Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Kulit Berminyak dan Juga Kering? Cuba 8 Foundation Ini Jika Anda Miliki Kulit Kombinasi

Dari high end ke drugstore, yang mana satu pilihan anda?

Foundation bukan sekadar bertindak sebagai kanvas untuk seluruh solekan tetapi juga menyembunyikan ketidaksempurnaan dan menyatukan nada kulit untuk memberi hasil sempurna. Memilih asas solekan untuk kulit kombinasi agak rumit dan boleh menimbulkan kekeliruan. Ini kerana kulit kombinasi terdiri daripada 2 jenis kulit yang berbeza iaitu kering dan berminyak.

Menggunakan produk yang bersesuaian kadangkala menjadi rumit. Anda perlu mencari formula yang melakukan tugas berganda demi mengekalkan penghidratan di kawasan kering sambil mengawal kawasan minyak pada T-Zone. Kenalpasti jenis kulit anda terlebih dahulu sebelum membuat pilihan produk. 

Pilihan foundation dengan kemasan semula jadi atau separa matte adalah solusi terbaik untuk anda. Untuk hasil yang lebih berkesan, cuba ratakan primer di kawasan T sebelum anda memakai foundation supaya mengawal lebihan minyak dan solekan anda kekal lama. Tetapi kulit kombinasi juga terdapat pelbagai jenis seperti berminyak, normal, kering dan sensitif. Ingin tahu krim asas mana yang terbaik untuk kulit kombinasi? Dari high end ke drugstore, kami memilih hanya yang terbaik buat anda!

Sesuai untuk kulit kombinasi dan normal, wajah tidak tampil berkilau
Too Faced
mulai
RM143.00
Semak Too Faced Born This Way Foundation (30 ml) harga dibawah:

Anda pastinya sudah lazim dengan jenama terkenal Too Faced, tapi apa yang anda mungkin tidak tahu, Born This Way Foundation ini memberi hidrasi dengan medium to full coverage anpa menghasilkan minyak berlebihan sehingga 12 jam. Intipati air kelapa di dalamnya menaikkan tahap kelembapan kulit serta esen Alpine Rose menampilkan kulit lebih licin, bersih dan awet muda. 

Seperti yang anda ketahui, jenama Too Faced ini semestinya diperbuat 100% dari bahan organik dan sesuai untuk vegan serta tanpa gluten. Wajah anda juga tidak akan tampil berkilau, tiada masalah mengambil selfie dari pelbagai angle!

Untuk kulit kombinasi dan berminyak - mengandungi SPF
Revlon
mulai
RM68.31
Semak Revlon Colorstay Makeup for Combination/Oily Skin (30ml) harga dibawah:

Antara foundation holy grail buat kamu yang mempunyai kulit kombinasi. Revlon ColorStay adalah asas ringan yang menyediakan medium coverage tetapi kekal berpanjangan sehingga 8 jam. Foundation ini dapat menghidupkan nada kulit serta menutup bintik-bintik hitam dan kecil. 

Teknologi SoftFlex serta kandungan SPF di dalamnya direka khas untuk menyediakan kesempurnaan dan melicinkan tekstur kulit. Ia tahan lama dan benar-benar membantu kawalan minyak tanpa menyebabkan kekeringan. 

Khas buat kulit kombinasi, berkesan merawat dan menutup parut jerawat
Terbaik untuk kulit kering dan berjerawat
mulai
RM202.00
Semak CLINIQUE Anti-Blemish Solutions Liquid Makeup harga dibawah:

Sekiranya anda mencari foundation yang ringan serta berdaya untuk merawat jerawat sedia ada, Clinique Acne Solutions ini menjadi penyelamat terbaik. Foundation yang datang dengan 16 tona ini mengandungi asid Salicylic yang sedia melindungi serta menghalang jerawat dari muncul semula. 

Selain diperkaya dengan ekstrak alga laut untuk membantu membersih dan meredakan kemerahan di permukaan wajah, produk ini juga bebas minyak, paraben serta wangian tiruan. Kulit bebas jerawat, anda akan lebih yakin dengan penampilan sendiri.

Foundation untuk kulit kombinasi – bertekstur ringan dan selesa
Maybelline
Foundation farmasi terbaik untuk remaja
mulai
RM34.93
Semak Maybelline Fit Me Matte Poreless Liquid Foundation harga dibawah:
add_circle Perlindungan SPF 22
add_circle Formula Superfine Silky Particies
add_circle Lebih 20 jenis pilihan tona warna
remove_circle Terlalu berminyak
remove_circle Tekstur sedikit berat

Foundation ini sangat luar biasa kerana ianya memberi kemasan matte lembut dan ringan. Dilengkapi pula dengan Micro Powder yang membantu menyerap minyak dan cela serta memininumkan liang pori. 

Produk ini menyediakan sehingga 40 rangkaian rona untuk dipilih mengikut tona kulit dan sangat mudah disapu ke kulit wajah sama ada menggunakan berus, beauty blender mahupun jari, kemasannya tetap sama. Kualitinya setanding dengan jenama mahal di pasaran. 

Liquid foundation dengan hasil kemasan matte untuk kulit kombinasi
mulai
RM154.00
Semak TARTE Water Foundation SPF15 (30ml) harga dibawah:

Dengan campuran ekstrak bunga Gardenia, minyak kelapa serta ekstrak alga demi menyokong gentian anjal kulit, foundation ini juga membantu melembapkan tekstur kulit dari masa ke semasa untuk cahaya optimum sehingga 12 jam.   

Foundation dengan pelindung matahari SPF 15 ini bukan sahaja mempunyai 20% air untuk menghidrat kulit kering malahan formula cecair lengkap ini melembutkan rupa liang pori dan garis halus. Hypoallergenic yang terkandung di dalamnya juga membantu mempertahankan kulit daripada radikal bebas dan mencegah tanda awal penuaan. Gunakan bersama primer agar solekan kekal sepanjang hari.

Untuk kulit kombinasi jenis sensitif – atasi kulit iritasi dan keradangan
It Cosmetics
mulai
RM70.00
Semak It Cosmetics CC+ Cream With SPF 50+ Foundation harga dibawah:

Buat kamu yang mempunyai kulit sensitif, pastinya rumit untuk mencari foundation yang serasi bukan? Foundation bersama formula CC ini memberi perlindungan SPF50+ daripada matahari sepenuhnya, menghidrat dan membaik pulih tona gelap serta menutup cela yang terhasil dari hiperpigmentasi dan ketidaksempurnaan kulit. 

Dengan bahan unik yang diserlahkan seperti Peptida, membantu mengurangkan penampilan kedutan dan menyokong kolagen semulajadi untuk kulit yang lebih licin serta asid Hyaluronik sebagai kunci kelembapan dan mengurangkan garis-garis halus. Produk ini juga bebas Phthalates dan selamat untuk kulit sensitif.

Foundation kulit kombinasi dari drugstore – pilihan pengguna wanita berhijab
Wardah
mulai
RM18.35
Semak Wardah Exclusive Liquid Foundation harga dibawah:

Wardah Exclusive Liquid Foundation ini memiliki teksturnya jenis cecair namun, asas ini kaya dengan anti sinaran UV serta agen Teknologi Soft Focus yang berfungsi meminimumkan garis-garis halus pada permukaan wajah. Dengan tekstur yang ringan, mudah diserap oleh kulit dan tidak menghasilkan iritasi malah menjaga kelembapan kulit wajah dengan sempurna. 

Tersedia dengan 5 tona berbeza, foundation ini juga mengandungi Vitamin E dan Macademia Oil. Walaupun harganya murah, foundation ini masih setanding jenama mahal.

Foundation istimewa untuk kulit kombinasi, murah dan bagus
Silky Girl
Terbaik untuk remaja dan acne-prone skin
mulai
RM24.21
Semak Silkygirl Skin Perfect Liquid Foundation harga dibawah:

Walaupun harganya mampu milik, Silkygirl Skin Perfect Foundation mampu memberi perlindungan dari sinaran UV dengan kandungan SPF30 PA+++ yang membantu melindungi kulit sehingga 24 jam. Foundation ini berbentuk kompak dan mudah dibawa kemana sahaja. Ia juga mengandungi nano rumpai laut dan Vitamin E untuk melindungi kulit sepenuhnya dari sinaran matahari. 

Asas ini mampu menutup cela serta kekurangan pada wajah untuk penghasilan berpanjangan. Dengan kandungan Vitamin A di dalamnya, foundation ini mampu untuk mencegah garis halus dan memberi pencerahan semulajadi pada kulit anda! Ia sememangnya dirumus khas untuk kulit wanita Asia. 

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]! Terima kasih!

End of Article