Kaca mata hitam atau spek hitam kini menjadi trend dalam kalangan lelaki kerana boleh dikatakan ini saja aksesori tambahan yang boleh mereka pakai untuk kelihatan segak dan bergaya.
Tapi pemilihan trend spek mata lelaki haruslah dipilih betul supaya selesa dipakai, sesuai dengan gaya, penampilan kelihatan lebih berkeyakinan dan gentleman.
Jadi, memilih cermin mata lelaki mestilah dilihat pada bahagian bingkai cermin mata terlebih dahulu sama ada fit atau tidak dengan bentuk wajah.
Tidak semestinya spek mata viral lelaki yang ada di pasaran sekarang sesuai dengan penampilan kita, jadi perlu lihat juga sama ada spek mata hitam lelaki itu kena dengan gaya kita atau tidak.
Selain itu, perlu juga pilih cermin mata hitam dengan UV protection untuk melindungi mata daripada sinaran UV yang berlebihan.
Kalau ikutkan terdapat banyak jenama cermin mata hitam terbaik lelaki sampai tak tahu nak pilih yang mana satu kaca mata hitam lelaki.
Ha, tak perlu pening-pening jom kita lihat senarai di bawah. Tinggal nak pilih je!
Penyunting
Table of Contents
Senarai 8 Cermin Mata Hitam Lelaki Terkini
Bagi mereka yang ingin bergaya seperti lelaki korea, boleh dapatkan cermin mata ini.
Tapi pastikan anda memiliki bentuk wajah yang lonjong dan bukan bulat atau kecil kerana cermin mata ini akan kelihatan agak besar jika bentuk wajah tidak lonjong.
Jenis kanta yang digunakan adalah kanta Polarisasi yang mana bantu anda melihat objek lebih baik apabila dalam keadaan panas terik sekaligus dapat mengurangkan keletihan mata.
Ini kerana pada bahagian cermin kanta ini sudah tersedia kemampuan menyekat sinaran UVA dan UVB dengan kadar 4000.
Bahan pembuatan cermin mata ini diperbuat daripada keluli tahan karat dan tembaga berkualiti tinggi.
Jangan risau, cermin mata ini tahan lasak dan calar kerana mengandungi bahan polikarbonat.
Memang sesuai jika pakai sewaktu di pantai, pasar pagi atau memandu kereta.
Bagi mereka yang sering bersukan pada waktu malam atau siang, cermin mata hitam ini adalah pilihan yang tepat kerana direka khas untuk aktiviti sukan.
Rekaannya agak curve sedikit untuk melekap penuh pada wajah supaya tidak mudah terjatuh sewaktu melakukan apa-apa sukan.
Ketinggian lens 60mm dengan kelebaran 70mm dengan kemampuan menyekat sinaran UVA dan UVB pada kadar 4000.
Terdapat banyak pilihan dan jenis cermin mata hitam sukan jadi pastikan anda pilih jenis yang betul supaya anda selesa ketika memakainya.
Cermin mata ini sangat sesuai untuk semua jenis sukan termasuk berbasikal, mendaki, memancing dan lain-lain.
Bagi anda yang yang bakal pergi umrah atau ada ayah yang akan berangkat ke sana, belikan mereka cermin mata hitam ini untuk kegunaan di sana.
Lagipun kanta cermin mata ini mempunyai beberapa lapisan yang direka untuk menyekat dan menapis sinaran UV sebanyak 99.96%.
Sekaligus dapat memberi keselesaan mata dan mengurangkan keletihan mata apabila keadaan cuaca panas terik di sana.
Disebabkan kanta yang digunakan polarized, jadi kanta ini tahan lasak, ringan, tahan calar dan memberi kejelasan optik yang tinggi.
Selain itu, rangka yang dibuat dengan aloi logam menjadikan cermin mata ini ringan dan kuat.
Malah, direka dengan kaki berengsel spring dan pad hidung silikon boleh laras yang membuatkan anda jadi lebih selesa.
Jika anda mencari cermin mata hitam bulat yang trendy, anda boleh pilih jenama KacaKacaEyeWear ini.
Ciri cermin mata ini menggunakan bahan binaan polikarbonat pada bahagian rangka dan kanta.
Sesuai untuk lelaki dan perempuan yang mempunyai saiz muka berbentuk Heart, Square, Oblong dan Oval.
Untuk saiz cermin mata adalah seperti berikut.
- Lebar rangka: 147mm
- Lebar kanta: 50mm
- Tinggi rangka: 54mm
Sunglass ini memang kena dengan anda yang mempunyai jiwa anak-anak Indie yangmahu kelihatan vintage kerana reka bentuknya yang menarik ini.
Walaupun reka bentuk vintage, ia juga boleh dikatakan mengenakan bingkai cermin mata lelaki terkini yang style dengan tema steampunk.
Ia sesuai dipakai jika anda mempunyai radius wajah yang agak besar atau chubby, jadi tidak lagi kelihatan kekok memakai cermin mata hitam.
Selain itu, bingkai sunglass ini diperbuat daripada alloy, jadi ia lebih tahan lasak dan tidak mudah patah walaupun terjatuh di atas jalan.
Anda juga akan merasa lembut di kawasan batang hidung kerana ia turut dilengkapi dengan nose pad yang lembut.
Hadir lengkap dengan casing dan kain pembersih, ditambah lagi dengan harga yang berpatutan, memang berbaloi untuk anda membelinya.
Cermin mata yang sesuai untuk pesakit katarak atau pesakit yang baru lepas membuat pembedahan katarak, dan harganya juga tidak terlalu mahal.
Sunglass ini menggunakan lensa polarized berkualiti tinggi yang mampu menghalang sinaran UV merbahaya daripada terus terkena mata anda.
Selain itu, ia turut dapat mengurangkan kadar silau, sesuai digunakan jika perlu memandu.
Sunglass ini juga memberikan keselesaan buat pemakai ia mempunyai fungsi fit over, jadi hanya perlu letakkan sahaja pada mata dan ia melekat dengan kemas.
Sesuai juga dijadikan hadiah buat ibu bapa yang mempunyai masalah mata.
Jika anda mempunyai wajah berbentuk bulat, kami cadangkan untuk guna cermin mata hitam ini kerana ia sesuai dengan wajah berbentuk bulat dan juga bentuk-bentuk yang lain.
Bagi anda yang aktif juga sesuai untuk menggunakan sunglass ini, bolehlah lakukan aktiviti seperti berlari, rock climbing, jungle trekking, dan aktiviti outdoor lain.
Apa yang bagus adalah ia juga turut menghalang sinaran UV merbahaya dari masuk terus ke mata anda dan juga dapat mengurangkan silau.
Bagaimanapun, bingkai sunglass ini diperbuat daripada plastik, jadi mungkin mudah patah jika terlalu lasak.
Anda mahukan sunglasses yang boleh dipakai bersama dengan cermin mata anda? Boleh cuba cermin mata dari LouisWill ini dengan harga yang berpatutan.
Sunglass ini dilengkapi dengan UV400 yang boleh menapis sinaran UV merbahaya dan juga silauan cahaya matahari.
Selain itu, ia sangat sesuai untuk digunakan semasa anda melakukan aktiviti outdoor, dan ia juga kelihatan fashionable.
Cara memasangnya ke atas cermin mata anda juga mudah dan anda tidak terasa penat memakainya kerana ianya ringan.
Apa jua bentuk muka sesuai memakai sunglass ini, jadi tidak perlu tunggu lagi terus click pada link dan add to cart!
Macam Mana Nak Dapatkan Kaca Mata Yang Sesuai Dengan Bentuk Muka?
Kami yakin, semua orang pernah pakai cermin mata tapi malangnya ramai juga tidak tahu cara memilih kaca mata yang sesuai dengan bentuk muka.
Bukan apa, salah pilih cermin mata habis rosak penampilan, bayangkan cermin mata besar tapi muka kecil. Memang a big no, no!
Anda kena tahu, memilih cermin mata seperti memilih kasut, tidak boleh pilih sebarangan bentuk, corak dan warna.
Tapi sebelum tu ketahui dahulu jenis bentuk muka anda yang mana satu kerana manusia terdapat 5 jenis bentuk muka yang berbeza. Antaranya:
- Bentuk muka berbentuk bulat.
- Bentuk muka berbentuk segi empat.
- Bentuk muka berbentuk seperti hati.
- Bentuk muka berbentuk bujur sirih.
- Bentuk muka berbentuk tiga segi.
Jadi, setiap bentuk muka ini ada bentuk cermin mata yang tepat, sesuai dan selesa untuk anda pakai. Jom lihat video di bawah untuk penerangan lanjut.
Bagaimana Nak Tahu Sama Ada Cermin Mata Hitam Berkualiti Tinggi?
Mesti ada di antara anda yang tak tahu macam mana nak menilai sama ada cermin mata hitam yang ingin dibeli itu berkualiti tinggi ataupun tidak.
Anda sebenarnya boleh menilai atau perhatikan beberapa faktor sebelum membuat pembelian dan memastikan sunglasses yang anda nak beli itu berkualiti.
Berikut adalah beberapa faktor yang boleh dilihat:
-
Kualiti Lensa
Lensa cermin mata hitam yang berkualiti tinggi biasanya diperbuat daripada bahan yang tahan lama dan menawarkan perlindungan UV yang tinggi.
Anda boleh mengesahkan perlindungan UV dengan melihat label atau sijil yang menunjukkan bahawa lensa tersebut melindungi mata anda dari sinaran UVB dan UVA secara menyeluruh.
-
Kualiti Bahan dan Reka Bentuk Bingkai
Bingkai cermin mata yang berkualiti juga penting untuk keselesaan dan kegunaan jangka panjang.
Bahan bingkai yang berkualiti seperti titanium atau aluminium dapat memberikan kestabilan dan kekuatan yang diperlukan.
Manakala, reka bentuk bingkai yang baik pula dapat memberikan keselesaan dan penampilan yang smart.
-
Kemudahan Penggunaan
Cermin mata hitam yang berkualiti tinggi biasanya mempunyai ciri-ciri seperti lapisan anti-karat, penutupan mata yang selesa, dan dan bingkai yang kukuh.
-
Jaminan dan Penjaminan Kualiti
Sesetengah jenama yang terkenal menawarkan jaminan kualiti terhadap kerosakan. Ini adalah petanda tambahan bahawa cermin mata hitam itu dibuat dengan standard yang tinggi.
-
Reputasi dan Ulasan
Anda juga boleh membaca ulasan dari pengguna lain, atau dapatkan pandangan dari pakar mata atau staff kedai cermin mata bagi membantu menentukan kualiti cermin mata hitam.
-
Pengeluar dan Jenama
Jenama yang terkenal atau sudah lama berada di pasaran pengeluaran cermin mata hitam sering kali menawarkan produk berkualiti tinggi. Bagaimanapun, masih ada jenama yang tidak dikenali tetapi menawarkan cermin mata hitam yang berkualiti tinggi.
Dengan mempertimbangkan faktor-faktor ini, anda dapat membuat penilaian yang lebih baik sebelum membuat pembelian.
Selain itu, penting juga untuk memerhatikan keselesaan dan penampilan anda apabila memilih cermin mata hitam yang sesuai dengan diri anda.