Panduan & Idea Hadiah

36 Idea Hadiah Terbaik Untuk Suami Tercinta

Nak buat surprise hadiah untuk suami tapi tak tahu hadiah yang sesuai? Ini senarai idea hadiah untuk suami terutamanya sempena anniversary dan birthday.


Editor · Updated 6 Dec 2024

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

36 Idea Hadiah Terbaik Untuk Suami Tercinta

Mencari hadiah untuk pasangan terutamanya hadiah birthday untuk suami adalah satu cabaran kerana setiap mereka miliki minat yang berlainan.

Tapi orang perempuan tak perlu risau, ada beberapa jenis hadiah yang mungkin tak dijangka oleh pasangan anda yang akan buat mereka happy.

Kandungan

Kami akan kongsikan idea hadiah untuk suami, sama ada hadiah birthday sebagai surprise untuk suami, hadiah anniversary untuk suami atau hadiah bajet sempena hari bapa!

Tak perlu pening-pening fikir hadiah yang sesuai untuk lelaki, lihat je cadangan hadiah untuk lelaki di bawah ini.


Senarai 36 Hadiah Untuk Suami

Zikr Lite Bluetooth Smart Tasbih Digital Ring OLED Display
Hadiah untuk lelaki Islam 1 daripada 36
Zikr Lite Bluetooth Smart Tasbih Digital Ring OLED Display
Dari RM47.50
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia

Jika suami anda merupakan seorang lelaki yang penuh takwa dan sentiasa rajin berzikir, anda mungkin mahu berikan tasbih digital ini sebagai hadiah buat suami tercinta.

Tasbih digital ini mempunyai paparan OLED yang membolehkan suami anda melihat sudah berapa banyak zikir yang dibacakannya.

Selain itu, ia juga boleh disambungkan ke telefon menerusi aplikasi khas, membolehkan suami anda membuat tetapan jumlah zikir serta mendapat notifikasi waktu solat.

Menyerupai bentuk cincin, anda boleh pilih pelbagai warna menarik seperti hitam, cokelat, putih, graphitedark green atau silver, dan terus boleh digunakan oleh suami disamping kekal bergaya disarung pada jari.

Memang sangat bergaya dan bermanfaat buat suami anda, dan jika bateri habis boleh dicas dengan mudah.

Ms Glow For Men
Hadiah barang skincare untuk suami 2 daripada 36
MS Glow Men 3In1
Dari RM105
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia

Suami anda merupakan seorang lelaki moden yang mengutamakan penjagaan wajah? Belikan je set penjagaan wajah lelaki 3 dalam 1 ini.

Hadiah yang pasti akan membuatkan suami anda merasakan anda memahami kehendak dirinya.

Bagi setiap set penjagaan muka lelaki ini, anda akan dapat 1x Energizer Facial Wash, 1x Power Serum, dan 1x Energy Bright Cream.

Semua ini khas untuk penjagaan wajah suami anda, memang kekal handsome dan auto kacak selepas menggunakan set penjagaan muka ini.

Boleh juga belikan hadiah ini kalau anda mahukan suami anda nampak kacak, dengan mula menggunakan set penjagaan wajah lelaki.

Official authentic Mercedes-Benz All New Classic
Hadiah untuk suami simple 3 daripada 36
Official authentic Mercedes-Benz All New Classic
Dari RM41.20
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Tahan calar dan lasak
Jenis kanta polarized
Bukan unisex
2 lagi
Sesuai untuk mata silau
Rangka berkualiti tinggi

Kanta cermin mata ini mempunyai beberapa lapisan yang direka untuk menyekat dan menapis sinaran UV sebanyak 99.96%.

Sekaligus dapat memberi keselesaan mata dan mengurangkan keletihan mata apabila keadaan cuaca panas terik di Malaysia.

Disebabkan kanta yang digunakan polarized, jadi kanta ini tahan lasak, ringan, tahan calar dan memberi kejelasan optik yang tinggi.

Selain itu, rangka yang dibuat dengan aloi logam menjadikan cermin mata ini ringan dan kuat.

Malah, direka dengan kaki berengsel sprin dan pad hidung silikon boleh laras yang membuatkan anda jadi lebih selesa.

Memang sangat bergaya kalau cik suami pakai cermin mata ini, siap ada logo kereta mahal!

The North Face High Quality Outdoor Jacket Windproof & Waterproof
Hadiah jaket untuk suami 4 daripada 36
The North Face High Quality Outdoor Jacket Windproof & Waterproof
Dari RM45.90
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia

Hadiah paling mudah, belikan mereka jaket supaya boleh dipakai sewaktu naik motor untuk pergi kejra atau makan angin bersama anda!

Jangan risau, jenama The North Face yang kami cadangkan ini sesuai untuk semua saiz badan lelaki daripada S hingga ke 5XL dan selesa kerana menggunakan fabrik jenis polyester fiber.

Memang sangat sesuai untuk redah pelbagai cuaca, terutamanya ketika hujan dan angin kuat kerana ianya windproof dan juga waterproof.

Tapi sebelum beli, pastikan tahu saiz badan suami supaya jaket yang dipakai elok di badan ya!

Nike Air Zoom Pegasus 37 Running shoes
Hadiah untuk suami yang suka bersukan 5 daripada 36
Nike Air Zoom Pegasus Running Shoes
Dari RM138
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia

Memang seorang sebagai seorang isteri bila dpaat support minat suami, jadi sebab itu kalau ada hari istimewa kita akan hadiahkan sesuatu yang mereka minat.

Untuk suami yang kuat bersukan atau aktif jogging, anda boleh hadiahkan kasut sukan Nike ini.

Jangan risau ada pelbagai saiz yang sesuai mengikut saiz kaki suami anda.

Ianya sangat selesa dipakai dan tentunya akan meningkatkan lagi prestasi suami semasa bersukan atau bersenam.

Kalau anda mahu galakkan suami bersenam, boleh juga hadiahkan kasut sukan ini sebagai pembakar semangat suami.

Samsung Galaxy Z Flip5
Hadiah handphone untuk suami 6 daripada 36
Samsung Galaxy Z Flip5
Samsung
Dari RM4,499
Lihat harga di Lazada Malaysia
Menyokong rakaman video 4K
Hadir dengan kadar penyegaran 120Hz
Tiada audiojack
3 lagi
Cipset terbaik sesuai untuk gaming dan multitask
Kalis air dan debu (IPX8)
Ketahanan bateri kurang memuaskan

Apa kata untuk anniversary kali ini anda hadiahkan kepada suami sebuah telefon pintar baharu, dan semestinya telefon pintar yang canggih dan unik di pasaran seperti Samsung Galaxy Z Flip5 ini.

Samsung Galaxy Z Flip5 menggunakan sistem operasi Android 13 yang terkini dan user interface One UI 5.1.1 yang intuitif, lancar dan mesra pengguna.

Untuk anda yang mementingkan gaya dan personaliti, anda boleh memilih telefon ini dari pelbagai warna menarik iaitu warna Mint, Graphite, Cream, Lavender, Kelabu, Biru, Hijau, dan Kuning.

Selain itu, Samsung Galaxy Z Flip5 dikuasakan oleh chipset berprestasi tinggi 4nm Qualcomm SM8550-AB Snapdragon 8 Gen 2, yang menawarkan prestasi dan kecekapan yang luar biasa dengan kelajuan sehingga 3.36 GHz.

Anda juga boleh nikmati visual yang memukau pada skrin Foldable Dynamic AMOLED 2X bersaiz 6.7 inci yang lebih besar dan jelas. 

Menarik lagi, smartphone terbaik boleh lipat ini turut mempunyai kadar penyegaran semula 120Hz, kecerahan 1200 nits, dan sokongan HDR10+. 

Telefon Samsung terbaik ini juga mempunyai cover screen pada bahagian belakang telefon dan menggunakan panel Super AMOLED 3.4 inci dengan resolusi 720 x 748 piksel.

Untuk kualiti kamera pula, anda boleh merakam video 4K berkualiti tinggi, mempunyai kamera dwi 12MP (lebar) dan 12MP (ultra-lebar).

Manakala kamera swafoto pula adalah sebanyak 10MP dan mampu mengambil gambar selfie dengan jelas dan sharp.

Asus ROG Strix G15 (2022)
Hadiah laptop untuk suami 7 daripada 36
Asus ROG Strix G15
Dell
Dari RM4,975
Lihat harga di Shopee Malaysia
RAM boleh naik taraf
Bateri tahan lama
Tidak menyokong Thunderbolt 4
1 lagi
Kualiti paparan skrin terbaik

Sebuah laptop gaming yang menawarkan pilihan untuk naik taraf RAM sehingga 32GB untuk tingkatkan prestasi laptop, bersama dengan reka bentuk laptop gaming yang sesuai dengan jiwa gamers.

Suami anda tentu akan hargai pemberian hadiah ini kerana merasakan anda memahami jiwa gamers seorang suami.

Harga laptop ini tidak terlalu mahal dan sangat berbaloi untuk dibeli memandangkan ia merupakan laptop yang dihasilkan khas untuk gaming.

Bateri laptop Asus ROG Strix G15 (2022) ini juga antara yang terbaik, boleh bertahan sehingga 11 jam semasa guna untuk melayari web, dan sehingga 8 jam untuk menonton video.

Untuk storan dalaman, anda akan dapat storan sebanyak 512GB, manakala saiz RAM bermula dari 8GB dan boleh ditingkatkan sehingga 32GB.

Reka bentuk pula memang tidak boleh dinafikan, ia mempunyai corak dan design sebuah gaming laptop yang sangat menarik dan menepati cita rasa gamers.

Kualiti prestasi laptop ini juga cukup menyakinkan dengan pemproses AMD Ryzen™ 7 6800H Mobile Processor dan menggunakan grafik NVIDIA® GeForce RTX™ 3050.

Anda tentu akan dapat paparan kualiti yang terbaik, cukup memuaskan untuk layan apa jua jenis game.

Akhir sekali, anda akan dapat menggunakan sistem operasi Windows 11 Home yang terkini.

Logitech G913
Hadiah untuk suami gamer 8 daripada 36
Logitech G913
Logitech
Dari RM832
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Keyboard wireless tidak lag
Bateri tahan lama
Kedudukan macro key agak pelik

Papan kekunci permainan Logitech G913 ini menampilkan butang kekunci Logitech GL low profile yang diselaraskan bagi memberikan tindak balas taktil yang lebih baik.

Dalam masa yang sama, memberikan prestasi keseluruhan yang serupa dengan papan kekunci mekanikal. 

Selain itu, keyboard pc gaming ini merupakan keybord wireless yang mudah disambung pada pc anda. 

Paling penting tidak lagging, jadi anda tidak perlu risau kestabilan connection wireless.

Dari segi ketahanan bateri, keyboard terbaik gaming ini menggunakan tenaga bateri secara optima. 

Jadi memang memiliki ketahanan bateri yang lama, dan sesuai untuk suami main game dalam keadaan selesa.

SEAHAWK STORM CHASER Spinning Rod
Hadiah untuk suami kaki pancing 9 daripada 36
Joran Seahawk Storm Chaser Spinning
SEAHAWK
Dari RM49.90
Lihat harga di Shopee Malaysia
Batang joran kuat
Tahan lama
Bukan untuk memancing yang lasak
1 lagi
Jenis spinning

Siapa kata anda perlu berhabis banyak duit untuk support hobi memancing suami? Dengan harga bawah RM50, anda boleh beri pengalaman memancing buat suami dengan joran keluaran SEAHAWK ini.

Joran ini akan menyebabkan pemancing tak akan rasa lenguh tangan ketika memegang batang pancing kerana sangat ringan dan selesa. 

Jenama rod pancing terbaik ini hadir dengan beberapa pilihan warna joran iaitu biru, hijau muda dan hijau lumut.

Malah, terdapat tujuh pilihan saiz yang boleh anda pilih mengikut jenis ikan yang anda mahu pancing. 

Paling best, terdapat juga pilihan saiz joran pancing hingga 10 kaki jenis action heavy, jadi memang hadiah yang tepat buat suami kaki pancing.

Sony WF-C700N Truly Wireless
Hadiah earphone untuk suami 10 daripada 36
Sony WF-C700N Truly Wireless
Dari RM479
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Reka bentuk ergonomik
Dilengkapi teknologi DSEE
Driver saiz 5mm
1 lagi
IPX4 sweatproof rating

Kalau suami anda gemar mendengar muzik, mungkin anda boleh hadiahkan earphone ini kepada suami anda sebagai hadiah tamat pengajian.

Keunggulan earphone ini terletak pada teknologi canggih DSEE yang telah dipatenkan, membolehkan anda menikmati kualiti audio yang terbaik dan boleh menjawab panggilan tanpa sebarang masalah.

Dengan teknologi sensor bunyi dan mod Ambient Sound, ia juga membantu mengurangkan gangguan dari bunyi latar belakang, memastikan pengalaman mendengar anda lebih tenang. 

Ia juga selesa kerana selain tiga pilihan saiz putik telinga yang ditawarkan, reka bentuk earphone ini juga ergonomik.

Dari segi ketahanan pula, earphone ini mempunyai bateri yang mampu bertahan selama 15 jam, di samping penarafan IPX4 yang cukup kalis terhadap peluh berterusan. 

Mendengar muzik sama ada ketika melakukan aktiviti jogging atau bersenam di gym, earphone ini merupakan pilihan yang ideal.

Montblanc Legend Eau De Parfum 1
Hadiah perfume untuk suami 11 daripada 36
Montblanc Legend Eau De Parfum
Dari RM275
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Bau tidak kuat
Bau earthy & woody, floral
Tidak sesuai untuk majlis rasmi
2 lagi
Tidak menyegat hidung
Tahan 6-8 jam

Mont blanc Legend Night Eau de Parfum adalah varian terbaru Montblanc Legend, minyak wangi lelaki ikonik dengan watak yang kuat, tegas dan meyakinkan. 

Legend Night mengekalkan aroma Montblanc Legend yang asli, tetapi diperkaya dengan sentuhan violet segar, Magnolia magnet yang elegan dan gabungan kayu dan kulit. 

Formulanya lebih pekat untuk kesan yang lebih tegas dan maskulin. Mempunyai aroma Fougere aromatik berkayu yang sesuai dipakai dari siang hingga malam. 

Botolnya pula kelihatan elegan dengan mendedahkan lacquering dalaman hitam berseri dan emas halus pada lambang Montblanc.

Minyak wangi lelaki ini tahan lama dan dikhaskan untuk lelaki berkarisma, yakin dan memberi inspirasi.

Sesuai untuk minyak wangi harian ke pejabat kerana baunya tidak terlalu kuat namun manly.

redmi watch 4
Hadiah smart watch untuk suami 12 daripada 36
Redmi Watch 4
Dari RM429
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Stylish metallic finish
120+ mod sukan
Lebih sesuai dengan telefon Android
2 lagi
Panggilan bluetooth
Skrin anti cap jari

Mudah digunakan untuk kali pertama dengan stylish metallic finish, Redmi watch 4 membolehkan anda menerima dan membuat panggilan suara bluetooth dengan cepat.

Paparan sentuh AMOLED 1.75 inci dan kecerahan sehingga 600 nits yang boleh laras serta skrin kaca dengan lapisan anti-cap jari.

Ciri-ciri lain termasuk mempunyai 121 mod sukan, 50 meter kalis air, pengesanan oksigen darah, geomagnetic, kadar jantung 24 jam, kompas, accelerometer dan mod tidur.

Bingkai dan badan jam tangan pintar ini diperbuat dari plastik dan tahan lasak.

Hayat bateri 12 hari yang panjang, sentiasa dalam keadaan on-display, built-in multi-system GNSS dan menyokong GPS.

Memang sangat sesuai dijadikan hadiah birthday untuk suami yang aktif bersukan atau yang mahu jaga fitness badan.

Samsung Galaxy A53 5G
Hadiah eksklusif untuk suami 13 daripada 36
Samsung Galaxy A53 5G
Samsung
Dari RM1,559
Lihat harga di Shopee Malaysia
Paparan skrin terbaik dengan kadar penyegaran 120Hz
Storan dalaman boleh ditambah sehingga 1TB
Jangka hayat bateri kurang memuaskan

Dengan harga bawah RM2,000, Galaxy A53 5G merupakan antara smartphone android terbaik di Malaysia.

Menggunakan chipset Exynos 1280, size RAM sehingga 8GB dan juga storan dalaman yang boleh ditambah sehingga 1TB.

Selain itu, kualiti paparan skrin pada smartphone ini juga dikatakan berkualiti dengan kadar penyegaran sebanyak 120Hz.

Pasti suami anda akan merasa puas menonton video-video kegemarannya pada skrin telefon ini.

Pada bahagian kamera pula, terdapat 64 MP pada kamera belakang, dan 32 MP pada kamera hadapan. 

Anda juga dapat mengambil gambar ultra-lebar pada kamera bersaiz 12MP serta makro pada kamera bersaiz 5 MP. 

Bahagian sistem data roaming pula, telefon in mampu memproses line connection 5G iaitu line yang paling terkini jadi anda boleh bercuti bersama suami tersayang dengan mudah.

Bayangkan kalau hadiahkan suami anda telefon dari Samsung keluaran 2022 ini, pasti mereka gembira! 

Set hadiah untuk suami 14 daripada 36
Philips Ultra Precise Beard Styler PLP-MG1100
Philips
Dari RM139
Lihat harga di Shopee Malaysia
Juga di Lazada Malaysia

Dilengkapi dengan 3 bilah, Philips Ultra Precise Beard Styler ini sesuai untuk para suami yang gemar menggayakan janggut mereka.

Mesin ini mudah untuk dibasuh selepas digunakan, suami anda hanya bilas sahaja dengan air sahaja.

Cuma perlu diingatkan supaya elakkan penggunaan sabun supaya celahan bilahnya tidak cepat berkarat.

IKEA MARKUS Office Chair
Hadiah kerusi ergonomik untuk suami 15 daripada 36
IKEA MARKUS Office Chair
Ikea
Dari RM889.90
Lihat harga di Shopee Malaysia
Juga di Lazada Malaysia

Jika suami anda bekerja di rumah atau selalu buat kerja di rumah, menggunakan kerusi yang betul merupakan peranan penting dalam menjaga kesihatan tubuh badan.

Kerusi ergonomik dari IKEA Markus mampu memberi keselesaan pada tulang belakang walaupun duduk dalam tempoh yang lama.

Kerusi ini jauh lebih baik berbanding kerusi gaming di luar sana kerana reka bentuk dan meterial yang digunakan sangat berkualiti tinggi.

Selepas ini, suami anda akan lebih selesa untuk buat kerja di rumah. 

Sony Playstation 5
Hadiah birthday untuk suami 16 daripada 36
Sony Playstation 5
Dari RM2,350
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia

Satu mesin yang sangat sukar didapati di pasaran sekarang, Sony Playstation 5!

Kalau ada pun mungkin harga lebih mahal akibat dijual oleh scalper atau reseller.

Jadi, sekiranya anda dapat membeli PS5 ni, memang merupakan hadiah yang sangat bermakna sebab tak ramai tahu yang ada console di Malaysia.

Pasti suami anda akan bersorak kegembiraan apabila dapat hadiah ini, dan sememangnya menjadi hadiah terbaik buat suami secara keseluruhan.

Hadiah unik untuk suami 17 daripada 36
DJI Osmo Pocket 2
DJI
Dari RM1,499
Lihat harga di Shopee Malaysia

DJI Pocket 2 merupakan kamera yang sangat mudah digunakan kerana saiznya yang kecil dan kualiti videonya yang bagus.

Bukan itu sahaja, kamera ini sangat ringan dan boleh dipadankan dengan beberapa aksesori lain untuk mendapatkan video yang terbaik.

Hadiah ini memang sangat sesuai untuk si suami yang berminat dengan gajet dan penghasilan video dan tak perlu lagi habiskan bateri phone atau bawa kamera besar dan berat lagi.

Arai Dani Pedrosa Motogp 26 Helmet
Hadiah helmet untuk suami 18 daripada 36
Arai Dani Pedrosa Motogp 26 Helmet
Dari RM297
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia

Untuk penunggang motor, helmet merupakan aksesori yang agak penting.

Bukan saja suami anda akan nampak lebih bergaya, malah keselamatan diri pun terjamin dengan jenama yang dipercayai ramai ini.

Bagi mereka yang mempunyai pasangan atau ahli keluarga lelaki yang kaki motor, helmet ini yang menunjukkan anda ambil berat tentang keselamatan mereka.

POLO HILL Men Gift Box 2-in-1
Hadiah valentine untuk suami 19 daripada 36
POLO HILL Men Gift Box 2-in-1
Dari RM139
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia

Cuba lihat keadaan dompet dan tali pinggang suami, abang atau adik lelaki anda.

Bukan apa, ada sesetangah orang lelaki suka gunakan dompet sampai terkoyak pun masih lagi tak beli yang baru.

Jadi dengan set hadiah dari POLO HILL ini, anda akan dapat dompet dan tali pinggang berkualiti tinggi pada harga yang murah.

Dompet ini mempunyai 1 tetingkap ID, 2 poket duit dan 9 slot untuk kad.

Hadiah diffuser untuk suami 20 daripada 36
Zen Aroma Ultrasonic White Diffuser with 7 LED Light (500ml)
Dari RM25.99
Lihat harga di Shopee Malaysia

Muji-Inspired OEM Ultrasonic Aroma Diffuser ini sangat bagus demi menjaga kesihatan seisi keluarga kerana mampu mengurangkan habuk dan debu kotor serta bau busuk yang mengelilingi rumah.

Letakkan air diffuser ini di tempat yang sesuai seperti ruang tamu atau bilik tidur. 

Suami anda pasti rasa tenang sahaja apabila pulang dari tempat kerja dan udara rumah anda akan kekal lembap sepanjang hari.  

Hadiah anniversary untuk suami 21 daripada 36
Xiaomi Mi Soundbar
Xiaomi
Dari RM199
Lihat harga di Shopee Malaysia
Juga di Lazada Malaysia
Mempunyai subwoofer
Bebas wayar
Berat

Soundbar dari jenama Xiaomi ini dilengkapi dengan 6.5 inci subwoofer.

Subwoofer ini merupakan perincian khas untuk kesan bass atau kesan bunyi lebih tinggi. 

Lagipun soundbar yang mempunyai subwoofer sesuai untuk mereka yang ingin kesan bunyi khas didalam filem aksi. 

Kesan dari 8 unit bunyi soundbar Xiaomi ini memberikan kualiti bunyi yang stabil, crisp dan tidak berdegung.

Sesuai dengan kadar -0dB dikatakan baik untuk pendengaran manusia. 

Soundbar ini menggunakan Bluetooth atau plug AUX untuk disambungkan pada televisyen, komputer dan telefon pintar.  

Hadiah untuk suami yang suka main board game 22 daripada 36
Classic Monopoly Boardgame
Dari RM15
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia

Sekarang ini, memang susah untuk mencari masa bagi meluangkan aktiviti bersama keluarga.

Apa kata anda hadiahkan suami dengan mainan board game seperti Monopoly.

Dengan melakukan aktiviti seperti ini di hujung minggu, dapat mengeratkan lagi hubungan di antara satu sama lain.

Prolink Dual Band 3MP Home Security Camera with Night Vision
Hadiah terbaik untuk suami 23 daripada 36
Prolink Dual Band 3MP Home Security Camera with Night Vision
PROLiNK
Dari RM88
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia

PROLink Full HD Smart WiFi IP Camera CCTV ini sedia membantu dan melindungi keselamatan anda seisi keluarga.

Tidak perlu berbelanja mahal membeli di kedai elektronik sekiranya CCTV ini mempunyai fungsi sama sahaja.

Kini, anda tidak perlu risau tentang soal keselamatan lagi.

Boleh jadikan ini sebagai hadiah terbaik buat suami kerana memang sudah menjadi tugas suami untuk memastikan keadaan seisi keluarga selamat.

Hadiah untuk suami yang suka workout 24 daripada 36
JBL T450BT Wireless On-ear Headphones
JBL
Dari RM36
Lihat harga di Shopee Malaysia

Mesti anda rimas dengan suami yang sering kali memasang muzik dengan volume yang sangat kuat.

Tak perlu risau, hadiahkan mereka JBL T450BT Wireless On-ear Headphones.

Dengan harga yang berpatutan, wireless headphone ini juga sangat mudah dibawa ke pejabat mahupun bersantai.

Anda tidak perlu bimbang dan 'sakit telinga' dengan bunyi bising muzik lagi.

Khind CM1215 CLassic Stainless Steel Coffee Maker
Hadiah mesin kopi untuk suami 25 daripada 36
Khind CM1215 CLassic Stainless Steel Coffee Maker
Khind
Dari RM97.90
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Kapasiti yang sangat besar (1.5L)
Harga yang amat murah
Tiada fungsi pemanasan
5 lagi
Boleh buat 12 cawan kopi sekaligus
Bakul penapis boleh dibasuh & ditanggal
Anti titisan
Jaminan hanya 1 tahun
Tidak boleh guna kopi kapsul

Suami anda penggemar setia kopi? Inilah masanya anda berikan hadiah mesin kopi ini untuknya.

Pada harga serendah RM100, Khind mengeluarkan mesin kopi model CM1215 dan menjadikan antara mesin kopi termurah di Malaysia.

Sangat mudah rutin hariannya terutama di waktu pagi disaat si suami sedang terkejar-kejar ke pejabat akibat kekangan waktu.

Sangat mudah digunakan, anda pun boleh tumpang sekaki.

DIY hadiah untuk suami 26 daripada 36
Mesin Rumput STIHL FR3001
STIHL
Dari RM665.57
Lihat harga di Shopee Malaysia

Jika suami anda seorang yang sukakan aktiviti berkebun kerana lepas puas DIY je, hadiahkan mereka mesin rumput STIHL FR3001. 

Mesin rumput ini sangat ringan, selesa digunakan dan mudah dijaga kerana teknologi engin yang canggih.

Kini, anda boleh melakukan aktiviti gardening bersama suami tercinta.

Casio General MTP-1374D-1A Silver Stainless Steel Band Men Watch
Hadiah jam tangan untuk suami 27 daripada 36
Casio General MTP-1374D-1A Silver Stainless Steel Band Men Watch
Casio
Dari RM429
Lihat harga di Shopee Malaysia

Siapa yang tidak kenal dengan jenama terkemuka Casio? 

Jam tangan berjenama ini boleh diberikan pada suami sekiranya dia seorang yang gemar untuk bergaya.

Rekabentuk yang sangat cantik dan klasik, pasti menjadi kegemaran suami anda untuk menggayakan setiap masa!

Kamera DSLR murah
Hadiah istimewa untuk suami 28 daripada 36
Canon EOS 1300D
Canon
Dari RM1,498.90
Lihat harga di Shopee Malaysia
Harga berpatutan
Kualiti gambar dan video yang baik
Model lama
1 lagi
Mudah digunakan oleh beginner

Semua orang pandai mengambil gambar tapi apa yang membezakan mereka adalah cara dan beza minat mereka.

Sekiranya suami anda seorang yang sukakan fotografi atau mempunyai hobi mengambil gambar, hadiahkan si dia Canon EOS 1300D Camera ini.

Paling penting, anda juga dapat merakam kenangan bersama kesayangan!

Stackable Plastic Shoe Box
Hadiah kasut untuk suami 29 daripada 36
Stackable Plastic Shoe Box
Dari RM1.75
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia

Jika suami anda seorang sneakerhead, mesti anda pening tengok banyak kasut yang berselerak di rumah betul tak?

Jadi tak perlu susah fikir nak beli apa, hadiahkan mereka rak kasut stackable ini, mudah untuk mereka menyimpan koleksi kasut mereka.

Dengan rak kasut ini, rumah anda akan lebih kemas tanpa kasut berselerak dan akan memberi suami anda lebih ruang untuk memenuhi ruang yang kosong.

TEEMI Unisex 15 Inch Graffiti Fashion Laptop Backpack
Hadiah beg laptop untuk suami 30 daripada 36
TEEMI Unisex 15 Inch Graffiti Fashion Laptop Backpack
Dari RM28.90
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia

Suami anda mungkin seorang yang bekerja keras dan sering membawa laptop kerja setiap hari.

Tapi beg yang si suami guna mungkin tidak praktikal untuk menyimpan dan melindungi laptop daripada kerosakan.

Jadi, anda boleh memberikan suami anda beg laptop daripada TEEMI ini.

Bag tahan lasak ini akan pastikan barangan yang di simpan dalam keadaan baik dan si suami pula dapat gunakannya dengan selesa.

Selepas ini, keselamatan laptop akan terjamin, dan suami anda akan nampak lebih segak ke kerja dengan beg ini!

Amazon Kindle Paperwhite 10th Generation
Hadiah untuk suami yang suka membaca 31 daripada 36
Amazon Kindle Paperwhite 10th Generation
Dari RM305
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia

Jika suami anda seorang yang suka meluangkan masanya dengan membaca buku-buku, hadiah ini sangat sesuai untuk mereka.

Macam yang kita tahu, sebuah buku novel bukanlah ringan dan sekarang terdapat banyak bacaan online

Amazon Kindle merupakan solusi yang tepat bagi memudahkan suami anda untuk membaca di mana saja.

Automatic Tent Outdoor
Hadiah untuk suami yang suka camping 32 daripada 36
Automatic Tent Outdoor
Dari RM115.90
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia

Adakah suami anda seorang yang sukakan aktiviti camping?

Jika ya, hadiahkan suami anda Automatic Tent Outdoor kerana sesuai untuk hobi mereka.

Lagipun dengan hadiah ini, anda dan anak-anak sekalipun boleh join sekali.

BOSCH GSB10-RE Impact Drill
Hadiah untuk suami menukang di rumah 33 daripada 36
BOSCH GSB10-RE Impact Drill
Dari RM218.90
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Ringan
Kuasa yang tinggi
Kepala cepat gelong selepas lama digunakan

Hadiahkan drilling dari Bosch ini untuk suami anda jika mereka bekerja dalam bidang pertukangan.

Jangan risau, drill ini boleh digunakan dalam pelbagai jenis kerja pertukangan terutamanya untuk dinding.

Kalau bukan untuk pekerjaan dia sekali pun, anda pun boleh mudahkan kerja dia untuk drill rumah jika memerlukan.

Sport Glove Motorbike
Hadiah sarung tangan moto untuk suami 34 daripada 36
Sport Glove Motorbike
Dari RM6.80
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia

Jika suami anda pergi kerja menaiki motosikal, belikan sarung tangan motor ini untuk mereka.

Kami yakin pasti mereka suka dapat sarung tangan ini kerana mereka akan rasa lebih selamat.

Lagipun sarung tangan motor ini mempunyai pelindung bahagian sendi jari.

Jadi jika berlaku sebarang kecelakaan, sekurang-kurangnya bahagian tangan dilindungi dari kecederaan.

OLEVS Jam Tangan Lelaki Kalis Air
Bouquet untuk suami 35 daripada 36
OLEVS Jam Tangan Lelaki Kalis Air
Dari RM77.28
Lihat harga di Shopee Malaysia
Kalis air, boleh dipakai harian tanpa risau
Rekaan formal, sesuai dengan kemeja pejabat
Jam fesyen, bukan jam pintar
1 lagi
Tali perlu dilaraskan mengikut saiz pergelangan

Trend memberikan jambangan bunga yang digantikan dengan duit kertas semakin menjadi ikutan ramai. 

Anda boleh memilih nilai wang kertas yang anda inginkan dan mengikut bajet anda. 

Tidak salah jika anda ingin memberikan jambangan bunga dalam bentuk duit kertas ini kepada si suami. 

Mereka pasti teruja dengan pemberian anda pada kali ini.

Untuk bouquet bunga bajet, anda boleh beli bouquet kosong ini dan hiaskan dengan duit atau cokelat mengikut bajet anda.

Kotak Hadiah Keras Hitam Dengan Riben
Kotak hadiah untuk lelaki 36 daripada 36
Kotak Hadiah Keras Hitam Dengan Riben
Dari RM10.99
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia

Anda mungkin sudah pun mendapatkan hadiah yang sesuai buat suami tercinta, tapi tak ada kotak untuk meletakkan hadiah tersebut.

Jangan risau, anda boleh beli kotak hadiah warna hitam ini yang nampak eksklusif dan elegen.

Terdapat dua saiz kotak yang anda boleh pilih, iaitu saiz 15cm x 15cm x 7cm atau saiz 20cm x 18cm x 8cm.

Kotak ini juga bukanlah kotak yang tiada kualiti dan ianya jenis kotak keras, jadi sedikit tahan lasak untuk digunakan. 


Bila Masa Yang Sesuai Untuk Beri Kejutan Kepada Suami? 

Mungkin anda berfikir, bagaimana nak beri kejutan istimewa buat suami tercinta? Sebenarnya tak susah pun.

Kami sarankan pada waktu pagi, sebelum suami bangun dari tidur dengan meninggalkan ucapan atau nota ‘’Selamat Hari Jadi’’ atau ‘’Selamat Ulang Tahun’’ di sebelah katil beserta hadiah yang ingin diberikan sekali.

Dengan cara ini, akan menaikkan mood si suami di pagi hari untuk memulakan aktiviti harian.  

Menurut pakar psikologi, emosi gembira di waktu pagi akan mempengaruhi mood sepanjang hari.

Memberi kejutan di saat dia membuka mata adalah antara salah satunya.

Jadi, naikkan senyuman suami dengan kejutan di pagi hari ya. Good luck!


Cara Pilih Hadiah Untuk Suami

Hari lahir suami anda semakin hampir dan anda masih belum memutuskan hadiah yang sesuai untuk diberikan kepadanya? 

Setiap suami mahu isteri menghargai dan menyayanginya dan salah satu cara si isteri untuk menunjukkannya adalah dengan memberikan hadiah yang sesuai dan bermakna.

Jangan risau, berikut beberapa tips untuk membantu anda memilih hadiah yang sesuai untuk suami.

  • Minat dan hobi suami anda

Adakah dia peminat bola sepak, kaki pancing, sukakan aktiviti lasak atau suka membaca buku? Mengetahui minat suami anda boleh membantu anda memilih hadiah yang sesuai. 

Hadiah berdasarkan hobi dan minatnya akan menunjukkan bahawa anda mengambil berat tentangnya dan anda menghargai apa yang dia nikmati.

  • Keperluan

Kadang-kadang suami kita perlukan sesuatu yang praktikal atau barang lelaki selalu guna seperti baju baru, jam tangan, atau produk penjagaan diri yang baru.

Sesuatu yang boleh membantu suami anda menjalani kehidupan yang lebih selesa dan senang adalah hadiah yang pastinya amat dihargai. 

  • Gaya hidup suami

Adakah anda bekerja di pejabat atau di lapangan? Adakah anda mempunyai gaya hidup aktif atau lebih suka berehat di rumah? 

Mengetahui gaya hidup suami anda boleh membantu anda memilih hadiah yang sesuai dengan keperluannya. 

Contohnya, jika suami anda bekerja di pejabat, anda mungkin membelikannya jam tangan atau dompet kulit yang bergaya untuk menambah sentuhan profesional.

  • Kejutan

Sebagai isteri, kita boleh mencipta kejutan untuk suami dengan melakukan sesuatu yang unik, seperti membuat album foto kenangan atau hadiah peribadi yang mempunyai nilai sentimental yang tinggi.

Hadiah bukan sekadar benda, ia melambangkan perasaan kita terhadap suami. Oleh itu, pilihlah hadiah yang mencuit hati dan dapat mengeratkan lagi hubungan kita dengan suami.

  • Jangan takut untuk bertanya

Jika anda tidak pasti tentang apa yang suami anda mahukan, jangan takut untuk bertanya kepada mereka. 

Anda boleh bertanya tentang hobi mereka atau apa yang mereka suka lakukan pada masa lapang. 

Kemudian, gunakan maklumat yang anda dapat untuk mencari hadiah yang sesuai.

  • Hadiahkan pengalaman yang bermakna

Hadiahkan suami anda pengalaman yang akan kekal bersama sepanjang hayatnya.

Sebagai contoh, lawatan ke destinasi impian, membeli tiket untuk percutian atau aktiviti luar biasa seperti bermain bungee jumping atau skydiving.

Pengalaman jenis ini akan membuat kenangan lebih indah dan tidak akan dilupakan.


Artikel Berkaitan

Lagi daripada ProductNation