Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Amalkan Pemakanan Lebih Sihat Dengan Menggunakan 7 Slow Juicer Terbaik Ini

Memudahkan bagi mereka yang ingin mencapai kualiti hidup yang lebih bermakna

Pemakanan yang sihat menjadi satu kriteria penting dalam memastikan penjagaan kesihatan seseorang selain bersenam. Antara pemakanan yang sihat yang menjadi amalan ialah dengan makan dan minum jus buah-buahan segar. Dengan memiliki mesin membuat jus di rumah, pastinya sesuatu yang dapat membantu anda merealisasikan kehidupan sihat dengan cemerlang dan menggalakkan seisi rumah mengambil pemakanan serta minuman untuk kesihatan. 

Slow juicer adalah mesin jus yang terbaik untuk menghasilkan jus minuman yang berkhasiat. Ianya menggunakan teknik ‘cold-press’ yang dapat mengekalkan khasiat buah di dalam jus minuman serta mampu menghasilkan saripati buah-buahan yang banyak dalam setiap gelas minuman. Ikuti senarai slow juicer terbaik yang boleh anda miliki untuk kegunaan sendiri;

Slow juicer manual yang murah dan berkualiti tinggi
mulai
RM65.00
Semak GIOCOSO Hand Manual Slow Juicer harga dibawah:

Slow juicer Giosoco ini tidak mempunyai sebarang komponen elektronik dan mudah untuk digunakan di mana sahaja. Selain dari menghasilkan jus minuman yang melegakan tekak, ia juga selamat digunakan untuk menyediakan makanan bayi. 

Menggunakan sistem dual dalam perahannya memberi hasil pati yang pekat dan mengekalkan rasa aslinya.

Slow juicer yang menjimatkan penggunaan elektrik dan tenaga
RUSSELL TAYLORS
mulai
RM197.99
Semak RUSSELL TAYLORS Slow Juicer SJ-33 harga dibawah:

Dengan harga yang menarik dan murah, buat anda yang pertama kali mahu belajar berjinak dengan slow juicer bolehlah cuba beli dengan jenama Russell Taylors ini. Walaupun harganya agak murah berbanding jenama yang setanding dengannya, slow juicer ini masih boleh menghasilkan jus minuman yang berkualiti. Hasilnya jus yang anda dapat daripada slow juicer ini pasti tidak memgecewakan anda.

Slow juicer yang tahan lama dan lasak
mulai
RM489.00
Semak KHIND Slow Juicer JE150S harga dibawah:

Slow juicer Khind ini mudah untuk digunakan dan hasilnya sangat memuaskan hati. Ia mampu menyediakan hidangan jus yang sedap dan segar. Pastinya ini membantu anda mendapatkan diet fiber dan vitamin yang secukupnya dalam amalan pemakanan sihat anda seharian. Boleh digunakan selama 30 minit secara berterusan kerana ianya menjimatkan tenaga.

Slow juicer Khind ini direka supaya tahan lasak dan tahan lama serta selamat untuk digunakan. Sangat mudah untuk dibersihkan, hanya cucikan sahaja dengan air, anda siap untuk menggunakannya semula.

Slow juicer untuk smoothie buah-buhan kegemaran anda
mulai
RM597.00
Semak Panasonic MJ-L500 harga dibawah:

Dengan kelajuan 45rpm memerah setiap jus tanpa mengganggu rasa asal buah-buahannya, slow juicer Panasonic ini satu pelaburan yang menguntungkan. Slow juicer ini juga mampu menghasilkan smoothie buah dari ais beku dengan ‘Frozen Attachment’ yang ada mengikut beberapa langkah-langkah yang ditentukan.

Jika anda meletakkan yogurt enak bersama smoothie buah ini, ia menjadikan hidangan pemanis mulut yang pasti menjadi kegemaran keluarga.

Slow juicer yang mudah untuk dibersihkan
mulai
RM666.00
Semak PHILIPS Slow Juicer HR1889 harga dibawah:

Slow juicer Philips ini adalah satu alat yang akan menginspirasikan sesiapa sahaja untuk mengamalkan tabiat meminum jus serta-merta. Mudah dipasang dan dikendali serta hanya memerlukan kurang daripada 5 minit untuk membersihkannya selepas digunakan. Anda tidak akan berasa berat hati untuk menggunakannya setiap hari.

Slow juicer untuk mengisar kekacang soya
mulai
RM999.00
Semak HUROM Premium Slow Juicer HE-DBG04 harga dibawah:

HUROM Slow Juicer HE-DBG04 diterbangkan khas dari Korea dengan menggunakan teknologi kelas dunia yang dipatenkan. Motornya direka khas untuk menghasilkan getaran paling minima bagi mengekalkan rasa dan nutrien buah dan sayur yang asal.

Rekaannya halus dan teliti amat sesuai buat anda yang gemar menghasilkan pelbagai resepi termasuk susu soya homemade sendiri. Cubalah!

Slow juicer premium khas untuk sayuran
mulai
RM1,799.00
Semak KENWOOD Slow Juicer JMP-800SI harga dibawah:

Memerlukan tenaga paling optimum, slow juicer Kenwood ini adalah yang terbaik kerana mampu menghasilkan kadar ekstrak yang tinggi. Hanya bekerja serendah 48rpm, ia dapat mengurangkan haba dan pengoksidaan semasa proses mengisar. Teknologi penghalusannya juga membolehkan sayur-sayuran dikisar tanpa perlu ia dipotong halus dan mengekalkan nutrien sayuran dalam hasil kisarannya.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]! Terima kasih!

 

End of Article