Kecantikan

10 Pencuci Muka Terbaik Dari Drugstore, Kualiti Setanding Yang Mahal

Langkah utama dalam rutin skincare harian sepatutnya pembersihan muka. Ini senarai pencuci muka terbaik dari drugstore/farmasi seperti Guardian & Watsons.


Editor · Updated 15 May 2020

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

10 Pencuci Muka Terbaik Dari Drugstore, Kualiti Setanding Yang Mahal

Bagaimanakah cara memilih pencuci muka yang bersesuaian dengan jenis kulit? 

Jika anda inginkan kulit wajah yang cantik, sihat dan menawan, jadikan langkah membersih muka sebagai langkah utama dalam rutin skincare harian anda. Tetapi, anda haruslah ketahui jenis kulit wajah terlebih dahulu ya sebelum memilih pencuci muka yang sesuai.

Bila dah tahu jenis kulit barulah anda boleh pilih produk mana sesuai dengan kulit anda. Nah, kami sediakan sedikit info bagi mengetahui jenis kulit anda:

Kandungan

Yang penting, elakkan guna pencuci muka yang mengandungi bahan kimia merbahaya seperti merkuri, alkohol, paraben, mineral, pewangi, pewarna tiruan dan berasid. Pencuci muka jenis ini, selamat dipakai untuk semua jenis kulit.

Ayuh lihat senarai dibawah untuk info lebih lanjut tentang pencuci muka yang sesuai dengan kulit wajah anda;

Pencuci muka mengandungi anti-oksidan, murah untuk dimiliki 1 daripada 9
Garnier Pure Active Matcha De-Tox Deep Clean Foam
Partnership with Garnier
Dari RM13.52

Pencuci muka terkemuka dari Garnier ini bertindak dengan pantas bagi membersih serta menghapuskan sisa minyak dan kotoran yang tersumbat jauh di dasar kulit. Dengan kandungan Matcha dan anti-oksida yang tinggi, Garnier Pure Active Pollution & Oil Deep Control ini juga membantu dalam mencegah jerawat dengan mengurangkan bakteria yang disebabkan oleh habuk dan pencemaran alam sekitar. 

Anda kini bebas melakukan apa jua aktiviti luar dengan penuh yakin!

Pencuci muka untuk mencerahkan kulit wajah (whitening) 2 daripada 9
Wardah White Secret Facial Wash with AHA (100ml)
Partnership with Wardah
Dari RM12.40
Mengandungi AHA (Alpha Hydroxy Acid)
Tiada masalah kulit kusam
Kulit wajah akan terasa tegang sementara
3 lagi
Melembutkan kulit wajah
Liang pori tidak tersumbat lagi
Bau wangian yang agak kuat

Wardah White Secret Facial Wash ini membantu menghapuskan sisa kotoran degil yang melekat pada lapisan luar dan dalaman kulit wajah. Dengan kandungan bahan surfaktan yang ringan, produk halal dari Wardah ini akan membuatkan kulit anda terasa lebih gebu dan lembut bak sutera. Kulit semakin cerah, tiada lagi masalah pigmentasi. Pembersih muka ini juga berkesan untuk menutup liang pori terbuka.

Pencuci muka sesuai untuk remaja
Pencuci muka sesuai untuk kulit remaja cenderung berminyak 3 daripada 9
OXY Whitening Oil Control Wash (100g)
Partnership with OXY
Dari RM13.94
Kulit tidak berasa kering setelah cucian
Mencerahkan kulit
Mengandungi pewangi

Buat anda para remaja yang sedang mengenali dunia kecantikan wajah, nah, Oxy Pure White Wash adalah produk terbaik buatmu! Ianya mengandungi asid Hyaluronik dan ekstrak daun Aloe Barbadensis yang mampu mengekalkan penghidratan kulit wajah sepanjang hari. Tekstur di dalamnya juga dihasilkan bersama bahan-bahan segar untuk mencerahkan kulit wajah, agar nampak lebih berseri! Produk ini sesuai buat yang memiliki kulit cenderung minyak.

Cetaphil Gentle Skin Cleanser (250ml)
Pencuci muka untuk kulit sensitif, elak irritasi dan kulit meradang 4 daripada 9
Cetaphil Gentle Skin Cleanser (250ml)
Partnership with Cetaphil
Dari RM45.80
pH seimbang
Melembabkan kulit
Harga mahal
3 lagi
Tidak merengsakan
Tidak memedihkan mata
Boleh digunakan walaupun tanpa air

Cetaphil Gentle Skin Cleanser ini direka dengan khusus untuk menjaga dan menenangkan kulit sensitif. Formulanya yang ringan, tidak akan menyebabkan irritasi atau keradangan. Ia juga membantu dalam mengekalkan kesegaran serta mengawal pengeluaran minyak yang berlebihan. Pencuci muka Cetaphil ini semestinya menjadi pilihan terbaik buat anda yang memiliki kulit sensitif. Cubalah hari ini!

Pencuci muka dengan kandungan Aloe Vera semula jadi 5 daripada 9
MISEOUL Aloe Vera Cleansing Foam
Partnership with
Dari RM28.20

Miseoul Aloevera Cleansing Foam, mengandungi 99% kepekatan Aloe Vera yang dikenali sebagai "Keajaiban Tanaman". Kalau anda nak tahu, ekstrak Aloe Vera ni memang sangat berkesan dalam melegakan ketegangan kulit, terutama selepas pendedahan matahari. Jadi, pembersih muka ini dapat menyegarkan dan menghidupkan semula kualiti kulit selepas pendedahan matahari. Berformula oil-based, ianya tidak membuatkan kulit wajah terasa melekit.

Himalaya Herbals Clear Complexion Whitening Face Wash
Pencuci muka dari Watsons yang bagus untuk memudarkan parut jeragat 6 daripada 9
Himalaya Herbals Clear Complexion Whitening Face Wash (150ml)
Partnership with Himalaya Herbals
Dari RM29.36
Mencerahkan kulit
Pembersihan mendalam untuk kulit berminyak
Tidak sesuai untuk kulit kering
2 lagi
Aroma wangian floral
Kulit akan menjadi 'flakey' dan tegang

Pencuci muka Himalaya ini sangat berkesan untuk mengeliminasi bintik-bintik gelap, membersih kulit dan menghapuskan sisa kotoran yang tersumbat untuk penghasilan kulit yang lebih bersinar, berseri, dan licin. Ianya mengandungi bunga safron dapat menghapuskan tompok hitam yang ketara. Ekstrak Licorice di dalamnya pula mengawal sintesis melanin untuk memulihkan kecerahan semulajadi di dalam kulit anda.

Hada Labo Premium Whitening Face Wash
Pencuci muka untuk kulit kusam, menyingkirkan kotoran 7 daripada 9
Hada Labo Premium Whitening Face Wash
Partnership with Hada Labo
Dari RM31.51
Mengandungi Niacinamide
Bebas pewangi
Boleh menyebabkan alergik

Produk terkenal Hada Labo ini membersih dengan lembut dan berkesan menghilangkan kotoran yang tersumbat jauh di dasar kulit. Diperkaya dengan Arbutin & ekstrak tumbuhan segar untuk mengembalikan keseimbangan pH. Ramuan yang terdapat di dalamnya bertujuan untuk menjaga kulit anda dari polusi alam sekitar yang menyebabkan kekusaman dan kekotoran. Gunakan dua kali sehari, pada waktu siang dan malam.

eucerin pro acne gel
Pencuci muka dari Watsons berkesan untuk menghapuskan kesan jerawat 8 daripada 9
EUCERIN Pro-Acne Solution Cleansing Gel (200ml)
Partnership with Eucerin
Dari RM44.18
Kecilkan liang pori
Menghalang pertumbuhan jerawat
Kadar efektif agak lambat berbanding pencuci lain
3 lagi
Menghapus whitehead & blackhead
Sesuai untuk kulit super sensitif
Tidak sesuai untuk kulit kering melampau

Diuji secara klinikal, produk bersifat non-comedogenic ini amat sesuai untuk yang menghadapi masalah pada kulit wajah seperti jerawat dan jeragat. Tambahan pula, Eucerin Pro-Acne Solution Cleansing Gel ini turut mengandungi 6% Ampho-Tensides bagi menghapuskan segala sisa kotoran dan solekan serta menghalang penghasilan sebum berlebihan. Katakan selamat tinggal pada kesan parut yang mengganggu keterampilan anda!

Terbaik untuk kulit kombinasi
Pencuci muka terbaik untuk kulit kombinasi bebas alkali 9 daripada 9
Sebamed Facial Cleanser for Oily and Combination Skin (150ml)
Partnership with Sebamed
Dari RM52.10
Bebas alkohol
Bacaan pH 5.5
Harga sedikit mahal
3 lagi
100% bebas sabun
Dapat mencuci liang pori
Mampu melawan jerawat dan blackheads

Pencuci muka Sebamed for Oily and Combination Skin ini merupakan produk berkualiti tinggi, sesuai untuk anda yang mempunyai kondisi kulit berminyak atau cenderung kombinasi. Bebas alkali serta pewangi dan pewarna tiruan, pembersih muka ini sangat berkesan dalam mencuci sisa kotoran dan minyak yang tersumbat. Kini, anda tidak perlu bimbang tentang bagaimana mahu mengecilkan kesan pori di pipi.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!

Lagi daripada ProductNation