Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

11 Skincare Untuk Jeragat Terbaik di Malaysia 2024

Tiada lagi masalah keyakinan diri

Jeragat adalah satu kesan tompokan hitam yang halus pada wajah akibat tidak menjaga rutin skincare yang betul. 

Jeragat muka atau kulit yang ada jeragat tidak menjejaskan kesihatan seseorang, namun ia boleh memberi kesan yang mendalam seperti kurang keyakinan diri atau terasa penampilan tidak sempurna.

Oleh sebab itu, penting untuk guna produk hilangkan jeragat atau skincare untuk jeragat agar kulit wajah kembali cantik dan bersih.

Pastikan anda beli skincare terbaik untuk jeragat atau skincare untuk jeragat dan kulit kusam untuk dapatkan kesan yang diinginkan bagi menghilangkan jeragat.

Di sini, kami menyediakan beberapa rekomendasi produk terbaik untuk jeragat bagi membantu anda yang mempunyai masalah kulit jeragat. Selamat mencuba! 


Senarai 11 Produk Hilangkan Jeragat Muka

Scrub muka untuk jeragat
ST. IVES
mulai
RM25.82
Semak ST. IVES Nourished & Smooth Oatmeal Scrub harga dibawah:
add_circle Melembapkan kulit wajah
add_circle Tidak mengandungi sulfat dan minyak
add_circle Sesuai dijadikan scrub atau masker
remove_circle Stok terhad

Scrub ini menyegarkan kulit yang letih dengan bau oat semula jadi, dan ia tidak terlalu kasar pada kulit.  

Dalam masa yang sama, ia boleh mengangkat kelemumur pada kulit, serta membersihkan liang pori.

Skrub ini juga boleh melembutkan dan melembapkan wajah supaya wajah tidak lagi kelihatan kusam.

Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.

Cosrx Salicylic Acid Daily Gentle Cleanser
mulai
RM12.16
Semak Cosrx Salicylic Acid Daily Gentle Cleanser harga dibawah:
add_circle Mengelupas sel kulit mati
add_circle Mempunyai salicylic acid
add_circle Membersih liang pori dan lapisan kulit dalam
add_circle Melembapkan kulit
add_circle Mengurangkan breakout
remove_circle Tahap pH yang tinggi
remove_circle Digalakkan pakai bersama sunscreen

Kotoran pada wajah anda yang tidak dibersihkan dengan betul juga akan menyebabkan jeragat.

Tapi jangan risau, gunakan face wash dari COSRX yang mempunyai salicylic acid bagi membersih lapisan kulit yang kotor akibat terdedah dengan persekitaran luar.

Dengan kandungan salicylic acid membersih liang pori serta seluruh kotoran pada wajah anda. 

Ianya juga bagus untuk melawan jeragat, jerawat tanpa mengeringkan kulit wajah. 

Jadi ingat ye, nak kurangkan jeragat perlu bermula dari pencuci wajah!

Hada Labo Premium Whitening Light Set
mulai
RM125.26
Semak Hada Labo Premium Whitening Light Set harga dibawah:
add_circle Memberikan kesan glowing dan menecerahkan
add_circle Tidak melekit dan melembapkan kulit
add_circle Selamat untuk kulit sensitif
remove_circle Kesan terbaik adalah dengan set combo

Kulit sensitive tapi berjeragat memang susah nak hadap masalah ni, tapi jangan risau sebab adanya set combo Hada Labo Premium Whitening Light. 

Sesuai untuk diguna pakai bagi kulit sensitif dan berminyak tanpa menyebabkan iritasi dan masalah berjerawat.

Niacinamide, a Arbutin dan Vitamin C memberikan kesan glowing dan mencerahkan sekaligus mengurangkan kesan jeragat serta tona tidak sekata. 

Tekstur pelembap yang mengandungi Hyaluronic acid tidak melekit dan melembapkan kulit.

Kulit sensitif dan berjeragat kini tiada masalah lagi!

mulai
RM27.90
Semak The Ordinary Glycolic Acid 7% Toning Solution (240ml) harga dibawah:
add_circle Membersih liang pori
add_circle Membuatkan kulit licin dan parut berkurang
add_circle Memberikan kesan glowing pada wajah
remove_circle Memedihkan kulit

Tahukah anda kulit yang berjeragat dan kusam perlukan asid untuk membersihkan kulit wajah? 

Asid yang diperlukan adalah dari The Ordinary Glycolic Acid 7% Toning Solution membantu membuang kotoran pada kulit wajah termasuk mengurangkan jeragat. 

Kotoran pada liang pori yang juga menyebabkan jeragat ini akan disingkirkan hanya dengan 2 kali penggunaan seminggu sahaja. 

Fungsi Glycolic acid ini untuk pengelupasan bagi memberikan kulit yang sihat dan berseri. 

Kulit makin cerah berseri dan masalah jeragat juga makin berkurang, cuma pastikan anda guna set skincare yang lengkap sebelum menggunakan produk ini ye.

Serum untuk jeragat
The Raw. Arbutin 2% Serum
mulai
RM32.90
Semak The Raw. Arbutin 2% Serum harga dibawah:
add_circle Mencerahkan kulit
add_circle Melembabkan kulit wajah yang kering
add_circle Mudah menyerap dan ringan pada wajah
remove_circle Hasil terbaik dengan set lengkap

Diformulasi dengan 3 bahan terbaik seperti Arbutin, Niacinamide dan Glutathione untuk mencerahkan kulit anda dengan begitu efektif. 

Bukan sahaja mencerahkan, malah tiada lagi masalah kulit wajah berjeragat serta tona tidak sekata. 

Diperkaya dengan Provitamin B5, Hyaluronic Acid untuk melembapkan kulit wajah yang kering

Hasilnya kulit makin berseri, dan serum ini tidak melekit, mudah menyerap pada kulit!

Retinol untuk jeragat
The Raw. Retinol 0.3% Serum
mulai
RM87.90
Semak The Raw. Retinol 0.3% Serum harga dibawah:
add_circle Memperbaharui sel kulit
add_circle Mengurangkan garis kedutan
add_circle Meningkatkan penghasilan kolagen
add_circle Mengekalkan kelembapan kulit
add_circle Mengandungi bahan utama perlindungan lapisan kulit wajah
remove_circle Tidak dibenarkan untuk ibu mengandung
remove_circle Tidak sesuai umur 25 tahun ke bawah

The Raw skincare memperkenalkan The Raw Retinol serum yang sesuai untuk kulit berjeragat, kedutan halus, kusam, pori terbuka. 

Produk ini sangat bagus untuk jeragat serta memperbaharui sel kulit dan mengurangkan garis kedutan. 

Bahan utamanya adalah Retinol, sebagai anti penuaan dan meningkatkan penghasilan kolagen sekaligus mengurangkan jeragat pada wajah.

Arginine pula membantu mengekalkan kelembapan kulit dan Polypeptide, menjadikan kulit anjal dan melambatkan kedutan pada wajah. 

Dengan adanya kesemua bahan utama diatas serta 5 essential ceramides sebagai tunggak utama perlindungan lapisan kulit wajah, tak perlu risau dah dengan jeragat pada wajah!

SKINTIFIC Symwhite 377 Dark Spot Moisturizer
mulai
RM89.00
Semak SKINTIFIC Symwhite 377 Dark Spot Moisturizer harga dibawah:
add_circle Tidak melekit pada kulit wajah
add_circle Mengurangkan kesan tompok hitam
add_circle Anti oksidan memberikan tona kulit sekata
add_circle Menjadikan kulit lebih cerah
add_circle Mengekalkan kelembapan pada kulit
remove_circle Perlu pakai lama untuk kesan terbaik

Mencari moisturizer terbaik untuk jeragat agak sukar, dimana anda perlu melihat bahan yang terkandung adakah ianya mampu mengurangkan jeragat. 

Kini anda tak perlu risau lagi, moisturizer dari SKINTIFIC diformulasi khas dengan SymWhite377 bagi mengurangkan kesan tompok hitam, jeragat pada wajah.

Selain itu apa yang diperlukan adalah Tranexamic menjadikan kulit lebih cerah serta Glutathione sebagai anti oksidan memberikan tona kulit yang sekata.

Jika anda risau kulit akan kering, bahan seperti Ceramide akan mengekalkan kelembapan pada kulit sepanjang hari.

mulai
RM51.80
Semak Eucerin Soothing Cream Body Lotion (50ml) harga dibawah:
add_circle Tidak iritasi buat kulit kering & sensitif
add_circle Krim serapan pantas ke dalam kulit
add_circle Dapat melembapkan kulit
remove_circle Harga mahal
remove_circle Meninggalkan kesan berminyak pada kulit

Eucerin dirumus bahan yang memang melembutkan kulit yang tegang, melembapkan kulit kering, mengurangkan kegatalan dan jerawat. 

Dengan kandungan minyak Omega dan Lucochalcone A dalam krim ini telah diuji secara klinikal.

Mereka dapati ia dapat membantu memulihkan masalah kulit yang dihadapi dan sesuai untuk muka dan badan.

Krim ini bebas dari paraben menjadikan sesuai untuk semua jenis kulit tanpa menyebabkan iritasi pada kulit. 

Walaupun sedikit berminyak, tapi bila disapukan tidak akan meninggalkan sebarang kesan white cast, krim ini akan menyerap pantas ke dalam lapisan kulit.  

Sunscreen untuk jeragat
Sunplay
Sunplay Skin Aqua UV Brightening Moisture Gel
mulai
RM28.79
Semak Sunplay Skin Aqua UV Brightening Moisture Gel harga dibawah:
add_circle Bahan utama seperti Hyaluronic Acid dan Collagen
add_circle Arbutin untuk mengurangkan dark spot
add_circle Mempunyai Vitamin B5, C & E
remove_circle Sedikit kering selepas pakai

Sunplay mempunyai pelbagai jenis pilihan keluaran mengikut kesesuaian 

Jika anda mempunya masalah kulit berminyak sunscreen ini adalah yang terbaik.

Ini kerana proses penyerapannya pantas dan tidak membuatkan kulit anda berminyak walaupun berpeluh.

Hyaluronic acid dan kolagen menjadikan wajah lembut, arbutin pula boleh mengurangkan dark spot terutama bekas jerawat. 

Teksturnya lembut kerana mengandungi B5, C & E yang menjadikan kulit kekal sihat.

Terdapat juga perlindungan dari spf 50 yang sudah cukup untuk kegunaan seharian, sangat sesuai dijadikan sunscreen untuk jeragat. 

Krim malam untuk jeragat
NIHON Night Repair Creme
mulai
RM149.99
Semak NIHON Night Repair Creme harga dibawah:
add_circle Membuang sel kulit mati pada permukaan wajah
add_circle Memperbaiki lapisan kulit wajah
add_circle Melawan jerawat serta mengawal lebihan sebum
add_circle Mencegah penuaan pada kulit
remove_circle Sedikit melekit

NIHON adalah jenama skincare yang juga berkesan untuk mengurangkan masalah jeragat.

Masalah jeragat ini memerlukan Lactic Acid, dimana ianya membuang sel kulit mati pada permukaan wajah yang menyebabkan jeragat.

Selain itu, Niacinamide memperbaiki lapisan kulit wajah malah memberikan kesan cerah pada seluruh kulit wajah.

Bagi anda yang mempunyai kulit berminyak, bahan seperti Retinol nampu melawan jerawat serta mengawal lebihan sebum (berminyak) pada wajah.

Akhir sekali, Vitamin C ini perlu ada dalam setiap produk untuk mengurangkan jeragat dimana ianya memberikan kulit wajah yang berseri dan sihat.

Semua kebaikkan ini anda akan dapat hanya dengan merehatkan wajah bersama NIHON night repair creme sahaja. Selamat mencuba!

Mask untuk jeragat
Garnier
mulai
RM6.75
Semak Garnier Light Complete Serum Mask harga dibawah:
add_circle Estrak lemon dan vitamin C
add_circle Melembapkan kulit wajah
add_circle Sesuai untuk kulit sensitif
remove_circle Perlu pakai dengan kerap

Jenama Garnier popular dengan formulasi pencerahan jadi dengan mask ini anda boleh mendapatkan tona kulit lebih sekata dan bintik hitam berkurangan. 

Formulasi ekstrak lemon dan Vitamin C ini khas untuk anda dengan kulit kusam dan tidak bermaya. 

Bila pakai mask, mampu meredakan masalah kulit tidak bermaya dan membekalkan nutrisi yang diperlukan pada kulit wajah.

Mask ini juga memberi kelembapan menyeluruh pada kulit, hanya dengan pemakaian 1 mask, ibarat menggunakan serum selama seminggu.


Apa itu jeragat dan punca terjadi jeragat?

Jeragat? Apa punca sebenar terjadinya pembentukkan jeragat pada wajah

Jeragat sebenarnya disebabkan oleh lebihan akses minyak yang terkumpul di bawah saluran kelenjar sebum atau nama saintifiknya, Sebaceous; sejenis akar rambut yang telah dicemari oksida berbahaya. 

Jeragat terbentuk dalam tompok-tompok kecil yang memenuhi bahagian muka seperti dahi, pipi, hidung juga kawasan di sekitar bibir. 

Kesannya, jeragat di muka menyebabkan terjadinya tona kulit tidak sekata dan anda mungkin memerlukan skincare untuk kulit kering dan jeragat bagi merawatnya jika kulit wajah anda jenis kulit kering.

Tapi tak mengapa, ada beberapa langkah dan pemakaian produk yang mampu untuk anda amalkan bagi mengurangkan jeragat tersebut. 

Anda boleh ikut senarai produk yang kami cadangkan mengikut turutan sebagai langkah untuk merawat dan mencegah jeragat pada kulit wajah.

End of Article