Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

8 Keyboard Mechanical Dibawah RM250 Untuk Kepuasan Gaming & Kerja

Tidak perlu membeli keyboard asing lagi!

Terdapat banyak jenis keyboard yang dijual dipasaran dan pada kali ini kita akan fokus kepada keyboard yang semakin popular dikalangan gamers dan penulis iaitu keyboard jenis mekanikal. Keyboard mekanikal mempunyai suis individu dibawah setiap satu kekuncinya membuatkan ianya lebih cekap dan sensitif dalam menerima isyarat ketika kekunci ditekan. Berlainan pula dengan keyboard semi mekanikal yang mempunyai gabungan keyboard mekanikal dan standard (membrane).

Keyboard membrane adalah jenis yang menggunakan lapisan silikon atau getah di antara kekunci dan plet keyboard yang menerima isyarat tertentu. Justeru, pada gamers mahupun individu yang menggunakan keyboard pada kadar yang tinggi, anda mungkin memerlukan keyboard mekanikal ini untuk menjalani rutin harian lebih produktif and efisien. Ayuh kita lihat apa yang ditawarkan dengan harga dibawah RM250;

Keyboard mekanikal dengan blue switch pilihan
ARMAGEDDON MKA-3C Psychfalcon Mechanical Keyboard
From
RM89.00
Check ARMAGEDDON MKA-3C Psychfalcon Mechanical Keyboard price below:

Dengan harga yang murah anda boleh dapatkan keyboard mekanikal berkualiti tinggi yang menggunakan sistem blue switch. Pengguna blue switch keyboard sudah pasti gemar dengan bunyi klik yang jelas. Ini bermaksud kekunci sudah betul-betul ditekan kerana tindak balas bunyi klik yang nyaring.

Sesetengah penulis atau gamer menggemari bunyi ini kerana ia memberikan feel yang berbeza. Keyboard bergaya sleek ini dengan top panel metal yang stylish, menjadikannya nombor 1 pilihan pengguna.

Keyboard semi mekanikal terbaik (membran + mekanikal)
AULA 7 Semi Mechanical Gaming Keyboard
From
RM79.00
Check AULA 7 Semi Mechanical Gaming Keyboard price below:

Keyboard ini menggabungkan sistem mekanikal yang menggunakan suis dan keyboard standard dengan getah atau silikon di antara plet. Reka bentuknya yang unik berbentuk S adalah design ergonomik dan boleh meningkatkan keselesaan ketika menggunakannya. Dengan harga murah, keyboard ini dilengkapi ciri asas keyboard mekanikal yang boleh didapati pada keyboard lebih mahal.

Keyboard mekanikal mini – untuk kegunaan single hand
Mini Gaming Mechanical Keyboard
From
RM70.35
Check Mini Gaming Mechanical Keyboard price below:

Keyboard ini dicipta untuk keperluan gaming single hand. Ianya digunakan di sebelah kiri manakala tangan kanan lebih banyak kepada penggunaan mouse. Ianya mempunyai wrist rest yang besar untuk keselesaan anda. Keyboard ini juga mempunyai 3 tetapan warna yang boleh ditukar. Sesuai digunakan dengan tablet dan smartphone, keyboard ini kompak dan mudah untuk di bawa kemana-mana sahaja.

Keyboard mekanikal tanpa kekunci nombor (tenkeyless)
TECWARE PHANTOM TKL RGB Mechanical Keyboard
From
RM158.00
Check TECWARE PHANTOM TKL RGB Mechanical Keyboard price below:

Keyboard tanpa pad nombor adalah lebih kecil berbanding keyboard biasa. Ianya sesuai untuk anda yang mempunyai ruangan yang kecil dan tidak menggunakan pad nombor pada keyboard. Keyboard daripada jenama Tecware Phantom ini adalah jenis mekanikal yang mempunyai 3 variasi suis iaitu tactile clicky, tactile bump dan linear.

Keyboard mekanikal untuk gaming murah pilihan terbaik
FANTECH Pantheon MK883 RGB Mechanical Keyboard
From
RM200.00
Check FANTECH Pantheon MK883 RGB Mechanical Keyboard price below:

Gamers tegar, ini untuk anda. Keyboard mekanikal ini direka khas untuk bermain game seperti Dota, CS dan banyak lagi. Lengkap dengan FN+ Multimedia Keys untuk keperluan gaming dan multimedia anda. Keyboard ini menggunakan Outemu Clicky Blue Switch, pilihan yang sangat tepat utuk pro-gamer.

Keyboard mekanikal ini membolehkan anda menukar lampu sisi dengan 7 spektrum berbeza dan lampu atas keyboard dengan 14 spektrum warna berlainan.

Wireless keyboard mekanikal – menyokong sambungan dengan Apple iOS
ELYSIUM DOT Mechanical Keyboard
From
RM249.00
Check ELYSIUM DOT Mechanical Keyboard price below:

Jika anda gemar keyboard mekanikal yang wireless, pilihlah ini. Ianya boleh digunakan dengan komputer, tablet ataupun smartphone tanpa menggunakan sebarang wayar. Pengguna iOS juga boleh menggunakan keyboard ini kerana ianya mampu menerima sistem aplikasi Apple itu.

Dilengkapi 3 tetapan lampu backlit dan suis mekanikal biru, kekuncinya yang berbentuk bulat memberi sedikit kelainan daripada keyboard yang biasa.

Keyboard mekanikal dengan red switch pilihan terbaik
CM Masterkeys CK550 RGB Gateron Switch Keyboard
From
RM248.00
Check CM Masterkeys CK550 RGB Gateron Switch Keyboard price below:

Bagi penggemar keyboard yang lebih lembut apabila ditekan, pilihlah keyboard dengan red switch. Ianya lebih sesuai digunakan untuk game yang memerlukan pemainnya menekan kekunci secara berulang kali seperti double tap atau triple tap. Pemain tidak perlu menunggu kekunci untuk retract sepenuhnya sebelum menekan lagi. Ianya juga lebih senyap dan lancar berbanding tactile switch.

Keyboard mekanikal RGB terbaik – lebih efisien semasa sesi bergaming
CORSAIR K55 RGB Gaming Keyboard
From
RM249.00
Check CORSAIR K55 RGB Gaming Keyboard price below:

Jika anda pemain game yang gemar melakukan live streaming, tarik perhatian lebih ramai penonton dengan menggunakan keyboard ini. Tetapan lampu backlight RGB boleh diubah mengikut citarasa anda. Ianya juga mempunyai kekunci yang senyap dan responsif untuk sesi bergaming lebih efisien. Didatangi dengan wrist rest anda boleh bermain game selama mana tanpa melenguhkan lengan.

Artikel berkaitan 

End of Article