Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

price-track-background
Dapatkan Makluman Bila Harga Runtuh

Jangan bayar lebih. Kami akan mengesan harga produk inginan anda dan menghantar makluman bila harganya runtuh!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings

Ubah Ruang Peribadi Anda Sebagai Pawagam Mini Dengan 8 Soundbar Dibawah RM500

Nikmati kualiti audio terbaik hanya di rumah!

Product in this article

Pada era ini, kebanyakan TV adalah sangat nipis dan mempunyai pembesar suara yang kurang berkualiti disebabkan oleh ruang terhad.

Untuk memberi kualiti audio yang lebih baik anda boleh dapatkan soundbar. Ianya memberi kualiti audio lebih baik berbanding built-in speaker TV dengan rekaan yang sederhana dan moden.

Berapakah harga untuk sebuah soundbar?

Julat harga sebuah soundbar adalah sangat besar, anda boleh mendapatkan soundbar pada harga serendah RM 50 sehingga boleh mencapai RM 2,000. Harga ini bergantung kepada kualiti bunyi yang dihasilkan, produk serta fungsi-fungsi pada soundbar tersebut. 

Jika anda ingin menggantikan built-in speaker yang sedia ada adalah disarankan untuk mencari soundbar berharga lebih daripada RM 100. Kualitinya lebih baik dan jelas. Jom lihat apakah soundbar yang terbaik mengikut kemampuan bajet anda;

8 Soundbar Murah Terbaik Untuk Kediaman Anda

Creative Stage Air Compact

RM 189
Creative
1. Creative Stage Air Compact
Soundbar berkualiti dan minimalis untuk pengguna PC
Updated on 12th August 2020

Soundbar ini mempunyai rekaan elegan dan minimalis berbanding speaker. Ia juga mempunyai saiz yang kompak untuk diletakkan di atas meja computer anda tanpa memerlukan ruangan luas. Kualiti audio yang diberikan oleh soundbar ini juga tidak mengecewakan.

Xiaomi Mi Soundbar

RM 198
Xiaomi
2. Xiaomi Mi Soundbar
Soundbar terbaik tanpa subwoofer
Updated on 12th August 2020

Xiaomi sememangnya terkenal dengan produk yang bukan sahaja murah tetapi juga berkualiti. Untuk soundbar ini, ia menawarkan kualiti audio yang baik tanpa perlu berbelanja lebih. Yang penting, kualiti. Bukan jenama atau harganya. Satu perkara yang perlu diambil kira adalah soundbar ini tidak mempunyai subwoofer.

LG SK1

RM 259
LG
3. LG SK1
Soundbar dengan Bluetooth - sambungkan pada smartphone anda
Updated on 12th August 2020

Kehadiran Bluetooth membolehkan anda untuk menyambungkan soundbar dengan telefon pintar atau laptop anda tanpa perlu menggunakan wayar kabel. Ini memberi kemudahan untuk anda memasang lagu yang digemari dengan mudah. Kualiti audio yang jauh lebih baik berbanding TV flat membuatkan LG SK1 merupakan pilihan yang bijak.

Samsung HW-N300

RM 283
Samsung
4. Samsung HW-N300
Soundbar kecil untuk ruang terhad
Updated on 12th August 2020

Jika anda mencari soundbar kecil tetapi takut dengan kualiti audio yang tidak memuaskan, saya cadangkan anda membeli soundbar ini. Ia hanya sepanjang 0.6m dan sesuai diletakkan di atas meja yang kecil di ruang tamu. Tidak memakan ruang yang luas dan tidak juga menghalang pandangan anda ke skrin.

TaoTronics TT-SK15

RM 299
TaoTronics
5. TaoTronics TT-SK15
Soundbar dengan rekaan ‘sleek’ untuk anda yang gemar berkaraoke
Updated on 12th August 2020

Soundbar ini mempunyai audio jack yang membolehkan anda menyambungkan mikrofon untuk karaoke. Bunyi yang dihasilkan juga cukup kuat untuk memastikan sesi karaoke anda berlangsung dengan sempurna.

A&S Soundbar 2.1 Bar with Built-In Subwoofer 200

RM 349
A&S
6. A&S Soundbar 2.1 Bar with Built-In Subwoofer 200
Soundbar wireless terbaik buatan Malaysia
Updated on 12th August 2020

Soundbar ini memberi pengalaman seakan berada di panggung wayang mini di rumah anda. Ia juga dilengkapi dengan subwoofer yang membolehkan anda mendengar lagu dengan lebih baik. Selain itu, kehadiran Bluetooth membenarkan anda untuk menikmati lagu secara wireless.

SONY HT-S100F

RM 359
Sony
7. SONY HT-S100F
Soundbar lengkap dengan subwoofer - hasilkan bass yang bagus
Updated on 12th August 2020

Soundbar dengan subwoofer membantu untuk menghasilkan bunyi frekuensi rendah seperti bass sound. Disebabkan itu, soundbar dengan subwoofer menghasilkan bunyi bass yang lebih jelas dan memberi pengalaman lebih baik. Sony juga merupakan jenama terkenal dalam mengeluarkan produk audio yang terkenal di pasaran. Anda pasti tidak akan menyesal membeli soundbar ini!

Samsung HW-K350

RM 439
Samsung
8. Samsung HW-K350
Soundbar terbaik untuk TV di rumah anda
Updated on 12th August 2020

Soundbar ini merupakan mempunyai kombinasi kualiti audio dengan harga yang baik. Ia mempunyai semua yang anda perlukan pada sebuah soundbar seperti Bluetooth dan juga kualiti audio yang bagus. 

Soundbar ini akan memberi pengalaman mengasyikkan untuk menonton semua filem dan drama kegemaran anda. Tidak lagi perlu berhabis di wayang, tonton sahaja di rumah!

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

Suka menulis tentang produk-produk menarik? Jom tulis untuk kami!

End of Article