Keibubapaan

7 Breast Pump Untuk Ibu Yang Bekerjaya Dengan Kekangan Masa

Pam susu masa kini mudahkan kerja pam, kumpul & simpan susu ibu semasa ibu bekerja. Ini senarai breast pump elektrik & manual yang bagus untuk ibu bekerja.


Editor · 3 Oct 2019, 8:52pm

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

7 Breast Pump Untuk Ibu Yang Bekerjaya Dengan Kekangan Masa

Bagi ibu yang bekerjaya dan mempunyai anak kecil, susu badan adalah terbaik tambahan buat bayi baru lahir. Tetapi sebaik sahaja kembali ke tempat kerja, pasti membuat stok simpanan susu ibu menjadi lebih sukar.

Nah, apa kata gunakan breast pump untuk memberi susu yang terbaik buat si kecil? Breast pump masa kini yang ada di pasaran banyak memudahkan kerja-kerja pengepaman, pengumpulan dan penyimpanan susu ibu untuk bayi semasa ibu bekerja. 

Kandungan

Bagaimanakah cara hendak mencuci breast pump yang sudah kita gunakan di tempat kerja?  

Pertama, kenalpasti bahagian mana yang harus dicuci dan cara-cara untuk menanggalkan unit-unit tertentu daripada manual yang disertakan semasa membeli produk tersebut.  Cuci bahagian yang bersentuh dengan susu ibu sejurus selepas menggunakannya, gunakan air suam dan sabun untuk mencuci. 

Selepas pastikan semua bahagian telah dicuci, bilas dengan air panas selama 10 hingga 15 saat. Guna tisu bersih dan lap sehingga kering dan simpan dengan rapi. Pastikan anda tidak menggunakan kain tuala atau kain lap untuk mengelakkan bakteria dan kuman berpindah pada pump anda.

Jadi, anda masih mencari breast pump yang sesuai untuk ke pejabat? Senarai ini mungkin dapat membantu anda.

Breast pump yang murah dan berkualiti setanding harga mahal 1 daripada 7
REAL BUBEE Breastpump
Partnership with Real Bubee
Dari RM54
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Harga yang murah
Mudah dibasuh
Pergerakan terhad

Breast pump Real Bubee ini adalah pam elektrik menggunakan USB yang murah serta berfungsi dengan baik. Ianya mempunyai rekabentuk anti-gelungsur dan membolehkan ianya melekap pada badan semasa mengepam. Tidak mudah bocor dengan botolnya terkunci rapat semasa proses pengepaman. 

Pam Real Bubee ini menggunakan bahan-bahan mesra alam dan silikon yang dibenarkan dalam peralatan perubatan. Ianya selamat untuk digunakan.

Breast pump automatik, mengepam susu dengan pantas 2 daripada 7
MOMCOZY Electric Double Breastpump
Partnership with Momcozy
Dari RM149.99
Lihat harga di Shopee Malaysia

Breast pump Momcozy ini secara automatis akan dimulakan dengan mod urutan yang akan membantu merangsang penghasilan dan pengeluaran susu dengan mudah kemudian bertukar kepada mod pengepaman secara automatik. 

Para ibu boleh mengawal tahap pengepaman dari  tahap 1 hingga 16 dan pam ini juga mempunyai fungsi memory yang boleh menyimpan data tahap yang sering digunakan untuk kemudahan kegunaannya.

Breast pump manual yang mampu mengumpulkan susu seperti pam elektrik 3 daripada 7
MEDELA Harmony Single Breast Pump
Partnership with Medela
Dari RM255
Lihat harga di Shopee Malaysia

Breast pump Medela Harmony ini adalah antara pam susu manual yang premium di pasaran Malaysia. Buat ibu-ibu yang bekerja dan selalu berada di luar pejabat dan tidak mempunyai sumber elektrik, ianya pasti membantu anda untuk mengumpulkan susu apabila tiba waktu mengepam. 

Breast pump Medela ini dengan rekabentuk yang ergonomik serta tempat pemegan pamnya menggunakan teknologi 2-Phase Expression. Ianya mudah dikendali dan para ibu tidak perlu bersusah-payah untuk mengepam walaupun dalam bentuk manual tanpa bantuan mesin proses secara automatik.

Breast pump untuk ibu baru bersalin 4 daripada 7
AUTUMNZ Hybrid Duo Breast Pump
Partnership with Autumnz
Dari RM159
Lihat harga di Shopee Malaysia

Mempunyai mod mengurut dan mengepam, breast pump Autumnz ini menjalankan tugas mengepam susu dengan efektif dan efisien. Ia mempunyai 5 tahap urutan dan 9 tahap pengepaman yang boleh dipilih mengikut kesesuaian dan keselesaan ibu.

Mekanisme anti backflow yang ada dapat menghalang susu yang telah dikumpul dari dicemari dengan kuman dan bakteria. Ia juga mempunyai skrin sentuh LCD yang boleh digunakan pada waktu malam.

Breast pump elektrik yang mudah dibawa kemana-mana sahaja 5 daripada 7
SPECTRA M1 Double Breast Pump
Partnership with Spectra
Dari RM729.90
Lihat harga di Shopee Malaysia
Juga di Lazada Malaysia

Breast pump Spectra ini mempunyai dua belah pam dan kompak yang membolehkan ia mudah dibawa ke mana sahaja. Ia juga beroperasi dengan mode senyap dan sesuai digunakan di pejabat yang tertutup dan sunyi. Dengan memiliki kelajuan dan mode sedutan yang pelbagai, breast pump ini boleh diubah mengikut kesesuaian. 

Kuasa sedutan maksimum sehingga 300mmHg membuktikan breast pump Spectra ini antara yang terbaik di pasaran.

Breast pump untuk inverted nipple – mengepam susu dengan lebih mudah 6 daripada 7
Philips Avent Double Breast Pump
Partnership with Philips
Dari RM1,499
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia

Bagi para ibu yang mempunyai puting yang kecil atau inverted, pasti merasakan menyusu badan antara yang sukar yang hendak dilakukan, apatah lagi mengepam susu menggunakan mesin. Pamnya yang unik dan mempunyai kusyen lembut dengan efek urutan yang mimik seperti bayi sedang menyusu secara semulajadi dapat membantu anda untuk mengepam susu. 

Untuk kesan yang lebih baik, anda boleh memilih untuk menggunakan Power Cushion yang disertakan bersama dengan pam ini. Ringan, mudah dikendalikan dan tidak menghasilkan bunyi bising, breast pump ini dapat melakukan kerja dengan efisien.

Breast pump khas dari Korea untuk wanita yang punyai breast bersaiz besar 7 daripada 7
Haenim 7A Smart Breast Pump
Partnership with Haenim
Dari RM1,099
Lihat harga di Shopee Malaysia

Breast pump Haenim ini adalah barangan buatan Korea yang mudah digunakan. Dengan sistem tertutup semasa pengepaman, ianya dijamin selamat dan bersih. Kuasa baterinya boleh bertahan selama 3 jam dan anda boleh menggunakan hanya power bank untuk mengecasnya. Breast pump Haenim ini didatangi dengan 3 saiz corong yang berbeza mengikut kesesuaian payudara ibu. 

Selain itu, breast pump ini mempunyai aplikasinya tersendiri yang membolehkan ia merekod jadual sesi  pengepaman dan rutin anda serta jumlah susu yang dikumpul. Data ini membolehkan anda memantau jumlah susu anda dalam sesuatu masa.

Artikel Berkaitan

Lagi daripada ProductNation