Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings
router rumah malaysia

11 Router Wifi Terbaik di Malaysia 2024 - Review

Capaian internet lebih pantas bila disambung pada router!

Tidak lengkap kehidupan tanpa sambungan rangkaian jalur lebar internet kerana kini sudah bagaikan tangan ‘digari’ dengan alat peranti yang mempunyai internet.

Baik untuk kerja, permainan atau hiburan, memang bergantung dengan internet dan WiFi yang bagus.

Malangnya, kadang-kadang internet telefon tidak selaju internet WiFi dan pasti ramai pening nak pilih jenama modem WiFi router atau cari mana satu jenis router WiFi terbaik untuk rumah anda.

Jangan risau, jom lihat senarai modem WiFi terbaik di Malaysia dan ada juga modem WiFi unlimited terbaik.


Penyunting

Hamka Rosli chevron_right

Editor rasmi untuk ProductNation Bahasa Melayu. Mula aktif menulis sejak melangkahkan kaki ke menara gading, dan pernah bergelar w ...

Senarai 11 Router Terbaik di Malaysia 2024

Router terbaik secara keseluruhan
D-LINK N300mbps 4G LTE Wireless Sim Card WiFi Router
D-LINK
D-LINK N300mbps 4G LTE Wireless Sim Card WiFi Router
mulai
RM142.00
Semak D-LINK N300mbps 4G LTE Wireless Sim Card WiFi Router harga dibawah:
add_circle Boleh guna bersama sim kad
add_circle Jaringan yang lebih stabil dan laju
remove_circle Tidak menyokong 5G

Sebab menjadi pilihan utama:

D-LINK N300mbps 4G LTE Wireless Sim Card WiFi menyokong SIM kad tanpa had untuk semua telko, kecuali pelan tanpa had YES.

Anda akan sapat jaminan 3 tahun dan router ini mendapat kelulusan MCMC & SIRIM, menjadikannya selamat dan diyakini untuk digunakan.

Ciri-ciri:

Dilengkapi dengan antena 4G dan WiFi, router ini memastikan penerimaan isyarat yang lebih baik dan liputan WiFi yang luas.

Ia mempunyai satu port WAN dan tiga port LAN, menyediakan pelbagai pilihan sambungan. Sokongan frekuensi merangkumi FDD LTE (B1/3/5/7/8/20/28), TDD (38,40,41), dan WCDMA (B1/5/8).

Dengan kadar data sehingga 300Mbps pada jalur 2.4GHz, ia mematuhi standard seperti 802.11b/g/n.

Selain itu, memiliki keselamatan adalah keutamaan dengan ciri-ciri seperti Wi-Fi Protected Setup (WPS), enkripsi tanpa wayar WPA/WPA2/WPA3, dan penapisan alamat MAC. 

Firewall termasuk NAT (Network Address Translation) dan SPI (Stateful Packet Inspection) untuk perlindungan yang lebih baik.

Nikmati ciri-ciri canggih seperti WAN failover, penerusan port, IPsec VPN pass-through, kawalan aliran QoS, dan banyak lagi. 

Router ini juga boleh jadi router terbaik untuk sim card.

Review:

"Router sim paling laju pernah saya beli. Sebelum ni pernah dua kali cuba LTE CPE. Tapi semua slow. D-Link ni paling laju walaupun waktu peak 8pm. Dah macam pakai direct sim card dekat phone."

Router terbaik dan murah
TP-Link WiFi6 AX1500 Archer AX10 Gigabit Wireless Router
TP-Link
router unifi malaysia
mulai
RM197.00
Semak TP-Link WiFi6 AX1500 Archer AX10 Gigabit Wireless Router harga dibawah:
add_circle 3 tahun waranti
add_circle Harga mampu milik
add_circle Signal WiFi boleh dipertingkatkan
remove_circle Tidak sesuai untuk plan data

TP-Link membawakan teknologi WiFi 6 untuk meningkatkan kelajuan pautan Internet 1201Mpbs.

Router ini lengkap dengan 4 antena penghubung, 1.5 Hgz Triple-Core CPU dan Dual-Band Speed.

Kekuatan internet ini mampu memberi kelancaran talian pada WiFi dan sesuai bagi mereka yang gemar kuasa internet laju.

Mempunyai ciri smart dengan menggunakan satu sistem nama WiFi bagi satu kawasan dan liputan frekuensi yang cukup luas.

Selain itu, mampu menyambungkan dengan puluhan peranti pada satu masa.

Dengan port gigabit yang sentiasa penuh dapat betul betul mengambil penuh kelajuan jalur lebar dan boleh mencecah sehingga 1Gbps.

Cara penyambungannya juga cukup mudah dan pantas, hanya perlu menggunakan aplikasi Tether dan anda dah boleh naik taraf rangkaian anda. Mudah bukan? 

Firmware sudah meletakkan ia sebagai router khas untuk Unifi, Time Fiber dan Maxis Fiber sahaja.  

Router terbaik untuk hotspot
PROLiNK Portable LTE WiFi Hotspot
Prolink
Router terbaik digunakan untuk hotspot
mulai
RM164.00
Semak PROLiNK Portable LTE WiFi Hotspot harga dibawah:
add_circle 3 tahun jaminan
add_circle Bateri tahan sehingga 10 jam
add_circle Boleh digunakan 11 peranti dalam satu masa
add_circle Menyokong telco dari 185 negara
remove_circle Hanya menyokong 4G
remove_circle Kestabilan internet bergantung kepada telco

PROLiNK 4G LTE Unlimited Hotspot Pocket WiFi sesuai untuk 11 sambungan peranti dalam satu-satu masa. 

Saiznya yang compact, portable WiFi ini juga cukup ringan untuk dibawa ke mana-mana terutamanya pengguna yang bekerja di luar kawasan. 

Bateri modem ini dapat bertahan dari 6 hingga 10 jam dan boleh dicas semula menggunakan kabel USB yang disambung pada charger portable atau laptop

Modem mudah alih ini juga boleh dikawal menggunakan aplikasi PROLiNK WiFi yang boleh dimuat turut di App Store atau Play Store.

Jangan risau, anda juga akan dapat jaminan selama 3 tahun, jadi tak risau jika rosak secara tiba-tiba selepas membelinya.

Router murah 4g untuk sim card
TP-Link TL-MR100 Wireless N300 4G LTE
TP-Link
mulai
RM188.00
Semak TP-Link TL-MR100 Wireless N300 4G LTE harga dibawah:
add_circle 3 tahun waranti
add_circle Dilengkapi slot kad sim
add_circle Model antena terbaru (boleh tanggal)
remove_circle Tidak semua plan internet sesuai

Walaupun sudah ramai mula memasuki dunia 5G, jangan lupa talian 4G masih lagi hebat dan boleh digunapakai sehingga sekarang.

Router TP-Link model TL-MR100 Wireless N300 4G ini tetap menawarkan penggunanya pengalaman kelajuan dan kelancaran internet tanpa sebarang gangguan. 

Turut dilengkapi dengan capaian 300Mbps internet 4G serta kelajuan download 150Mbps dan boleh digunakan untuk 32 peranti dalam satu masa yang sama.

Harganya juga mampu milik untuk internet berkelajuan unggul, router ini adalah antara pilihan yang ideal untuk kegunaan domestik anda. 

Router murah (dibawah RM200)
Xiaomi Mi Router 4C
xiaomi mi wifi router
mulai
RM99.00
Semak Xiaomi Mi Router 4C harga dibawah:
add_circle 1 tahun waranti
add_circle Pemantauan signal melalui App Xiaomi
add_circle Dilengkapi fungsi keselamatan
remove_circle Cepat panas

Router daripada Xiomi ini antara produk mampu milik untuk sambungan internet dengan signal yang stabil.

Router murah ini mampu menawarkan kelajuan internet sehingga 300Mbps.

Ditambah dengan 64GB RAM serta 16GB ROM bagi memastikan signal yang dihantar kepada peranti stabil dan efisien. 

Pengguna juga boleh mengawal kelajuan internet, penggunaan data serta sistem buka tutup hanya melalui aplikasi khas Xiaomi WiFi App. 

Dilengkapi dengan empat antena berfrekuensi 2.4HGz sudah jauh memadai dengan harga router serendah RM200!

Router terbaik support Wifi 6
ASUS RT-AX55 WiFi 6 Router Wireless
ASUS
ASUS RT-AX55 WiFi 6 Router Wireless
mulai
RM319.00
Semak ASUS RT-AX55 WiFi 6 Router Wireless harga dibawah:
add_circle 3 tahun waranti
add_circle Menyokong WiFi 6
remove_circle Perlu letak dikawasan strategik untuk dapatkan internet

Router ini menyokong WiFi 6 untuk kelancaran penggunaan internet untuk kegunaan kerja dari rumah, panggilan Zoom, PDPR dan menyokong Unifi, HyppTV, Maxis, Celcom, DiGi Fibre, TIME.

Isyarat WiFi jauh lebih kuat untuk peranti WiFi lama dan baru dengan frekuensi 2.4Ghz dan 5Ghz.

Selain itu, turut menyokong keupayaan WiFi 6 terkini untuk liputan yang lebih kukuh dan kelajuan yang lebih pantas.

Penggunaan router ini dapat mempercepatkan internet sehingga 1800Mbps dengan rangkaian dual-band OFDMA dan MU-MIMO

Jadi anda dapat kembangkan liputan rangkaian anda dengan mudah dengan teknologi rangkaian AiMesh yang dipatenkan khusus oleh ASUS.

Router terbaik untuk Unifi
Mercusys (By TP-Link) MR70X AX1800 WiFi 6 Gigabit Wireless Router
Mercucys
mercus router
mulai
RM219.00
Semak Mercusys (By TP-Link) MR70X AX1800 WiFi 6 Gigabit Wireless Router harga dibawah:
add_circle Harga murah
add_circle Spesifikasi lengkap
add_circle Support kelajuan sehingga 1800 Mbps
remove_circle Tiada penunjuk LED

Jika anda mencari router WiFi 6 dengan harga bawah RM300, Mercusys MR80X adalah pilihan yang tepat.

Dikeluarkan oleh jenama terkenal TP-Link, anda boleh yakin akan kualiti dan prestasi router ini. 

Mercusys MR80X boleh digunakan sebagai router untuk Unifi, Maxis Fiber (internet sahaja), Time Fiber dan lain-lain ISP serta sebagai AP (access point) untuk mana-mana router

Selain itu, dilengkapi dengan pelbagai ciri dan teknologi canggih seperti OFDMA, MU-MIMO, dan Target Wake Time (TWT) untuk penjimatan kuasa.

Menyokong bandwidth WiFi sehingga 800Mbps dan mempunyai kelajuan WiFi 6 yang optimal sehingga 1.8 Gbps.

Dilengkapi dengan jaminan 3 tahun dan sokongan teknikal yang boleh dihubungi dan pilihan router yang sangat baik untuk kondo dan pangsapuri kecil.

Wireless WiFi router
HUAWEI WIFI AX3 (DUAL-CORE)
Huawei
huawei router
mulai
RM299.00
Semak HUAWEI WIFI AX3 (DUAL-CORE) harga dibawah:
add_circle Sesuai kegunaan satu rumah
add_circle Support kelajuan sehingga 3000 Mbps
add_circle Penunjuk LED

HUAWEI Wi-Fi AX3 (Dual-core) adalah router yang dilengkapi dengan teknologi Wi-Fi 6 Plus dan OFDMA Multi-User. 

Mempunyai kelajuan WiFi sehingga 3000 Mbps dan dilengkapi dengan CPU Gigahome Dual-core 1.2 GHz serta interface WAN dan LAN. 

Dilengkapi butang H untuk pemasangan dengan hanya satu klik dan penunjuk LED. 

Tambah lagi, boleh menyokong aplikasi HUAWEI AI Life dan mempunyai memori 256MB RAM dan 128MB ROM. 

Anda juga boleh menggunakan internet dengan selamat kerana dilindungi sistem HUAWEI HomeSec™ yang melindungi dari serangan “brute force” dan kawalan akses WiFi.

Portable router WiFi
TP-Link 4G LTE MiFi Portable Wireless WiFi M7350
TP-Link 4G LTE Mifi Portable Wireless Wifi M7350
mulai
RM224.99
Semak TP-Link 4G LTE MiFi Portable Wireless WiFi M7350 harga dibawah:
add_circle 3 tahun waranti
add_circle Ada lampu indikator LED
add_circle Mudah digunakan bersama App tpMiFi
remove_circle Tidak menyokong rangkaian 5G

Jika anda sering melakukan kerja di luar rumah dan mahukan router WiFi untuk dijadikan hotspot, router WiFi dari jenama TP-Link ini memang sesuai untuk anda.

Router ini menyokong pelbagai rangkaian internet seperti DiGi, Umobile, Maxis, Celcom dan lain-lain. 

Selain itu, sebanyak 10 peranti boleh disambungkan ke router WiFi ini dalam satu masa jadi boleh digunakan bersama rakan-rakan atau keluarga anda semasa di luar rumah.

Anda juga tidak perlu risau tentang kelajuan internet kerana router WiFi TP-Link ini boleh mencapai sehingga 150Mbps kadar kelajuan download dan 50Mbps kadar kelajuan upload

Dari segi bateri, dilengkapi dengan bateri bersaiz 2000mAh, dikatakan boleh mencapai sehingga 8 jam tempoh penggunaan dan 480 jam dalam keadaan standby.

Router terbaik untuk rumah
ASUS AX1800 High Power WiFi 6 Router
ASUS
ASUS AX1800 High Power WiFi 6 Router
mulai
RM332.00
Semak ASUS AX1800 High Power WiFi 6 Router harga dibawah:
add_circle Kemas kini keselamatan AiProtection seumur hidup
add_circle Liputan WiFi yang kuat
remove_circle Harga sedikit mahal

Terdapat pelbagai pelbagai sistem lengkap untuk menampung keperluan internet di rumah anda?

Dapatkan router ASUS AX1800 High Power WiFi 6, direka untuk memberikan liputan yang lebih baik, kestabilan, dan kelajuan yang lebih tinggi di rumah anda.

Dilengkapi dengan teknologi WiFi 6 terkini, router ini memastikan isyarat yang lebih kuat untuk peranti WiFi lama dan baru pada seluruh jalur 2.4GHz dan 5GHz.

Dengan kelajuan maksimum AX1800 (1800Mbps) dan keupayaan rangkaian dual-band OFDMA dan MU-MIMO, ia menyediakan pengalaman WiFi yang cekap dan tinggi prestasi.

Untuk keselamatan, router ini mempunyai ciri Antivirus ASUS AiProtection, memastikan persekitaran atas talian yang selamat.

Paling bagus, anda akan dapat kemas kini keselamatan AiProtection sepanjang hayat, jadi tidak perlu kerap tukar router untuk tempoh yang lama.

Router terbaik untuk gaming
ASUS TUF-AX4200 WiFi 6 AX4200 TUF Gaming Wireless Router
ASUS
ASUS TUF-AX4200 WiFi 6 AX4200 TUF Gaming Wireless Router
mulai
RM599.00
Semak ASUS TUF-AX4200 WiFi 6 AX4200 TUF Gaming Wireless Router harga dibawah:
add_circle Khas untuk gaming
add_circle Liputan dan kelajuan WiFi 5GHz yang bagus
remove_circle Harga mahal

Tingkatkan pengalaman gaming anda dengan TUF Gaming AX4200 Dual Band WiFi 6 Gaming Router. 

Dengan teknologi WiFi 6 ultra pantas, nikmati kelajuan sehingga 4200 Mbps dan rasai kecekapan rangkaian 4X yang sebenar, ciri-ciri seperti OFDMA dan saluran 160 MHz.

Router ini direka khas untuk keperluan para gmaers, memastikan persekitaran permainan yang lancar dan tanpa lagging.

Selain itu, Open NAT akan memastikan port forwarding tidak mengalami masalah dan tanpa perlu konfigurasi manual yang rumit.

Sokongan ASUS AiMesh pula membolehkan anda membuat rangkaian mesh yang fleksibel dan lancar di seluruh rumah apabila digabungkan dengan router yang serasi dengan AiMesh.

Sesi gaming yang intense lepas ni akan menjadi lebih fokus dan seronok dengan kelajuan internet luar biasa.


Apakah Beza Router & Modem?

Modem adalah peranti yang digunakan untuk menghubungkan peranti anda ke internet.

Ia mengubah isyarat analog menjadi isyarat digital sehingga peranti anda dapat terhubung kepada internet.

Router pula adalah peranti yang digunakan untuk menghubungkan beberapa peranti ke dalam satu jaringan.

Ia boleh digunakan untuk menghubungkan peranti-peranti seperti komputer, telefon pintar, dan tablet ke dalam satu jaringan WiFi.

Router juga boleh digunakan untuk membahagi internet yang disediakan oleh modem ke dalam beberapa peranti.

Jadi secara ringkasnya, modem digunakan untuk menghubungkan peranti anda ke internet, manakala router digunakan untuk menghubungkan beberapa peranti ke dalam satu jaringan.


Apakah Fungsi Router?

Fungsi router adalah untuk menghubungkan jaringan yang berbeza dan mengarahkan lalu lintas jaringan ke tempat yang tepat.

Sebagai contoh, router dapat digunakan untuk menghubungkan komputer di rumah dengan internet atau untuk menggabungkan beberapa rangkaian syarikat ke dalam satu rangkaian besar.

Router juga boleh digunakan untuk menapis trafik internet, mengurus akses rangkaian, dan memberikan perlindungan terhadap ancaman siber.

Ia merupakan peranti yang sangat penting untuk mengekalkan kestabilan rangkaian dan meningkatkan prestasi rangkaian anda.


Apa Ciri Sebuah Router Paling Berbaloi?

Penting untuk kita mengetahui beberapa ciri router WiFi yang bagus.

Antara ciri-ciri sebuah router WiFi terbaik adalah seperti berikut: 

  • Memberitahu pengguna apabila sistem crash/lag.
  • Dapat dihubungkan melalui kabel dengan rangkaian Ethernet.
  • Mempunyai kemampuan untuk ditempatkan di tempat yang berbeza.
  • Membantu menghubungkan banyak pengguna/peranti pada masa yang sama.
  • Mempunyai kemampuan untuk menyekat akses (mempunyai sistem Firewall sendiri).
  • Memancarkan isyarat melalui sistem antena yang dapat disatukan (ada yang sehingga empat antena).

Jom lihat video dibawah untuk mengetahui perbezaan antara modem, WiFi router dan modem WiFi.


Cara Untuk Sambungkan WiFi Router Ke Modem 

Untuk menyambungkan WiFi router ke modem, ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Matikan modem dan router sebelum memulai proses penghubungan.
  2. Sambungkan kabel Ethernet pada modem ke port WAN pada router. Pastikan kabel disambungkan dengan baik di kedua-dua bahagian.
  3. Hidupkan modem dan tunggu hingga lampu indikator menunjukkan connection yang stabil. Ini biasanya memerlukan beberapa saat.
  4. Hidupkan router dan tunggu hingga lampu indikator menunjukkan bahawa router telah mengesan connection dari modem.
  5. Konfigurasi secara automatik atau manual mengikut router masing-masing kerana sesetengah boleh dilakukan secara automatik dan sesetengah lagi perlu dilakukan secara manual.
  6. Masukkan maklumat connectivity jika konfigurasi perlu dibuat secara manual. Ini termasuk nama pengguna (jika diperlukan oleh penyedia internet Anda), password, dan konfigurasi jaringan lain.
  7. Reboot peranti anda untuk memastikan semua tetapan telah dilakukan dengan betul.
  8. Periksa connection, pastikan semua lampu indikator pada modem dan router menunjukkan bahwa connection berfungsi dengan baik. Anda boleh cuba hubungkan internet menggunakan peranti yang telah disambungkan pada jaringan WiFi router tersebut.
  9. Jika terdapat masalah atau tidak berjaya sambungkan pada internet, periksa semula connection dan pastikan tetapan konfigurasi betul. Boleh baca manual untuk fahamkan lebih lanjut.

Dengan mengikuti langkah-langkah ini, anda sepatutnya sudah dapat menyambungkan WiFi router ke modem. 

Jika masih mengalami masalah, boleh terus hubungi talian khidmat pelanggan syarikat telko untuk pemeriksaan lanjut mengenai sambungan internet anda.


Artikel Berkaitan

End of Article