Jenama Samsung tidak asing lagi dalam dunia kelengkapan barangan elektrik untuk kelengkapan rumah. Dari sekecil-kecil produk seperti vakum dan ketuhar sehingga ke pelbagai pilihan peti sejuk yang elegan.
Sebagai peneraju utama teknologi inovasi peti sejuk di pasaran, Samsung juga merupakan pilihan pengguna rakyat Malaysia
Adakah peti sejuk Samsung bagus untuk kegunaan sesebuah kediaman?
Ya, peti sejuk Samsung bagus dan merupakan antara peti sejuk yang mendapat rating kepuasan pengguna (customer satisfaction) tinggi di kalangan pengguna. Menurut tinjauan yang dijalankan oleh Canstar Blue, peti sejuk Samsung menduduki tempat ke-6 dalam carta kepuasan pengguna dengan 4 bintang.
Tinjauan ini meliputi pelbagai aspek seperti kualiti, layout dalaman, kesegaran makanan, gaya dan harga yang memuaskan.
Kecanggihan teknologi, fungsi serta variasi jenis peti sejuk Samsung di pasaran menjadikannya sebagai pilihan utama pengguna. Adakah lambakan model di pasaran mengelirukan anda?
Usah risau, kami telah sediakan senarai peti sejuk Samsung mengikut keperluan anda.
8 Peti Sejuk Samsung Pilihan Pengguna
Jika anda gemarkan jenama Samsung tetapi inginkan peti sejuk pada harga ekonomi - model ini adalah pilihan yang terbaik. Model ini juga dilengkapi dengan digital inverter yang diberikan jaminan selama 10 tahun.
Lagi, fungsi penyimpanan yang fleksibel dan MoistFresh Zone untuk mengekalkan kesegaran buah-buahan serta sayur-sayuran. Bagi menghilangkan bau pula, penapis penyahbau peti sejuk ini menggunakan activated carbon.
Model ini dilengkapi dengan 2 pintu dan sistem twin cooling. Sistem twin cooling menyejukkan peti simpanan secara berasingan bagi mengelakkan bau tersebar dari peti sejuk ke peti sejukbeku.
Dengan sistem ini, makanan akan kekal segar sehingga 70% kelembapan berbanding dengan hanya 30% kelembapan bagi model-model sebelumnya.
Peti sejuk Samsung model ini pula berkapasiti 453L dan menggunakan teknologi digital inverter. Teknologi digital inverter ini berfungsi dengan mengolah kelajuan compressor mengikut cooling demand.
Fungsi ini memainkan peranan penting dalam meminimakan penggunaan tenaga, bunyi dan mengurangkan haus dan lusuh (wear and tear) agar peti sejuk boleh digunakan untuk tempoh yang lama.
Adakah anda pencinta alam yang sentiasa mencari produk mesra alam? Jika ya, model ini adalah pilihan yang sesuai. Dengan rating cekap tenaga kelas A+ oleh EnergyStar dan rating 5 bintang oleh Suruhanjaya Tenaga, anda bukan sahaja dapat menjimatkan bil elektrik anda, tetapi juga telah membantu mengurangkan penggunaan tenaga.
Satu ciri unik pada peti sejuk model ini adalah water dispenser - anda tidak perlu menyimpan air di dalam peti sejuk lagi! Lagi, peti sejuk anda akan kekal bersih dengan fungsi pelindung antibakteria. Udara dilalukan melalui activated carbon yang akan sentiasa mensterilkan peti sejuk anda.
Model berkapasiti 710L ini adalah pilihan yang tepat untuk kegunaan keluarga besar. Anda boleh membeli barangan segar dalam kuantiti yang banyak tanpa perlu risau akan tempat simpanan di peti sejuk anda. Dengan fungsi TwinCooling dan teknologi inverter digital barangan anda akan kekal segar untuk tempoh yang lebih lama.
Berbeza dengan reka bentuk konvensional, peti sejuk side by side door ini kelihatan seperti almari yang boleh dibuka dari tengah. Reka bentuk ini sesuai bagi dapur yang mempunyai ruang terhad. Dengan penampilan serba hitam dan pintu metal, peti sejuk ini pasti kelihatan menawan di ruang dapur anda.
Ruang simpanannya telah dimaksimakan dengan teknologi SpaceMax, di mana dinding peti sejuk lebih nipis bagi membolehkan fungsi penebatan cekap tenaga yang minimum. Anda juga boleh mempercepatkan proses penyejukan atau penyejukbekuan menggunakan Power Cool/Freeze dengan satu butang sahaja.
Peti sejuk berkonsepkan French door ini kelihatan bergaya dan unik, sesuai jika anda inginkan kelainan dalam hiasan dapur. Peti sejuk 4 pintu ini menggunakan sistem penyejukan 3 kali ganda, triple cooling yang mengawal dan mengoptimakan suhu serta memaksimakan kelembapan.
Hasilnya, bau dari tiga peti simpanan utama tidak akan bercampur antara satu sama lain dan makanan yang disimpan akan kekal segar lebih lama. Peti simpanan yang fleksibel - fungsi simpanannya boleh saling tukar di antara peti sejuk dengan peti sejukbeku mengikut keperluan.
Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!