Kecantikan

Serlahkan Bentuk Wajah Idaman Anda Dengan 7 Contour Stick Dibawah RM50

Ada yang gemar dengan contour halus & klasik yang akan meningkatkan ciri wajah. Ini senarai contour stick murah bawah RM50 untuk kulit berminyak & kering.


Editor · 2 Aug 2019, 7:03pm

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

Serlahkan Bentuk Wajah Idaman Anda Dengan 7 Contour Stick Dibawah RM50

Susah betul untuk melepaskan trend kecantikan yang menonjolkan ciri-ciri wajah seperti dagu runcing, hidung mancung atau tulang pipi yang menonjol seperti yang dipopularkan oleh Kim Kardashian, Ratu trend kecantikan contour. Namun, tidak kesemua orang suka akan trend contour yang melampau sehingga mengubah bentuk wajah yang sebenar. Sesetengah orang gemar dengan jenis contour yang halus dan klasik yang akan meningkatkan serta memperkemas ciri wajah secara tidak berlebihan. 

Anda juga tidak perlu berbelanja besar untuk membeli sebatang sahaja contour stick. Terdapat lambakan produk contour stick dari jenama biasa yang setanding jenama mahal dengan berharga dibawah RM50. Keberkesan dan kualitinya juga tiada beza. Untuk yang berbajet, contour stick pilihan ini sesuai untuk anda.

Kandungan
Contour krim bertona unik dengan formula Color Correct 1 daripada 7
MISS HANA Macaron Color Contour Stick Duo
Partnership with
Dari RM19.90
Lihat harga di Hermo Malaysia

Contour stick daripada Miss Hana ini bukanlah seperti contour stick yang biasa. Warna yang digunakan sebenarnya bertujuan untuk membetulkan tona wajah anda supaya contour muka anda terbentuk dengan kemas. Produk ini juga amat sesuai dengan pemakai yang mempunyai tona wajah yang amat cerah dan pucat. 

Setiap tona yang terdapat di dalam rangkaian contour stick ini bertujuan untuk memberi efek berbeza terhadap raut wajah anda. Ianya dapat menutup lingkaran gelap pada mata serta melindungi kemerahan dan kulit kusam.

Contour stick dan highlighter – terbaik untuk kulit sensitif 2 daripada 7
Silky Girl Photosharp Contour & Highlight Stick
Partnership with Silky Girl
Dari RM18.99
Lihat harga di Shopee Malaysia

Jika anda gemar berselfie dan ingin menyembunyikan double chin dalam gambar, contour stick dari jenama Silkygirl ini terbaik. Contour stick ini juga di datangi dengan highlighter yang sangat berkualiti. Formulanya berkrim dan berkilau akan membuatkan anda tampil flawless di dalam gambar. Rumusannya yang diperbuat oleh serbuk mutiara yang halus, memberi impak wajah glowing.

Ianya juga dirumus untuk kulit wanita Asia dengan mengandungi ekstrak minyak Chamomile. Terbaik untuk kulit sensitif, contour stick ini bebas paraben dan pewangi tiruan.

Contour stick mudah digunakan, khas untuk pemula 3 daripada 7
Maybelline Face Studio V-Face Duo Stick
Partnership with
Dari RM39.90
Lihat harga di Shopee Malaysia
Juga di Hermo Malaysia

Produk yang menakjubkan daripada Maybelline ini dirumus khas untuk pemakaian yang mudah dan cepat. Contour stick dan highlighting ini amat sesuai untuk pemula kerana bentuknya akan membantu anda mendapatkan bentuk wajah “V” dengan 2 langkah yang mudah. 

Warnanya juga amat sesuai dengan kebanyakan kulit wanita di Malaysia membuatkan produk dari Maybelline ini sesuai untuk pengguna yang baru mula berjinak dengan memakai produk contour.

Contour stick terbaik untuk kulit kering – terasa lembap sepanjang hari 4 daripada 7
BELL Hypoallergenic Contour Stick
Partnership with
Dari RM35.90
Lihat harga di Hermo Malaysia
Juga di Lazada Malaysia

Amat mudah sebenarnya untuk mencari contour stick yang berkrim dan tidak mengeringkan kulit muka. Namun, sukar mendapatkan jenis yang tidak comotkan solekan anda dan juga bersifat hypoallergenik kerana kebanyakan kulit kering lebih berisiko kulit iritasi. Produk daripada Bell ini amat sesuai untuk kulit kering dan sensitif kerana sifatnya yang hypoallergenik serta berkrim. 

Ianya dapat mengekalkan lembapan pada kulit kering dan tahan lebih daripada 12 jam. Bertekstur lembut seperti baldu, senang dioles dan blend pada kulit wajah. Kulit anda akan tampil sihat dan glowing.

Contour stick sesuai untuk wanita yang berkulit hitam manis 5 daripada 7
W7 Contour Stick - Deep
Partnership with
Dari RM33.21
Lihat harga di Guardian Malaysia

Produk ini amat sesuai untuk sesiapa yang berkulit dari tona sederhana ke gelap bagi menonjolkan ciri-ciri wajah anda. Dengan bertekstur krim dan senang untuk dioles, sesuai dengan kulit gelap kerana ianya tidak akan meninggalkan kesan bercapuk. Tona ‘deep’ sudah memadai untuk memberi tulang pipi tampak ‘tinggi’. 

Rangkaian produk contour stick ini juga mempunyai highlighter yang sesuai dikenakan pada kulit gelap sebagai pelengkap solekan. Warnanya tidak terlampau terang dan tidak akan menjadi kelabu diatas kulit anda yang sawo matang mahupun hitam manis itu!

Contour 2-dalam-1 - perkemas ciri contour pada wajah anda 6 daripada 7
PALLADIO The Definer Contour + Highlight Crayon
Partnership with
Dari RM35.91
Lihat harga di Hermo Malaysia
Juga di Shopee Malaysia

Produk daripada Palladio ini bukan sahaja berharga sederhana dan berkualiti bagus. Tetapi warnanya ‘ashy’ amat sesuai untuk semua tona kulit samada jenis sejuk dan panas kerana membentuk alur wajah di bawah tulang pipi dan bibir anda untuk menonjolkan bentuk yang lebih runcing dan bibir mungil. Bentuknya seperti pensel, tidak sama dengan jenis contour stick daripada jenama lain. 

Mudah untuk diaplikasi kerana matanya yang tajam akan memberi kemasan lebih tepat ketika melakukan shading pada wajah anda. Didatangi dengan tona highlighter, ianya juga multifungsi boleh digunakan sebagai eyeliner.

Cotour stick dari drugstore dengan kemasan matte untuk kulit berminyak 7 daripada 7
CEZANNE Shading Stick Matte Brown
Partnership with
Dari RM43.90
Lihat harga di Watsons Malaysia

Untuk kemasan yang lebih natural, anda boleh menggunakan jari untuk aplikasi secara merata dan gunakan blending sponge jika anda mahukan makeup anda tampil anggun. Contour stick ini juga sesuai digunakan sebagai shading di bahagian hidung kerana kemasan mattenya tidak akan terpadam di kawasan kulit wajah yang lebih senang berminyak. 

Produk ini akan memberi penampilan hidung anda tampak mancung tanpa perlu lakukan sebarang pembedahan!

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]! Terima kasih!

Lagi daripada ProductNation