberry adalah di antara jenama kosmetik yang sering menggeluarkan produk berkualiti tinggi serta popular. 

Dengan kemasan separa dewy hingga matte, contour stick ini amat sesuai untuk semua jenis kulit tidak kira kondisi. Ditambah pula dengan formula krim yang berpigmen tinggi. Efek natural atau glamour? Contour pen ini akan menjadi sahabat baikmu!

Contour stick terbaik untuk pemula (beginner) 6 daripada 8
Nudestix Matte All Over Face Color Blush and Bronze
Partnership with Nudestix
Dari RM145
Lihat harga di Sephora Malaysia

Nudestix Matte All Over Face adalah di antara produk contour terbaik buat anda yang ingin mencuba teknik sculpting buat pertama kali. Dilengkapi dengan berus lembut di bahagian belakang, membuatkan anda lebih pantas dalam aplikasi solekan. 

Produk multifungsi ini juga sesuai digunakan setiap hari untuk merias keseluruhan wajah termasuk bahagian mata, pipi, hidung dan dagu. Ianya juga mempunyai formula matte yang mampu bertahan sehingga 12 jam, membuatkan wajah anda tampak lebih cantik sempurna.

Cream contour stick terbaik untuk kulit berminyak 7 daripada 8
Benefit Cosmetics Hoola Quickie Cream-To-Powder Contour Stick
Partnership with Benefit Cosmetics
Dari RM147
Lihat harga di Shopee Malaysia

Siapa saja yang tidak kenal akan keunggulan produk Hoola Bronzer Powder dari jenama Benefit Cosmetic ini? Dengan kejayaan nya yang telah mendapat tempat di hati peminat, mereka kini telah melancarkan bronzer berbentuk stick atau contour pula. Menggunakan formula yang sama, cream contour stick ini amat sesuai untuk yang berkulit berminyak. 

Sangat tahan lama, produk berbentuk stick ini akan meluncur dengan lembut di permukaan kulit anda dengan kemasan yang bersih dan sempurna. Pipi anda kini akan nampak lebih cengkung!

Contour stick dengan fungsi 2-dalam-1 untuk anda yang berkulit cerah 8 daripada 8
Make Up For Ever Ultra HD Stick Foundation
Partnership with Make Up For Ever
Dari RM188
Lihat harga di Sephora Malaysia
Juga di Shopee Malaysia

Inginkan raut wajah runcing bak selebriti Hollywood? Ataupun anda seorang ratu selfie yang gemar berposing di sosial media? Gunakan MakeUp Ultra HD Stick Foundation untuk menaikkan lagi seri di wajah anda. Dilengkapi dengan formula 2-dalam-1, produk ini bukan sahaja boleh digunakan sebagai teknik sculpting malah sebagai asas solekan atau foundation. 

Sesuai untuk yang berkulit normal hingga kering, ianya mudah dibawa kemana sahaja sekiranya anda inginkan aplikasi berganda. Hanya touch up sedikit sebelum berswafoto, kini anda tampil lebih glowing.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!

Lagi daripada ProductNation