Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

11 Susu Formula Terbaik Untuk Anak 1 - 3 Tahun (2024)

Pastikan anda pilih susu anak mengikut keperluan si manja!

Ibu bapa pasti mahukan yang terbaik untuk anak-anak terutama apabila berkaitan pemakanan dan penyusuan. 

Terdapat banyak susu budak atau susu formula tambahan yang sesuai untuk bayi berumur 1 hingga 3 tahun di pasaran.

Apabila bayi semakin membesar, mereka memerlukan lebih banyak vitamin dan zat untuk memastikan tumbesaran mereka konsisten dengan umur. 

Pelbagai jenis susu terbaik untuk anak 1 tahun ke atas yang anda boleh pilih seperti susu tambah berat badan bayi, susu untuk bayi sembelit, susu tanpa laktosa untuk bayi dan sebagainya.

Jom lihat senarai ‌jenama susu bayi untuk bayi 1 hingga 3 tahun yang anda boleh dapatkan secara online.


Penyunting

Hamka Rosli chevron_right

Editor rasmi untuk ProductNation Bahasa Melayu. Mula aktif menulis sejak melangkahkan kaki ke menara gading, dan pernah bergelar w ...

Senarai 11 Susu Formula Untuk Bayi Berusia 1 - 3 Tahun

Susu formula untuk bayi 1 tahun yang susah makan
Similac Gain Plus Gold Step 3
Similac Gold Gain Plus Step 3
From
RM134.69
Check Similac Gain Plus Gold Step 3 price below:
add_circle Bantu tingkatkan selera anak
add_circle Mengandungi Vitamin E & minyak sayuran
add_circle Mengandungi Prebiotik & Probiotik
remove_circle Harga mahal

Bagi menyelesaikan masalah si kecil kurang berat badan ideal, ibu bapa boleh cuba susu formula Similac Gain Plus Gold Step 3 ini. 

Kandungan Vitamin E dan minyak sayuran di dalam formula susu membantu melindungi lemak seperti DHA dari mudah teroksida serta menyerap nutrien yang diperlukan dengan efisien. 

Turut mengandungi kalsium dan vitamin D untuk menguatkan gigi serta tulang sekaligus membuatkan bayi membesar dengan kuat.

Selain itu, formulasi ini juga membantu menambah berat badan ideal mengikut had berat bayi dan menyokong pertumbuhan serta perkembangan yang optimal untuk anak 1 hingga 3 tahun.

Similac Gain Plus Gold Step 3 juga mengandungi DHA (Asid Dokosaheksaenoik) dan ARA (Asid Arachidonic) untuk perkembangan otak dan fungsi penglihatan yang baik.

Menarik lagi, susu formula ini diformulasikan dengan kandungan Prebiotik untuk membantu meningkatkan sistem imun.

Manakala Probiotik pula untuk membantu dalam menjaga kesihatan saluran pencernaan kanak-kanak.

Susu formula bayi sembelit
Nankid Optipro HA 3
From
RM62.50
Check Nankid Optipro HA 3 price below:
add_circle Diformulasi dengan 100% protein gandum
add_circle Mengandungi lebih 100 juta probiotik
add_circle Mudah dihadam
remove_circle Harga mahal

Bagi bayi yang berumur 1 tahun dan mempunyai masalah penghadaman makanan, susu formula Nankid Optipro HA 3 ini sesuai dan selamat untuk diberi kepada si manja. 

Diformulasi dengan 100% protein gandum yang dihidrolisasi akan membantu bayi mencerna dan menyerap protein dengan mudah. 

Nankid Optipro HA 3 turut diformulasi dengan hipoalergenik, yang bermaksud diformulasikan khas untuk kanak-kanak yang mempunyai risiko alergi terhadap protein susu lembu. 

Susu Nankid Pro ini juga mengandungi lebih 100 juta probiotik yang membantu sistem penghadaman dan fungsi perut dan usus.

Selain itu, susu formula ini mengandungi DHA (Asid Dokosaheksaenoik) dan ARA (Asid Arachidonic) yang membantu dalam perkembangan otak dan penglihatan yang baik pada kanak-kanak.

Nankid Optipro HA 3 juga menyediakan nutrien penting seperti Zat Besi, Kalsium, Vitamin dan mineral.

Ciri ini untuk menyokong pertumbuhan tulang yang sihat, fungsi otak, sistem imun dan perkembangan keseluruhan kanak-kanak.

Susu formula seakan susu ibu
AptaGRO 3
From
RM96.80
Check AptaGRO 3 price below:
add_circle ActiveDuoBio+™ bagus untuk tumbesaran
add_circle Mengandungi Prebiotik dan Probiotik
add_circle Mudah dihadam
remove_circle Harga mahal

AptaGRO 3 mengandungi nutrisi yang penting untuk menyokong pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak pada usia 1 hingga 3 tahun. 

Susu formula AptaGro™ di formulasi daripada gabungan ActiveDuoBio+™ dan nutrien penting menyokong tumbesaran badan bayi serta menggalakkan perkembangan otak si manja.

AptaGro™ with ActiveDuoBio+™ mengandungi prebiotik GOS/lcFOS (9:1) dan probiotik  B.breve M-16V untuk menambahkan kumpulan bakteria baik di dalam badan bayi. 

Kandungan DHA di dalam susu Aptagro ini juga amat tinggi dan mencapai tahap kuantiti yang disyorkan oleh badan kesihatan antarabangsa. 

Kandungan DHA (Asid Dokosaheksaenoik) dan AA (Asid Arahidonik) dalam susu ini berfungsi untuk menyokong pembangunan otak yang optimum, membantu perkembangan kognitif dan fungsi penglihatan. 

AptaGRO 3 juga dihasilkan dengan teknologi yang membantu memastikan susu formula ini mudah dihadam oleh perut dan pencernaan kanak-kanak untuk mengurangkan risiko gangguan pencernaan.

Susu formula perisa coklat
PEDIASURE Optiheight Milk Formula - Chocolate (850g)
ABBOTT
From
RM79.00
Check PEDIASURE Optiheight Milk Formula - Chocolate (850g) price below:
add_circle Berperisa coklat
add_circle Mengandungi 25 nutrien utama
add_circle Mengandungi Optiheight System
remove_circle Harga mahal

Susu formula Pediasure berperisa coklat ini mempunyai nutrisi lengkap dan seimbang untuk membantu bayi mencapai tumbesaran optima. 

Dilengkapi dengan 25 nutrien utama dalam pemakanan yang diperlukan oleh bayi untuk perkembangan tulang yang kuat dan otot tisu lebih sihat. 

PEDIASURE Optiheight mengandung nutrisi penting yang diperlukan untuk menyokong pertumbuhan optimal anak. 

Nutrisi tersebut termasuk Protein, Kalsium, Zat Besi, Vitamin dan Mineral yang membantu anak membesar dengan baik dan sihat.

Selain itu, susu formula ini dilengkapi dengan Optiheight System iaitu campuran Protein tinggi, Kalsium, Vitamin D, dan Zink yang menyokong pertumbuhan tinggi badan anak.

Susu formula ini juga mengandungi DHA (Asid Dokosaheksaenoik) dan ARA (Asid Arachidonic) yang berfungsi untuk menyokong perkembangan otak dan fungsi kognitif anak.

Rasa coklat dalam susu ini pasti akan disukai oleh anak-anak sambil memberikan nutrisi dan vitamin terbaik untuk tumbesaran si manja anda.

Susu formula tanpa laktosa
Friso Gold 3
Friso
From
RM42.20
Check Friso Gold 3 price below:
add_circle Mudah dihadam
add_circle Bebas gula dan perisa tambahan
add_circle Formulasi lebih daripada 50 nutrient asas
remove_circle Harga mahal

Friso Gold 3 diformulasikan untuk membantu proses tumbesaran anak anda dan susu ini juga mudah dihadam oleh bayi.

Ini kerana dengan formulasi teknologi LockNutri yang membantu memastikan nutrisi utama diserap dengan baik oleh tubuh anak. 

Ciri ini juga akan membantu mengurangkan masalah gangguan pencernaan si kecil anda.

Formulanya direka khas untuk mudah dilarutkan hanya dengan suhu sederhana panas atau suam supaya mudah larut dan kurangkan pembentukan bubbles jika digoncang. 

Friso Gold Step 3 mengandungi nutrisi penting yang diperlukan oleh anak anda seperti Zat Besi, Kalsium, Vitamin D, Protein dan Lemak yang untuk perkembangan dan pertumbuhan yang sihat.

Susu formula ini mengandungi kompleks Prebiotik dan Probiotik Frisoshield yang membantu meningkatkan sistem imunisasi anak anda. 

Friso Gold Step 3 turut mengandungi DHA (Asid Dokosaheksaenoik) dan AA (Asid Arahidonik) yang membantu dalam perkembangan otak dan fungsi penglihatan yang baik.

Jika anak anda mempunyai alergi susu lembu atau intoleransi, Friso Gold Step 3 menyediakan alternatif yang baik untuk memenuhi keperluan pemakanan mereka.

Susu formula murah
Dumex Dugro Step 3
Dumex
dumex dugro
From
RM23.90
Check Dumex Dugro Step 3 price below:
add_circle Ada 3 pilihan perisa susu
add_circle Mengandungi DHA dan AA
add_circle Mudah dihadam
add_circle Harga murah
remove_circle Rasa manis

Dumex Dugro Step 3 mengandungi nutrien penting yang diperlukan untuk menyokong pertumbuhan dan perkembangan yang sihat pada kanak-kanak berumur 1 hingga 3 tahun. 

Susu ini diformulasikan daripada Zat Besi, Kalsium, Protein, Vitamin dan Mineral yang diperlukan untuk pembentukan tulang, otot, dan sistem tubuh yang lain.

Dumex Dugro Step 3 turut mengandungi DHA (Asid Dokosaheksaenoik) dan AA (Asid Arahidonik) yang berfungsi untuk menyokong perkembangan otak dan fungsi penglihatan yang baik.

Menarik lagi, susu formula ini mengandungi kandungan Prebiotik, Nukleotida dan Antioksidan yang membantu meningkatkan sistem imun kanak-kanak

Selain membantu anak melawan jangkitan dan penyakit, Dumex Dugro Step 3 mudah dihadam oleh perut dan pencernaan kanak-kanak untuk mengurangkan masalah gangguan pencernaan.

​​Dengan kombinasi optimum kandungan vitamin dalam susu ini adalah dalam nisbah 3 & 4 iaitu lingkungan yang disarankan oleh WHO untuk meningkatkan penyerapan.

Susu penambah berat badan
Nestle Nespray Full Cream Milk Powder
Nestle
Nestle Nespray Full Cream Milk Powder
From
RM53.90
Check Nestle Nespray Full Cream Milk Powder price below:
add_circle Kandungan zat besi yang tinggi
add_circle Turut mengandungi Vitamin C
add_circle Membekalkan 15 jenis vitamin & mineral
remove_circle Tidak sesuai untuk bayi

Susu penuh krim dari Nestle Nespray ini bukan sekadar susu bancuh yang biasa kerana mengandungi sumber nutrien penting untuk menyokong perkembangan dan kesihatan anak yang sedang membesar.

Diperkaya dengan protein yang memberi tenaga untuk anak anda mengharungi hari-hari anda tanpa gangguan.

Sementara itu, kandungan kalsium yang mencukupi membantu menguatkan tulang dan gigi sebagai persiapan untuk kehidupan yang sihat dan aktif.

Dengan kandungan zat besi yang tinggi, susu ini membantu dalam pembentukan sel darah merah, meningkatkan lagi vitaliti dan kesejahteraan kesihatan.

Vitamin B1 dan B12 pula akan membantu pelepasan tenaga dari karbohidrat dan protein bagi memastikan anak anda kekal bertenaga sepanjang hari. 

Selain itu, turut mengandungi Vitamin C meningkatkan penyerapan zat besi dari sumber-sumber bukan daging dan mengoptimumkan pengambilan nutrien.

Susu full cream untuk bayi 1 tahun
Nestle Everyday (1.5kg)
Nestle Everyday (1.5kg)
From
RM46.37
Check Nestle Everyday (1.5kg) price below:
add_circle Tahan lama
add_circle Mengurangkan risiko anemia ketika hamil
add_circle Menyokong perkembangan janin
remove_circle Perisa susu asli sahaja

Susu tepung ini membekalkan nutrien dan vitamin penting untuk khasiat harian seisi sekeluarga.

Antaranya:

Kalsium - Untuk pertumbuhan gigi dan tulang yang kuat.
Vitamin A - Penting untuk penglihatan.
Zat Besi - dalam sel darah merah membantu pengangkutan oksigen dalam badan.
Vitamin C - membantu penyerapan zat besi dari makanan.

Bukan sahaja kanak-kanak 1-3 tahun, tetapi ibu mengandung dan orang dewasa lain juga boleh minum segelas susu tepung ini untuk badan yang sihat dan minda yang aktif.

Rasanya berkrim dengan sedikit rasa manis dan tidak berbau langsung sesuai untuk minuman pagi harian.

Susu formula yang ada probiotik
Nestle Lactogrow Probio 3
Nestle
Nestle Lactogrow Probio 3
From
RM243.15
Check Nestle Lactogrow Probio 3 price below:
add_circle Mengandungi probiotik
add_circle Gabungan 15 vitamin dan mineral
add_circle Mengurangkan sembelit
remove_circle Harga sedikit mahal

Susu formula untuk anak berusia 1 hingga 3 tahun dari Lactogrow ini agak istimewa kerana ia turut mengadungi probiotik untuk beri kesihatan perut dan usus secara menyeluruh.

Selain itu, kandungan probiotik ini turut membantu penyerapan nutrien yang lebih optimum buat anak anda, memastikan mereka mendapat nutrien secukupnya untuk tumbesaran yang sihat.

Seperti susu formula lain, kandungan kalsium dalam susu ini akan membantu perkembangan tulang dan gigi yang sihat buat anak anda.

Tambahan lagi, susu ini juga menggabungkan 15 vitamin dan mineral penting untuk perkembangan tubuh badan dna minda yang sihat. 

Harga susu formula ini tidak terlalu mahal, boleh beli 3 tin susu dalam satu pembelian di Shopee pada harga yang mampu milik.

Susu formula tinggi DHA
Dumex Dupro Step 2
Dumex
Dumex Dupro Step 2
From
RM28.99
Check Dumex Dupro Step 2 price below:
add_circle Mengandungi DHA
add_circle Menguatkan tulang dan gigi
add_circle Meningkatkan sistem imun badan
remove_circle Cepat habis

Walaupun anda tidak mempunyai bajet yang banyak, anak anda masih boleh dapatkan sumber nitrien yang diperlukan menerusi susu formula murah dari Dumex ini.

Antara kelebihan susu Dumex Dupro Step 2 ini adalah ia mempunyai 100% lebih kandungan DHA yang akan membantu tumbesaran anak anda secara menyeluruh.

Selain itu, kandungan kalsium susu ini juga akan membantu menguatkan lagi tulang dan gigi anak anda, jadi tidak perlu risau jika anak terlalu lasak.

Tambahan lagi, ia juga akan menguatkan lagi sistem imun badan anak-anak anda, membuatkan mereka sukar jatuh sakit.

Susu formula kurang gula
ANMUM Essential Step 3
Anmum
ANMUM Essential Step 3
From
RM57.90
Check ANMUM Essential Step 3 price below:
add_circle Membantu sel-sel otak berhubung
add_circle Mengandungi prebiotik untuk kesihatan perut & usus
add_circle Tiada gula tambahan
remove_circle Harga sedikit mahal

ANMUM Essential Step 3 diformulasikan secara saintifik untuk kanak-kanak berusia 1-3 tahun.

Diperkaya dengan nutrien penting seperti DHA, MFGM, Gangliosides, Prebiotik, dan 15 nutrien utama yang akan menyokong pertumbuhan dan perkembangan secara menyeluruh.

Gangliosides berfungsi untuk memudahkan sambungan sel otak secara berkesan, manakala DHA membantu dalam perkembangan otak.

Sementara itu, kehadiran Prebiotik Inulin mempromosikan persekitaran usus yang sihat, penting untuk meningkatkan sistem pertahanan badan.

Paling penting, ANMUM Essential bebas dari gula tambahan, memastikan ia menjadi sumber nutrien tambahan yang bebas gula berlebihan.

Tersedia dalam dua perisa, Plain dan Honey, boleh pilih rasa yang sesuai dengan cita rasa anak.

Selepas menggunakan ANMUM Essential Step 3, anda boleh beralih ke ANMUM Essential Step 4 pada usia 3 tahun ke atas bagi menyokong pertumbuhan dan perkembangan berterusan anak anda.


Bolehkah bayi berumur 12 bulan ke atas diberi susu formula?

Jawapannya boleh. Jika para ibu merasakan wujudnya keperluan susu untuk bayi 1 tahun sebagai susu tambahan atau alternatif kepada bayi, susu formula dapat membantu seadanya. 

Ada beberapa sebab keperluan susu formula perlu diberikan kepada bayi antaranya seperti berat badan bayi tidak bertambah mengikut kadar sepatutnya.

Selain itu, kurang membuang air kecil, sering letih atau cerewet dan sesi penyusuan badan agak sekejap atau terlalu lama. 

Memilih susu formula yang sesuai adalah sangat penting bagi mengelakkan perkara-perkara yang boleh memberi risiko kepada bayi.

Oleh itu, ibu bapa hendaklah mengambil tahu jenis-jenis susu yang sesuai untuk diberi kepada bayi.


Susu Formula Tahan Berapa Lama Selepas Dibancuh?

Susu susu formula untuk bayi yang telah dibancuh sebaiknya digunakan secepat mungkin dalam lingkungan masa 1 jam. 

Ini kerana bakteria dapat berkembang dan membiak dengan cepat dalam susu yang telah dibancuh, terutama jika dibiarkan pada suhu bilik atau suhu panas dalam masa yang lama.

Susu formula yang telah dibancuh memiliki potensi perkembangan bakteria jika tidak disimpan dengan baik. 

Jika bayi tidak segera menghabiskan susu formula yang dibancuh, lebih baik membuang sisa susu setelah 1 jam selepas di minum.

Anda juga tidak disaran untuk menghangatkannya semula atau menyimpan susu yang telah diminum oleh anak.

Jika si kecil tidak minum susu yang sudah dibancuh dalam masa 1 jam, anda boleh menyimpan susu tersebut ke dalam peti sejuk.

Anda boleh keluarkan semula susu yang telah disejukkan tadi dan berikan terus pada bayi anda.

Ingat ya, jangan pernah panaskan semula susu formula yang telah dibancuh lebih dari sekali kerana susu tersebut mudah rosak.

Penting untuk sentiasa utamakan keselamatan dan kesihatan bayi dengan ikuti panduan penyimpanan dan penggunaan susu formula yang disarankan oleh pakar atau doktor.

Anda boleh tonton video di bawah tentang kesalahan ketika membancuh susu formula anak di rumah. Semoga bermanfaat!


Artikel Berkaitan

End of Article