Product in this article
Water heater atau mesin air panas bukanlah sesuatu yang hanya didapati di hotel-hotel mewah dan sebagainya. Hari ini, hampir setiap isi rumah di Malaysia mempunyai water heater masing-masing. Selain daripada memberi keselesaan semasa mandian, ia juga mempunyai pelbagai kegunaan seperti melegakan ketegangan otot dan penyakit seperti sakit kulit.
Berapa tahunkah sesuatu water heater boleh bertahan?
Jangka masa suatu water heater bergantung pada jenisnya, kualiti, jenama yang digunakan dan cara-cara pengendalian water heater itu digunakan sendiri. Secara amnya, sesuatu water heater mampu bertahan antara 8 hingga 12 tahun. Jika anda sedang mencari water heater yang sesuai untuk rumah baru atau menggantikan water heater yang lama, mungkin panduan ini dapat membantu anda sedikit sebanyak.

Water heater Midea model MWH-380 ini didatangi dengan sensor aliran air automatik dan air akan mula panas serendah 1.2L per minit. Menggunakan kuprum sebagai elemen pemanas, ianya tidak mudah berkarat dan dapat mengawal suhu air supaya tidak terlalu panas hingga mengakibatkan kulit melecur. Ini membuatkan water heater ini boleh bertahan lebih lama.
Water heater ini juga mempunya alat yang menghalangnya daripada menjadi panas tanpa air. Ia akan berhenti beroperasi secara automatik jika kuantiti air mengalir serendah 1.2 l/min.

Water heater Sharp ini tidak didatangi dengan pam air dan memerlukan sekurang-kurangnya 20kPA tekanan air minima dan maksima 380kPA. Aliran air minima yang diperlukan untuk berfungsi dengan baik ialah sebanyak 2lL/min. Ia dilengkapi dengan injap berhenti 90 darjah dan fungsi pemotongan suhu secara automatik.
Thermostatnya mempunyai fungsi berganda dual temperature themal cut-off untuk perlindungan dan keselamatan pengguna. Didatangi dengan tangki yang anti-bocor dan injap stop yang berkualiti tinggi.

Water heater Electrolux ini dilengkapi dengan sistem kawalan suhu yang boleh diubah mengikut kesesuaian antara 55°C – 90°C. Injapnya adalah daripada rekaan 3-in-1 Compax yang berkualiti dan juga didatangi dengan hos PVC berkualiti serta tempat sabun. Ia berfungsi dengan baik antara aliran air antara 2l/min hingga 6l/min.
Water heater ini tidak mempunyai tangki dan sesuai untuk rumah yang mempunyai had kawasan bilik air yang terhad.

Menggunakan AC pump, water heater Pensonic ini mempunyai 5 jenis semburan pada pancuran airnya. Ia juga dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan berganda serta tahap kawalan suhu yang baik. Water heater ini direka dengan ciri-ciri splash-proof untuk memastikan ianya selamat dan tidak mudah rosak.
Water heater Pensonic ini sesuai digunakan untuk kawasan rumah yang mempunyai kuantiti air yang bertekanan tinggi ataupun rendah.

Water heater Toshiba ini memberi aliran air yang membuatkan anda rasa segar dan bertenaga selepas setiap mandian. Ia dijamin selamat supaya anda tenang ketika menggunakannya. Didatangi sensor aliran air yang automatik, dan dilengkapi dengan ELCB sebagai ciri-ciri keselamatan dan ianya juga mempunyai sistem kawalan suhu yang tidak memerlukan anda melalui secara berperingkat.

Water heater Centon ini direka dengan menggunakan prinsip the ‘ECO’ iaitu ECOfriendly (mesra alam), ECOnomical (harga berpatutan) dan ECOSerene (menenangkan). Mandian pasti lagi bermakna dengan penggunaan water heater Centon ini sambil dapat menjimatkan penggunaan tenaga elektrik. Ia juga didatangi dengan SC pump yang tidak menghasilkan bunyi kuat namun dapat memberi aliran air banyak dan menyegarkan.
Water heater Centon ini mempunyai beberapa jenis semburan mengikut kesesuaian dan kehendak pengguna serta alat kawalan suhu yang membolehkan anda mendapatkan suhu air yang sesuai apabila hendak menggunakannya.

Water heater Rubine ini mendapat pensijilan SIRIM dan didatangi dengan ciri-ciri keselamatan tambahan dengan menggunakan sistem keselamatan DPDT. AC Pump yang ada pada water heater ini juga menghasilkan bunyi yang tidak terlalu kuat. Pengeluar jenama water heater ini menjamin kualiti tangkinya yang mampu bertahan dari sebarang kebocoran sehingga 10 tahun manakala elemen pemanasnya boleh bekerja dengan baik sekurang-kurangnya 7 tahun.
Water heater ini selamat dan berkualiti untuk kegunaan isi rumah anda. Produk ini mampu bertahan lama dan tahan lasak.

Water heater Panasonic Instant R Series ini mempunyai DC Pump yang tidak mengeluarkan bunyi yang kuat. Ia sesuai digunakan untuk rumah yang mempunyai tekanan yang rendah serendah -4.9kPa. Menggunakan tenaga sebanyak 3600W, ia dapat memanaskan air dengan segera jadi anda tidak perlu tunggu lama apabila mula menggunakannya.
Water heater Panasonic ini sangat mudah untuk dikendali dan anda boleh mencuci filter airnya sendiri tanpa sebarang komplikasi. Ia mempunyai 9 poin keselamatan yang membuatkan selamat untuk digunakan.

Water heater Alpha ini mempunyai kelebihannya sendiri iaitu didatangi dengan rain shower atau kepala paip yang mengalir seperti air hujan. Water heater ini mempunyai AC Booster Pump danELSD serta Pemutus Suhu (atau Themal Cut-out) yang membuatkan ianya selamat, tidak akan menghasilkan suhu air yang terlampau panas.
Alatan di dalamnya diperbuat dari bahan fiber kaca nylonFlow Switch System serta mendapat sijil piawaian IP25 yang menjamin keselamatannya bila bersentuh dengan air.

Water heater Joven ini mempunyai Turbo Booster Pump dengan ball bearing berganda serta didatangi dengan bekas splash-proof yang mendapat piawaian sehingga IP25. Injapnya yang direka dengan Injap SF menggunakan konsep suku pusingan untuk mengawal penggunaan air.
Reka bentuk yang menarik membuatkannya sesuai digunakan untuk bilik air yang mempunyai bathtub. Hosnya mempunyai 3 lapisan yang membuatkan ianya selamat, tahan lama dan juga hygenic.
Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!