Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
body lotion dry

17 Body Lotion Terbaik untuk Kulit Kering Malaysia 2024

Selamat tinggal kulit kering, dan selamat datang kulit sihat!

Kami yakin ramai mengalami masalah kulit kering lebih-lebih lagi mereka yang perlu kerja dalam ruang pejabat yang dipasang penghawa dingin.

Cuaca di negara kita yang agak kering dan panas ini juga membuatkan ramai yang perlu menggunakan krim untuk kulit kering.

Nasihat yang selalu kita terima untuk mengatasi masalah ini adalah dengan minum air masak secukupnya dan pakai losyen untuk kulit kering.

Kalau lihat di pasaran, memang banyak produk pelembap untuk kulit kering dan ada juga yang mencari losyen untuk kulit kering Watsons.

Cuma apa yang menjadi masalah, mana satu pelembap untuk kulit kering yang sesuai untuk anda?

Jadi kami bantu anda senaraikan body lotion yang bagus untuk kulit kering untuk anda pilih, dan juga review body lotion untuk kulit kering.


Penyunting

Hamka Rosli chevron_right

Editor rasmi untuk ProductNation Bahasa Melayu. Mula aktif menulis sejak melangkahkan kaki ke menara gading, dan pernah bergelar w ...

Senarai 17 Losyen Untuk Kulit Kering

Losyen untuk kulit kering terbaik secara keseluruhan
ROSKEN Skin Repair Dry Skin Lotion
Rosken
mulai
RM10.90
Semak ROSKEN Skin Repair Dry Skin Lotion harga dibawah:
add_circle Tidak rasa berminyak
add_circle Formula cepat meresap
add_circle Melembutkan kulit
add_circle Boleh dipakai pagi & malam
remove_circle Kurang sesuai untuk kulit yang terlalu kering

Sebab menjadi pilihan utama:

Losyen dari Australia ini diperkaya dengan kandungan Vitamin E yang bukan sahaja boleh melembapkan semula kulit kering, malah boleh melindungi kulit dari bahaya persekitaran.

Ciri-ciri:

Losyen ini dapat menghasilkan lapisan perlindungan yang mengelakkan kulit daripada kering.

Dengan tekstur tidak melekit, sesuai digunakan pada kulit normal hingga kering kerana boleh melegakan kulit.

Boleh dipakai hari-hari setiap kali jika kulit rasa kering malah sesuai juga jika kulit gatal-gatal disebabkan kulit kering. 

Review:

"Tak melekit langsung. Bau pun sedap dan kulit rasa lembut je lepas pakai. Memang sesuai untuk kulit kering dan mengelupas.”

Lotion kulit kering Cetaphil
Cetaphil Daily Advance Ultra Hydrating Lotion 85g
Cetaphil
Moisturizer untuk kulit kering dan sensitif
mulai
RM67.84
Semak Cetaphil Daily Advance Ultra Hydrating Lotion 85g harga dibawah:
add_circle Bebas pewangi
add_circle Kulit terasa lebih lembut & licin
add_circle Tidak terasa berminyak pada kulit
add_circle Tidak menyebabkan pori tersumbat
remove_circle Harga mahal

Inginkan losyen badan yang boleh melegakan kulit kering dan sensitif sekaligus?

Cubalah Cetaphil Daily Advance Ultra Hydrating Lotion ini kerana telah diuji secara dermatologi. 

Sangat cepat meresap ke dalam kulit dan mampu menghidratkan semula serta membekalkan kelembapan pada kulit selama 24 jam.

Ini kerana mengandungi Epidermal Replenishing Complex 5 (ERC5) dan perlu disapu pada seluruh badan setiap hari.

Bahan ini juga bagus untuk melindungi kulit kering dari iritasi, kekasaran, rasa tegang dan lapisan perlindungan kulit yang lemah.

Lotion untuk kulit kering ibu mengandung
Palmer's Cocoa Butter Stretch Mark Lotion
Palmer's
mulai
RM39.70
Semak Palmer's Cocoa Butter Stretch Mark Lotion harga dibawah:
add_circle Kulit kekal lembap dan hidrasi
add_circle Berkesan mengurangkan garisan selulit
remove_circle Tekstur berminyak

Bagi mereka yang sedang hamil, lepas bersalin atau proses menurunkan berat badan, bahagian kulit tertentu terutama perut pasti berlaku regangan.

Jadi, Palmer's Cocoa Butter Stretch Mark Lotion ada jalan penyelesaian kerana mampu mengurangkan garisan stretch marks.

Malah krim ini mengandungi Argan Oil, Sweet Almond Oil, Centella Asiatica, Elastin, Collagen, Vitamin E, Shea Butter, Cocoa Butter dimana dapat mengurangkan kegatalan pada kulit.

Dalam masa yang sama boleh digunakan sebagai pelembap kulit bagi yang mengalami masalah kulit kering.

Bagusnya lagi, krim ini menyerap pantas ke dalam lapisan kulit menjadikan kulit anjal dan lembap sepanjang hari atau 48 jam.

Cara penggunaanya, hanya menyapu mengikut pusingan jam bahagian perut bagi ibu mengandung sehingga bayi dilahirkan.

Manakala, bagi yang ingin menurunkan berat badan, sapu pada bahagian selulit dua kali sehari. 

Body lotion yang wangi
VASELINE Intensive Care Lotion Aloe Soothe (400ml)
Vaseline
mulai
RM20.90
Semak VASELINE Intensive Care Lotion Aloe Soothe (400ml) harga dibawah:
add_circle Melembapkan kulit
add_circle Mudah meresap
add_circle Bau segar & wangi
add_circle Sesuai juga untuk kulit stres
remove_circle Sedikit melekit

Dengan harga mampu milik, losyen Vaseline yang diformulasikan dengan glycerin pula boleh menyegarkan kulit kering tanpa menyebabkan rasa berminyak. 

Mengandungi 100% ekstrak aloe vera semula jadi yang boleh melegakan kerengsaan akibat kulit kering. 

Manakala terdapat titisan mikro Vaseline Jelly untuk mengunci kelembapan kulit dan membaiki kulit dari dalam. 

Memang terbaik untuk mengurangkan kesan kulit mengelupas dan kekeringan kulit akibat sunburn

Boleh guna 2 kali sehari pada seluruh tubuh untuk hasil yang lebih bagus.

Kulit jenis normal juga boleh guna tau.

Body lotion untuk kulit kering dan bersisik
AVEENO Daily Moisturizing Lotion
Aveeno
AVEENO Daily Moisturizing Lotion With Broad Spectrum SPF15
mulai
RM13.10
Semak AVEENO Daily Moisturizing Lotion harga dibawah:
add_circle Tidak rasa berminyak
add_circle Melindungi kulit kering
add_circle Diuji secara dermatologi
add_circle Melembutkan kulit
remove_circle Tidak berbau wangi

Losyen pelembap harian ini telah terbukti secara klinikal boleh melegakan dan melembapkan kulit kering untuk tempoh penuh 24 jam. 

Kandungannya mengandungi oatmeal semula jadi dan emollients untuk memastikan kulit penggunanya kekal lembap. 

Selain itu, cepat meresap ke dalam kulit dan ia tidak menyebabkan pori-pori tersumbat. 

Paling penting, produk Aveeno boleh beri kelegaan sementara pada kulit anda yang bersisik, merekah dan rengsa akibat kekeringan.

Body lotion untuk kulit kering dan kusam
Sebamed Moisturizing Body Lotion
Sebamed
mulai
RM23.30
Semak Sebamed Moisturizing Body Lotion harga dibawah:
add_circle Meredakan dan melembutkan kulit
add_circle Formula tidak berminyak & cepat meresap
add_circle Hypo-allergenic
add_circle Sesuai untuk kulit sensitif, normal hingga berminyak
remove_circle Mempunyai bau ubat

Sebamed Moisturizing Body Lotion adalah penjagaan badan harian yang cepat meresap, memberikan kelembapan, menyejukkan, dan menenangkan kulit. 

Khas untuk kulit normal, losyen badan dengan pH 5.5 ini menggalakkan fungsi penghalang semula jadi mantel asid kulit dan mengandungi Chamomile serta Allantoin yang melembapkan kulit sensitif, meredakan, dan menjadikannya lebih lembut.

Sesuai untuk digunakan selepas mandi, selepas terdedah kepada matahari, dan selepas aktiviti sukan pada kulit yang bersih dan kering. 

Losyen ini tidak berminyak atau melekit dan telah diuji oleh dermatologi, boleh buatkan kulit anda lebih lembut dan gebu.

Body lotion terbaik untuk kulit sangat kering
NIVEA Body Lotion - Repair & Care (For Very Dry Skin)
Nivea
NIVEA Body Lotion - Repair & Care (For Very Dry Skin)
mulai
RM20.20
Semak NIVEA Body Lotion - Repair & Care (For Very Dry Skin) harga dibawah:
add_circle Tidak melekit
add_circle Kaya dengan vitamin E
add_circle Melembapkan kulit hingga 48 jam
add_circle Elak kehilangan kelembapan kulit
remove_circle Harga sedikit mahal

Losyen dengan tekstur seperti susu jenama Nivea ini diformulasikan khas untuk yang mengalami masalah kulit terlampau kering. 

Ini kerana mengandungi minyak avocado, Intense Moisture Serum dan dexpanthenol yang menguatkan lapisan perlindungan kulit. 

Jika digunakan dengan konsisten selama 2 minggu, anda dapat rasai keberkesanannya di mana kulit lebih selesa dan tiada lagi ketegangan hingga 72 jam.

paling best, tekstur losyen ini tidak melekit dipakai pada kulit dan membuatkan anda lebih selesa selepas memakainya.

Body lotion untuk kulit kering dan sensitif
Vaseline Intensive Care Body Lotion Advance Strength
Vaseline
vaseline lotion
mulai
RM17.60
Semak Vaseline Intensive Care Body Lotion Advance Strength harga dibawah:
add_circle Melegakan kulit stres
add_circle Tidak berminyak
add_circle Mengunci kelembapan kulit
add_circle Terdapat Vaseline Jelly & glycerin
remove_circle Tekstur sedikit melekit

Produk keluaran Vaseline ini boleh membaiki kulit kering yang degil kerana dapat menjadikan kulit lebih lembap dalam masa 5 hari jika digunakan dengan konsisten. 

Bukan itu sahaja, turut melembutkan dan menyihatkan kulit di seluruh tubuh termasuk tangan dan siku yang kasar dan merekah. 

Bahan yang terkandung dalam losyen ini akan meresap jauh ke dalam kulit untuk membentuk lapisan perlindungan. 

Yang penting, sesuai digunakan pada kulit sensitif dan rengsa sekaligus mengurangkan tompokan kering pada kulit. 

Body lotion untuk kulit kering dan gatal
Linola Lotion - For Dry and Sensitive Skin
Linola Lotion 200ml - For Dry and Sensitive Skin
mulai
RM75.44
Semak Linola Lotion - For Dry and Sensitive Skin harga dibawah:
add_circle Melindungi kulit kering
add_circle Kulit jadi lembut semula
add_circle Untuk badan & wajah
add_circle Boleh dipakai hari-hari
remove_circle Harga mahal

Bagi ibu bapa yang cari losyen untuk kulit kering yang sesuai untuk dewasa dan bayi, boleh pilih produk Jerman jenama Linola ini. 

Losyen ini boleh menjana semula kulit yang kering dan berkesan untuk melegakan kegatalan serta mengurangkan ketegangan kulit. 

Dengan kandungan linoleic acid, losyen ini boleh membaiki semula lapisan perlindungan kulit. 

Jangan risau, keberkesanannya telah diuji secara dermatologi dan terbukti cepat meresap ke dalam kulit.

Lotion untuk kulit kering bayi
QV Baby Skin Lotion
QV Baby Skin Lotion (250ml)
mulai
RM34.90
Semak QV Baby Skin Lotion harga dibawah:
add_circle pH seimbang
add_circle Tidak merengsakan kulit
add_circle Boleh diguna setiap hari
add_circle Sesuai juga untuk kulit sensitif
remove_circle Tiada bau wangi

Losyen ini diformulasikan khas untuk bayi ini boleh disapu pada wajah dan badan si comel.

Tak perlu risau kerana bahan yang terkandung telah diluluskan oleh KKM. 

Bukan hanya berkesan untuk melegakan kulit kering si comel, malah bagus untuk kurangkan kegatalan dan kulit yang mengelupas. 

Ini kerana kandungannya mengandungi Vitamin B3 untuk membantu melindungi kulit dan boleh memberikan tubuh bayi kelembapan 24 jam. 

Paling best, tekstur losyen ini tidak berminyak apabila disapu pada kulit. 

Body lotion untuk kulit kering dengan spf
NIVEA Body Lotion - Intensive Moisture SPF15
NIVEA
NIVEA Body Lotion - Intensive Moisture SPF15
mulai
RM21.52
Semak NIVEA Body Lotion - Intensive Moisture SPF15 harga dibawah:
add_circle Kulit lebih lembut selama 48 jam
add_circle Menyerikan & melicinkan kulit
add_circle Mengandungi minyak Avocado
add_circle Cepat meresap
remove_circle Harga sedikit mahal

Kualiti produk Nivea memang terbaik dan tak perlu diperdebatkan lagi. 

Kali ini losyen Nivea lengkap dengan perlindungan matahari SPF15 dimana dapat melindungi kulit anda dari sinaran matahari yang berbahaya. 

Dalam masa yang sama dapat mengurangkan masalah kulit kasar akibat kekeringan kulit.

Diformulasikan dengan Vitamin E dan NIVEA Deep Moisture Essence, losyen ini sesuai untuk kegunaan harian. 

Sapu losyen ini pada seluruh tubuh termasuklah tangan dan kaki supaya kulit lembap seluruh badan.

Body lotion untuk kulit kering dan ekzema
Dermsolve Lotion
VK
VK_Dermsolve_Lotion_100ml
mulai
RM49.80
Semak Dermsolve Lotion harga dibawah:
add_circle Tidak melekit & cepat meresap
add_circle Bau wangi
add_circle Sesuai untuk kulit sensitif
add_circle Memperbaiki & melembapkan kulit
add_circle Melegakan kulit gatal
remove_circle Sukar untuk didapatkan di pasaran

Kulit anda rasa gatal-gatal, kering, kemerahan dan tidak selesa?

Dengan tekstur ringan, tidak melekit dan cepat meresap, Dermsolve lotion dari jenama VK boleh melembapkan semula kulit anda dengan mengunci kelembapan.

Selain itu, produk ini boleh melegakan masalah kulit gatal, membaiki dan mengembalikan kulit yang rosak secara semula jadi serta menjaga kesihatan kulit anda.

Bila pakai, memang rasa sejuk dan berangin je sebab ada menthol dalamnya, jadi sangat sesuai guna lepas mandi atau ketika cuaca panas terik.

Jangan risau, kebanyakan review body lotion untuk kulit kering menyatakan produk ini benar-benar berkesan untuk mengatasi masalah kulit kering, gatal dan menjadikan kulit lebih lembut.

Lotion untuk kulit kering yang ringan
HADA LABO Hydrating Lotion (Light)
hada labo hydrating lotion
mulai
RM69.50
Semak HADA LABO Hydrating Lotion (Light) harga dibawah:
add_circle Tekstur ringan
add_circle Bebas pewangi, minyak mineral, alkohol & paraben
add_circle Mengandungi 4 Jenis Asid Hyaluronik (HA)
remove_circle Sedikit melekit

Hada Labo Hydrating Lotion (Light) adalah pilihan terbaik untuk kulit normal, kombinasi dan berminyak kerana teksturnya yang ringan.

Dengan 4 Jenis Asid Hyaluronik (HA) dalam pelbagai saiz molekul, produk ini memberikan kelembapan sepenuhnya dari permukaan kulit hingga ke lapisan dalam, menjadikan kulit lebih lembut, licin, dan berseri.

Kandungan Ceramide membentuk lapisan penghalang yang menjaga kelembapan kulit, menguatkan penghalang semula jadi kulit dan melindungi dari kehilangan kelembapan.

Amino Asid pula meresap dengan mudah ke dalam kulit, menyediakan lapisan lembap yang mendalam untuk memastikan kulit bersedia menerima manfaat produk penjagaan kulit seterusnya.

Produk ini rendah iritasi, bebas daripada wangi, minyak mineral, alkohol, pewarna, dan paraben.

Cara penggunaan mudah – gunakan dua kali sehari selepas membersihkan wajah dan sapukan dengan lembut.

Body lotion untuk kulit kering dan pecah-pecah
Kiehl's Creme de Corps
kiehls-body-lotion-creme-de-corps
mulai
RM135.00
Semak Kiehl's Creme de Corps harga dibawah:
add_circle Tidak berminyak
add_circle Sesuai untuk semua jenis kulit
add_circle Melembapkan dan membantu memperbaiki tekstur kulit
remove_circle Sedikit mahal

Digemari sejak 1980-an, losyen badan jenama Kiehls sesuai untuk semua jenis kulit, terutamanya kulit kering. 

Mengandungi Mentega Koko, Beta-Karotena, Shea Butter dan Squalane sebagai bahan utama, produk ini melembapkan kulit kering, membantu memperbaiki penampilan kulit, dan meningkatkan penghalang kulit.

Formula ini bebas dari paraben, minyak mineral, pewangi sintetik, dan pewarna serta dibungkus menggunakan 30% bahan kitar semula.

Walaupun harganya sedikit mahal, produk ini memberikan kelembapan berpanjangan, dan meninggalkan kulit lebih licin dan lembut. 

Sapukan selepas mandi atau bila-bila masa, sekerap yang perlu.

Body lotion untuk kulit kering dan normal
Cerave Daily Moisturising Lotion
cerave daily moisturizing lotion
mulai
RM75.00
Semak Cerave Daily Moisturising Lotion harga dibawah:
add_circle Mengandungi asid hyaluronik dan ceramides
add_circle Tidak mengandungi minyak dan pewangi
add_circle Memulihkan penghalang kulit
add_circle Membantu mengekalkan kelembapan semula jadi kulit
remove_circle Harga sedikit mahal

Cerave Daily Moisturising Lotion adalah pelembap ringan dan bebas minyak yang membantu menghidratkan kulit dan memulihkan penghalang semula jadi kulit. 

Diformulasikan dengan 3 jenis ceramides penting yang bekerjasama untuk mengekalkan kelembapan kulit dan membantu mengembalikan penghalang perlindungan kulit.

Dengan menggunakan Teknologi MVE, produk ini memberikan kelembapan selama 24 jam. Kini, kulit rasa lebih selesa dan lembut.

Paling penting, produk ini dibangunkan oleh pakar dermatologi dan diterima oleh Persatuan Ekzema Kebangsaan.

Jadi, jika anda mencari pelembap harian yang ringan dan efektif, ini adalah pilihan yang bagus!

Body lotion untuk kulit gatal
Suu Balm Rapid Itch Relief Moisturizer
Suu_Balm_Rapid_Itch_Relief_Moisturiser_75ml350ml
mulai
RM50.00
Semak Suu Balm Rapid Itch Relief Moisturizer harga dibawah:
add_circle Boleh mengurangkan kegatalan
add_circle Rasa sejuk bila kena kulit
add_circle Bebas steroid dan paraben
add_circle Melembapkan, menambah dan melindungi penghalang kulit
add_circle Ringan dan tidak melekit
remove_circle Kurang melembapkan

Perlukan produk penjagaan kulit untuk menghentikan rasa gatal yang sesuai untuk kulit sensitif? Dapatkan je Suu Balm Lotion. 

Produk ini memberikan kelembapan mendalam dan melegakan gatal kulit kering dalam masa 5 minit, sambil memberikan kesan sejuk. 

Turut mengandungi ceramide untuk melembapkan, menggantikan, dan melindungi penghalang kulit.

Jangan risau, ia juga ringan, bebas dari pewangi, paraben dan tidak melekit untuk penggunaan kerap.

Body lotion untuk kulit sangat kering
Dermal Therapy Very Dry Skin Lotion
dermal therapy
mulai
RM66.55
Semak Dermal Therapy Very Dry Skin Lotion harga dibawah:
add_circle Tidak berminyak & cepat meresap
add_circle Memberikan kelembapan kulit selama 24 jam
remove_circle Tidak boleh guna pada kulit luka

Dermal Therapy Very Dry Skin Lotion mengandungi 10% Urea, 1% Dimethicone, dan Vitamin E dalam gabungan emolien dan sebagai agen penjagaan kulit. 

Ia tidak berminyak, cepat meresap, dan sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit sangat kering dan gatal. 

Selain itu, losyen badan ini memberikan kelembapan kulit selama 24 jam dan disarankan untuk melakukan patch test sebelum penggunaan.

Ideal untuk digunakan sebagai pelembap setiap hari di seluruh badan.


Bagaimanakah Cara Untuk Mengatasi Kulit Kering Melampau? 

Kulit akan menjadi kering melampau akibat tidak mendapat kelembapan yang secukupnya.

Selalunya masalah ini tidaklah terlalu serius namun ia boleh menyebabkan kerengsaan. 

Jadi, ikuti cara-cara berikut untuk mengatasi kulit kering. 

  • Pakai minyak kelapa sebagai pelembap.
  • Elakkan mandi dengan air panas sebaliknya, mandi dengan air suam.
  • Mandi menggunakan produk yang mengandungi oatmeal.
  • Guna sabun mandi & syampu yang sesuai dengan kulit (pilih yang tiada pewangi).
  • Pakai sarung tangan ketika membuat kerja-kerja rumah seperti membasuh pinggan.
  • Jangan lupa untuk mandi dan pakai pelembap selepas berenang di kolam kerana klorin boleh mengeringkan kulit.
  • Makan makanan yang kaya dengan antioksidan contohnya, tomato dan lobak merah.

Anda juga boleh tonton video di bawah untuk tip lebih banyak.


Mana Lagi Bagus? Krim Pelembap Atau Losyen? 

Kedua-dua produk losyen dan krim pelembap berfungsi untuk melembapkan dan melembutkan kulit. 

Losyen selalunya ada kandungan air yang lebih tinggi daripada krim dan ini menjadikan losyen lebih ringan daripada krim, tidak melekit dan cepat meresap ke dalam kulit.

Jadi, produk berkenaan sesuai untuk kulit normal dan kering yang tidak terlalu teruk.

Namun, untuk anda yang memiliki masalah kulit yang teramat kering disarankan untuk guna krim dengan konsisten sebab boleh menghidratkan kulit lebih baik daripada losyen. 

Apa pun, kedua-duanya tetap bagus dan pilihan adalah di tangan anda. 

Boleh dapatkan nasihat pakar atau doktor yang bertauliah jika tetap was-was.


Apakah Vitamin Terbaik Untuk Kulit Kering?

Kulit kering adalah masalah yang kerap dihadapi oleh ramai orang. Namun, ia boleh diatasi dengan mengambil vitamin yang betul.

Salah satu vitamin yang terbaik untuk kulit kering adalah Vitamin E.

Vitamin E membantu dalam mengekalkan kelembapan kulit dan juga membantu dalam pemulihan kulit yang rosak.

Ia juga membantu dalam melindungi kulit dari sinaran UV dan mengurangkan keradangan kulit.

Selain Vitamin E, anda juga boleh mencari produk yang mengandungi Vitamin A dan C.

Ini kerana kedua-dua vitamin ini juga membantu dalam mengekalkan kelembapan kulit dan melindungi kulit dari radikal bebas.

Jangan lupa untuk sentiasa menjaga kulit anda dengan cara yang sihat, seperti mengelakkan mandian yang terlalu kerap atau menggunakan sabun yang kuat, dan juga sentiasa memakai pelindung matahari.


Apakah Cara Yang Disyorkan Oleh Pakar Dermatologi Untuk Kulit Yang Sangat Kering?

Beberapa cara yang disyorkan oleh pakar dermatologi untuk mengatasi kulit kering yang sangat kering adalah:

  • Memakai pelembap yang tepat selepas mandi untuk melembapkan kulit dengan baik.
  • Memakai pelembap yang mengandungi minyak almond atau minyak kelapa.
  • Menghindari mandian air panas yang terlalu panas atau mandi terlalu lama.
  • Menghindari sabun yang mengandungi alkohol atau bahan kimia yang keras.
  • Melindungi kulit dari cahaya matahari yang berlebihan dan gunakan pelindung matahari.
  • Menjaga diet yang seimbang, makan vitamin tambahan dan minum air secukupnya.
  • Mendapatkan konsultasi dengan doktor kulit jika masalah kulit kering anda semakin teruk.

Apa Yang Perlu Cari Dalam Losyen Badan Untuk Kulit Kering?

Anda pasti tahu betapa susahnya menjaga kulit kering, bukan? Kulit terasa ketat dan tidak selesa, kadang-kadang terasa gatal pula. 

Untuk mengatasinya, anda memerlukan losyen badan yang betul-betul sesuai dengan keperluan kulit kering.

Antara perkara utama yang perlu diberi perhatian termasuklah kehadiran bahan semula jadi yang mempunyai sifat pelembap seperti shea butter, virgin coconut oil dan oat extract

Bahan-bahan organik ini mampu membantu melembapkan kulit kering dengan berkesan tanpa mengakibatkan iritasi atau kerengsaan pada kulit. 

Selain itu, carilah losyen yang mengandungi komposisi ceramide dan hyaluronic acid.

Ini kerana ceramide membantu untuk memperkukuh lapisan terluar kulit atau skin barrier dan mengekalkan kelembapan kulit.

Hyaluronic acid pula berfungsi sebagai agen semula jadi yang mampu menarik dan mengunci air di dalam lapisan kulit. 

Di samping itu, elakkan losyen yang mengandungi bahan kimia, pewangi, sodium lauryl sulfate dan parabens yang boleh merengsakan kulit.

Akhir sekali, pilih losyen yang bukan sahaja melembapkan malah mampu merawat kulit kering dalam jangka masa panjang supaya kulit anda sentiasa lembap, halus dan sihat.


Bolehkah Menggunakan Losyen Badan Yang Sama Pada Wajah?

Adakah anda pernah terfikir untuk menggunakan losyen badan yang sama pada wajah? 

Mungkin anda malas atau sedang menjaga bajet untuk membeli produk penjagaan kulit wajah yang berbeza, atau anda rasa losyen badan anda sudah cukup lembut untuk digunakan pada wajah juga.

Walaupun kedua-duanya memerlukan kelembapan, kulit wajah lebih sensitif dan nipis berbanding kulit badan. 

Oleh itu, kebanyakan pakar kulit tidak mengesyorkan penggunaan losyen badan yang sama ke atas wajah.

Ini kerana walaupun kulit badan dan wajah sama-sama memerlukan kelembapan, kedua-duanya sebenarnya mempunyai ciri-ciri dan keperluan yang berbeza. 

Selain itu, menggunakan losyen badan yang sama pada wajah boleh menyebabkan iritasi, kerengsaan dan jerawat.

Bahan-bahan seperti pewangi, pewarna, dan sodium lauryl sulfate dalam losyen badan boleh mengeringkan kulit wajah

Malah, tekstur losyen badan juga agak tebal berbanding produk penjagaan kulit wajah. Ini boleh menyumbat liang pori dan menyebabkan jerawat.

Jadi, lebih baik anda gunakan produk yang direka khas untuk wajah, seperti pelembap atau moisturizer yang mengandungi bahan yang lebih selamat dan sesuai untuk kulit wajah sensitif. 


Bolehkah Menggunakan Minyak Semula Jadi Seperti Minyak Kelapa Atau Minyak Zaitun Sebagai Gantian Kepada Losyen Badan?

Ramai yang gemar menggunakan minyak semula jadi seperti minyak kelapa dan minyak zaitun sebagai pengganti kepada losyen badan.

Adakah cara ini berkesan dan selamat?

Menurut pakar dermatologi, penggunaan minyak pada kulit boleh memberikan beberapa manfaat. 

Minyak kelapa dan minyak zaitun kaya dengan Vitamin E dan asid lemak yang baik untuk kesihatan kulit. Namun, perlu digunakan dengan berhati-hati.

Kebanyakan minyak ini mempunyai molekul besar yang boleh menyumbat liang roma jika digunakan secara berlebihan. 

Oleh itu, gunakan 2-3 titik minyak sahaja pada kulit yang masih lembap selepas mandi. 

Elakkan penggunaan terlalu banyak minyak terutama di bawah matahari kerana ia boleh meningkatkan risiko oksidasi dan kerosakan kulit.

Secara amnya, kombinasi minyak dengan losyen atau pelembap adalah lebih baik.

Ini memastikan kulit lebih lembap dan perlindungan dari bahan-bahan lain dalam losyen atau pelembap. 


Adakah Perlu Exfoliate Kulit Sebelum Menggunakan Losyen Badan Untuk Kulit Kering?

Menurut pakar kulit, exfoliate kulit secara berkala boleh membantu menyingkirkan sel-sel kulit mati supaya losyen dapat diserap dengan lebih baik.

Namun, ini perlu dilakukan dengan berhati-hati kerana exfoliate yang terlalu kerap boleh merengsakan kulit kering. Secara amnya, kulit kering hanya perlu exfoliate seminggu sekali menggunakan bahan lembut seperti scrub atau kain lembap.

Elakkan penggunaan bahan kasar atau scrub kimia yang boleh merangsang lagi kulit kering.

Selepas exfoliate, pastikan kulit disejukkan dengan kompres yang dilembapkan, diikuti dengan penggunaan losyen atau pelembap yang tebal.

Ini untuk mengekalkan tahap kelembapan kulit selepas proses exfoliate.

Pakar juga menasihatkan untuk hanya melakukan exfoliate jika perlu sahaja, dan fokuskan kepada penggunaan losyen yang sesuai serta pelembap yang kerap.

Kebersihan dan kelembapan yang konsisten adalah kunci utama dalam merawat kulit kering.


Artikel Berkaitan 

End of Article