Bagaimanakah cara memilih pencuci muka yang bersesuaian dengan jenis kulit?Â
Jika anda inginkan kulit wajah yang cantik, sihat dan menawan, jadikan langkah membersih muka sebagai langkah utama dalam rutin skincare harian anda. Tetapi, anda haruslah ketahui jenis kulit wajah terlebih dahulu ya sebelum memilih pencuci muka yang sesuai.
Bila dah tahu jenis kulit barulah anda boleh pilih produk mana sesuai dengan kulit anda. Nah, kami sediakan sedikit info bagi mengetahui jenis kulit anda:
Yang penting, elakkan guna pencuci muka yang mengandungi bahan kimia merbahaya seperti merkuri, alkohol, paraben, mineral, pewangi, pewarna tiruan dan berasid. Pencuci muka jenis ini, selamat dipakai untuk semua jenis kulit.
Ayuh lihat senarai dibawah untuk info lebih lanjut tentang pencuci muka yang sesuai dengan kulit wajah anda;

Pencuci muka terkemuka dari Garnier ini bertindak dengan pantas bagi membersih serta menghapuskan sisa minyak dan kotoran yang tersumbat jauh di dasar kulit. Dengan kandungan Matcha dan anti-oksida yang tinggi, Garnier Pure Active Pollution & Oil Deep Control ini juga membantu dalam mencegah jerawat dengan mengurangkan bakteria yang disebabkan oleh habuk dan pencemaran alam sekitar.Â
Anda kini bebas melakukan apa jua aktiviti luar dengan penuh yakin!

Wardah White Secret Facial Wash ini membantu menghapuskan sisa kotoran degil yang melekat pada lapisan luar dan dalaman kulit wajah. Dengan kandungan bahan surfaktan yang ringan, produk halal dari Wardah ini akan membuatkan kulit anda terasa lebih gebu dan lembut bak sutera. Kulit semakin cerah, tiada lagi masalah pigmentasi. Pembersih muka ini juga berkesan untuk menutup liang pori terbuka.

Buat anda para remaja yang sedang mengenali dunia kecantikan wajah, nah, Oxy Pure White Wash adalah produk terbaik buatmu! Ianya mengandungi asid Hyaluronik dan ekstrak daun Aloe Barbadensis yang mampu mengekalkan penghidratan kulit wajah sepanjang hari. Tekstur di dalamnya juga dihasilkan bersama bahan-bahan segar untuk mencerahkan kulit wajah, agar nampak lebih berseri! Produk ini sesuai buat yang memiliki kulit cenderung minyak.

Cetaphil Gentle Skin Cleanser ini direka dengan khusus untuk menjaga dan menenangkan kulit sensitif. Formulanya yang ringan, tidak akan menyebabkan irritasi atau keradangan. Ia juga membantu dalam mengekalkan kesegaran serta mengawal pengeluaran minyak yang berlebihan. Pencuci muka Cetaphil ini semestinya menjadi pilihan terbaik buat anda yang memiliki kulit sensitif. Cubalah hari ini!

Miseoul Aloevera Cleansing Foam, mengandungi 99% kepekatan Aloe Vera yang dikenali sebagai "Keajaiban Tanaman". Kalau anda nak tahu, ekstrak Aloe Vera ni memang sangat berkesan dalam melegakan ketegangan kulit, terutama selepas pendedahan matahari. Jadi, pembersih muka ini dapat menyegarkan dan menghidupkan semula kualiti kulit selepas pendedahan matahari. Berformula oil-based, ianya tidak membuatkan kulit wajah terasa melekit.

Pencuci muka Himalaya ini sangat berkesan untuk mengeliminasi bintik-bintik gelap, membersih kulit dan menghapuskan sisa kotoran yang tersumbat untuk penghasilan kulit yang lebih bersinar, berseri, dan licin. Ianya mengandungi bunga safron dapat menghapuskan tompok hitam yang ketara. Ekstrak Licorice di dalamnya pula mengawal sintesis melanin untuk memulihkan kecerahan semulajadi di dalam kulit anda.

Produk terkenal Hada Labo ini membersih dengan lembut dan berkesan menghilangkan kotoran yang tersumbat jauh di dasar kulit. Diperkaya dengan Arbutin & ekstrak tumbuhan segar untuk mengembalikan keseimbangan pH. Ramuan yang terdapat di dalamnya bertujuan untuk menjaga kulit anda dari polusi alam sekitar yang menyebabkan kekusaman dan kekotoran. Gunakan dua kali sehari, pada waktu siang dan malam.

Diuji secara klinikal, produk bersifat non-comedogenic ini amat sesuai untuk yang menghadapi masalah pada kulit wajah seperti jerawat dan jeragat. Tambahan pula, Eucerin Pro-Acne Solution Cleansing Gel ini turut mengandungi 6% Ampho-Tensides bagi menghapuskan segala sisa kotoran dan solekan serta menghalang penghasilan sebum berlebihan. Katakan selamat tinggal pada kesan parut yang mengganggu keterampilan anda!

Pencuci muka Sebamed for Oily and Combination Skin ini merupakan produk berkualiti tinggi, sesuai untuk anda yang mempunyai kondisi kulit berminyak atau cenderung kombinasi. Bebas alkali serta pewangi dan pewarna tiruan, pembersih muka ini sangat berkesan dalam mencuci sisa kotoran dan minyak yang tersumbat. Kini, anda tidak perlu bimbang tentang bagaimana mahu mengecilkan kesan pori di pipi.
Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!