Welcome Citizen!

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!

Welcome Citizen!

Setup your account or continue reading!

Settings

8 Wireless Keyboard Untuk Memudahkan Anda Lakukan Kerja Dimana Sahaja

Untuk merka yang rasa wayar kabel agak menyusahkan

Product in this article

Keyboard wireless adalah jenis keyboard yang tidak menggunakan wayar sepanjang penggunaannya. Hanya perlu sambungkan sahaja keyboard pada alatan elektronik anda samada menggunakan infra merah (infrared) atau bluetooth dan ianya sedia untuk digunakan. Selain daripada laptop dan komputer, keyboard wireless juga boleh digunakan untuk smartphone, tablet, smart tv dan alatan streaming seperti Android Box.

Keyboard wireless juga merupakan papan kekunci yang universal. Boleh digunakan untuk semua gajet dan model. Kali ini kami bawakan beberapa jenis keyboard wireless untuk membantu anda membuat pembelian yang tepat . Ayuh kita lihat!

T-WOLF TF-100 Wireless Keyboard and Mouse

RM 28.88
1. T-WOLF TF-100 Wireless Keyboard and Mouse
Keyboard wireless murah dan berkualiti – sistem bluetooth yang bagus

Keyboard wireless dengan reka bentuk ergonomik ini menjanjikan keselesaan pada penggunanya. Ianya juga mempunya sistem penghantaran bluetooth yang stabil serta enjin optikal yang tepat. Dengan jarak penggunaan dari laptop sehingga 15 meter, keyboard ini dilengkapi dengan mod power saving yang memberikan anda tiga peringkat sleep mode

Selain itu, keyboard ini juga direka kalis air. Jadi, tidak perlu risau jika keyboard anda terkena tumpahan air. 

JERTECH KM200 Waterproof Wireless keyboard

RM 39
2. JERTECH KM200 Waterproof Wireless keyboard
Keyboard wireless yang dilengkapi dengan backlight dan bentuk ergonomik

Untuk anda yang mahukan keyboard dengan backlight, keyboard wireless ini memberi green backlight source. Ianya tidak cepat panas (overheat) jika digunakan untuk masa yang panjang. Direka dengan berbentuk S dan ergonomik, ditambah pula lampu LED hijau pada keyboard memberi pengalaman baru ketika bermain game.

7” Mini Bluetooth Wireless Keyboard

RM 28.9
3. 7” Mini Bluetooth Wireless Keyboard
Keyboard wireless bersaiz mini, mudah untuk dibawa kemana sahaja

Jika pekerjaan anda memerlukan anda untuk sentiasa ‘on-the-go’, keyboard wireless mini ini terbaik untuk anda. Dengan hanya berukuran 7 inci, keyboard bersaiz kompak ini, mudah untuk disimpan tanpa memerlukan ruang penyimpanan yang luas. Sistem operasi keyboard ini lebih senyap berbanding keyboard biasa. 

Walaupun kecil, keyboard ini boleh digunakan untuk semua platform seperti iOS, Android dan juga Windows. Hebat bukan?

AOC KM200 Wireless Gaming Keyboard

RM 49.9
4. AOC KM200 Wireless Gaming Keyboard
Keyboard wireless sesuai untuk kegunaan pada laptop – mudah dan ringkas

Kebanyakan keyboard wireless adalah compatible dengan semua jenis laptop. Keyboard AOC ini mempunyai design kekunci 3D untuk memberi keselesaan ketika menggunakannya. Boleh digunakan dalam jarak 10 meter, keyboard ini dilengkapi dengan coating tahan lasak untuk memastikan jangka hayat yang lebih panjang. Ianya sesuai diguna semasa melakukan kerja-kerja menaip.

QNIGLO Bluetooth Keyboard

RM 55
5. QNIGLO Bluetooth Keyboard
Keyboard wireless tablet – lakukan tugasan anda dengan lebih cepat

Keyboard ini sesuai untuk digunakan dengan gadget yang lebih kecil seperti tablet. Ianya boleh disambungkan dengan tablet Windows dan Android. Keyboard wireless yang slim dan ringan ini mempunyai touchpad untuk memudahkan anda melaksanakan tugasan dengan cepat. Tidak perlu membawa mouse ekstra, baterinya boleh menampung penggunaan selama 90 jam tanpa henti.

ALCATROZ Airpad 1 Wireless Keyboard with Touchpad

RM 79

Sesuai digunakan untuk laptop dan smart TV, keyboard wireless dengan touchpad ini mempunyai kekunci yang lembut dan berbunyi senyap. Ianya didatangi dengan kekunci UV Coated serta input wireless 2.4ghz. Lengkap dengan touchpad, amda tidak perlu menggunakan mouse secara berasingan.

LOGITECH G613 Wireless Mechanical Keyboard

RM 298

Jika anda penggemar keyboard mekanikal, Logitech adalah jawapannya. Keyboard dari Logitech ini menggunakan suis mekanikal Pro-Grade. Ianya mempunyai 6 kekunci yang boleh diprogram mengikut citarasa sendiri. Selain itu, keyboard lengkap dengan sensor HERO ini boleh disambung samada dengan menggunakan bluetooth atau Lightspeed wireless.

CORSAIR K63 Wireless Mechanical Gaming Keyboard

RM 483

Jika anda seorang kaki game, pastikan anda memilih keyboard yang direka khas untuk gaming seperti ini. Keyboard wireless daripada Corsair ini boleh digunakan sehingga jarak 10 meter dari PC anda. Ianya menggunakan Bluetooth untuk sambungan terus pada PC anda. Keyboard ini menggunakan suis Cherry MX Red, sesuai untuk kegunaan bergaming seperti Dota atau Counter Strike.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

Suka menulis tentang produk-produk menarik? Jom tulis untuk kami!

End of Article