Kecantikan

Lakarankan Alis Mata Melentik Dengan 7 Pensel Eyeliner Ini Yang Harus Dimiliki

Eyeliner pencil dapat memberi hasil solekan mata yang semula jadi & halus. Ini senarai review eyeliner pencil yang bagus untuk pemula & juga tahan lama.


Editor · 25 Apr 2019, 7:25pm

Sebahagian pautan dalam panduan ini ialah pautan afiliasi. Jika anda membeli melalui pautan tersebut, kami mungkin menerima komisen tanpa sebarang kos tambahan kepada anda. Ia tidak pernah mempengaruhi produk yang kami pilih atau cara kami menyusunnya.

Lakarankan Alis Mata Melentik Dengan 7 Pensel Eyeliner Ini Yang Harus Dimiliki

Eyeliner jenis pensel kadang kala sering dilihat sebagai pilihan terakhir kerana eyeliner cecair adalah lebih menjadi kegemaran kebanyakan pengguna kerana eyeliner jenis ini kurang berpigmen dan tidak tahan lama. Terdapat pelbagai jenama diluar sana yang mempunyai formula pensel eyeliner yang sangat berkualiti dan tahan lama. Pensel eyeliner dapat memberi hasil solekan mata yang semula jadi dan halus.

Jika anda baru bermula berjinak memakai produk solekan ataupun sedang mencari jenama pensel eyeliner untuk menambah koleksi anda, berikut adalah 7 eyeliner pencil terbaik untuk semua keperluan anda.

Kandungan
Eyeliner pensel kalis air (waterproof) – lembut pada mata dan tahan lama 1 daripada 7
Dolly Wink Koji Pencil Eyeliner
Partnership with Koji
Dari RM49.90

Produk yang popular daripada Dolly Wink ini bukan sahaja bertekstur lembut serta berkrim malah ia kalis daripada bahan berair seperti peluh, udara persekitaran yang lembap, hujan dan air mata! Bukan itu sahaja, anda hanya perlu mengoleskan ke kelopak mata dengan satu lapisan sahaja kerana pigmentasinya yang tinggi dan terang. 

Sesuai digunakan untuk solekan harian yang tahan sepanjang hari tanpa perlu diaplikasikan berkali-kali. Anda akan tampil yakin dan bergaya dengan eyeliner ini.

Eyeliner pensel dari jenama lokal terbaik dan berkualiti tinggi 2 daripada 7
Chriszen Kohl Kajal Eyeliner Pencil
Partnership with Chriszen
Dari RM10.90

Jika anda mencari produk lokal dengan harga berpatutan, mudah didapati, kalis air dan kalis comot anda boleh bergantung kepada produk ini untuk memberi solekan dengan definisi tersendiri kepada mata anda. Dengan formula kalis air, tekstur eyeliner ini yang berkrim dan bebas minyak.

Ianya dapat meluncur lembut pada alis mata dan juga dapat mencipta  hasil solekan garisan mata yang tepat dan nipis mahupun solekan ‘wing’ yang dramatik atau mencipta mata smokey dan seksi. Tampil lebih bergaya dengan eyeliner ini. 

Sesuai untuk pemula yang baru mencuba bersolek 3 daripada 7
NYX PROFESSIONAL MAKEUP Mechanical Eye Pencil
Partnership with
Dari RM69.85

Jika anda baru mula menggunakan alat solekan dan ingin membeli eyeliner pensel tetapi tidak yakin dimana anda harus bermula? NYX Professional ada jawapannya. Eyeliner pensel ini bukan seperti pensel yang lain yang harus diasah menggunakan pengasah untuk menajamkannya semula. 

Ianya didatangi dalam tiub plastik ‘retractable’ yang mudah diklik sehingga tidak perlu mengasah kerana mata penselnya sentiasa tajam serta tip penselnya sangat nipis dan tirus. Teksturnya yang berkrim, tahan lama dan berpigmentasi memudahkan pengguna untuk memadam jika melakukan kesalahan semasa melukis pada alis mata.

Rekaan mata pensel yang mudah digunakan serta tahan lama 4 daripada 7
KISS BEAUTY Black Maniac Eyeliner Pencil
Partnership with
Dari RM5

Produk ini menjadi kegemaran ramai kerana hujungnya yang tirus serta berwarna hitam pekat. Reka bentuk penselnya juga nipis, mudah digenggam dan memberikan anda peluang untuk melukis alis mata dengan tepat, mudah, bebas dan kreatif. Pemakaiannya yang tahan lama seharian, jadi anda tidak perlu mengaplikasikannya berkali-kali. 

Warnanya juga amat intens dan berpigmen kerana itu anda hanya perlu mengoles satu lapisan sahaja sudah memadai untuk mendapat kesan warna yang pekat. Sesuai digunakan untuk semua jenis acara atau majlis, juga semasa anda keluar bersantai. 

Eyeliner pensel smudgeproof - kegilaan makeup artist 5 daripada 7
URBAN DECAY 24/7 Glide- On Eye Pencil
Partnership with URBAN DECAY
Dari RM89

Apa keistimewaan produk yang menjadi kegilaan makeup artist ini? Selain daripada 19 jenis warna yang meluncur lembut pada alis mata dan kekal sepanjang hari, pensel eyeliner ini mempunyai formula berkrim yang memberi hasil warna terang dan akan mengering selepas 30 saat. 

Dirumus menggunakan 50% bahan pelembap yang sentiasa mengekalkan kelembapan pada alis mata anda supaya tidak mengering semasa menggunakan solekan tebal. Sesuai untuk yang berjiwa artistik, produk ini didatangi dengan pelbagai warna yang dapat memenuhi jiwa kreatifmu.

Dengan berkos rendah dan berkualiti tinggi, sesuai untuk anda bergaya ringkas 6 daripada 7
Essence Kajal Eyeliner Pencil
Partnership with Essence
Dari RM8

Eyeliner pensel daripada jenama Essence ini dapat memberikan hasil yang tepat dengan keinginanmu yang ringkas. Bukan itu sahaja, produk ini diformulasi dari bahan yang bagus dan berkualiti tinggi.

Tekstur berkrimnya tidak mudah kering dan memberikan kemasan warna yang pekat serta trendi.Anda pasti tampil mencuri perhatian dengan alis mata menarik.

Eyeliner pensel sesuai untuk anda yang memiliki kulit berminyak 7 daripada 7
SEPHORA COLLECTION 12hr Contour Eye Pencil
Partnership with
Dari RM21

Produk ini boleh didapati dalam pelbagai formula daripada kemasan matte sehingga kilauan, dengan rangkaian warna yang boleh dipercayai dan tiada tandingannya. Bahan-bahan pelembap di dalam produk ini memastikan ianya dapat meluncur dengan sempurna dan lembut serta ronanya tidak akan berubah atau pudar. 

Produk holy grail untuk kulit berminyak kerana ianya tahan lama dan kalis air. Berfungsi 2-dalam-1, ianya juga boleh digunakan sebagai asas pembayang mata supaya warna pembayang mata akan tampak intens dan kekal tahan lama. 

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!

Lagi daripada ProductNation