Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

8 Peti Sejuk Saiz Besar di Malaysia 2024 - Jenama Berkualiti

Makanan segar, badan pun sihat!

Peti sejuk merupakan antara perkakas penting yang ada di setiap rumah, kedai runcit dan restoran. 

Ia digunakan untuk penyimpanan bahan mentah, makanan lebihan bertahan lebih lama dan membantu mengurangkan pembaziran. 

Kini, peti sejuk ada banyak inovasi baru bergantung kepada saiz, jenama dan jenisnya di pasaran untuk pilihan anda. 

Setiap saiz peti sejuk ada kegunaan, kelebihan dan kekurangan yang perlu anda tahu untuk memilih peti sejuk terbaik dan sesuai untuk kegunaan anda. 

Kebanyakan peti ais besar mempunyai kapasiti melebihi 300L yang mempunyai harga berlainan mengikut jenama. 

Jom kami senaraikan beberapa jenama peti sejuk bersaiz terbaik untuk panduan anda.


Penyunting

Senarai 8 Peti Ais Besar Terbaik

Peti sejuk besar terbaik secara keseluruhan
Hisense 640L Side by Side 2 Door Glass Inverter Refrigerator
Hisense
Hisense 640L Side by Side 2 Door Glass Inverter Refrigerator
From
RM3,949.00
Check Hisense 640L Side by Side 2 Door Glass Inverter Refrigerator price below:
add_circle Pembuat ais automatik
add_circle Mempunyai dispenser air
add_circle Kawalan sentuh LED
add_circle Lampu LED dalaman
remove_circle Harga mahal

Sebab menjadi pilihan:

Peti sejuk ini dilengkapi dengan motor inverter, sistem penyejukan jenis auto-defrost dan dua bahagian pintu yang mempunyai jumlah kapasiti sehingga 640 liter.

Ciri-ciri:

Dengan reka bentuk pintu kaca berwarna hitam pada peti sejuk ini, dapur anda kelihatan lebih moden. 

Ia dilengkapi tangki air yang tak memerlukan paip hanya perlu mengisi air tapis secara manual ke dalam bekas yang disediakan untuk isian air minuman yang sejuk.

Ciri lain lagi, peti ais ini mempunyai dua zon suhu yang membolehkan anda menyejukkan peti sejuk dan peti beku secara berasingan.

Selain itu, mempunyai pembuat ais automatik dan dispenser air yang membolehkan anda memilih daripada kiub ais, ais hancur dan air sejuk dengan hanya menekan satu butang. 

Tambah lagi, anda boleh mengawal ciri peti sejuk dengan mudah melalui panel kawalan sentuh LED.

Ciri menarik peti sejuk Hisense ini adalah jeis penyejuk mesra alam R600a, kawalan elektronik, child lock, penggera pintu dan pintu depan boleh laras.

Reka bentuk dalaman peti ais ini terdapat rak kaca dan botol, 5 bakul pintu, dan lampu LED dalaman yang menjadikan penyimpanan makanan dan minuman lebih mudah.

Bersaiz besar W910x D686 x H1793, anda boleh membuat penyimpanan bahan mentah dan makanan dengan kuantiti yang banyak. 

Anda juga akan menerima jaminan am 2 tahun dan 12 tahun jaminan pemampat.

Review:

“Produk agak mengagumkan dan lebih murah daripada jenama terkenal lain dan kelihatan agak menarik….”

Peti ais 4 pintu terbaik
Hisense 520L 4 Door Inverter Fridge - RQ515N4AB1
Hisense
Hisense 520L 4 Door Inverter Fridge - RQ515N4AB1
From
RM1,999.00
Check Hisense 520L 4 Door Inverter Fridge - RQ515N4AB1 price below:
add_circle Jimat tenaga
add_circle Kaki depan boleh laras
add_circle Beroperasi secara senyap
add_circle Paparan sentuhan elektronik
add_circle Ruang laci peti sejuk mudah dibuka
remove_circle Tiada child lock
remove_circle Perlukan ruang yang besar untuk letak peti

Dengan teknologi inverter dan sistem penyejukan 360 darjah around cooling, setiap sudut peti sejuk ini akan mempunyai kesejukan yang sama dan segar setiap minit!

Dilengkapi dengan lampu LED yang sentiasa terang, memudahkan anda mengambil makanan pada waktu malam. 

Pintu perkakas dapur ini boleh tertutup sendiri, mempunyai ciri super freeze, super cool, pembuat ais dan lain-lain.

Tambah lagi, peti sejuk ini sangat menjimatkan kos elektrik dan mempunyai bunyi yang rendah. 

Anda juga boleh mengubah kedudukan kaki depan mengikut kesesuaian ruang dapur dengan mudah. 

Tambahan, saiznya W794 x D643 x H1816 sesuai dengan harga yang berbaloi. 

Kini, dengan peti sejuk beku yang bersaiz besar ini anda dapat menyimpan lebih banyak ikan, ayam, daging, sayuran dan buah-buahan untuk stok mingguan atau bulanan.

Peti sejuk untuk kedai runcit
Imax 925L 2 Door Economy Display Chiller
Imax 925L 2 Door Economy Display Chiller
From
RM2,700.00
Check Imax 925L 2 Door Economy Display Chiller price below:
add_circle Penyahbekuan automatik sistem blower
add_circle Penyejukan cepat
add_circle Penjimatan eco
remove_circle Cermin cepat kabus

Peti sejuk berkualiti tinggi ini mempunyai ruang simpanan yang besar dan luas membuatkan sesuai penggunaan ruangan skala besar. 

Ianya juga mudah untuk dialihkan ke mana-mana sahaja kerana memiliki roda di bahagian bawah peti sejuk ini.

Sangat sesuai digunakan di kedai kecil atau gerai makanan kerana saiznya W219 x D737 x H1965 dan dengan reka bentuk yang cukup ringkas dan juga mudah dibersihkan. 

Pencahayaan pada peti ini cukup terang dan jelas, memudahkan para pelanggan anda mengambil barang yang tersedia.

Bagaimanapun, chiller ini tidak mempunyai sistem pemanas dan boleh menyebabkan kabus pada cermin pintu peti sejuk.

Peti sejuk untuk minuman
Khind Display Chiller Showcase (350L) KDS350
Khind Display Chiller Showcase (350L) KDS350
From
RM1,622.61
Check Khind Display Chiller Showcase (350L) KDS350 price below:
add_circle Dalaman mudah dibersihkan
add_circle Mempunyai tombol suhu
add_circle Pintu boleh dikunci
remove_circle Memerlukan tenaga elektrik yang tinggi

Peti sejuk bersaiz W645 x D675 x H1916 ini paling sesuai untuk peniaga yang menjual minuman dalam botol besar, tin dan bekas jenis kotak. 

Bukan itu sahaja, suhunya juga mudah dikawal dan dilengkapi dengan lampu menegak untuk pencahayaan penuh bagi setiap lapisan rak.

Direka dengan pintu penutup sendiri yang dapat menutup secara automatik memudahkan  anda jika pelanggan tidak menutup pintu chiller dengan rapat. 

Bagaimanapun, anda perlu diingatkan bahawa peti sejuk ini menggunakan sistem pendingin yang kuat, maka menggunakan tenaga elektrik yang agak tinggi.

Peti sejuk inverter
Mitsubishi Refrigerator (630L/Glass Stellar Silver) (MR-LX68EM-GSL)
Mitsubishi
Mitsubishi Refrigerator (630LGlass Stellar Silver) (MR-LX68EM-GSL)
From
RM4,969.00
Check Mitsubishi Refrigerator (630L/Glass Stellar Silver) (MR-LX68EM-GSL) price below:
add_circle Defrost automatik
add_circle Lapisan makanan anti bakteria
add_circle Lampu LED terang
add_circle Penggera pintu
remove_circle Dulang ais tidak boleh diubah
remove_circle Tiada kipas penyejukan
remove_circle Mahal

Peti sejuk jenama Mitsubishi mempunyai sistem inverter neuro fuzzy yang sangat canggih menjadikan ia lebih efisien dan menjimatkan tenaga elektrik. 

Rekaan peti sejuk yang kelihatan menarik dengan warna Glass Stellar Silver akan membuatkan dapur anda tampak eksklusif.

Selain rak kaca tahan lasak, peti sejuk ini juga mempunyai rak yang boleh diubah suai dan ruang penyimpanan makanan yang lebih luas.

Ia mempunyai banyak ciri keselamatan seperti alarm pintu dan lapisan makanan anti bakteria. 

Ciri lain termasuk pembuat ais automatik, super cool chilling case, panel sentuh bercahaya, tray ais putar dan banyak lagi.

Dengan saiz W900 × D735 × H1798, anda akan ada ruang yang besar untuk menyimpan bahan mentah dan makanan yang banyak. 

Walaupun harganya sedikit tinggi, tetapi fungsi dan ciri yang diberikan berbaloi jika anda mahukan peti sejuk tahan lama.

Peti sejuk besar dua pintu
LG 423L 2 Door Top Freezer Refrigerator GN-B392PLGK
LG
LG 423L 2 Door Top Freezer Refrigerator GN-B392PLGK
From
RM2,299.00
Check LG 423L 2 Door Top Freezer Refrigerator GN-B392PLGK price below:
add_circle Teknologi Smart Diagnosis™
add_circle Waranti 10 tahun untuk compressor
add_circle Pembuat ais Touch Twist
add_circle Express Freeze
add_circle Door cooling
add_circle Penggera Pintu
remove_circle Tiada kawalan automatik
remove_circle Tidak menjimatkan elektrik

Peti sejuk bersaiz sederhana rangkaian barangan elektrikal LG ini mempunyai teknologi Smart Diagnosis™ dan sistem pengaliran udara yang bagus. 

Ianya mampu mengawal kelembapan udara agar makanan tidak mudah rosak dan boleh bertahan lebih lama. 

Peti sejuk ini bersaiz W700 × D680 x H1760 sesuai untuk ruang dapur sederhana luas. 

Ruang penyimpanan yang agak luas dan mampu memberi penyusunan makanan lebih rapi serta teratur.

Tambah lagi, terdapat Gasket Bio Shield dan Refrigerant R600a untuk memastikan peti sejuk anda sentiasa bersih dan mesra alam.

Peti sejuk dengan lampu, pintu dengan kemasan platinum perak dan “Multi-Air Flow” ini sangat sesuai untuk dimiliki di setiap kediaman.

Peti sejuk beku besar
Faber Side by Side Inverter Refrigerator (500L) / LUSSO SBS 500DG
Faber Side by Side Inverter Refrigerator (500L)  LUSSO SBS 500DG
From
RM2,099.00
Check Faber Side by Side Inverter Refrigerator (500L) / LUSSO SBS 500DG price below:
add_circle Menjimatkan elektrik
add_circle Mesra alam
add_circle Menjana bunyi yang lebih rendah
remove_circle Tiada rak penyimpanan botol

Peti sejuk dengan dua pintu ini boleh didapati dalam warna kelabu gelap yang sangat menawan. 

Ia mempunyai bahagian peti sejuk berkapasiti 247L dan bahagian peti sejuk beku berkapasiti 178L yang membolehkan anda menyimpan bahan mentah berkuantiti banyak.

Peti sejuk ini diperbuat daripada logam dan mempunyai kelas iklim T membolehkan ia tahan lama serta tampak kemas.

Saiznya W836 x D610 x H1712 membolehkan anda meletakkannya di dapur tanpa menggunakan ruang yang banyak.

Ciri tambahan lain termasuk multi air flow, frost free, twist ice tray, lampu LED dan touch panel control. 

Mempunyai pemanas dalaman yang sangat canggih dan menggunakan gas penyejuk R600a.

Peti sejuk minimalist
Sharp Jtec Inverter Refrigerator (360L) SJ366MSS
Sharp Jtec Inverter Refrigerator (360L) SJ366MSS
From
RM1,563.21
Check Sharp Jtec Inverter Refrigerator (360L) SJ366MSS price below:
add_circle Teknologi J-tech inverter
add_circle Murah
add_circle Jimat elektrik
add_circle Dilengkapi Ag Nano Deodorise
add_circle Mempunyai penggera pintu
remove_circle Tiada pembuat ais automatik
remove_circle Tiada kunci kanak-kanak

Peti sejuk jenama Sharp jenis peti 2 pintu ini direka dengan aliran udara penyejukan yang baik bagi menjaga kualiti makanan anda. 

Dengan harga bawah RM2000, peti sejuk besar murah ini juga memiliki fungsi deodoriser iaitu menghalang dari kewujudan bau busuk.

Ini akan mengurangkan jumlah bakteria hidup yang akan merosakkan makanan yang di simpan.

Rak kaca dalam peti ini juga tahan lasak, suhu di dalamnya boleh diubah dan ruang simpanan sayur serta buah yang luas. 

Untuk anda yang mahukan peti sejuk yang compact, peti sejuk ini bersaiz W610 x D672 x H1657 sesuai untuk anda.

Ia turut dilengkapi dengan ciri mod eco dan mempunyai lima bintang kualiti tenaga elektrik. 

Anda usah risau lagi, bil elektrik anda tidak akan melambung tinggi dengan peti sejuk ini.


Cara Pilih Peti Sejuk

Anda pastinya ingin memilih peti sejuk yang terbaik untuk menyimpan bahan masakan yang segar dan menyediakan hidangan yang lazat untuk keluarga.

Jadi, kami ingin kongsikan beberapa tips untuk anda memilih peti sejuk yang terbaik.

  • Saiz peti sejuk

Apabila memilih peti sejuk, fikirkan tentang saiz keluarga anda dan saiz ruang yang ada di dapur anda. 

Jangan beli peti sejuk yang terlalu besar kerana akan memakan banyak ruang dapur anda dan kos elektrik di rumah anda juga akan meningkat.

  • Jenis peti sejuk

Terdapat pelbagai jenis peti sejuk di pasaran seperti peti sejuk biasa, peti sejuk beku, dan peti sejuk dua pintu. 

Peti sejuk biasa mempunyai lebih banyak ruang berbanding peti sejuk jenis lain. 

Manakala peti sejuk beku paling sesuai untuk menyimpan makanan seperti ikan, ayam dan daging. 

Selain itu, peti sejuk dua pintu adalah pilihan yang terbaik untuk anda yang mempunyai banyak makanan dan minuman untuk disimpan.

  • Fungsi lengkap

Sebelum anda membeli peti sejuk, pastikan ia mempunyai semua ciri yang anda perlukan seperti fungsi pembeku, penyejuk, pengering, pengawal suhu, dan lain-lain. 

Ini penting untuk mengekalkan kesegaran bahan makanan anda. 

  • Mesra alam

Dapatkan peti sejuk yang menggunakan tenaga elektrik yang rendah dan mudah digunakan.

Ini akan menjimatkan wang anda dalam jangka masa panjang.

  • Ciri-ciri tambahan

Pilih peti sejuk yang dengan ciri keselamatan seperti kunci atau alarm pintu untuk memastikan ia selamat jika pintu peti sejuk dibiarkan terbuka terlalu lama. 

Pencahayaan dalam peti juga harus baik, supaya anda boleh melihat bahan makanan dan boleh memasak dengan baik pada waktu malam. 

Tambah lagi, pastikan peti sejuk mempunyai banyak ruang penyimpanan dan rak yang mudah ditukar.

  • Jaminan

Dengan jaminan dan jenama yang dipercayai, anda boleh yakin bahawa peti sejuk itu akan berfungsi dengan baik selama bertahun-tahun.


Jenis Peti Sejuk

  • Peti Sejuk Satu Pintu

Jenis peti sejuk yang paling biasa ialah peti sejuk satu pintu. 

Peti sejuk ini mempunyai satu pintu besar yang membuka ke dalam peti sejuk itu sendiri. 

Peti sejuk satu pintu ini biasanya mempunyai lebih banyak ruang dan lebih murah, tapi ia mempunyai had dalam kawalan suhu dan tetapan.

  • Pintu Sejuk Dua Pintu

Bagi mereka yang mengutamakan kawalan suhu yang lebih baik, peti sejuk dua pintu mungkin pilihan yang lebih sesuai. 

Peti sejuk dua pintu mempunyai pintu berasingan untuk peti sejuk dan peti beku. 

Ini membolehkan anda menetapkan suhu untuk bahagian yang berbeza secara berasingan dan memastikan makanan anda kekal segar lebih lama.

  • Peti Sejuk Jenis “Side-by-side”

Peti sejuk jenis ini mempunyai dua pintu pada kedua-dua sisi peti sejuk itu sendiri. 

Tambah lagi, ia mempunyai ruang penyimpanan yang lebih luas dan fungsi pengawalan suhu untuk kedua-dua bahagian peti sejuk dan peti beku.

  • Peti Sejuk Jenis “French Door”

Peti sejuk jenis ini semakin popular di kalangan penggemar masakan dan isi rumah hari ini.

Ia dilengkapi dua bahagian pintu pada bahagian peti sejuk dan peti beku. 

Peti sejuk jenis ini juga menawarkan penampilan yang lebih elegan.


Artikel Berkaitan

End of Article