X
X

Product in this article

Selain daripada mendengar lagu seperti biasa, earphone juga kerap diguna untuk membuat panggilan dan memdapat notifikasi dari smartphone tanpa alatan lain. Kini dipasaran memang banyak earphone yang saiz dan rekaan pelbagai untuk pengguna-pengguna berlainan.

Kami di ProductNation sudah membuat perbandingan kita sendiri, dan sudah shortlist 12 earphone terbaik untuk penggunaan berlainan, dari harga berpatutan sampai yang paling premium:

1. Smart Stereo Headset SM0087 (Black)  

Terbaik untuk Smule

Harga mulai RM3.90

search Cari produk di Lazada Malaysia

Kepada mereka yang gemar bersmule headset dengan penjimatan tenaga bijak ini menggalakkan rekaan dengan penggunaan tenaga yang kurang. Dengan bunyi digital tulen ia memainkan fail muzik di dalam pelbagai format selain memiliki kelebihan untuk pertukaran antara perbualan dan muzik dengan lebih mudah. Melalui earphone ini anda boleh menikmati suara yang lebih padu tidak kira samada anda menggunakannya untuk lagu, panggilan ataupun muzik anda.

2. LG HBS-730 Neckband Wireless Headset Black  

Terbaik untuk mereka yang audiophile

Harga mulai RM48.80

search Cari produk di Lazada Malaysia

Headset yang cukup menarik untuk mereka yang sering berjogging, dengan audio yang lebih terperinci dan maklumbalas bass. Ia memberikan kebebasan sebenar untuk pencinta muzik selain kelainan pada gegaran jika terdapat panggilan masuk. Selain itu ia juga mengurangkan bunyi bising dan menghapuskan kesan gema pada suara. Selain itu ia juga memiliki ciri rekabentuk ringan dan mudah untuk dibawa ke mana sahaja.

3.  Jabra STYLE Bluetooth Headset

Terbaik untuk ibu mengandung

Harga mulai RM28.00

shopping_cart Shopee Malaysia RM28.00

Kepada ibu yang mengandung namun gemar menyumbat telinga masing-masing dengan earphone, anda boleh menggunakan dari jenis ini yang dilengkapi dengan teknologi penghapus bunyi bising dan butang kawalan untuk mikrofon dan suara. Dengan rekabentuk yang ringan dan mudah untuk dibawa ke mana sahaja, earphone ini juga selesa dan memberikan anda pengalaman bunyi yang jelas dan terang. Selain itu anda juga boleh dilindungi dengan penghapusan bunyi bising agar dapat berhibur dengan tenang.

4. Bluedio T3 (Turbine 3rd) 

Terbaik untuk kegunaan penyanyi dan artis

Harga mulai RM215.00

search Cari produk di Lazada Malaysia

Dengan earbud yang berbentuk kusyen yang muat di dalam telinga memudahkan seseorang untuk menggunakannya dalam jangkamasa yang lama. Selain itu ia juga didatangkan dengan warna emas yang menarik untuk dipakai oleh pengguna yang menginginkan kelainan. Ia juga didatangkan dengan mainan semula untuk line in dan line out dan rekabentuk mudah lentur serta mudah untuk dibawa ke mana sahaja. Bakal memberikan kepuasan kepada mereka yang menggemari ciri seperti ini.

Ekstra: Ingatkan Headset Biasa Dah OK, Tapi Selepas Mencuba Headset Ini Memang Susah Nak Patah Balik!

5. ABINGO High Quality Earphone S100i 

Terbaik untuk kegunaan Asus & Sony

Harga mulai RM65.90

search Cari produk di Lazada Malaysia

Earphone canggih serba lengkap sesuai untuk mereka yang menggemari bunyi yang padat dialirkan terus melalui earbud ke telinga mereka. Earbudnya juga amat selesa dan direkabentuk secara khusus untuk mengurangkan ketidakselesaan pada cuping telinga anda. Ia juga telah direka agar bersesuaian dengan semua jenis telefon pintar yang terdapat di pasaran.

6. Plantronics BackBeat FIT Wireless Bluetooth Headphones

Terbaik untuk jogging, berlari dan olahraga

Harga mulai RM588.00

shopping_cart Lazada Malaysia RM588.00

Headphone dengan fesyen yang sangat bersesuaian untuk mereka yang aktif dengan acara larian dan olahraga kerana ia dilengkapi dengan rekabentuk fleksibel yang muat dengan selesa dalam apa jua keadaan. Selain itu ia juga dilindungi dengan bahan-bahan anti peluh dan kalis air demi keselamatan pengguna secara keseluruhan. Ia juga dilengkapi dengan teknologi pengecasan segera dan pengemaskinian data secara tanpa wayar terus ke peranti anda.

7. Beyerdynamic DT880 Edition  

Terbaik untuk muzik metal dan drummer

Harga mulai RM1,399.00

search Cari produk di Lazada Malaysia

Headset serba lengkap sesuai untuk drummer ketika mengadakan konsert atau ketika jamming di khalayak ramai. Ia dihasilkan dengan fungsi sub bass yang mendalam dan headphone dengan gabungan separa terbuka dan dinamik ini mempersembahkan spektrum bunyi yang seragam untuk muzik metal secara live. Dengan amplifier pelbagai fungsi headphone ini adalah pilihan utama drummer di luar.

8. JVC HA-KD1-A In-the-Ear Fashion Accessory Headphones 

Terbaik untuk kanak-kanak dan bayi 

Harga mulai RM89.90

search Cari produk di Lazada Malaysia

Headset yang sesuai untuk kegunaan kanak-kanak kerana ciri keselamatan yang turut diterapkan di dalamnya. Ia dilengkapi dengan limitasi suara untuk keselamatan pendengaran kanak-kanak. Selain itu ia juga ciri-ciri yang menggalakkan keselesaan untuk kanak-kanak dan bayi yang memakainya. Dengan warna biru yang menarik ia sememangnya sangat sesuai untuk kegunaan kanak-kanak.

9. High Quality Earpod 

Terbaik untuk kegunaan alatan Android, phone Samsung dan Xiaomi

Harga mulai RM13.90

search Cari produk di Lazada Malaysia

Kepada mereka yang masih mencari earphone yang sesuai dipadankan dengan peranti Android, model ini boleh membantu untuk mendapatkan stereo berkualiti tinggi bebas tangan. Rekabentuk neckband yang fleksibel sesuai untuk dipakai pada masa yang lama. Selain itu ia juga memiliki rekabentuk dual speaker untuk kualiti bunyi yang hebat dan jangka hayat bateri yang panjang sehingga mencecah 9 ke 10 jam.

Ekstra: 10 Headphone Bagus untuk Pelbagai Jenis Kegunaan dibawah RM50

10. Philips M1MKIIBO/00 Fidelio (Orange/ Black)  

Terbaik untuk kegunaan DJ dan basshead

Harga mulai RM748.00

search Cari produk di Lazada Malaysia

Merupakan tipikal jenis earphone yang sangat sesuai untuk deejay kelab kerana ia bercirikan rekabentuk ergonomik untuk kegunaan sukan luaran. Selain itu earphone ini memiliki bunyi sisten Bass Reflex yang sangat sesuai untuk memainkan muzik mix daripada kelab malam dan dewan muzik. Ia juga turut dilengkapi dengan fungsi pertukaran mikrofon untuk mengangkat panggilan dan mendengar muzik.

11. Bose QuietComfort 35 Wireless Headphones - Black

Headphone noise-cancelling terbaik 

Harga mulai RM1,735.00

shopping_cart Harvey Norman Malaysia RM1,735.00

Sebaik sahaja anda memutarkannya on, muzik akan kedengaran lebih segar di telinga. Bunyi bising akan hilang dengan segera sebaik sahaja anda menyarungkannya dengan alunan bunyi segar seolah-olah baru pertama kali anda mendengarkannya. Ia adalah hasil daripada elektronik yang saling mengukur dan membandingkan dan saling memberikan reaksi tersendiri kepada bunyian dari luaran. Ia memberikan kedua-dua telinga anda bunyi yang seragam dan kesenyapan yang anda inginkan.

12. JVC HA-ETX30 Sport Water Proof In Ear Earphone (White)  

Terbaik untuk berenang

Harga mulai RM169.90

search Cari produk di Lazada Malaysia

Kelihatan unik untuk dipakai semasa anda pergi berenang bersama rakan-rakan sebagai aktiviti beriadah hujung minggu, earphone luaran yang kalis air dan mudah untuk dibasuh ini memberikan kelebihan kepada perenang-perenang diluar sana untuk memakainya tanpa ragu. Menampilkan ciri muatan selesa dan rangka yang mudah untuk diubah suai sesuka hati. Ia juga didatangkan dengan 4 pilihan warna kegemaran ramai.

Penafian: Harga yang disenarai adalah semata-mata rujukan harga produk. Harga produk mungkin akan berubah, bergantung kepada promosi dan diskaun oleh pedagang e-commerce. Jika adanya produk yang sudah tidak dijual, sila emel kepada [email protected] Terima kasih!

End of Article
Selengkapnya Headphone

Simpan sekarang, beli nanti. Kami akan memberitahumu jika harga turun!