Teknologi

Brr...Sejuk Sampai Ke Tulang! Jom Tengok 8 Water Heater Murah Ini

Ini 8 water heater jenis pump, tanpa pump, dengan tangki dan tanpa tangki yang jimat tenaga daripada panasonic dan joven untuk mandian yang lebih selesa.


Editor · 9 Dec 2019, 5:21pm

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

Brr...Sejuk Sampai Ke Tulang! Jom Tengok 8 Water Heater Murah Ini

Water heater untuk setiap kediaman bukanlah lagi satu kehendak tetapi keperluan yang penting seharusnya ada untuk seisi keluarga. Ini untuk beri keselesaan buat keluarga dan anda juga agar waktu mandian lebih sempurna. 

Kandungan

Apakah ianya merupakan satu keperluan dan fungsi/manfaat water heater

Water heater mempunyai fungsi dan manfaatnya tertentu. Mandi di bawah aliran air panas ketika seharian penat bekerja dapat melegakan kita dan membantu kita untuk tidur dengan tenang. Selain tu, water heater juga dapat menyediakan suhu air yang bersesuaian dan memberi kelegaan pada mereka yang mempunyai simptom alahan atau masalah pernafasan. 

Ia juga membantu merehatkan otot-otot badan. Dengan adanya water heater di rumah, pasti ia akan menjadi satu terapi yang baik untuk kita yang sentiasa keletihan dan tertekan dengan kerja harian. Ayuh, lihat water heater terbaik di pasaran kini;

8 Water Heater untuk Kemudahan Mandian Setiap Hari

Water heater murah dan berkualiti serta tahan lasak 1 daripada 8
Midea Water Heater (Non-pump) MWH-38Q
Partnership with Midea
Dari RM210
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Ada perlindungan overheating
Dilengkapi built-in ELCB
Tiada pam
1 lagi
Perlindungan antibakteria Ag+

Water heater Midea ini sememangnya sangat murah. Namun begitu, ia bukanlah satu alasan bagi pengeluar jenama ini untuk mengeluarkan barangan yang tidak berkualiti dan tidak tahan lama. Sebaliknya, elemen pemanasan menggunakan bahan kuprum yang anti-karat dan anti-melepuh jika terdedah pada suhu yang tinggi dan lama. 

Ini sudah semestinya membuatkan ia boleh digunakan dengan jangka masa yang lama. Water heater ini juga mempunyai sistem antibakteria Ag+ untuk memastikan kualiti air yang baik

Water heater lengkap dengan teknologi inverter 2 daripada 8
Sharp Water Heater WHN115B
Partnership with Sharp
Dari RM301.32
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Injap henti 90 darjah
Kalis percikan air
Piilihan warna terhad
2 lagi
Ada sensor aliran
Tiada pam

Water heater boleh didatangi dengan inverter atau tanpa inverter pump. Bagi inverter pump, pilihan juga terbahagi kepada dua iaitu AC atau DC. Water heater Sharp model WHN115B ini direka untuk anda yang sedang mencari water heater dengan harga yang berpatutan dan menjimatkan elektrik. 

Direka dengan menggunakan DC pump menjimatkan penggunaan tenaga sehingga 50% daripada water heater yang menggunakan AC pump. Water heater Sharp ini juga dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan automatik untuk melindungi dari bahaya arus elektrik.

Water heater yang selamat untuk seisi keluarga 3 daripada 8
Panasonic DH-3RL1MW Water Heater
Partnership with Panasonic
Dari RM319
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia

Ciri-ciri keselamatan harus dititikberatkan dalam memilih water heater untuk kegunaan seharian. Water heater Panasonic ini mempunyai 9 ciri-ciri keselamatan, selamat untuk anda yang mempunyai anak kecil. Bahagian luar dan dalamnya diperbuat daripada bahan-bahan yang tidak mudah terbakar serta mempunyai penebat berkualiti. 

Ianya menggunakan IP25 Splash Proof Protection yang membantu menghalang dan mengurangkan air memasuki dan merosakkan peralatan yang ada di dalam water heater ini. Water heater dilengkapi dengan sistem built-in ELB yang boleh mengesan kebocoran elektrik dan suisnya akan tutup secara automatik.

Toshiba Instant Shower Water Heater DSK38S5MW (No Pump) - jimatkan penggunaan elektrik 4 daripada 8
Toshiba Water Heater DSK38S3MW
Partnership with Toshiba
Dari RM407
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
5 pilihan semburan pada pancuran air
Kalis air IP25
Kapasiti tangki air hanya 3 liter
1 lagi
Ada pengesahan SIRIM

Water heater kebiasaannya menggunakan tenaga elektrik yang banyak kerana ia mempunyai elemen pemanas di dalamnya. Justeru itu, pasti bil elektrik bulanan akan melambung naik jika menggunakan water heater tidak kira waktu

Water heater Toshiba ini mempunyai teknologi aliran air berpusar yang dapat menghasilkan suhu air lebih stabil sekaligus menjimatkan penggunaan tenaga. Teknologi yang digunapakai ini menjimatkan sehingga 60% proses pemanasan air.

Water heater dengan tangki, mudah menyimpan air untuk tujuan pemanasan 5 daripada 8
Pensonic PWH968E Water Heater
Partnership with Pensonic
Dari RM220
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia

Water heater yang mempunyai tangki membenarkan air disimpan di dalam water heater bagi memaksimakan waktu untuk memanaskan air. Ia sekaligus memberi air panas serta-merta apabila paip dibuka.

Water heater Pensonic model PWH968E ini mempunyai tangki dan sekaligus menjimatkan penggunaan tenaga. Ia dilengkapi dengan 3 peringkat kawalan keselamatan dan mendapat pengesahan SIRIM dan ST Malaysia.

Water heater tanpa pump – bersaiz kompak dan selamat untuk pengguna 6 daripada 8
Joven SA10E Instant Water Heater SA10e W/O Pump
Partnership with Joven
Dari RM247
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Fungsi anti-lecur
Bahan binaan tahan lama
Tiada pump
1 lagi
Kalis percikan air IP25

Kebanyakkan water heater tanpa pump adalah lebih murah berbanding dengan yang ada pump. Jika rumah anda mempunyai tekanan air tinggi, mungkin anda boleh pertimbangkan untuk membeli water heater Joven SA10E ini. Ia didatangi dengan rekabentuk kompak yang menarik, serta dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan yang diperlukan untuk water heater. 

Water heater ini juga mempunyai sistem kawalan elektrik yang boleh menjimatkan penggunaan tenaga dengan injap seramik. Dilengkapi pula dengan sistem filter, air lebih jimat dari biasa.

Water heater tanpa tangki – ubahsuai suhu mengikut keselesaan 7 daripada 8
Electrolux Aurora Water Heater EWE361HX-DWX4
Partnership with Electrolux
Dari RM288
Lihat harga di Shopee Malaysia
Juga di Lazada Malaysia

Water heater tanpa tangki adalah water heater yang mengalirkan air panas serta-merta dan tidak menyimpan air di dalamnya, kecuali apa yang berbaki di dalam lingkaran heat exchanger coil. Dilengkapi dengan sistem kawalan suhu yang boleh diubah mengikut kesesuaian antara 55°C – 90°C. 

Injapnya adalah daripada rekaan 3-in-1 Compax yang berkualiti dan hos PVC berkualiti. Aliran airnya berfungsi antara 2l/min hingga 6l/min. Rekabentuk yang kompak juga membuatkan ia sesuai untuk bilik air yang mempunyai ruangan terhad.

Water heater dengan pump – tekanan air lebih laju dari biasa 8 daripada 8
Elba Water Heater with AC Booster Pump EWH-G3663AC
Partnership with Elba
Dari RM350
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia

Water heater dengan pump menjadi pilihan kebanyakan orang ramai. Water heater jenama ELBA ini didatangi dengan AC Booster Pump untuk keselesaan dalam penggunaannya. Ia dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan tambahan DPDT dan ELSD. Dilengkapi dengan sistem suis aliran air automatik, teknologi yang digunakan oleh Elba ini untuk elemen pemanas airnya sangat berkualiti tinggi.


Artikel Berkaitan

Lagi daripada ProductNation