Makan

Sediakan Hidangan Lebih Mudah Dengan 7 Dapur Gas Terbaik Ini

Terdapat pelbagai jenis dapur gas seperti mini, jenis kaca, stainless steel dsb. Ini senarai dapur gas terbaik untuk kegunaan rumah, berniaga, travel dll.


Editor · Updated 21 Jan 2022

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

Sediakan Hidangan Lebih Mudah Dengan 7 Dapur Gas Terbaik Ini

Memilih dapur gas yang terbaik semestinya mempunyai rahsia yang anda perlu tahu bukan hanya sekadar membeli kerana jenama dan reka bentuknya sahaja. Tahukah anda pemilihan permukaan badan dapur gas juga sangat penting dan jenis permukaan yang terbaik untuk digunakan adalah tahan karat. Tetapi tidak salahnya sekiranya anda ingin membeli jenis permukaan kaca, yang penting anda tahu untuk menjaganya. 

Selain itu juga, jika anda ingin membeli dapur gas pastikan ianya sesuai dengan jumlah tungku yang diperlukan agar penyediaan makanan lebih mudah dan menyingkatkan waktu. Berikut beberapa jenama dapur gas yang terbaik yang mungkin menjadi pilihan anda.

Kandungan
Bersaiz mini dan murah untuk kegunaan semasa camping serta travelling 1 daripada 7
HOMELUX Safety Portable Gas Cooker Stove
Partnership with
Dari RM49
Lihat harga di Shopee Malaysia
Juga di Lazada Malaysia

Memasak kini lebih mudah walaupun anda sedang menjalankan aktiviti di luar. Dengan dapur gas jenis ini ia bukan sahaja ringan malahan mudah untuk dibawa kemana sahaja serta dapat dimuatkan di dalam beg galas. Memasak air ataupun makanan ringkas ketika berkelah, kini tidak lagi menjadi masalah.

Dapur gas kecil, sesuai untuk memasak steamboat juga untuk berkelah 2 daripada 7
BUTTERFLY Portable Gas Stove - BPG-168
Partnership with
Dari RM61
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia

Dapur jenis ini sangat sesuai untuk penggunaan memasak juadah seperti steamboat kerana ianya mudah alih dan kecil untuk kegunaan di atas ruangan meja. Ianya dapur yang menggunakan gas butane dan berfungsi sama seperti dapur gas yang lain. Pelbagai hidangan dapat disediakan dengan dapur gas ini dan yang paling menarik ianya sangat murah dan berbaloi.

Dapur gas berkualiti tinggi dan tahan karat 3 daripada 7
ELBA Gas Stove with Stainless Steel Body EGS-F7112(SS)
Partnership with
Dari RM119
Lihat harga di Shopee Malaysia
Juga di Lazada Malaysia

Dapur jenis 2 tungku ini bukan hanya berbaloi dari segi harganya, malah ia juga dapur yang tahan lama dan digemari. Reka bentuk dan badannya diperbuat daripada keluli tahan karat menjadikan dapur ini mampu bertahan lebih lama. Badan dapur ini jenis tinggi dan sangat sesuai untuk anda yang mempunyai kabinet untuk meletakkan dapur gas ini yang rendah di ruangan sederhana.

Dapur gas kaca – tahan lasak dan tak mudah pecah 4 daripada 7
RIINO Infrared Gas Stove Tempered Glass Top Gas Cooker - 702i
Partnership with RIINO
Dari RM189
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Penunu dapur jenis infrared
Jimat gas
Saiz berat
2 lagi
Disertakan tiub paip (tebal 1cm)
Cincin penunu anti-gelincir

Riino dapur kaca tahan lasak yang dilengkapi dengan inframerah dan semestinya selamat untuk digunakan tanpa perlu risau retak atau pecah. Penyediaan makanan di rumah kini lebih mudah dan cepat dengan adanya dapur ini. Dapur Riino juga jenis yang mudah dibersih dan tidak menyebabkan periuk atau kuali anda rosak walaupun bergesel. 

Rupa bentuknya juga agak moden dan sangat sesuai untuk jenis dapur yang ringkas dan sederhana.

Dapur gas tinggi dan besar – sesuai untuk ruangan dapur yang luas 5 daripada 7
PENSONIC Table Top Gas Cooker PGC-2201G (6mm Tempered Glass)
Partnership with
Dari RM169
Lihat harga di Senheng
Juga di Lazada Malaysia

Jika anda suka akan dapur yang besar, mungkin dapur ini bersesuaian dengan cita rasa yang diingini. Ianya dapur kaca yang tahan lasak dan memiliki ketebalan 6mm, malah ia juga direka dengan tungku api berlubang besar. Ini bagi memastikan makanan dapat dimasak dengan lebih cepat. Anda juga tidak perlu risau tentang penjagaannya kerana ia mudah untuk dibersihkan.

Dapur gas besar - sesuai untuk berniaga dan kenduri 6 daripada 7
CHELSTAR Cast Iron C30 Automatic Stove Gas Cooker Dapur M21A
Partnership with
Dari RM85
Lihat harga di Shopee Malaysia
Juga di Lazada Malaysia

Memasak dalam kuantiti yang banyak semestinya memerlukan dapur jenis ini kerana ianya sesuai untuk kegunaan di luar terutamanya ketika ingin menyediakan juadah kenduri ataupun berniaga. Dengan penggunaan gas tekanan rendah, menjadikannya dapur gas yang lebih jimat. Dapur jenis ini direka dengan lubang api yang banyak bagi mempercepatkan proses memasak.

Dapur gas untuk table top jenis stainless steel terbaik 7 daripada 7
MILUX Stainless Steel Body Built-in Gas Cooker Hob MGH-S666M
Partnership with
Dari RM509
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia

Dapur dari jenama ini bukan sahaja ringan malah ia juga tahan karat dan mudah untuk dijaga. Ianya dapur yang direka dengan lubang api kecil tetapi banyak untuk memastikan makanan dimasak agar tidak mudah hangus dan secara menyeluruh dengan api kecil. Bukan sahaja itu, dapur ini direka dengan tungku yang diperbuat daripada tembaga untuk memastikan ianya tidak mudah karat dan mudah untuk dibersihkan.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]! Terima kasih!

Lagi daripada ProductNation