Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings

Dapatkan Rangkaian Internet Di Mana Sahaja Dengan 13 WiFi Portable Ini

Tiada lagi masalah hendak Google Search

Product in this article

WiFi pada telefon pintar adalah salah satu alternatif untuk melayari internet selain daripada menggunakan data pelan telco anda. Kadang-kadang pelan telco tidak mempunyai isyarat yang kuat justeru kita lebih selesa menggunakan perkhidmatan WiFi lebih laju. Namun, tidak semua tempat yang kita pergi menyediakan perkhidmatan WiFi percuma.

Apakah kebaikan menggunakan WiFi portable?

Kini dengan adanya portable WiFi, anda boleh membawa kemana sahaja kotak internet ini dan sambungan internet pada smartphone atau peranti yang lain dijamin sentiasa ada. Portable WiFi adalah sebuah alat seakan modem internet dirumah tetapi bersaiz kompak yang memberi perkhidmatan WiFi on-the-go

Anda boleh membawa peranti kemana sahaja dengan menggunakan WiFi portable ini. Ayuh, kita lihat jenis-jenis portable WiFi yang terdapat di pasaran melalui maklumat dibawah; 

13 WiFi Portable Boleh Dibawa Kemana Sahaja

Portable 4G Router LTE Wireless Car Mobile WiFi Hotspot

RM 91.9

WiFi portable ini sesuai untuk anda menggunakan internet semasa di dalam kereta. Dilengkapi dengan 5 mod dan berfrekuensi 16-band, anda boleh menggunakan semua peranti yang mempunyai rangkaian samada 2G, 3G atau 4G. Menampung 10 peranti elektronik dalam satu masa dan baterinya mampu bertahan sehingga 5 – 6 jam sepanjang penggunaan. 

Nubia ZTE WD670 Portable WiFi Modem 4G Hotspot Router

RM 150

WiFi portable ini sangat ringan dan bersaiz hanya sebesar telapak tangan sahaja boleh menampung sehingga 31 peranti elektronik tanpa lagging. Buat anda yang gemar menggunakan banyak peranti dalam satu masa, WiFi portable ini sangat sesuai kegunaannya. 

Sesuai untuk semua jenis telco dan peranti yang menggunaan teknologi 4G. Muat turun aplikasi tidak lagi menjadi masalah dengan WiFi portable ini.

ZTE MF920VS 4G WiFi Modem Portable Router

RM 162
3. ZTE MF920VS 4G WiFi Modem Portable Router
Berkapasiti besar untuk kegunaan peranti lebih banyak
Updated on 10th July 2020

Dengan bersaiz kompak, WiFi portable ini mampu menyokong sehingga 32 peranti dalam satu masa. Anda boleh memuat turun apa sahaja aplikasi yang dimahukan dengan kelajuan internet tinggi tanpa menyebabkan lagging. Bateri WiFi portable ini berketahanan lama sehingga 300 jam jika anda tidak menggunakan internet. 

Sesuai untuk kegunaan telco seperti Digi, Maxis, UMobile, Celcom dan Tune Talk, ianya merupakan WiFi portable ‘on-the-go’ pilihan pengguna.

Tianjie CPE 4G LTE Portable WiFi Router Broadband

RM 163

WiFi portable ini dapat menampung sehingga 10 peranti dalam satu masa, menjadikannya antara pilihan pengguna. Harga yang agak berpatutan dan sesuai digunakan untuk semua jenis simkad telco yang ada di Malaysia. Berfrekuensi 2.4G, internet anda tidak akan mudah lagging semasa menggunakannya.

Tenda 4G 185 LTE Advanced Portable Wireless WiFi Modem Router

RM 188

WiFi portable ini adalah di antara jenama yang top di pasaran pada tahun ini. Ianya boleh digunakan dengan 99% jenis simkad dalam negara mahupun di luar negara. Anda tidak perlu risau akan simkad yang tidak compatible. Menyokong transmisi 4G LTE Advanced, kelajuan memuat turun boleh mencapai sehingga 150Mbps. 

Anda boleh menyambungkan internet kepada 10 device tanpa masalah. Selain itu, modem ini boleh menerima kad memori Micro SD sehingga 32GB memori. Gunakanlah WiFi portable untuk apa jua aktiviti, tidak kira di mana sahaja anda berada.

Huawei E8372-608 WiFi Portable 4G LTE Modem Router

RM 180
Huawei
6. Huawei E8372-608 WiFi Portable 4G LTE Modem Router
Masa untuk berkongsi internet dengan orang lain
Updated on 10th July 2020

Kongsikan data WiFi anda dengan orang lain samada keluarga atau sahabat handai agar semua dapat menikmati internet mudah dan cepat. Walaupun WiFi portable ini bersaiz kompak, ianya boleh menampung sehingga 10 peranti dalam satu masa yang sama. 

Dengan kelajuan 150Mbps, anda boleh sambungkannya melalui pengecas kereta dan layari internet sambil menonton drama kegemaran di dalam kereta.

Xiaomi ZMI Mifi MF855 Wireless WiFi

RM 229
Xiaomi
7. Xiaomi ZMI Mifi MF855 Wireless WiFi
Layari internet dari PC dengan WiFi portable berkuasa tinggi ini
Updated on 11th May 2020

Modem ini memberi transmisi 4G berkelajuan tinggi yang boleh mencapai kelajuan muat turun sehingga 120Mbps. Boleh menampung sambungan dari 10 peranti, modem ini mempunyai perlindungan litar 9S. Ianya juga mengadaptasi ciri fast-charging dimana baterinya iaitu built-in 7800mAh Li-ion mampu bertahan sehingga 48 jam. 

Amat bersesuaian untuk kegunaan PC  bagi melayari internet sama ada untuk hiburan mahupun urusan kerja. Hanya scan kod 2D untuk install aplikasinya agar mudah anda hendak menyemak status modem anda.

Alcatel EE60 4G MiFi Portable

RM 195
Alcatel
8. Alcatel EE60 4G MiFi Portable
Sebelum melancong ke benua Eropah, miliki dahulu modem ini
Updated on 8th July 2020

Anda ingin bercuti ke Eropah dan risau jika kebanyakan WiFi portable tidak mampu menampung sim yang khas digunakan untuk luar negara? Nah, modem dari Alcatel ada jawapannya. Tanpa simkad lock ataupun software lock, modem ini boleh digunakan oleh semua simkad luar negara. 

Ianya dikendali melalui aplikasi Alcatel dan boleh juga digunakan sebagai powerbank untuk mengecas peranti elektronik anda yang lain. Dengan memiliki ciri 2-in-1, WiFi portable ini amat berguna ketika bercuti.

Huawei E5583 Portable Modem WiFi

RM 153.88
Huawei
9. Huawei E5583 Portable Modem WiFi
Jangan biarkan internet lagging ganggu siaran drama pada TV anda
Updated on 11th May 2020

Modem portable yang slim ini boleh digunakan untuk kebanyakan sim telco 4G di Malaysia. Untuk menonton drama ataupun melayari internet melalui TV, anda boleh gunakan modem dari jenama Huawei. Hanya dengan menekan 1 butang anda untuk menyambung pada internet. 

Ciri lain pada modem ini adalah ianya tidak cepat panas (overheat). Selain TV, WiFi portable ini juga boleh digunakan dengan 9 lagi peranti elektronik. Hotspot portable ini merupakan keluaran terbaik daripada Huawei.

D-Link DWR-932 D3 4G LTE Portable MiFi Wireless Modem

RM 199
D-Link
10. D-Link DWR-932 D3 4G LTE Portable MiFi Wireless Modem
WiFi portable berkualiti tinggi dan bersaiz kompak
Updated on 10th July 2020

Ianya menyokong signal 4G daripada hampir kesemua telco di Malaysia. Peranti ini didatangi dengan kelajuan tinggi dimana ianya membantu mengurangkan lagging ketika anda melayari internet. Ketahanan baterinya 2,000mAh Li-ion yang membolehkan anda menggunakannya lebih daripada 6 jam. 

Ciri tambahan bagi peranti ini adalah ianya mempunyai built-in firewall agar sambungan internet anda tidak mudah terkena serangan virus dan memastikan bahawa internet ini hanya dikongsi dengan orang yang anda benarkan untuk mengaksesnya. Kualiti tinggi pada harga yang berpatutan!

Yes 4G Huddle XS

RM 247
Yes
11. Yes 4G Huddle XS
WiFi portable dengan rangkaian 4G terbaik dan laju
Updated on 11th May 2020

Rangkaian 4G anda pasti tidak akan mengecewakan dengan modem portable daripada produk YES ini. Ianya ringan dan kompak, mudah untuk dibawa ke mana sahaja serta menjimatkan ruang. Untuk memastikan prestasi internet tidak terganggu, ianya boleh menampung sehingga 5 penggunaan gajet dalam satu masa. 

Modem ini juga boleh bertahan selama 6 jam, sesuai untuk kegunaan harian. Kini anda boleh berkongsi internet dengan rakan dan keluarga.

PROLiNK PRT7008L Portable 4G LTE WiFi Hotspot

RM 385
PROLiNK
12. PROLiNK PRT7008L Portable 4G LTE WiFi Hotspot
Guna internet dengan mudah untuk jangka masa panjang
Updated on 10th July 2020

WiFi portable ini merupakan antara yang terbaik keluaran dari Prolink. Ianya mampu menampung sehingga 32 peranti dalam satu masa tanpa menyebabkan lagging atau buffering. Dilengkapi dengan teknologi Dual-band untuk memudahkan anda memuat turun atau menggunakan internet dengan berkelajuan tinggi.

Paparan skrin OLEDnya pula menunjukkan kadar penggunaan bateri, status sambungan internet, nama rangkaian yang digunakan dan tahap kekuatan sambungan.  Bersaiz kompak dan ringan, anda boleh membawanya kemana sahaja.

TP-Link M7450 300Mbps LTE-Advanced Mobile Wi-Fi

RM 429
TP-Link
13. TP-Link M7450 300Mbps LTE-Advanced Mobile Wi-Fi
Pilihan terbaik untuk mengakses internet dirumah tanpa kompromi
Updated on 10th July 2020

TP-Link adalah jenama yang tidak asing lagi dalam dunia modem dan WiFi, maka untuk kegunaan dirumah modem ini amat bersesuaian. Ianya boleh memberi kelajuan internet sehingga 309Mbps dan boleh disambung dengan 32 alat gajet dalam masa yang sama. Tidak kisahlah sama ada anda menggunakan iPad, tablet, smartphone, laptop mahupun TV, modem ini boleh menampungnya. 

Bateri modem ini mampu bertahan sehingga 15 jam dan anda juga boleh berkongsi maklumat media secara wireless. Apa kata anda laburkan sedikit wang dan nikmati kelajuan internet berganda.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

Suka menulis tentang produk-produk menarik? Jom tulis untuk kami!

End of Article