Tanyalah kepada mana-mana pemilik haiwan peliharaan kucing, antara aksesori wajib yang harus ada adalah carrier. Carrier ini didatangi dalam pelbagai bentuk, rupa dan saiz. Ianya amat berguna jika kita hendak keluar membawa kucing ke klinik mahupun bersiar-siar. Bergantung kepada keperluan masing-masing, memilih carrier kucing bukanlah perkara yang susah.
Bolehkah 2 ekor kucing dimuatkan dalam satu carrier?
Ianya bergantung kepada saiz kucing peliharaan anda serta saiz carrier yang anda miliki. Pengudaraan yang baik serta ruangan mencukupi amat penting bagi sesebuah carrier agar kucing anda selesa dan mendapat oksigen dengan baik. Terutamanya jika anda hendak melakukan perjalanan yang jauh.
Justeru, edisi kali ini khas buat pencinta kucing yang hendak membeli carrier untuk kucing kesayangan. Jom tengok recommendation kami untuk carrier yang terbaik dengan harga kurang dari RM50;
Hanya Yang Terbaik buat Si Comel dengan 8 Carrier Kucing
Carrier ini bersaiz besar dan boleh memuatkan lebih dari seekor kucing bersaiz kecil. Ianya diperbuat daripada material yang berkualiti dan tidak panas. Reka bentuknya menjamin pengudaraan yang baik untuk kucing anda.
Carrier ini mudah untuk dipasang, hanya zip sekelilingnya sahaja. Ianya juga ringan dan mudah untuk dibawa.
Untuk anda yang mencari carrier transparent, ini jawapannya. Spesifikasinya hampir sama dengan carrier biasa yang pertama di atas, cuma bezanya adalah carrier ini transparent. Barulah boleh show off kucing kessyanagn anda pada rakan-rakan yang lain. Tak perlu buka carrier untuk melihat kucing anda jika anda khuatir ia akan lari.
Dengan carrier ini anda boleh memandu dengan lebih fokus dan selamat. Hanya strap carrier pada kerusi passenger dan kucing kesayangan anda boleh duduk dengan selesa. Ianya juga menjamin keselamatan kucing anda, melindunginya daripada terjatuh. Carrier ini adalah pelaburan yang sangat bijak.
Carrier ini amat trendy dan mudah untuk digalas. Ianya mempunyai tingkap transparent dihadapan untuk memudahkan kucing anda melihat persekitaran diluar. Carrier ini juga mempunyai lubang-lubang ditepi bag untuk aliran udara masuk.
Jika anda tidak mahu menggunakan tingkap semi sfera, anda boleh menukarnya dengan jejaring udara yang disediakan.
Anda boleh memilih ini untuk membawa kucing anda berjalan-jalan di taman. Ianya selamat dan mudah untuk disandang kerana rekaannya hands-free. Kainnya juga jenis reversible dan tidak panas. Ini untuk memastikan kucing anda menerima pengudaraan yang baik. Si comel akan berasa selesa semasa berada di dalam beg ini.
Carrier ini lebih sesuai digunakan jika anda hendak membuat aktiviti luar seperti piknik atau berkelah. Ini kerana ianya lebih selesa untuk kucing anda berehat kerana dasarnya yang lebih selesa dan dijamin selamat. Plus point, ianya mudah untuk dilipat dan tidak memakan ruangan penyimpanan yang banyak.
Jika anda mahukan backpack yang lebih ringan, dapatkan ini. Ianya seperti harness yang dipasang pada badan kucing anda. Carrier ini mempunyai zipper yang selamat serta kain mesh diperbuat daripada material Oxford agar kucing anda tidak panas semasa berada di dalamnya. Carrier ini lebih sesuai untuk kucing yang bersaiz kecil dan ringan.
Carrier sebegini adalah yang paling sering digunakan oleh pencinta kucing. Ianya teguh dan tahan lasak membuatkan carrier ini menjadi pilihan nombor satu untuk penggunaan travel yang lebih jauh atau dengan menggunakan kapal terbang. Carrier ini dilengkapi 2 pintu serta compartment makanan dan air.
Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!