Concealer merupakan solusi terbaik buat anda yang sering khuatir dengan lingkaran gelap di bawah mata atau ketidaksempurnaan di sekitar wajah. Boleh di dapati dalam bentuk cecair, krim mahupun stick, concealer adalah antara produk kecantikan yang wajib dimiliki setiap wanita. Ianya dihasilkan bagi memudahkan proses menutupi atau mengeliminasi kesan cela seperti parut jerawat, bintik hitam dan sebagainya. Namun, walaupun terdapat pelbagai pilihan kosmetik menarik di pasaran, janganlah menilainya berdasarkan populariti jenama semata-mata.
Berikut, kami sediakan senarai concealer terbaik dengan harga mampu milik, setaraf jenama antarabangsa. Dari Maybelline ke Rimmel, yang mana satu pilihan anda.

Ucap selamat tinggal pada eye bag dengan Essence Stay All Day Concealer. Teksturnya yang lembut dan berkrim membantu menutupi lingkaran hitam di bawah mata dan bintik-bintik merah di sekitar wajah. Kualiti produk ini mampu bertahan selama 16 jam tanpa menyebabkan ketidakselesaan kepada pengguna. Dengan harga mesra poket, tiada lagi masalah eye bag. Mata nampak lebih bermaya.

Buat anda yang gemar berselfie, concealer dari jenama Wet n’ Wild ini adalah produk terbaik untuk anda. Dengan formulanya yang lembut serta full coverage, ia membantu menutupi segala kecacatan pada wajah serta secara efektif dan meratakan tona kulit tidak sekata. Bebas paraben dan pewangi tiruan, concealer ini juga selamat digunakan setiap hari.
Kini, wajah anda akan kekal cantik bersinar di setiap foto. 100% tanpa kilas balik!

Siapa yang tidak tahu akan keunggulan concealer dari jenama Maybelline ini? Dihasilkan dengan formula aktif Haloxyl dan Berry Goji, ia membantu dalam pengawalan akses sebum berlebihan agar wajah anda kekal segar dan bebas kilauan sepanjang hari. Selain membantu memberi hidrasi, concealer ini juga sesuai digunakan setiap hari sebagai pelengkap solekan.
Hanya dengan satu sapuan menggunakan berus atau span, berhasil menutup segala cela dan noda gelap. Tidak hairanlah produk ini menjadi kegilaan ramai!

Mengandungi Sodium Hyaluronate dan Fraxinus Excelsior Bark Extract, concealer ini bertujuan memberi lembapan pada kulit wajah agar tampak lebih segar dan awet muda. Sangat sesuai buat kamu yang mempunyai masalah kulit kering dan inginkan penghidratan berkekalan. Hanya dengan sekali usap, produk ini mampu menutup ketidaksempurnaan di wajah.
Kini, anda tidak perlu risau tentang mengaplikasikannya berulang kali. Sekali pakai tahan selama sehari.

Concealer berkualiti lembut dan tahan lama dari Rimmel London ini memberikan keselesaan berpanjangan sehingga 25 jam lamanya. Diformulasi dengan tekstur cahaya udara ultra, concealer ini mampu mengeliminasi segala ketidaksempurnaan pada wajah walaupun berada di bawah cahaya terang.
Aplikator kusyennya juga lembut, senang untuk digunakan pada sekitar mata. Anda tidak perlu bimbang tentang parut jerawat lagi.

L’Oreal True Match Concealer telah direka bagi membantu mencerahkan tona kulit kusam atau tidak sekata. Hadir dalam 9 tona berbeza, ia memberi liputan tinggi atau full coverage untuk kemasan sempurna serta memperbaiki tekstur kulit. Buat kamu yang mengalami masalah kulit kusam atau sering mencari produk untuk menyembunyikan tanda-tanda keletihan, cuba produk ini.
Selamat digunakan setiap hari, wajah akan tampak lebih bermaya selepas satu sapuan.

Diperkaya dengan air glasier Mont Blanc juga asid Hyaluronik, serasi buat kamu yang berkulit sensitif. Bukan sahaja ia membantu menghidrat semula kulit, produk ini juga merapikan serta mencegah tanda awal penuaan. Dirumus bersama Vitamin, concealer dengan Wand Applicator ini memastikan kulit menjadi lebih cerah dan berseri.
Selamat dari kesan iritasi, ia memberi perlindungan berpanjangan dan membantu menyembunyikan lingkaran hitam, bengkak di bahagian mata, kedutan serta garis halus.

Bebas minyak, tanpa wangian dan bebas paraben. Revlon PhotoReady Concealer mempunyai formula yang direka secara profesional dengan pigmen photochromatic untuk memberi pencerahan dan meninggalkan kulit tampak lebih flawless dan airbrush. Teksturnya yang unik, ringan serta berkrim menutup segala kelemahan yang terdapat pada wajah anda.
Ianya juga mengandungi SPF20 bagi memberi kelembapan pada kulit kering atau dehidrasi. Hadir dalam bentuk stick, senang digunakan terutamanya jika anda mahu mengejar masa.
Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]! Terima kasih!