Kecantikan

7 Contour Drugstore Untuk Beri Hasil Raut Wajah Idaman & Menawan

Contour ada yang jenis powder, stick & krim, dan semuanya boleh didapatkan di drugstore seperti Watsons. Ini senarai contour kit, palette & stick drugstore.


Editor · Updated 9 Mar 2020

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

7 Contour Drugstore Untuk Beri Hasil Raut Wajah Idaman & Menawan

Apa perbezaan di antara bronzer dan contour?

Contour memberi bentuk dan mengukir wajah menjadi lebih tirus dan asimetris manakala bronzer pula memberikan warna kepada wajah anda supaya anda lebih kelihatan bermaya dengan kesan sunkissed yang menawan. Tidak semestinya membeli contour dengan harga yang mahal sahaja. Ada juga dijual dengan harga mengikut kemampuan bajet masing-masing. 

Kandungan

Jom lihat senarai dibawah contour yang terdapat pada drugstore terbesar di Malaysia, Watsons;

Contour stick murah dari drugstore – tampil ‘natural look’ 1 daripada 6
Silky Girl Photosharp Contour & Highlight Stick
Partnership with Silky Girl
Dari RM18.99
Lihat harga di Shopee Malaysia

Contour dwi-fungsi ini mempunyai tona gelap untuk warna contour yang akan menambah dimensi kepada wajah anda. Warna highlightnya pula diperbuat daripada serbuk mutiara yang halus untuk memberi cahaya kepada wajah anda tanpa nampak ‘over’. Sesuai digunakan untuk solekan natural yang beri kesan definisi halus dan lembut. 

Produk berharga berpatutan ini sesuai digunakan juga bagi yang mempunyai kulit sensitif kerana diperbuat daripada minyak pati Chamomile serta bebas pewangi dan paraben. Jadi kulit sensitif anda tidak perlu risau lagi.

Contour stick dari drugstore yang sesuai untuk pemula 2 daripada 6
Maybelline Face Studio V-Face Duo Stick
Partnership with
Dari RM39.90
Lihat harga di Shopee Malaysia
Juga di Hermo Malaysia

Jika anda mencari sesuatu yang mudah digunakan tanpa berus, inilah jawapanya. Contour stick dwi-fungsi ini bertujuan untuk memudahkan anda mengukir struktur wajah dengan hanya mengaplikasikan produk ini menggunakan jari sahaja. Warna produk ini juga amat sesuai untuk yang berkulit cerah dan menginginkan definisi bentuk wajah V dan tirus. 

Formulanya berkrim dan senang untuk disapu ke atas wajah anda. Rona highlighternya yang berkrim, sesuai untuk memberi kesanglowy pada pipi.

Contour kit dengan tona trio – sesuai untuk yang berkulit gelap 3 daripada 6
IN2IT Highlight & Contour Shade
Partnership with
Dari RM36.90
Lihat harga di Watsons Malaysia
Juga di Shopee Malaysia

Contour kit comel molek ini sesuai untuk yang sentiasa aktif bergerak dan sibuk diluar sana. Kerana saiznya yang kecil dan kompak amat sesuai digunakan sebagai produk ‘touch-up’ ketika berada diluar. Warnanya juga eksklusif terhadap tona wajah yang sederhana gelap dan sawo matang kerana tona contournya boleh dibina lebih gelap. Contour kit ini juga didatangi dengan tona highlight untuk menonjolkan ciri-ciri wajah anda.

Contour kit dengan tona sejuk untuk menyerlahkan wajah cerah 4 daripada 6
RIMMEL LONDON Sculpting Kit
Partnership with
Dari RM32.90
Lihat harga di Watsons Malaysia

Jika anda mempunyai wajah yang cerah dan sediki pucat, gunakan produk contour yang bertona sejuk kerana contour dengan tona panas akan membuatkan wajah anda tampak kusam dan tidak bermaya. Produk daripada Rimmel London ini amat sesuai kerana ianya mempunyai tiga palet warna iaitu highlight, contour dan pemerah pipi. 

Tiga tona tersebut terdiri daripada tona sejuk dan akan membuatkan pemakai berkulit cerah dan pucat tampak lebihberseri serta bermaya.

Contour palette 6 tona yang menakjubkan 5 daripada 6
PALLADIO The Definer Contour & Highlight Palette
Partnership with
Dari RM50
Lihat harga di Guardian Malaysia
Juga di Shopee Malaysia

Pelengkap kepada wajah anda, palet ini adalah produk sempurna untuk menonjolkan ciri-ciri wajah anda. Didatangi dengan 3 tona contour yang menawan dan praktikal untuk tona wajah yang berbeza serta 3 tona highlight untuk stail solekan yang lebih meluas. Palet ini juga amat praktikal kerana ianya mempunyai cermin untuk touch up. Tidak diuji pada haiwan, selamat untuk kegunaan semua jenis kulit!

Contour powder untuk kulit kering dan sensitif 6 daripada 6
PHYSICIANS FORMULA BB Highlight And Contour Palette (2 shades)
Partnership with
Dari RM69.90
Lihat harga di Watsons Malaysia
Juga di Zalora Malaysia

Palet contour daripada Physicians Formula ini amat sesuai untuk kulit yang kering dan sensitif kerana ianya bersifat hypoallergenic dan bebas daripada pewangi serta paraben. Formulanya bebas minyak tidak akan meyebabkan kulit mengeluarkan sebum berlebihan lalu mencairkan solekan muka anda. 

Dengan menampilkan 2 jenis palet iaitu shimmer yang memberi kilauan lembut. Manakala matte pula sesuai dengan kulit berminyak supaya solekan tidak tampil comot. Dengan warna contour yang lebih gelap, wajah anda akan tampak seperti terukir dengan sempurna.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]! Terima kasih!

Lagi daripada ProductNation