Welcome Citizen!

Sign in to start sharing and discover the best products you can buy today!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

Lakarankan Alis Mata Melentik Dengan 7 Pensel Eyeliner Ini Yang Harus Dimiliki

Supaya solekanmu sentiasa ‘on point’!

Eyeliner jenis pensel kadang kala sering dilihat sebagai pilihan terakhir kerana eyeliner cecair adalah lebih menjadi kegemaran kebanyakan pengguna kerana eyeliner jenis ini kurang berpigmen dan tidak tahan lama. Terdapat pelbagai jenama diluar sana yang mempunyai formula pensel eyeliner yang sangat berkualiti dan tahan lama. Pensel eyeliner dapat memberi hasil solekan mata yang semula jadi dan halus.

Jika anda baru bermula berjinak memakai produk solekan ataupun sedang mencari jenama pensel eyeliner untuk menambah koleksi anda, berikut adalah 7 eyeliner pencil terbaik untuk semua keperluan anda.

Eyeliner pensel kalis air (waterproof) – lembut pada mata dan tahan lama
Dolly Wink Koji Pencil Eyeliner
Koji
From
RM49.90
Check Dolly Wink Koji Pencil Eyeliner price below:

Produk yang popular daripada Dolly Wink ini bukan sahaja bertekstur lembut serta berkrim malah ia kalis daripada bahan berair seperti peluh, udara persekitaran yang lembap, hujan dan air mata! Bukan itu sahaja, anda hanya perlu mengoleskan ke kelopak mata dengan satu lapisan sahaja kerana pigmentasinya yang tinggi dan terang. 

Sesuai digunakan untuk solekan harian yang tahan sepanjang hari tanpa perlu diaplikasikan berkali-kali. Anda akan tampil yakin dan bergaya dengan eyeliner ini.

Eyeliner pensel dari jenama lokal terbaik dan berkualiti tinggi
Chriszen Kohl Kajal Eyeliner Pencil
Chriszen
From
RM10.90
Check Chriszen Kohl Kajal Eyeliner Pencil price below:

Jika anda mencari produk lokal dengan harga berpatutan, mudah didapati, kalis air dan kalis comot anda boleh bergantung kepada produk ini untuk memberi solekan dengan definisi tersendiri kepada mata anda. Dengan formula kalis air, tekstur eyeliner ini yang berkrim dan bebas minyak.

Ianya dapat meluncur lembut pada alis mata dan juga dapat mencipta  hasil solekan garisan mata yang tepat dan nipis mahupun solekan ‘wing’ yang dramatik atau mencipta mata smokey dan seksi. Tampil lebih bergaya dengan eyeliner ini. 

Sesuai untuk pemula yang baru mencuba bersolek
NYX PROFESSIONAL MAKEUP Mechanical Eye Pencil
From
RM25.00
Check NYX PROFESSIONAL MAKEUP Mechanical Eye Pencil price below:

Jika anda baru mula menggunakan alat solekan dan ingin membeli eyeliner pensel tetapi tidak yakin dimana anda harus bermula? NYX Professional ada jawapannya. Eyeliner pensel ini bukan seperti pensel yang lain yang harus diasah menggunakan pengasah untuk menajamkannya semula. 

Ianya didatangi dalam tiub plastik ‘retractable’ yang mudah diklik sehingga tidak perlu mengasah kerana mata penselnya sentiasa tajam serta tip penselnya sangat nipis dan tirus. Teksturnya yang berkrim, tahan lama dan berpigmentasi memudahkan pengguna untuk memadam jika melakukan kesalahan semasa melukis pada alis mata.

Rekaan mata pensel yang mudah digunakan serta tahan lama
KISS BEAUTY Black Maniac Eyeliner Pencil
From
RM5.00
Check KISS BEAUTY Black Maniac Eyeliner Pencil price below:

Produk ini menjadi kegemaran ramai kerana hujungnya yang tirus serta berwarna hitam pekat. Reka bentuk penselnya juga nipis, mudah digenggam dan memberikan anda peluang untuk melukis alis mata dengan tepat, mudah, bebas dan kreatif. Pemakaiannya yang tahan lama seharian, jadi anda tidak perlu mengaplikasikannya berkali-kali. 

Warnanya juga amat intens dan berpigmen kerana itu anda hanya perlu mengoles satu lapisan sahaja sudah memadai untuk mendapat kesan warna yang pekat. Sesuai digunakan untuk semua jenis acara atau majlis, juga semasa anda keluar bersantai. 

Eyeliner pensel smudgeproof - kegilaan makeup artist
URBAN DECAY 24/7 Glide- On Eye Pencil
URBAN DECAY
From
RM89.00
Check URBAN DECAY 24/7 Glide- On Eye Pencil price below:

Apa keistimewaan produk yang menjadi kegilaan makeup artist ini? Selain daripada 19 jenis warna yang meluncur lembut pada alis mata dan kekal sepanjang hari, pensel eyeliner ini mempunyai formula berkrim yang memberi hasil warna terang dan akan mengering selepas 30 saat. 

Dirumus menggunakan 50% bahan pelembap yang sentiasa mengekalkan kelembapan pada alis mata anda supaya tidak mengering semasa menggunakan solekan tebal. Sesuai untuk yang berjiwa artistik, produk ini didatangi dengan pelbagai warna yang dapat memenuhi jiwa kreatifmu.

Dengan berkos rendah dan berkualiti tinggi, sesuai untuk anda bergaya ringkas
Essence Kajal Eyeliner Pencil
Essence
From
RM5.56
Check Essence Kajal Eyeliner Pencil price below:

Eyeliner pensel daripada jenama Essence ini dapat memberikan hasil yang tepat dengan keinginanmu yang ringkas. Bukan itu sahaja, produk ini diformulasi dari bahan yang bagus dan berkualiti tinggi.

Tekstur berkrimnya tidak mudah kering dan memberikan kemasan warna yang pekat serta trendi.Anda pasti tampil mencuri perhatian dengan alis mata menarik.

Eyeliner pensel sesuai untuk anda yang memiliki kulit berminyak
SEPHORA COLLECTION 12hr Contour Eye Pencil
From
RM21.00
Check SEPHORA COLLECTION 12hr Contour Eye Pencil price below:

Produk ini boleh didapati dalam pelbagai formula daripada kemasan matte sehingga kilauan, dengan rangkaian warna yang boleh dipercayai dan tiada tandingannya. Bahan-bahan pelembap di dalam produk ini memastikan ianya dapat meluncur dengan sempurna dan lembut serta ronanya tidak akan berubah atau pudar. 

Produk holy grail untuk kulit berminyak kerana ianya tahan lama dan kalis air. Berfungsi 2-dalam-1, ianya juga boleh digunakan sebagai asas pembayang mata supaya warna pembayang mata akan tampak intens dan kekal tahan lama. 

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected]. Terima kasih!

End of Article