Perkakas Rumah

7 Mesin Basuh Berkapasiti 9kg & Ke Atas Untuk Kegunaan Keluarga Saiz Sederhana

Mesin basuh besar sesuai untuk keluaraga sederhana hingga besar. Ini senarai mesin basuh besar jenis semi auto & low watt terbaik dari Panasonic, Bosch dll


Editor · 24 Jul 2019, 7:15pm

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

7 Mesin Basuh Berkapasiti 9kg & Ke Atas Untuk Kegunaan Keluarga Saiz Sederhana

Membasuh kini lebih mudah dan cepat dengan menggunakan mesin. Lebih-lebih lagi, kini mesin basuh mempunyai ciri-ciri tambahan yang sangat menakjubkan. Hanya dengan menekan satu butang pakaian sedia dibasuh bahkan ada juga mesin yang boleh terus mengeringkannya dengan segera. Tidak perlu lagi menyidai pakaian dan menunggu sehingga kering. 

Tidak dinafikan lagi bahawa kini terlalu banyak mesin basuh yang dilengkapi dengan teknologi terbaru tetapi perlulah beringat bahawa mesin yang terbaik tidak semestinya mahal kerana anda juga boleh mendapatkan mesin basuh yang murah atau mengikut bajet. Semuanya bergantung kepada cara anda memilihnya. Berikut beberapa jenama mesin basuh yang mungkin membuatkan anda tertarik untuk membelinya;

Kandungan
Mesin basuh 2-dalam-1 yang dilengkapi pengering terbaik 1 daripada 6
Panasonic Econavi Washer & Dryer PSN-NAS106G1 (10kg / 6kg)
Partnership with Panasonic
Dari RM3,499
Lihat harga di Senheng

Membasuh kini lebih singkat waktunya dengan hanya 49 minit sahaja membasuh. Ia juga mesin yang dapat memuatkan pakaian yang banyak dan dapat mengeringkan pakaian anda sekaligus tanpa perlu menyidai pakaian. Mesin basuh ini direka untuk memastikan walaupun pakaian dicuci dengan cepat tetapi kotoran degil dapat ditanggalkan serta dapat menjimatkan penggunaan detergen.

Fungsi cuciannya memudahkan anda untuk mencuci pakaian dari semua jenis kain. Mesin ini dicipta dengan tiga kawalan pintar Econavi secara automatik bagi mengesan keadaan pakaian anda bagi menyediakan operasi penjimatan tenaga, air dan tenaga yang optimum.

Mesin basuh cuci dengan 1 tabung – mudah untuk dikendali 2 daripada 6
Toshiba Top Load Washer TSB-AWDG1500WMKK (14kg)
Partnership with Toshiba
Dari RM1,799
Lihat harga di Senheng

Reka bentuk mesin basuh jenama ini sememangnya kelihatan lebih tegap dan elegan. Ianya merupakan mesin satu tabung yang mudah dan ringkas dari segi membuka penutupnya. Bukan sahaja itu, dengan ciri satu sentuhan pada panel skrin membuatkan basuhan lebih mudah dan anda juga boleh memilih beberapa program membasuh mengikut kesesuaian pakaian. 

Mesin ini bagus kerana cirinya yang tidak membuatkan pakaian anda cepat kedut dan lebih mudah di seterika. Yang paling penting, mesin ini sangat menjimatkan penggunaan elektrik.

Mesin cuci dengan low watt, menjimatkan dalam penggunaan tenaga 3 daripada 6
LG 6 Motion Inverter Direct Drive Top Load Washer (19kg)
Partnership with
Dari RM2,749
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia

Mesin basuh dengan ciri cucian turbo ini memastikan pakaian dibersih secara menyeluruh. Tambahan pula dengan sistem spray jeT dan gelombang yang kuat meningkatkan lagi kesan cucian. Yang lebih menarik, mesin basuh ini memiliki ciri teknologi SmartthinQ yang membolehkan anda mengendali atau memantau basuhan di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa. 

Dengan sistem pengendalian air yang sempurna, menjadikannya mesin yang menjimatkan penggunaan tenaga dan mencuci dalam penggunaan watt yang rendah.

Mesin cuci 2 tabung – asingkan pakaian untuk dicuci mengikut warna 4 daripada 6
SHARP EST1216 12KG Semi-Auto Washing Machine SHP-EST1216
Partnership with
Dari RM749
Lihat harga di Senheng
Juga di Lazada Malaysia

Mesin basuh separuh automatik ini memiliki dua tabung untuk cucian dan perahan. Ianya direka dengan 2 program membasuh iaitu lembut dan biasa. Anda juga tidak perlu bimbang tentang masa menunggu kerana ia hadir dengan pemasa yang boleh diselaraskan. 

Kini, anda tidak perlu lagi pening untuk menyidai pakaian yang tidak diperah kerana mesin ini boleh lakukannya untuk anda. Mesin separuh automatik ini bukan sahaja bagus malah ia juga berbaloi dari segi harga.

Mesin basuh semi auto paling besar – sesuai untuk membasuh material tebal 5 daripada 6
PENSONIC Semi Auto Washing Machine PEN-PWS1404 (14kg)
Partnership with
Dari RM756
Lihat harga di Senheng
Juga di Lazada Malaysia

Mesin basuh separuh automatik ini bukan sahaja luas tetapi ia juga mesin basuh yang tahan lama. Ianya sesuai untuk membasuh pakaian, selimut, cadar ataupun tuala. Dilengkapi dengan program memerah bagi memudahkan kerja mendobi di rumah yang disepadukan dengan fungsi udara kering, ianya dapat menghilangkan lembapan pada pakaian. 

Selain itu, mesin basuh ini mempunyai fungsi keselamatan pemutar yang berfungsi sebagai mekanisme memberhentikan mesin apabila tudung dibuka. Sememangnya ia berbaloi untuk dimiliki kerana saiz yang luas dan mudah diselengarakan.

Mesin basuh dengan harga mesra poket, berkualiti setanding jenama mahal 6 daripada 6
KHIND Semi Auto Washing Machine WM1017 (10kg)
Partnership with
Dari RM533.28
Lihat harga di Lazada Malaysia
Juga di Shopee Malaysia
Diperakui SIRIM
Cucian lebih bersih
Harga mahal
3 lagi
Menjimatkan penggunaan air
Kapasiti cucian besar, 10 kg
Boleh spin baju hingga 6 kg

Khind adalah salah satu jenama mesin basuh yang murah dan mempunyai keluasan agak besar dengan kapasiti cucian sebanyak 10 kg manakala tabung perahan pula seluas 6 kg. Ianya sama seperti mesin basuh yang lain iaitu mencuci pakaian dengan putaran yang kuat dan bersih. 

Selain itu, mesin ini turut mempunyai fungsi pemasa untuk memudahkan anda memantau waktu cucian pakaian. Mesin jenama Khind ini sempurna untuk anda yang inginkan mesin dengan harga murah dan dalam masa yang sama tahan lama.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]! Terima kasih!

Lagi daripada ProductNation