Penyusuan badan adalah sangat digalakkan sejak bayi baru lahir hinggalah si kecil berumur 2 tahun. Kebanyakan ibu terhalang daripada menyusukan bayi dengan susu badan sebaik sahaja selepas berpantang sebulan atau sesudah kembali bekerja. Mungkin juga disebabkan faktor lain seperti kekurangan susu badan. Sebenarnya, ibu masih boleh memberi susu badan pada si comel walaupun tidak berada bersama bayi 24jam sehari. Dengan mengepam susu ibu dan menyimpan dengan betul, bayi masih boleh mendapat khasiat susu ibu sepenuhnya seperti yang digalakkan.
Pam susu elektrik memudahkan proses pengepaman dan pengumpulan susu direalisasikan. Berikut disenaraikan pam susu elektrik yang berkualiti serta murah yang beharga di bawah RM200.
Pam susu Real Bubee ini sangat mampu milik dengan harga berpatutan serta mengekalkan kualiti pengepaman yang baik. Diperbuat daripada bahan tanpa BPA, pam susu ini sangat mudah untuk ditanggal dan dibersih. Para ibu boleh memilih untuk menggunakan hanya satu pam atau kedua-duanya dalam satu sesi pengepaman dan ini membuatkan pam susu ini sangat fleksibel.
Corong pam susu Real Bubee ini agak pendek berbanding pam susu yang lain. Oleh sebab itu, bagi ibu yang mempunyai puting yang besar dan panjang mungkin akan mendapati pam susu ini tidak begitu menyelesakan.
Teknologi terkini yang digunakan oleh pam susu CMBear ini menjadikannya salah satu pam susu elektrik pilihan untuk para ibu. Ianya mempunyai fungsi urutan, anti-backflow, mengeluarkan bunyi yang perlahan semasa beroperasi dan diperbuat daripada bahan-bahan selamat dan tanpa BPA. Pam susu CMBear ini mempunyai corong kutipan yang besar dan sangat lembut tetapi kuat.
Ini sesuai untuk para ibu yang mencari pam susu untuk payudara yaang agak besar semasa proses penyusuan.
Pam susu Momcozy ini mempunyai mode automatik yang akan mengurut dan merangsang pengeluaran susu serta diikuti dengan pengepaman susu. Ini membuatkan proses pengepaman sesuatu yang memudahkan. Pam susu Momcozy ini mempunyai 16 tahap pelarasan dan memori yang boleh disimpan untuk memudahkan pengepaman. Ia juga tidak mengeluarkan bunyi yang kuat serta dibuat daripada bahan selamat daripada BPA.
Pam susu Halford ini dilengkapi dengan sistem tertutup dan anti-backflow iaitu menghalang susu yang dipam untuk keluar semula. Pam susu ini didatangi dengan bekas yang membolehkan ia mudah untuk dibawa kemana-mana. Saiznya kecil dan tidak mengambil ruang yang banyak membuatkan ia sesuai dibawa untuk kegunaan diluar.
Dengan menggunakan USB dan 4 biji bateri bersaiz AA, pam susu Halford ini menjadi barangan yang mudah untuk dikendali. Pam susu ini mempunyai 2 jenis pengepaman dan pilihan 9 peringkat tekanan atau kekuatan sedutan.
Pam susu yang paling kecil, padat dan ringan daripada Treenie ini sangat digemari oleh ibu-ibu yang aktif dan selalu berada diluar rumah, samada untuk bekerja atau pergi bercuti. Walaupun saiznya yang kecil, ia juga sangat berkuasa dan dapat mengepam susu dengan baik. Pam susu elektrik jenama Treenie ini mempunyai 9 peringkat stimulasi dan 9 peringkat ekspresi yang boleh dipilih oleh para ibu.
Didatangi dengan kabel USB supaya boleh dicas dengan menggunakan power bank, laptop mahupun di dalam kereta.
Pam susu Autumnz ini didatangi dengan 2 fasa mengepam iaitu urutan dan ekspresi susu untuk pengepaman yang efektif serta efisien. Ia mempunyai 5 peringkat urutan dan 9 peringkat ekspresi yang boleh dipilih mengikut kesesuaian serta keselesaan untuk kegunaan para ibu. Hanya seberat 150g, pam susu Autumnz ini bersaiz kecil, kompak dan mudah untuk dibawa kemana-mana.
Ia juga menggunakan motor yang tidak terlalu bising, membuatkan ianya sesuai untuk digunakan di tempat awam serta di pejabat. Pam susu Autumnz ini juga mudah untuk dipasang, dikendali dan dibersih selepas digunakan.
Pam susu Youha ini direka dan dilengkapi dengan ciri-ciri anti-backflow untuk menghalang susu daripada dicemari oleh bakteria dan kuman. Ini akan menjamin kebersihan susu yang dipam sebelum ibu membekukannya untuk dijadikan sebagai stok simpanan. Selain daripada rekabentuk yang mudah dan menarik, pam susu Youha ini lebih khusus buat mereka yang tidak menggunakan pam susu dengan kerap.
Setelah dicas, bateri pam susu ini boleh digunakan sehingga 3 ke 5 sesi pengepaman. Pam susu ini kecil dan padat dan mudah untuk dibawa kemana-mana.