Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
cover image

6 Projektor Murah Terbaik di Malaysia 2024 (Dibawah RM300)

Walaupun murah tapi kami yakin projector murah ini merupakan pembelian yang berbaloi.

Pada zaman ini, screen projector merupakan alat elektronik yang digunakan semakin meluas.

Bukan sahaja dalam bidang akademik dan kerja tapi digunakan di rumah bahagian bilik yang tidak mempunyai televisyen.

Lagipun alat ini dapat memberi kepuasan dalam menonton filem atau video pada skrin yang lebih besar tanpa mengeluarkan kos yang besar.

Kadang-kala tu, tak beli TV besar pun, cukup dengan projector screendan dinding putih, itu sudah memadai untuk menonton filem.

Jadi, pada mereka yang ingin membeli projector screen, jom lihat senarai harga projector murah dan terbaik bawah RM300.


Senarai 6 Harga Projector Screen Murah

Projector terbaik secara keseluruhan
iLepo
iLepo HY300
mulai
RM266.00
Semak iLepo HY300 Android Projector (Android 11.0 LCD 4K HD) harga dibawah:
add_circle Fleksibel
add_circle Mudah dikendalikan
add_circle Mempunyai sistem Wifi
remove_circle Sedikit berat

Sebab menjadi pilihan utama:

Projektor ini sudah siap sedia ada aplikasi Netflix, YouTube dan aps lain, tinggal pilih saja malah, anda juga boleh muat turun aplikasi lain menerusi Google Playstore.

Ciri-ciri:

Projektor jenama Ilepo jenis HY300 ini diperbaharui rekaannya dan cirinya juga dinaik taraf.

Jika dahulu rekaannya petak empat segi tapi kini bulat dan lebih fleksibel dimana anda boleh laraskan sehingga 180° mengikut sudut selesa mata pandangan anda.

Seperti biasa, projektor ini boleh disambungkan dengan laptop, smartphone dan juga boleh berfungsi dengan sendiri walaupun tidak disambungkan dengan mana-mana alat peranti.

Resolusi untuk projektor ini 1920 x 1080, visual memang sangat jelas walaupun jarak antara dinding sehingga 4meter.

Paling penting, projektor ini mempunyai sistem Automatic Correction dimana projektor akan laraskan sendiri skrin dengan betul.

Review:

"Cuba mainkan video dalam 4K, jelas tak ada masalah. Memang berbaloi beli,"

Projector untuk outdoor
YT300
YT300
mulai
RM141.00
Semak YT300 Projector Mini harga dibawah:
add_circle Mudah dibawa kemana saja
add_circle Built in speaker
add_circle Ringan
remove_circle Jarak pancaran hanya 2 meter

Resolusi untuk projektor ini adalah 1920x1080 dengan jarak pancaran 2 meter saja disebabkan saiz YT300 ini kecil saja.

Saiznya sebesar 110 x 110 x 47mm dengan berat 0.2kg, projektor ini mudah dibawa kemana saja walaupun outdoor.

Bahagian speaker projektor ini menggunakan built in speaker jadi anda tak perlu guna tambahan speaker yang lain.

Paling penting, mempunyai infrared remote control tanpa memerlukan anda bangun atau duduk untuk mengawal projektor.

Projector untuk rumah
QIAOLET
QIAOLET Projector Z1 Mini
mulai
RM190.00
Semak QIAOLET Projector Z1 Mini Projector harga dibawah:
add_circle Mempunyai sistem Bluetooth & Wifi
add_circle Jarak pancaran sehingga 4.5 meter
add_circle Built-in speaker
remove_circle Tidak boleh sambung dengan Wifi telefon

Jenama projektor Qiaolet ini mempunyai 2 jenis iaitu Android dan Mirror dan kami syorkan anda membuat pembelian jenis Android.

Ini kerana QIAOLET Projector Z1 Mini Projector jenis android boleh menonton Netflix dan Youtube.

Resolusi untuk projektor ini adalah 1920 x 1080, visual memang sangat jelas jika anda bermain game atau menonton video.

Manakala jarak pancaran boleh sehingga 4.5 meter, agak jauh dan boleh gantung pada dinding jika nak elak dari kanak-kanak.

Ciri seterusnya, projektor ini boleh dikawal secara manual pada bahagian butang atau menggunakan infrared remote control button.

Projector HD yang bagus
JNJ Technology
projector jnj tech
mulai
RM188.80
Semak JNJ Technology X7 Portable Mini Projector Full HD 1080p harga dibawah:
add_circle Boleh disambungkan ke pelbagai peranti
add_circle Resolusi HD
remove_circle Tiada sistem Bluetooth

Projector HD dari jenama JNJ Technology ini mempunyai resolusi 1920 x 1080 dengan kecerahan 400-800 Lumens.

Jadi memang sesuai untuk menonton movie, video, melihat gambar atau bermain video game seperti Sony PS4 atau Xbox.

Saiz projektor 160 (W) x 115 (H) x 65 (H) mm dengan berat 300g memang sesuai untuk kegunaan di rumah.

Jangan risau, projector ini mempuyai sambungan HDMI, AV, TF dan USB untuk disambungkan ke pelbagai peranti termasuk smartphone.

Cuma jika nak sambungkan projector dengan telefon menggunakan WiFi, anda perlu gunakan anycast seperti M9 plus.

VIUIO A2000 Portable Mini LCD Projector
mulai
RM140.90
Semak VIUIO A2000 Portable Mini LCD Projector harga dibawah:
add_circle Boleh disambungkan ke pelbagai peranti
add_circle Resolusi tinggi
add_circle Built in speaker
remove_circle Kabel HDMI tidak didatangkan sekali

Dengan sambungan HDMI dan USB, projector ini boleh dikatakan antara projector yang baik untuk disambungkan ke pelbagai peranti di rumah termasuk smartphone.

Biarpun murah tapi prestasinya tidak kurang hebat dengan resolusi mampu mencecah 1080, tahap kecerahan sehingga 600 lumen dan mampu memancar sehingga jarak 1.7 meter.

Projector ini juga dibina dengan built in speaker untuk sistem audio yang memuaskan.

Projector untuk kedai makan
Lumos G86 Projector
mulai
RM309.00
Semak Lumos G86 Projector harga dibawah:
add_circle Resolusi tinggi
add_circle Jarak pancaran sehingga 3.8 meter
add_circle Mempunyai wifi dan bluetooth
add_circle Terdapat built in speaker
remove_circle Tidak boleh menonton netflix

Dengan jarak pancaran sehingga 3.8 meter, projector ini boleh dikatakan antara projector terbaik kerana mampu memberi visual baik walaupun dari jauh.

Malah dengan resolusi yang mampu mencecah sehingga 1080, pastinya sesuai untuk pengusaha kedai makan untuk memberi hiburan kepada pelanggan.

Tahap kecerahan projector ini boleh mencapai sehingga 6000 lumen dan mempunyai built in speaker.

untuk power supply pula selain dari elektrik, pengguna juga boleh menggunakan bateri jenis AAA.

Walaupun menggunakan bateri AAA tapi rojector ini mempunyai sambungan wifi, bluetooth, USB dan HDMI untuk membolehkan anda menyambung ke pelbagai peranti. 

Pengeluar turut memberi warranty selama 5 tahun kepada pengguna.


Adakah Projector Berbaloi Untuk Dibeli?

Projector akan menjadi pembelian yang berbaloi sekiranya anda mempunyai tujuan yang memerlukan.

Misalnya untuk kegunaan kerja atau anda ingin menonton filem beramai-ramai di rumah.

Jika anda duduk bujang, tak jadi masalah untuk tonton filem atau drama menerusi projector asalkan anda selesa.

Tapi kalau anda sudah berkahwin dan inginkan tontonan di bilik bersama pasangan, kami yakin pembelian projector sangat berbaloi.

Jadi bagi mereka yang ingin beli projector tapi tak tahu berjenama atau tidak, jom saksikan video berikut.


Boleh Tak Guna Projector Berbanding TV?

Projector membantu anda untuk memberi paparan skrin yang lebih besar dengan perbelanjaan yang lebih jimat berbanding TV.

Bukan apa, TV anda perlu beli mahal untuk dapatkan paparan imej yang besar cuma visual lebih jelas dan warna lebih terang.

Selain itu, kelebihan projector berbanding TV, projector lebih mudah dibawa kemana-mana sahaja dan lebih banyak peranti boleh disambungkan ke projector berbanding TV .


Artikel Berkaitan

End of Article