Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Serlahkan ‘Natural Beauty’ Anda Dengan 8 Gincu Khas Dari Korea Ini

Gayakan bibir mungilmu itu!

Jika bercakap tentang produk lipstik daripada Korea, pasti anda tertanya-tanya tentang perbezaannya dengan produk lipstik yang lain bukan? Produk solekan daripada Korea amat terkenal dengan stailnya yang lebih ke arah konsep semulajadi (natural beauty) dan awet muda. Warna yang digunakan juga lebih lembut berbanding produk solekan barat yang lebih menerapkan pigmen warna terang dengan hasil tampak lebih memukau. Jika anda sering menonton K-Drama, pasti selebriti terutamanya pelakon wanita Korea tidak memakai solekan yang tebal dan lebih natural.

Tahukah anda produk yang diterbangkan khas dari negara asal K-Pop itu, terkenal dengan mengandungi lembapan pada setiap barangannya. Lipstik dari Korea ini dijamin tidak akan menyebabkan kulit bibri kering dan sesuai untuk yang memiliki bibir jenis sensitif. Trend lipstik yang terkini adalah gaya ombre iaitu 2 warna gradien bagi menaikkan lagi seri bibir. Ayuh, ikuti senarai dibawah untuk mengetahui produk-produk yang mendapat sambutan hangat di Korea;

Lipstik dengan hasil kemasan matte terbaik
mulai
RM44.90
Semak HOLIKA HOLIKA Heart Crush Lipstick Power Matte harga dibawah:

Jika anda peminat lipstik matte daripada Korea, produk ini pasti untuk anda. Reka bentuk yang comel dengan lipstiknya berbentuk hati ini pasti menarik minat anda. Mudah untuk dioles kerana mempunyai formula Airy Cream yang akan meluncur lembut pada bibir dan ianya tidak akan mengeringkan bibir anda. 

Kandungan pigmen di dalam lipstik dan hanya perlu diaplikasikan sekali sahaja pada bibir untuk mendapatkan kesan bibir mungil.

Untuk warna bibir kekal tahan lama selama 12 jam
mulai
RM69.00
Semak BEAUTYMAKER Intense Long-Wear Velvet Lipstick harga dibawah:

Sesetengah produk yang mengetengahkan hasil yang minima dan semula jadi tidak mempunyai formula tahan lama kerana warnanya lembut dan mudah pudar. Tetapi produk daripada Beautymaker ini menjanjikan warna bibir ke arah semula jadi dan tidak pekat, lipstik ini mampu untuk bertahan selama berjam-jamnya tanpa perlu touch-up! 

Diperkaya dengan minyak Rosehip dan kacang badam, gincu ini amat senang untuk diaplikasikan sambil melembapkan bibir. Rumusannya velvet berkrim juga mampu memberi penampilan semi-matte pada bibir anda. 

Lipstik ombre adalah bahan Holy-grail terbaik untuk solekan
Laneige
mulai
RM85.00
Semak Laneige Two Tone Matte Lip Bar Lipstick harga dibawah:

Panggilan buat peminat tegar dengan trend solekan dari Korea! Stail bibir ombre yang sering digayakan oleh wanita Korea memberikan efek lembut dan manis. Cara asal untuk mendapatkan bibir ombre ini adalah dengan mengoleskan dua warna yang berbeza bagi mendapatkan efek sedikit pucat pada bahagian luar bibir. 

Kini, lipstik dari jenama Laneige ini dicipta dengan dua tona dalam satu lipstik. Teksturnya juga dapat memberi kesan matte agar sentiasa kekal lembap dan lembut. Potongan gincunya berpenjuru dan unik membolehkan anda menghasilkan gradasi bibir yang tampak semula jadi tanpa kekok. 

Trend terkini untuk penggemar lipstik dari Korea ini
mulai
RM56.00
Semak ETUDE HOUSE My Enamel Lips-Talk harga dibawah:

Jika trend lipstik wanita Korea pada tahun yang lepas-lepasnya ialah bibir ombre, tahun 2019 ini, bibir glossy telah kembali semula di pasaran. Akan tetapi, kebanyakan gincu glossy mudah untuk pudar kerana tidak kering dan mudah untuk melekat pada bekas makanan dan minuman. 

Nah, gunakan sahaja gincu glossy daripada Etude House ini yang menggunakan formulasi hibrid tinggi pelembap dan warna terang serta tampil memukau. Formulanya akan kering selepas dioles pada bibir tetapi tidak menghilangkan kesan glossy kerana gincu ini menggunakan teknik seperi enamel yang likat dan berkilau. 

Sesuai digunakan oleh remaja dengan harganya mampu milik
mulai
RM18.00
Semak SECRET NATURE Flower Button Lips harga dibawah:

Gincu yang diperkaya dengan ekstrak bunga Cherry Blossom daripada kepulauan Jeju ini mempunyai rangkaian warna lembut dan manis. Sesuai untuk golongan remaja yang ingin tampak sentiasa muda dan ceria dengan harganya mampu milik. Bentuk lipstiknya yang seakan kelopak bunga unik, memberikan ketepatan ketika aplikasi. Reka bentuknya yang menarik, pasti akan digemari oleh para remaja masa kini.

Terbaik buat anda yang memiliki kulit bibir kering
THE FACE SHOP
mulai
RM32.90
Semak THE FACE SHOP Moisture Touch Lipstick harga dibawah:

Anda mempunyai masalah bibir kering dan khuatir trend solekan bibir Korea tidak sesuai untuk anda? Usah risau lagi, kerana gincu daripada The Face Shop ini dibuat khas untuk anda yang memiliki masalah kulit bibir kering dan pecah. Diperkaya dengan 10% squalene, iaitu bahan pelembap mewah, yang mampu melindungi lapisan di dalam kulit bibir supaya sentiasa kekal lembut dan lembap. Tidak mdah bercapuk selepas dipakai dan tidak perlu mengaplikasikannya berulang kali. Dengan kemasan glossy yang likat, bibir kering anda juga mampu tampak mewah seperti selebriti Korea kegemaran anda! 

Lipstik Korea terbaik untuk bibir gelap – elakkan tampak kehitaman
mulai
RM35.00
Semak MAMONDE True Color Lisptick harga dibawah:

Anda pasti kadang-kala hampa dengan bibir yang mengalami hiperpigmentasi serta menjadi penyebab utama bibir mempunyai kesan gelap dan hitam. Ini boleh terjadi melalui genetik mahupun kesan daripada cahaya matahari yang kasar kerana tidak menggunakan pelembap bibir yang mempunyai kesan pelindungan matahari SPF. 

Mamonde True Color Lipstick mempunyai formula warna berpigmen tinggi sesuai untuk menutup cela dan gelap pada bibir anda. Dengan warnanya warm undertone, ianya dapat memberi litupan penuh buat bibir anda. Formulanya juga berasaskan velvet yang dapat memberikan kesan matte untuk tahan lama dan tidak mudah pudar mahupun terpalit. 

Sesuai untuk kulit sawo matang – bibir tidak tampil terlalu pucat
mulai
RM55.50
Semak 3CE MOOD Recipe Matte Lip Color harga dibawah:

Kadangkala, ianya bukanlah sesuatu yang mudah untuk memadankan gincu dengan tona wajah amat susah jika menggunakan produk daripada Korea kerana mensasarkan kepada wanita Asia yang berkulit cerah. Namun bagaimana pula jika anda berkulit sawo matang dan ingin mengenakan gincu stail wanita Korea? Disinilah 3CE menjadi penyelamat anda. 

Pastikan anda memilih rona pastel gelap atau highlighter. Dengan efek mattifying, gincu ini akan memberikan kesan tahan lama pada bibir anda dan juga warna yang amat sesuai mengikut tona bibir anda. 

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]! Terima kasih!

End of Article